Institusi Raja Berpelembagaan
Institusi Raja Berperlembagaan Di Malaysia – Antara perbualan yang diperkatakan ramai pada masa kini adalah berkenaan institusi raja. Paling menyedihkan bila ada yang berani mempersoalkan peranan institusi raja serta relevannya pada dunia kini. Satu persoalan yang saya kira ‘kurang ilmiah’ walaupun saya bukanlah seorang yang arif. Adalah lebih baik kita selami peranan institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia terlebih dahulu.
 
Institusi Raja Berperlembagaan Di Malaysia
Kredit gambar : theadmirehunkz.blogspot.com
 

Instutusi Raja Dalam Sejarah Dunia

 
Kita boleh rujuk berdasarkan catatan sahih bahawa sistem pemerintahan beraja atau dipanggil ‘monarki’ merupakan sistem pemerintahan yang tertua di dunia. Ia dianggarkan wujud sejak lebih 3000 tahun yang lalu dan merupakan pencetus berkembangnya peradaban manusia di muka bumi ini. Kita tahu bagaimana makmurnya ketamadunan Mesopotamia, Mesir, India, China termasuk Asia Tenggara tidak terkecuali, hasil dari sistem pemerintahan beraja ini sehinggalah lenyap disebabkan kezaliman raja itu sendiri, penjajahan atau konspirasi rakyat atas cetusan ideologi dan fahaman baru.
 
Secara khusus dikebanyakkan jajahan Asia Tenggara, pengaruh awal pemerintahan beraja telah bertukar kepada pengaruh kesultanan setelah kedatangan Islam. Hakikatnya, subur Islam dengan izin dan rahmat Allah swt di tanah air kita juga adalah berpunca dari pengaruh kesultanan. Namun peranan rakyat dalam mengembangkannya tidak boleh kita sangkal walaupun terdapat pertembungan adat dan sunnah yang saling terkait dengan budaya dan identiti masyarakat itu sendiri.
 

Institusi Raja Berperlembagaaan Di Malaysia

 
Sedar atau tidak, institusi beraja di Malaysia sehingga kini telah pun mencecah lebih 700 tahun. Pelbagai cabaraan yang dihadapi dalam usia sedemikian termasuk sejarah getir menghadapi kuasa asing seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Dalam tempoh tersebut juga menyaksikan pelbagai episod tumbangnya beberapa sistem monarki seantero dunia. Catatan yang bukan sahaja menjadi arkib di negara kita, malah di negara-negara yang terlibat serta diperakui seluruh dunia.
 
Kehadiran kuasa Eropah ke tanah air juga adalah berpunca dari persaingan institusi beraja dan kuasa Eropah meluaskan empayar masing-masing melalui penaklukan kawasan yang kaya dengan sumber alam. Pelbagai muslihat cuba dilakukan zaman berzaman termasuk memperkenalkan ‘Malayan Union’ demi menyingkirkan kuasa raja. Sungguh pun begitu, institusi beraja kita masih terselamat walaupun terpaksa mengubah peranan raja daripada berkuasa mutlak kepada kuasa berperlembagaan.

 

Institusi Raja Berperlembagaan Di Malaysia
Kredit gambar : www.arkib.gov.my
 
Justeru perlu kita sedar bahawa institusi raja berperlembagaan di Malaysia memainkan peranan penting sebagai pihak pendamai dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia hari ini. Antara fungsi yang masih kekal sebagai hak institusi raja berperlembagaan di Malaysia adalah seperti berikut:
 
1. Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu
2. Melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar
3. Mempunyai kuasa untuk bersetuju atau tidak dalam
pembubaran parlimen
4. Penaung serta pelindung kedudukan istimewa Melayu
dan Bumiputera serta hak-hak sah kaum-kaum lain di Malaysia.
 
