Intervensi Pembangunan Insan Parol
Intervensi Kesedaran Sosial Parol WPKL – Petang Selasa (17/6/14), saya telah menyampaikan amanah sesi Intervensi Kesedaran Dan Motivasi Sosial Parol WPKL bertempat di pejabat Parol Daerah Cheras, Kuala Lumpur.
Pejabat Parol Daerah Cheras, Parol WPKL, Kuala Lumpur

Intervensi Kesedaran Sosial Parol WPKL

Pada sesi intervensi kesedaran sosial Parol WPKL ini, saya berpeluang berkongsi pandangan tentang kesedaran yang perlu ada bagi setiap manusia yang hidup di muka bumi. Ia bermula dengan mengenal dan menerima keadaan diri seadanya. Setiap manusia hakikatnya mempunyai kebaikan dan keburukan, keistimewaan dan kelemahan masing-masing.
Justeru setiap ujian dan musibah yang hadir pasti ada hikmah untuk renungan kebaikan diri. Terpulang sama ada seseorang itu sedar atau tidak dan menginsafi atas segala yang berlaku dengan redha.
Melalui keredhaan kita dapat bermuhasabah, mencungkil kebaikan yang ada agar dapat memperbetulkan kelemahan dan kesilapan melalui ruang kepercayaan yang diberikan atas jalan yang betul. Kita perlu berusaha mencari jalan terbaik untuk menghargai kepercayaan tersebut bermula dengan niat kepada diri sendiri, ibu bapa, keluarga dan insan-insan lain yang membantu. Peluang kedua yang diberikan merupakan tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan sebaiknya. Jadikanlah ruang kepercayaan yang ada sebagai motivasi untuk merubah jalan kehidupan ke arah kejayaan dan kesejahteraan dunia dan juga akhirat.
Sesungguhnya, saya berkongsi hanya sekadar berpesan-pesan kepada kebenaran untuk kebaikan sesama insan.
Pejabat Parol Daerah Cheras, Parol WPKL, Kuala Lumpur

Intervensi Kesedaran Parol Dan Peluang Kedua

Sesi kesedaran dan motivasi ini dimulakan dengan ucapan dan perkongsian dari Pengarah Parol Kuala Lumpur yang turut menyentuh tentang maksud peluang kedua. Beliau memperjelaskan dengan mendalam tentang hasrat Parol WPKL dalam menyokong keinsafan dengan suntikan motivasi jasmani dan rohani agar seseorang itu dapat berfikir secara matang demi kehidupan yang positif. Selain itu, pegawai parol dari pejabat Parol daerah Cheras juga turut menyampaikan perkongsian yang bermanfaat sebagai peringatan dan renungan kepada semua yang hadir.
Bukan semua segmen insan itu layak diparol dan beroleh peluang kedua. Ia melibatkan kepercayaan dan keyakinan dari pelbagai pihak untuk mendapatnya. Semoga intervensi kesedaran dan motivasi ini dapat dijadikan panduan dan pegangan kepada mereka yang terpilih ini untuk menempuh kehidupan dengan tabah sebagai insan berguna untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat seluruhnya… aamiin.

Berilah mereka peluang kedua…

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur. Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Logo Parol dan perkhidmatan komuniti, Parol Kuala Lumpur
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia
Salam Hormat
Khir Khalid
 
 

55 Thoughts to “Intervensi Kesedaran Sosial Parol WPKL”

  1. Naniey Jemiey

    alhamdulilah…. tak tau nak komen apa… rasa macam rendah diri sangat tiap kali baca penulisan En. Khir..hehe

    kilk promote content..

    1. Hehee.. jngnlah mcm tu.. saya insan kerdil yg berkongsi utk kebaikan diri juga.. t kasih Naniey.. 🙂

  2. RDZ Z

    Semoag peluang kedua mereka tidak disia-siakan…

    1. Mudah2an Raudzah… aamiin..

  3. ikhwan yusuff

    mmg setiap org berhak diberi peluang kedua….Jadi gunakanlah peluang itu untuk berubah….:D

    1. Betul tu Ikhwan… berilah mereka peluang utk membuktikannya.. 🙂

  4. Yumida Huda

    moga mereka menggunkaan peluang ke-2 dgn sebaiknya
    moga masyarakat menerima mereka dgn baik
    setuju sgt apa yg abg khir cakap..bila kita redha atas ketentuan sesuatu
    kita akan bermuhasabah diri kita
    memperbetulkan jln yg bengkok selama ni

    1. Betul tu Yumida… kebenaran tu kdgkala mmg pahit.. belajar utk redha utk kebaikan diri sendiri. Mudah2an dpt diperbetulkan mana yg silap.. in shaa Allah.

  5. Semoga masyarakat juga memberi peluang kedua kepada mereka semua 🙂

    1. Mudah2an Zumal… aamiin..

  6. ye berilah peluang kedua kepada mereka..dan doakan mereka menggunakan peluang ke2 itu dengan lebih bijak..

