Intervensi Pembangunan Insan ParolPortfolio 

Intervensi ODP, Perlawanan Badminton Parol Peringkat Zon Tengah

Pada Sabtu (10/5/2014), telah berlangsungnya acara perlawanan badminton, dalam Program Intervensi Bersama ODP Peringkat Zon Tengah. Ia telah dianjurkan oleh Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Intervensi ODP, Perlawanan Badminton Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Peringkat Zon Tengah

Intervensi Parol Peringkat Zon Tengah

Terdapat 5 pasukan yang terlibat dan setiap pasukan tersebut mewakilkan beberapa regu untuk dipertandingkan. Ia terdiri daripada pasukan dari Ibu Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia bersama-sama Parol Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan juga W.P Kuala Lumpur selaku penganjur majlis dan juga tuan rumah dalam acara ini.

Intervensi ODP, Perlawanan Badminton Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Peringkat Zon Tengah
Intervensi ODP, Perlawanan Badminton Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Peringkat Zon Tengah
Perlawanan ini mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi melalui aksi dan persaingan sengit yang ditonjolkan oleh setiap peserta. Sememangnya setiap pasukan mempunyai ‘taring’ dan ‘skill’ mereka yang tersendiri. Melihat dari perlawanan ini, jelas membuktikan bahawa badminton adalah satu aktiviti sukan yang memerlukan ketangkasan dan mencabar.
Intervensi ODP, Perlawanan Badminton Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Peringkat Zon Tengah
Acara yang bermula jam 9 pagi ini menggunakan 4 gelanggang yang melibatkan 2 dewan badminton (dewan A & B). Ia selesai pada sekitar jam 5:30 petang dengan penuh kemeriahan. Acara diserikan lagi dengan ucapan penghargaan daripada pengarah Parol WPKL, diikuti dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pemenang.
Intervensi ODP, Perlawanan Badminton Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Peringkat Zon Tengah
Intervensi ODP, Perlawanan Badminton Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Peringkat Zon Tengah
Intervensi ODP, Perlawanan Badminton Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Peringkat Zon Tengah
Berikut adalah senarai pemenang perlawanan badminton, Program Intervensi Bersama ODP Peringkat Zon Tengah.
Pemenang Pasukan Lelaki.
Tempat Pertama – Parol Negeri Sembilan (1)
Tempat Kedua – Parol Selangor
Tempat Ketiga – Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Tempat Keempat – Parol WPKL
Pemenang Wanita.
Tempat Pertama – Parol Melaka
Tempat Kedua – Parol Negeri Sembilan
Tempat Ketiga – Parol WPKL
Tempat Keempat – Parol WPKL
Tempat Kelima – Parol Melaka
Tempat Keeenam – Parol Selangor
Acara bergambar Parol dan Perkhidmatan Komuniti Zon Tengah juga menjadi salah satu acara penutup yang meninggalkan kenangan ceria dan permuafakatan untuk semua.
Intervensi ODP, Perlawanan Badminton Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Peringkat Zon Tengah
Intervensi ODP, Perlawanan Badminton Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Peringkat Zon Tengah
Semoga program ini dapat dijadikan sebagai landasan peringatan kepada ODP agar sentiasa menghargai nilai-nilai positif untuk kehidupan yang lebih baik. Mudah-mudahan juga segala usaha murni Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia sebagai tapak sokongan dan bimbingan kepada mereka yang diberi peluang kedua dapat mencapai matlamat dengan jayanya demi kesejahteraan masyarakat dan negara… aamiin.
***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
W.P. Kuala Lumpur
.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan
Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah
terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Kuala Lumpur, Parol dan Perkhidmatan Komuniti
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

Related posts

58 Thoughts to “Intervensi ODP, Perlawanan Badminton Parol Peringkat Zon Tengah”

  1. Supaya dengan event sebegini dapat membawa gaya hidup sihat kepada semua disamping memudahkan mereka menyertai masyarakat bila kembali semula dalam masyarakat…

    1. In shaa Allah Zumal.. mudah2an membawa kebaikan juga kpd seluruh msykt.. aamiin.

  2. Badminton ni saya mula aktif waktu start masuk kerja. Dulu sekolah asyik main bola je. Sekarang ni, bila jumpa otai-otai main badminton ni, baru saya tau. Kalau tersilap jenis racket pun boleh jadi punca kekalahan. Pernah sekali saya tengok game tu, sampai patah racket pun ada bila smash kencang sangat.

    1. Mmg betul tu Sylarius.. silap2 kena smash bola pun boleh lebam.. klu kena kat kepala boleh benjol huhu.. Mmg penat klu bermain dgn org terer ni.. kena hanyak je.. 😀

  3. saya suka tengok game badminton.. lebih-lebih lagi bila pemain berbalas lama kemudian terus smash dan dikira mata pula.. dkt situ lah keseronokan badminton pada pandangan saya…. hehehe… eh, khir main sekali tak?

    1. Betul tu Cheq Eem.. suspen bila rally pnjng ni hehee.. saya tak main sbb ramai yg berpotensi lebih layak utk bermainlah.. lagi pun, sure tak larat nak main tengok bnyk yg terer2… 😀

  4. Menanamkan budaya hidup sihat dalam segenap lapisan masyarakat..

    1. Mmg menyihatkan.. yg menonton pun terbawa2 aura sihat.. 🙂 🙂

  5. Aktiviti yg menyihatkan…

    1. Mmg menyihatkan & meriah pn Maria.. 🙂

  6. wah mriah ya En.khir….best..

  7. wah mriah ya En.khir….best..

