Intervensi Latihan Badminton Parol W.P Kuala Lumpur #2

Pada pagi Isnin (5/5/2014) telah diadakan
intervensi latihan badminton
Parol dan
Perkhidmatan Komuniti W.P Kuala Lumpur
di Dewan Dato Keramat, Kuala Lumpur. Sesi latihan ini adalah susulan
dari aktiviti yang telah dijalankan pada 24 April yang lalu, juga merupakan
persiapan terakhir sebelum menghadapi perlawanan badminton, intervensi ODP bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Zon Tengah
yang akan diadakan pada hari Sabtu (10/5/14) nanti.
Intervensi ODP - Latihan Badminton Parol WPKL
Aku berkesempatan singgah untuk mengeluarkan peluh yang pasti bukan sedikit, tetapi banyak… Sekadar menyokong dan mengimarahkan intervensi
latihan badminton ini. Sedia maklum seperti yang dinyatakan melalui penulisan yang
lalu, aktiviti sebegini merupakan satu program pencegahan dan sokongan ODP melalui
acara kesukanan. Setiap anggota Parol dan ODP yang terpilih perlu bergandingan bersama dalam setiap acara regu yang dipertandingkan.
Oh ye.. berdasarkan masa dan penyertaan yang padat,
hanya acara regu yang akan dipertandingkan nanti.
Intervensi ODP - Latihan Badminton Parol WPKL
Anggota Parol dan Perkhidmatan Komuniti WPKL
Parol dan
Perkhidmatan Komuniti WPKL
akan menjadi tuan rumah dalam Intervensi ODP perlawanan badminton Parol
peringkat Zon Tengah ini. Justeru sebagai tuan rumah, adalah menjadi harapan
untuk memberikan persaingan yang terbaik seterusnya menjuarai pertandingan ini
dengan cemerlang… in shaa Allah.
Intervensi ODP - Latihan Badminton Parol WPKL
Selfie Parol WPKL… Yeah!!
p/s : sorry bos, gambar gegar sebab tangan tak stabil selepas pegang raket huhu.. πŸ˜€
  
Artikel yang berkaitan :

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan
Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah
terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

Salam Hormat
Khir Khalid

Related posts

52 Thoughts to “Intervensi Latihan Badminton Parol W.P Kuala Lumpur #2”

  1. AvatarNurul Hidayah

    Semoga mampu memberi persaingan yg sengit dan seterusnya berjaya dlm perlawanan tu.. Gud luck!

    1. Semoga berjaya semuanya.. in shaa Allah Nurul.. πŸ™‚

  2. tuan minat badminton juga ya..dulu saya minat sekarang dah tak main lagi..

    1. Minat juga tuan Hanafi.. tp jarang2 dah bermain skrng ni.. πŸ™‚

  3. AvatarMohd Selim Zainal

    Assalammualaikum…khir,

    wahh.. best yer main dapat main badminton.. dah lama mselim3 tak main badminton kasil keluar peluh.. sihat badan..

    mselim3.

    1. Waalaikummussalam MSelim3:
      Mmg syok sekali sekala layan hehee.. πŸ˜€

  4. AvatarVee Sandi

    amboi … selfie sakan yer … pandai gak vanish berselfie . satu titik jer . Dapat gak bermain dgn inti dan whisper .

    1. Hahaa.. gaya terbaru tu Vee.. selfie sipi2 je.. t kasih.. πŸ™‚ πŸ™‚

  5. Avatarmemmet lenggeng

    baguslah bersukan, dapat keluarkan peluh

    1. Mmg syok.. baju pun boleh diperah peluhnya.. πŸ˜€

  6. AvatarRDZ Z

    Aktiviti yang baik khir..serampang dua mata ni…nway good luck nanti ya..

    1. AvatarRDZ Z

      Libresse & LAZADA for you..

    2. Betul tu.. in shaa Allah.. juara hehee.. Thanks Raudzah.. πŸ˜€

  7. AvatarHuny eda

    dapat bazirkan masa dengan beraktiviti mcm ne kan okay,,, anda d tag khir
    http://hunyieda.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

    1. Betul tu.. sihat & bermanfaat… wahh.. saya di tag eh.. orait.. thanks eda.. πŸ˜€

  8. Zumal dah lama tak main badminton, riket pun dah berhabuk dah :))

    1. Sesekali syok juga main Zumal.. πŸ˜€

  9. Elok terus hobi tu demi kesihatan kita…

    1. Mmg betul.. tp klu jarang2 mcm saya boleh sengal bahu bangun pagi2 hehee…

  10. AvatarNaniey Jemiey

    klik lazada di sini… selain baik untuk kesihatan..sukan juga boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.. btl ke bohong en. Khir??? akeke

    1. Betul2 Naniey.. tp ada jugak situasi lain yg jadi gaduh sbb sukan hehee… macam2 org ni. Tp kebanyakkannya mmg dpt merapatkan kemesraan sesama yg terlibat kan.. πŸ™‚

  11. kalau main badminton…peluh mmg byk keluar…rasa semua tenaga keluar…patut la selalu g training…nak lawan lagi upanya….

