Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera.
Pada pagi Khamis (24/4/2014) telah diadakan program intervensi dan latihan badminton untuk bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P Kuala Lumpur di Dewan Badminton Dato Keramat, Kuala Lumpur.
Intervensi ODP Parol & Perkhidmatan Komuniti W.P Kuala Lumpur

Latihan badminton dan intervensi Parol (ODP)

Ia merupakan program intervensi ODP dan latihan dalam komuniti, bertujuan untuk meningkatkan tahap kecerdasan kepada Orang DiParol (ODP) bersama-sama anggota dan sukarelawan Parol WPKL. Ia juga, merupakan pendedahan kepada ODP terhadap aktiviti yang bermanfaat sebagai sokongan agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan positif. Selain itu, ia juga merupakan latihan kelayakan untuk bersaing dalam program intervensi ODP peringkat zon tengah yang akan dipertandingkan nanti.

Intervensi ODP Parol & Perkhidmatan Komuniti W.P Kuala Lumpur

Badminton sebagai aktiviti intervensi Parol

Antara faktor sukan badminton menjadi pilihan dalam program intervensi sukan Parol adalah disebabkan faktor keselamatan. Ia merupakan sukan tertutup (indoor sport) seperti sukan bowling dan futsal yang telah dilaksanakan sebelum ini. Oleh kerana aktiviti sukan seperti ini merupakan proses pemutihan ODP ke dalam masyarakat, ia bukanlah bertujuan untuk sekadar berhibur dan beriadah semata-mata. Inilah salah satu proses intervensi, motivasi dan intergrasi ODP ke dalam masyarakat yang berkesan sebelum mereka dibebaskan sepenuhnya.

Sungguh pun begitu bila memperkatakan tentang faktor keselamatan, ia tidak bermaksud ODP ini tidak selamat atau mengancam keselamatan awam. Tetapi, sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan sewaktu program intervensi ODP, ia menjadi tanggungjawab Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia untuk menanganinya. Maka, penelitian dan persediaan amat penting sebagai usaha mencegah dari berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Intervensi ODP Parol & Perkhidmatan Komuniti W.P Kuala Lumpur, Saidun Othman
Pengarah Parol WPKL PP Saidun Othman bersama anggota & sukarelawan Parol WPKL

Parol dan ODP

ODP adalah bekas penghuni penjara warga Malaysia yang telah melakukan kesilapan dan telah menerima serta menjalani hukuman mereka di dunia. Namun mereka adalah segmen insan yang layak diberi peluang kedua dengan pembebasan Parol melalui proses pertimbangan ketat pihak-pihak berwajib. Ia adalah pembebasan awal bersyarat dan diletakkan dibawah pengawasan serta penyeliaan bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia.

Mereka (ODP) mempunyai insan-insan lain yang masih menyayangi mereka. Masih ada keluarga, ibu, bapa, adik-beradik, sahabat handai atau insan lain yang masih sanggup menerima dan tampil mengakui, memberi kepercayaan, sokongan serta pengharapan sepertimana anda pembaca sekelian. Oleh itu, ia menjadi tanggungjawab Parol dan Perkhidmatan Komuniti dalam usaha membantu proses
integrasi mereka agar menjadi modal insan yang bermanfaat untuk kebaikan masyarakat dan negara… in shaa Allah.
Selesai program intervensi dan latihan badminton, kami singgah menjamu selera nasi ayam daun pisang di Medan Selera Taman Setiawangsa.. memang best. Nak tau kedai mana kenalah cari sendiri huhu.. πŸ˜€
www.khirkhalid.com
Selfie nasi ayam daun pisang… yeah!!
Mudah-mudahan dengan peluang kedua dan sokongan yang diberikan dari pelbagai pihak dapat dijadikan landasan kepada ODP untuk kehidupan yang diredhai… aamiin.
Artikel-artikel yang berkaitan:
***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
W.P. Kuala Lumpur
.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan
Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah
terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia
Salam Hormat
Khir Khalid
Β 

Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

59 Comments

  1. Semoga dengan program sebegini mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan keluarga sebagai insan yang lebih baik dari sebelumnya…. Tahniah juga ke atas usaha murni bro khir dan sukarelawan yang lain… salam jumaat bro.. πŸ˜€

    p/s : pernah sekali bertugas untuk amik gambar wedding kat dewan tuuu….. sebelah tu pulak taman… πŸ˜€

    1. In shaa Allah.. aamiin. T kasih kembali bro Sham. Oh.. mmg tmpt org2 setempat buat mjlis kahwin kat tempat tu ye.. lepas bersanding, boleh buat sesi photography pengantin sekali kan hehee.
      Salam jumaat juga bro.. πŸ˜€

  2. seronoknya main badminton. lama sangat mama tak main.. malu lah nak terlompat, dulu anak dara tak kisah pun, ni mak dara … lambung-lambung bola boleh le…

    1. Hahaa.. yg bapak dara ni pun mcm nak putus urat nafas dibuatnya… brapa lama dah tak pegang reket tu.. πŸ˜€ πŸ˜€

  3. best main badminton..aktiviti yg sihat kan…banyak aktiviti En.Khir,..:DD

    1. Lama dah tak main sebenarnya Ikhwan, nasib baik terer lagi hehee.. alhamdulillah, aktiviti yg menyihatkan.. πŸ™‚ πŸ™‚

  4. awok singgah ke blog mike dari blog Eshamz Halim….. aktif mike bersukan ye cho!

    1. Hehee.. aktif & menyihatkan. T kasih sudi singgah.. salam ukhwah ye D.Shahril.. πŸ™‚

  5. Aktiviti yang menyihatkan..Boleh mengurangkan stress ni khir….

    1. Salam Jumaat..Givology & LAZADA for you..

    2. Betul tu.. hilang stress bersama peluh yg kluar.. t kasih Raudzah.. πŸ˜€

  6. fae tak lagi active main badminton. laziness strikes. hehe.

    1. Hehee.. ini pun lama juga saya tak main.. semput jadinya Fae.. πŸ™‚

  7. Semoga merebut peluang yg tbuka luas di delan mata…

    1. Semoga membawa kebaikan utk kehidupan… aamiin..

  8. GUS..SALAH SATU PROSES PEMULIHAN SECARA SANTAI MEMUDAHKAN PROGRAM PEMULIHAN DIJALANKAN SECARA BERKESAN TANPA TEKANAN…good job bro khir..nice sharing….

    1. Betul tu bro Sobri… satu proses utk kebaikan semua.. t kasih.. πŸ™‚

    2. sama-sama bro khir..
      mnabung πŸ™‚

  9. Semoga terus berjaya menganjurkan aktiviti2 yg sht en.khir.. Salam jumaat. πŸ™‚

    1. In shaa Alla… aamiin. T kasih Wawa, salam Jumaat juga.. πŸ™‚

  10. semoga mereka2 kuat semangat dalam menjalani kehidupan mendatang dengan lebih baik…terima kasih berkongsi…entry yang sangat memberi pencerahan…^_^

    1. In shaa Allah.. aamin. T kasih kembali mama amir.. πŸ™‚

  11. badminton sukan yang bagus untuk keluarkan peluh..
    selfie di mana2 ye

    1. Betul tu Mar.. peluh bagai diperah2…
      Gejala selfie ni dah berjangkit juga kat sayalah rasanya hahaa.. πŸ˜€

  12. wahh sekarang bro khir dah pandai selfie.. bro khir terima kasih sebab interview yang lepas.. sebab acik menang pembentangan terbaik untuk calon advokasi

    1. Hehee dah ketagih berselfie masuk kt blog dah.. adehh.. πŸ˜€
      Alhamdulillah Acik.. tahniah! Mmg Acik layak memperolehinya. Mudah2an ia membawa kebaikan & semoga Acik terus berjaya… aamiin.
      All the best.. πŸ™‚ πŸ™‚

  13. beznye main badminton. berolahraga bagus utk kesihatan. moga warga odp sihat, kembali ceria ke kehidupan sebenar.

