Blackboard
INTI International University and Colleges (INTI) telah mempelopori inovasi pembelajaran secara online selaras dengan pelancaran Malaysia Education Blueprint 2015-2025 (Higher Education) yang memfokuskan pembangunan teknologi dan inovasi ‘Online Learning’. INTI menyahut seruan dengan melaksanakan metodologi BLENDED LEARNING dalam setiap program akademik yang ditawarkan melalui sistem pembelajaran online, BLACKBOARD.

INTI International University and Colleges
Sesi Temubual INTI International University and Colleges

INTI : Inovasi Metodologi BLENDED LEARNING

Inovasi teknologi komunikasi dan informasi (IT) mempengaruhi sebahagian besar kehidupan seharian masa kini. Ia juga turut mempengaruhi penumpuan pembelajaran di institusi pengajian tinggi yang majoritinya adalah generasi ‘hiper connected’. Atas keperihatinan tersebut, INTI telah melaksanakan metodologi BLENDED LEARNING yang mengadunkan ciri-ciri pembelajaran tradisional (tradisional classroom teaching) dengan pembelajaran luar kelas melalui aktiviti online.
Dr Malini Eliatamby selaku ‘Deputy Vice-Chancellor’ (Academic Innovation), INTI International University & Vice-President (Teaching Learning Innovation) INTI Education Group, menjelaskan; BLENDED LEARNING merupakan inovasi pembelajaran online strategik. Pelajar diperkenalkan dengan aplikasi BLACKBOARD sebagai platform interaktif untuk perbincangan dan rujukan pembelajaran melalui perkongsian assignments, jurnal dan laman blog.

Blackboard
Sistem Pengurusan Pembelajaran BLACKBOARD
Aplikasi BLACKBOARD membantu pelajar melalu sumber rujukan yang boleh diakses secara online pada bila-bila masa (24/7). Ia juga menyuntik kemahiran kerjaya kepada setiap pelajar dalam berkomunikasi, pembentangan serta kerjasama menyelesaikan permasalahan praktikal. Melalui rangkaian INTI, pelajar Malaysia berpeluang berkongsi ilmu dengan pelajar Laureate Network diseluruh dunia dengan kos efektif.

BLACKBOARD Sebagai Platform BLENDED LEARNING

BLACKBOARD merupakan peneraju global dalam solusi teknologi dan inovasi yang membantu lebih 20 juta pelajar seluruh dunia dan lebih 9,300 institusi pengajian tinggi, badan profesional dan korporat termasuk jabatan kerajaan di 40 negara dalam aspek sistem pengurusan. INTI telah mempelopori penggunaan BLACKBOARD sebagai platform rasmi pembelajaran online di Malaysia.
Mr Allan Christie, Vice-President for eLearning, APAC, Blackboard turut menjelaskan; BLACKBOARD merupakan platform integrasi strategik online dalam menyediakan sistem pengurusan pembelajaran yang berkesan. Ia juga memudahkan tenaga pengajar untuk menyelia nota, memuatnaik video, membentangkan soalan untuk perbincangan dan berkongsi jurnal pelajaran dalam bentuk blog dan status termasuk menyediakan assignment untuk pelajar-pelajar.

Allan Christie, Dr Malini Eliatamby, Khir Khalid
Bersama Mr Allan Christie dan Dr Malini Eliatamby
BLACKBOARD membantu menjalinkan hubungan interaktif diantara pelajar dan tenaga pengajar dalam perlaksanaan BLENDED LEARNING. Ia menggantikan penggunaan media sosial seperti Facebook yang hanya digunakan sebagai penghubung maklumat sosial. Ia juga merupakan komitmen INTI International University and Colleges dalam melahirkan graduan-graduan bermutu dan berinovasi, berfikiran strategik serta kreatif dalam setiap kerjaya yang diceburi.

Info lanjut INTI boleh layari: http://newinti.edu.my

23 Thoughts to “INTI Pelopori Inovasi Pembelajaran BLACKBOARD”

  1. Muhammad Syazwan Norhalik

    pendekatan yang menarik kepada pelajar mereka.

    1. Muhammad Syazwan Norhalik

      jumpa lagi di event event akan datang dato K hehe 😀

  2. Semakin canggih cara pendekatan pembelajaran sekarang kan?

  3. sesi pembelajaran yang semakin baik dan memudahkan komunikasi pelajar dengan tenanga pengajar

  4. Semakin canggih tapi harap tidaklah terlalu membosankan..

  5. aha..pembelajaran secara ONLINE…bila sebut kolej je terus masuk ke pemikiran JM..Yuran Pengajian mesti tinggi…dan yang keduanya di iktiraf oleh MQA ke tidak….tapi zaman belajar sudah berlalu….

  6. Cetusan Minda

    online lbh mudah utk mengatur masa cuma yuran tu tak semua org mampu bayar …

  7. Satu kaedah pembelajaran yang lebih memudahkan. Segalanya boleh dilakukan debgan cepat. Moga ianya akan terus menyumbang ke arah peningkatan sistem pembelajaran kita.
    Nice info Khir. Salam Jumaat 🙂

  8. mmg zmn skrg pmbljrn pun kna ikut teknologi… spya pljr tak bosan..

  9. lama tak lawat blog bro …pi bercuti di oversea..

  10. baru sampai…itu pun kerja besok…sabtu

  11. cool betul nama dia blackboard! hahaha. teringat zaman sekolah dulu… nice la INTI…

  12. INTI merupakan IPTS swasta yang cukup popular..

  13. pembelajaran semakin canggih cara mengaplikasikannya…sumbangan inti kolej untuk budaya ilmu terkini..

  14. pembelajaran pun dah boleh di'blended' kan yea..semakin canggih

  15. Memang mengikit peredaran zaman dah subjek2 pembelajaran la nih…

    http://supernifzvitamin.com/national-conference-shaklee-2015/

  16. sistem pelajaran memang perlu seiring dengan teknologi
    kalau tak akan create masalah

  17. Anak2 generasi sekarang amat bertuah…sebab tu mereka semakin matang dan kedepan dengan sistem pembelajaran yang semakin canggih…

  18. Semoga generasi kita hari ini dan akan datang akan lebih bertuah dalam mendapat pendidikan yang terbaik..Semoga sisitem dan perancangan yang diperkenalkan dapat menaikkan martabat para pelajar ke arah yang lebih baik..InsyaAllah

  19. pembelajaran dah bertambah maju… harap2 ianya tidak meninggalkan 'kemajuan' akhlak dan sahsiah pelajar…

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.