    1. Persediaan komprehensif utk perlawanan sengit.. πŸ™‚ πŸ™‚

  12. Redbull tuk khir..kasi tambah tenaga…dan juga libresse πŸ™‚

  13. Seronoknya main badminton, dah tua2 ni selalu xde kesempatan nak main badminton…kalau ada pun main tepi rumah dengan anak, cuma asyik ke longkang je lah hehe :p

    1. Saya pun sama jugak Linda.. kdg2 je main pukul2 bola kat taman je.. πŸ˜€

  14. Harap2 menang le nanti… πŸ™‚
    Apa pun semangat kesukanan itu penting…

    1. In shaa Allah… betul tu BM, semangat kesukanan tu yg penting kan.. πŸ™‚

  15. bermain badminton..aktiviti sihat..
    apa la selfie nampak muka khir separuh..huhu

    1. Hehee.. test teknik terbaru Mar.. πŸ˜€ πŸ˜€

  16. tangan mesti terketar lepas hayun raket kan haha. Kenit dah lama sangat tak main badminton ni huhu. Rindu nak hayun raket πŸ™‚

    1. Hahaa… betul2.. terketar2 tangan kenit.. πŸ˜€ πŸ˜€

  17. AvatarYumida Huda

    amboi. sampai bergegar gambar tu. penangan main badminton. hihi
    aktiviti yg sgt bagus. menyihatkan! mengeluarkan peluh. menyingkirkan lemak.
    yumida dulu2 selalu main dgn hb. tp bila angin dtg pelanting buah raket di buatnya

    1. Hahaa… mmg tak boleh kawal tangan tu.. bergigil2.
      Bola jatuh, reket pulak yg terbang eh.. πŸ˜€ πŸ˜€

  18. licha main sminggu sekali je . πŸ™‚ hari rabu dengan opismate. sekali sekala best jugak bersukan dapat menyihatkan badan.

    klik nuff khir hari ini

    1. Wahh syoklah dah ada jadual tetap.. mmg fit lah mcm tu… thanks Licha.. πŸ˜€

  19. seronoknya bersukan!hehe..niesa ni entah bila la kan..

    1. Ada geng boleh je Niesa.. klu tak de yg lemau tu.. saya pun mcm tu juga.. πŸ˜€

  20. AvatarAnonymous

    badminton antara feveret kathy…terbaik..

    1. Mmg best kan.. simple, riadah yg berbaloi.. πŸ™‚ πŸ™‚

  21. Seronok.. Erat silaturrahim smbil kuarkn peluh..

    1. Alhamdulillah… mmg betul tu.. seronok.. πŸ™‚ πŸ™‚

  22. gambar last tu cam kelakar pula
    berselfie samapi tinggal 1/3 muka aje…hehe

    1. Haaa.. itu yg dinamakan teknik selfie sipi2 Yana. Mata pun dah mcm juling je hahaa.. πŸ˜€

  23. Aktiviti yg bagus…sambil2 mengeratkan silaturrahim

  24. Satu aktiviti atau sukan yang boleh menyihatkan tubuh badan bahkan dapat membentuk satu komuniti kerjasama yang sangat erat.

  25. aktiviti yg sihat pada masa yg sama dapat mengeratkan silaturrahim ^^

  26. ha..ha.. yg bab selfie tu epic.. tangar gegar..lpas main badbinton..
    btw aktiviti yg sihat dan bgus utk ksihatan

  27. aktiviti yang sihat…lagi pun tak perlu ahli pasukan yang ramai seperti bola sepak atau futsal..

  28. AvatarCheq Eem

    sukan yg tak sesuai dengan saya… sbb tangan dan ketinggian tak cukup syarat.. mesti teruk kena smash…. hahaha…. mmg elok bersukan tiap2 minggu…. badan pun sihat dan cergas… πŸ™‚

  29. dalam ramai2 nie mesti ada sorang yang main macam LCW kan??hehehe..menabung darlie sini..

    Regards,
    -Strider-

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.