    1. In shaa Allah Yumida… aamiin. Mudah2an mereka sentiasa positif dlm kehidupan yg mendatang.. πŸ™‚

  14. Assalamualaikum khir, wahh pandai selfie sekarang. hehee lama tak main badminton. hihi singgah menabung lazada sini~~~

    1. Waalaikummussalam Sheila… hehee… selfie muka separuh. Saya pun lama dah tak pegang raket tu.. semput jadinya. T kasih.. πŸ™‚ πŸ™‚

  15. Penuh aktiviti yerp bro KK ☺

    1. Alhamdulillah… sihat & menceriakan.. πŸ™‚

  16. nasi ayam daun pisang…mcm sedap jer

    1. Mmg sedap Haslinda.. menyelerakan.. πŸ˜€

  17. Dah lama tak main badminton. Dulu masa di universiti ada juga main.

    1. Sapa pun lama juga tak main badminton ni cikgu Helmi.. semput jadinya.. πŸ™‚

  18. Owh.. Medan selera tu… Pnh dh mkn sbb dekat aje dgn tempat kerja saya…

    1. Mmg sedap.. kena pulak waktu tu hujan.. bertambah selera.. πŸ˜€

  19. wah wah qila suka badminton tapi malu ah nak main hahahahah TT_TT

    1. Hehee.. klu malu mmg tak dptlah den nak menolongnye Qila hehee.. πŸ˜€ πŸ˜€

  20. Padat. Btw, sukan baik utk kesiahatan…

    1. Betul tu Engku.. keluar habis peluh semua.. πŸ˜€

  21. selfie gambar separuh je ke?? hehehe…bagus program ni…semoga matlamat program ni tercapai…teruskan usaha khir…
    Digi Digi + tyre tuk khir πŸ™‚

    1. Mmg trademark tu Noe.. tukang selfie gambar separuh je hehee.
      Mudah2an dpt membantu utk kebaikan bersama semua.. T kasih Noe.. πŸ™‚

  22. Rasa dah lama tak main badminton ni.

    1. Samalah kita Bahrain.. macan nak putus urat nafas ni hehee.. πŸ˜€

  23. bila badan sihat , otak pun cergas . maka hidup akan jadi lebih positif … inti n digi wpun loading slow banget deh !

    1. Mmg betul tu Vee.. saya pulah jadi terlebih sihat.. bangun pagi lenguh bahu heheee.. T kasih.. πŸ˜€

  24. badminton..i like…

    1. Hehee.. semput2 saya Kathy huhu.. πŸ˜€

  25. banyaknya aktiviti. kejap boling, kejap badminton.. bagus2.. hehe

    1. Hehee.. ari tu bowling, Selangor jadi tuan rumah. Kali ni, badminton KL pulak.. πŸ˜€ πŸ˜€

  26. Wahhh….. dneo pun sellau juga main badminton ni, tapi main kat laman rumah je.. hehe

    p/s: sekarang ramai suka selfie.. hihik^^

    1. Oklah.. slalu juga main.. saya ni, tiba2 je pulun mcm sukan olimpik.. semput giler jadinya..

      p/s: hehee.. PM kita pun dah pandai layan selfie dgn Obama huhu.. πŸ˜€

  27. Alhamdulillah… Program sebegini dapat merapatkan hubungan sesama ODP dan kakitangan Parol.
    *Kena guna monopod baru nampak satu muka la Khir πŸ˜€ D

  28. Lama dah tak main badminton. Anak2 saya sukalah. Alhamdulilah program Khir dengan bhg parol sentiasa
    diisi dengan aktiviti bersukan. Tahniah Khir.

  29. ada macam-macam aktiviti juga bahagian parol ni buat ye
    tapi bagus juga program gini kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.