    1. Sama2lah kita berdoa agar sejahtera kehidupan kita semua juga… aamiin.

  7. Lynn Munir

    Peluang ke dua…, jika tidak digunakan sebaiknya – jarang 'terjumpa' pulak peluang ketiga.
    Salam khamis Khir.

    1. Mmg betul.. klu luka lama berdarah kembali, silap2 lagi memburukkan diri.. Salam Khamis kak Lynn.. 🙂

  8. masih ada yg sayang..tak semua yg berdosa tu akan kekal berdosa kan? 😀

    1. Betul tu Sally… selagi ada niat utk kebaikan.. hanya Allah jua yg menilai.. semoga Allah sentiasa mengampuni dosa2 kita semua juga… aamiin.. 🙂

  9. Alhamdulillah…semoga peluang kedua ini sebagai pencerahan hati buat mereka…

    1. Betul tu Bunda… mudah2an… aamiin.

  10. Vee Sandi

    semoga peluang kedua utk menjadikan mrk lbh baik n lbh insaf terkesan diminda dan jiwanya … berjumpa mr huawei dgn memandu jetta di malam hari .

    1. In shaa Allah mudah2an.. aamiin. Thanks Vee.. 🙂

  11. mereka berhak di beri peluang ke dua..

    1. setuju tu, setiap orang layak diberi peluang kedua

    2. Mmg betul tu setuju… selagi ada kehidupan di dunia ini, masih ada peluang utk kebaikan..

  12. setuju..setiap orang berhak diberi pilihan kedua..

    1. Betul tu CN.. peluang kedua selagi ada hidup ini. Tiada lagi di kubur atau apabila matahari dah terbit dari barat… wallahualam..

  13. untung sebenarnya mereka nie..bukan sahaja diberi peluang kedua malah dibantu oleh Parol WPKL dalam usaha untuk menjadikan mereka insan yang lebih baik…

    Regards,
    -Strider-

    1. Mmg betul tu Strider… bnyk usaha yg dilakukan, asalkan niat utk berubah tu ada. Mudah2an mereka terus tabah utk kehidupan yg baik… aamiin.

  14. beri peluang kedua = memperbaiki kesalahan, menginsafkan diri…

    1. Mudah2an membawa kejayaan di dunia & akhirat… aamiin.. 🙂

  15. bagus juga dengan peluang ke dua ni.. sekurang2 nya orang yg bersalah dapat kembali ke jalan yg benar dan manfaatkan peluang yg telah diberikan

    1. Betul tu Licha… mudah2an dgn niat utk berubah itu mendapat peluang yg baik utk dibuktikan..

  16. peluang kedua amat penting supaya memberi keinsafan dan kesedaran

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    1. Mmg betul tu bro Hanafi… mudah2an.. aamiin.

  17. Ni pejabat kat mana ni? kat wisma zelan tu eh?

    1. A ah.. betul tu uncle gedek.. kat wisma zelan.. 😀

  18. alhamdulilah..bgus pengisian program ni..pelunag kedua yang membutkan mreka lebih baik dgn bimbingan dan sokongan yg diberikan ..tahniah semua 🙂

    1. Alhamdulillah bro Sobri… aamiin.. 🙂

  19. chegu zam

    Sejak membaca blog tuan, chegu banyak gunakan sebagai modal mengajar… terima kasih ye

    1. Alhamdulillah chegu zam… terima kasih kembali. Mudah2an membawa kebaikan bersama… aamiin.. 🙂

    1. T kasih bro Strider.. 🙂

  20. peluang kedua yg diberikan..hargai la peluangnya..

  21. setiap orang berhak diberikan peluang kedua..

  22. Anonymous

    setiap orang pastinya melakukan silap,berikan mereka peluang kemabli ke pangkal jalan..

  23. Kepercayaan itu satu anugerah…

  24. masyarakat dan keluarga juga harus membantu mereka dan juga memberi peluang kedua untuk mereka..

  25. Nurul Hidayah

    Peluang kedua lebih dihargai kerana sudah merasai buruknya peluang pertama yang telah disia-siakan.

  26. salam. everyone deserve a second change kan :))

  27. semua org berhak utk peluang kedua..harap dorg xsia2 kan peluang yg ada.. :')

  28. Allah bkn bg peluang kedua, tapi kita sntiasa beri peluang kpd kita utk berubah dan bertaubat…

  29. semoga diberkati oleh peluang ke2

  30. Yang baik, elok dipanjang-panjangkan. Berpesan-pesan itu bukan bermakna kita riak, tetapi sebagai tuntutan kewajipan dalam menyampaikan ilmu atau pengalaman yang kita ada.

  31. Eshamz Halim

    Perkongsian yang bagus bro…. 😀

  32. bila orang nak cuba berubah ke arah kebaikan, kita kena support kan..bukannya hentam and ungkit kisah lama balik. sepatutnya semua diberi peluang kedua, tapi kita manusia yang 'konon' sempurna ni jangan cepat sangat fikir buruk pasal orang macam tu.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.