    1. Mmg meriah Ikhwan.. seronok.. 😀

    2. tgk gmbr seronok…..Nikan pula bila bermainkan..hihihih…aktiviti yg menyihatkan badan..

  8. Saya pernah main kat court kg pandan nie..agak best jugak kalau compare ngan tempat2 lain..lama dah rasanya tak main badminton..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    1. Oh pernah ye.. mmg sempoi juga sbb ditingkat atas kan. Cuma bila dah ramai2 dewan tu jadi panas, Nak buka kipas tak boleh hahaa. Nasib baik hari Sabtu tu cuaca nyaman & hujan ptgnya.. sedap bila ada angin hujan petang.. 😀

    2. betul tu..kat situ kalau nak main tak boleh terlalu crowded sangat..hehehe

  9. en khir tak main ke hari tu?

    1. Saya tak mainlah Yana.. ramai yg lebih terer2 hehee.. Santai2 bawak sorang anak & isteri je. 😀

  10. team En.Khir menang no berapa??hehe…

    1. Team sokongan sayalah Naniey.. dpt no 4 huhu.. 😀 😀

  11. Meriahnya. Tahniah buat pemenang. Dah lama tak main badminton.

    1. Mmg meriah Fiza.. yg tak bermain pun meriah bersantai menyokong team masing2.. 🙂 🙂

  12. tengok gambar ni teringat masa kecik-kecik dulu suka betul main badminton.. hebat dan jaguh kampung betul rasanya..

    1. Hehee… mmg seronok klu time kecik2 & waktu sekolah dulu main badminton kan.. mmg jaguh.. 😀

  13. aktiviti yang bagus di samping sihatkan tubuh badan… dapat eratkan ukhwah

    1. Betul tu Acik.. mmg menyihatkan & menceriakan.. 🙂

  14. sambil menyelam minum air.. sambil beriadah dapat kuatkan ikatan.. khir ada menang x? hehehe

    1. Mmg betul tu Pha Is.. saya tak main.. terlalu ramai yg pro.. yg otai2 tu boleh tahan juga sengatnya hehee.. 🙂

  15. tahniah buat pemenang badminton, hadiah dpt, peluh pun berbaloi disingkirkan. moga mereka memanfaatkan peluang ke-2 sebaiknya

    1. Mudah2an Yumida… mudah2an membawa kebaikan kpd semua juga.. 🙂

  16. Bagus aktiviti macam ni…aktiviti sosial yg sihat ;))

    1. Betul tu Linda.. sihat & menceriakan.. 🙂

  17. Wah,meriah Khir dengan aktiviti yang menyihatkan.

    1. Alhamdulillah kak Lynn.. mmg meriah & menyihatkan… 🙂

  18. bro x join sekali ke..x kan jadi wartawan je..huhu

    1. Kali ni ramailah yg join.. jadi wartawan pun ok gak.. eh.. apalah wartawan tak mainlah huhu.. blogger bro.. 😀

  19. baru2 ni pun anne join sukan anjuran fakulti.. best tengok kwn lawan badminton ngan lecturer.. dua2 hebat.. hihi..

    1. Wah seronok… pasti hebat perlawanan mcm tu kan Anne.. 🙂

  20. hmm nanti nak ajak satu family main lagi ah hihi.
    thanks cik khir.
    meremindkan memori lampau gitu hahahahha 😀

    1. Main badminton sefamily lagi seronok Qila.. nice.. 😀

  21. ingatkan khir main jugak..nampak dah orang baju itam dikalangan berbaju oren..

    1. Hahaa.. kali ni saya jadi pemerhati & blogger.. 😀

  22. Dulu masa bunda muda2 sikit…selalu jugak main badminton depan rumah sama anak2….
    Tapi bila dah lama tak main…tiba2 jer main mau terseliuh urat saraf…sakit otot sana sini nanti…

    1. Hahaa.. mmg btul tu Bunda.. klu lama tak practice mmg sengal jadinya otot2 ni.. saya pun sama jugak.. 😀

  23. khir main tak..hehe..suka acara yg berpuluh mcm ni..aktiviti yg sgt bgus..

    1. Saya tak mainlah Jie.. ramai yg terer2.. mmg aktiviti yg bagus.. berpeluh sakan hehee.. 😀

  24. Assalammualaikum… khir,

    khir main badminton mesti 'power' khir boleh jadi jurulatih nie… mselim3 main badminton nie jadi rezab aje…

    mselim3

    1. Waalaikummussalam MSelim3;

      Saya mmg jurulatih sebenarnya.. mentor huhu.. Bila ramai yg terer2 mmg mcm tu lah.. jadi rezab je eh.. 😀 😀

  25. inilah aktiviti yg sihat namanya….bersenam..berbincang dan bersantai..memng kena terapkan konsep mcm ni dlm kehidupan.. bgus pkongsian bro khir 🙂

    1. Betul tu.. mengajar erti percampuran yg sihat juga.. T kasih bro Sobri.. 🙂 🙂

  26. AvatarAnonymous

    wah..semua nampak oren..nasib baik khir pakai baju hitam..hehehehe..badminton,i loikee..

  27. bersukan, mencerdaskan minda dan menyihatkan badan…terbaikk

  28. Misi Sukan Untuk Parol ; Sihat Jasmani & Rohani…Moga berjaya..

    1. Downy & Libresse disini..

  29. semoga tercapai matlamat program ini .. khir x main skali kan?? klu main mesti sapu bersih semuanya 🙂

  30. Best sebenarnya sukan badminton ni. Menyihatkan. cepat keluar peluh. Tapi kalau lama tak main, tetiba main, boleh rasa penangan sakit otot dan urat pada keesokkan hari

Leave a Comment

CommentLuv badge