Intervensi Hari Keluarga ParolEkspresi 

Intervensi Hari Keluarga Parol WPKL

Intervensi Hari Keluarga Parol WPKL – Pada Selasa (23/12/2014), telah diadakan program Intervensi Hari Keluarga Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL). Ia telah berlangsung sekitar jam 9 pagi bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Parol Kuala Lumpur, Parol KL

Matlamat Intervensi Hari Keluarga Parol WPKL

Matlamat utama program Intervensi Hari Keluarga ini dilaksanakan bertujuan memberi motivasi dan
kesedaran yang berterusan kepada Orang Diparol (ODP) dibawah penyeliaan Parol WPKL agar sentiasa bermotivasi demi meneruskan kehidupan dengan sebaiknya. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama diantara kakitangan dan anggota Parol WPKL bersama-sama ahli keluarga sebagai kumpulan sokongan secara strategik dalam suasana komuniti yang positif.
Program Intervensi ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang menarik dan menceriakan. Antara pengisian yang diadakan merangkumi sukaneka untuk kanak-kanak dan ahli keluarga termasuk aktiviti ‘treasure hunt’ yang mencabar namun menghiburkan. Intervensi Hari Keluarga Parol Kuala Lumpur ini juga merupakan program terakhir bagi tahun 2014 buat semua warga Parol WPKL yang terlibat.

Gambar-Gambar Sekitar Intervensi Hari Keluarga Parol

Suasana pagi yang pada mulanya hujan akhirnya teduh sebelum acara dimulakan. Syukur juga disebabkan hujan, cuaca pagi tidak panas dan sangat sesuai dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti intervensi kekeluargaan ini.
Program intervensi Parol di Tasik Titiwangsa
Sesi pendaftaran kepada semua yang hadir
Sukaneka Parol KL
Suasana sebelum acara kanak-kanak dimulakan
Sukaneka kanak-kanak Parol KL
Acara mencari gula-gula dalam tepung
Acara sukaneka Parol KL
Acara masukkan air dalam botol menggunakan span
Acara masuk air dalam botol, Parol KL
Tekun dan fokus.. 🙂
Acara kanak-kanak dimeriahkan dengan aktiviti santai pertandingan mencari gula-gula dalam tepung. Setiap peserta dikehendaki meniup tepung untuk mengambil gula-gula yang ada dengan menggunakan mulut. Acara kanak-kanak diteruskan dengan pertandingan memasukkan air ke dalam botol menggunakan span dan meniup belon sampai pecah. Acara berpasangan keluarga juga turut diadakan diikuti dengan pertandingan mencari harta karun (treasure hunt) secara berkumpulan.
Meniup Belon, Parol KL
Acara tiup belon sampai pecah
Parol WPKL, Parol Kuala Lumpur
Gambar kenangan kanak-kanak
Baling belon berisi air, Parol KL
Acara berpasangan baling belon berisi air
Taman Tasik Titiwangsa
Suasana sebelum ‘treasure hunt’ bermula
Treasure hunt Parol KL
Berbincang mencari ‘klu’ untuk harta karun..
Program Intervensi Hari Keluarga Parol WPKL ini diakhiri dengan ucapan ringkas yang oleh Pengarah Parol WPKL, PP Saidun Othman, diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada semua ahli keluarga yang hadir. Acara berakhir sekitar jam 1 tengah hari dengan meriah dan penuh pengisian ukhwah silaturrahim.
PP Saidun Othman, Parol WPKL
Ucapan ringkas oleh Pengarah Parol WPKL
KIP Zamri Hassan, Parol WPKL
Penyampaian cenderahati oleh Timbalan Pengarah Parol WPKL kepada yang hadir
KIP Zamri Hassan, Parol KL

Intervensi Kekeluargaan Untuk Manfaat Komuniti

Adalah menjadi harapan agar segala usaha yang dilaksanakan mendapat faedah yang baik bukan sahaja kepada mereka yang terlibat, malah kepada seluruh komuniti dan masyarakat umumnya… aamiin.
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Kuala Lumpur
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya
jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini
Salam Hormat
Khir Khalid

Related posts

32 Thoughts to “Intervensi Hari Keluarga Parol WPKL”

  1. Avatarikhwan yusuff

    meriahnya En. Khir..rasanya dah lama tak main sukaneka…hihihih

  2. meriah!!!
    turn kami bln dpn. p bkn kt sini laa 😉

  3. Pesalah jangan diabai, nanti menjadi masalah lebih besar dikemudian hari..

  4. Baru saya tau kat Msia ni pun ade parol…ingat kat US je…

  5. AvatarAnonymous

    Memang meriahlah khir..

  6. Wah meriahnya..
    Mesti budak2 suka

  7. seronok bro dapat buat hari keluarga macam nie..tapi ofis aku kecik je..setakat BBQ setiap hujung tahun je la yang selalu buat

  8. setiap hari keluarga memang meriah dan menarik… ada juga nanti diupdate pasal hari keluarga…

  9. seronok tengok budak-budak buat sukaneka

  10. meriahnya.. seronok tengok budak2 tu.. tambah2 plak time cuti sekolah macam ni

  11. AvatarSylarius Yusof

    Meriah betul family day nya 🙂

  12. Nampak meriah dan menarik…

  13. Sambutan hari keluarga inilah masa terbaik utk mengeratkan silaturrahim, berhibur secara riadah disamping terhibur melihat keletah anak2 bersukaneka.

  14. Meriahnya… Tempat zumal keja ada family day tapi tak ajak family pun…

  15. AvatarBelog Santai

    Meriah..Tahniah kepada pihak penganjur…

    1. AvatarBelog Santai

      Old Town White Coffee for you..

  16. meraihnya..kanak-kanak pun suka dapat hadiah.

  17. AvatarCetusan Minda

    aktiviti kanak – kanak selalunya mmg meriah … berpeluh lah nak cari treasure hunt tu … inti sini .

  18. program macam ini, dapat mengeratkan silaturahim…

  19. tahnia..usaha yang sangat dekat menjalinkan ukuhuwa persaudaraan. pasti anak2 yang lebih gembira

  20. gambar bukti betapa erat kekeluargaan PAROL ni..hebat

  21. time macam ni..tengok gelagat budak-budak memang menghiburkan..orang dewasa pun sama naik jugak…hehe

  22. seronoknya jika dapat berkumpul begini boleh eratkan lagi hubungan silaturrahim

  23. saya suka baca aktiviti parol ni
    macam-macam, tumpang rasa seronok =)

  24. Alhamdulillah ..Semoga ukhuwah yang terjalain akan terus berkekalan ..

  25. Moga2 kita semua dapat menjadikan program sebegni sebagai pengikat kekuatan sesebuah organisasi ..Dapat kenal mengenali sesama kita agar hubungan tak renggan dan kita kenal sesama sendiri..

  26. Avatarmemmet lenggeng

    Hari keluarga pun boleh merapatkan hubungan dan membina ukhwah yang lebih baik

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.