Cabaran Institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia Dalam Dunia Moden
 
Kini institusi Raja Berperlembagaan berdepan dengan cabaran dunia modernisasi. Sejak era pasca kemerdekaan sehingga hari ini telah menyaksikan banyak insiden untuk melemahkan institusi Raja Berperlembagaan khususnya kuasa raja-raja Melayu. Wujudnya tekanan melalui pelbagai sistem kepimpinan seperti demokrasi, komunis, ekstremis tidak termasuk ideologi-ideologi songsang yang bernaung atas nama hak asasi atau kebebasan bersuara acuan pihak-pihak tertentu. Ternyata ia menguji sejauh mana kebijaksanaan pendukung institusi itu sendiri serta menguji sejauh mana keihklasan rakyat menerima institusi ini sebagai bahagian penting dalam negara.
 
Institusi Raja Berperlembagaan Di Malaysia
Sekadar renungan bagaimana Britain mempertahankan institusi beraja dan kekal tercatat dengan nama The GREAT Britain.
 
Bagi saya sendiri, institusi Raja merupakan tunggak kepimpinan yang perlu dipertahankan. Persoalan sama ada releven atau tidak bukanlah sesuatu yang perlu diperdebat atau dipertikaikan baik dari isu politik, sosial, jauh sekali melibatkan perihal kezaliman. Apa yang aku ingin perkatakan hanyalah “buka mata dan sedar diri”…  Siapa kita dimata dunia tanpa raja. Walaupun raja itu seorang insan biasa, namun segala ketentuan adalah dengan izin dan perkenan Allah swt.
 
Fikirkanlah, mengapa Allah swt masih mengekalkan institusi raja buat kita dari 700 tahun dahulu sehingga ke hari ini…
 

38 Thoughts to “Institusi Raja Berperlembagaan Di Malaysia”

  1. fayreen mizan

    ngeri bila semakin ramai orang pertikaikan institusi raja2… lebih ngeri bila ada yang berani beri opinion yang agak kurang ajar. memang patut pun subjek sejarah dijadikan subjek wajib lulus utk SPM sekarang. at least younger generation lebih peka dengan sebab akibat sesuatu…

  2. fayreen mizan

    Ngeri bila semakin ramai yang dah berani pertikaikan institusi raja2. Memang patut pun sejarah dijadikan subjek wajib lulus dalam SPM. At least younger generation lebih buka mata dan lebih faham konsep cause and effect sesuatu.

  3. Sylarius Yusof

    Kita sebagai rakyat Malaysia memang perlu menghormati institusi beraja kita.

    Cuma ada beberapa perkara yang menjengkelkan bila sesetengah ahli keluarga kerabat memberikan imej buruk kepada institusi dengan tingkah laku mereka yang kurang sopan apabila berada di luar negara.

  4. Norniwanie Nasarudin

    bagus perkonsian ini..kupasan yang sangat bermanfaat pada wanie..institusi beraja memang sangat penting sejak zaman dahulu lagi walupun wanie pun tak begitu arif tentangnya…

  5. Raja dicerca tapi yahudi disanjung..huh

  6. Mardiah Diana

    Assalamualaikum dan salam singgah ptg Khir…..Institusi raja sangat penting di negara kita….Diana dalam bab sejarah ni lemah sangat…hehe

  7. Norhasniza Khalid

    sejarah tentang raja ni patut kita ambil tahu.. tak banyak sikit pun jadiklah.. dulu mama msa stpm abik mata pelajaran sejarah ni, tak dinafikan…. agak mabuk jugak mengingati sejarah.. tapi, yang bagus.. kita tahu! dari yang tahu mengutuk raja tu..

  8. Begitu lama suda kewujudannya tanpa kita sedar..lya sendiri pun kurang tahu ilmu sejarah ni

  9. Rakyat Malaysia harus memegang prinsip ke-2 Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

  10. sy x dpt byg kn jika semasa pemerintahan penjajah, mereka menghapuskan sistem beraja spt yg berlaku ke atas china dan korea…

  11. Vee Sandi

    kerana 4 fungsi itulah ada pihak yg x blh thn kerana terpaksa 'melaluinya' dulu utk apa sahaja rancangan mrk … syukurlah kerana raja dapat 'tahan' kehendak mereka .

  12. saya tetap mempertahankan kedaulatan raja2..

  13. beruntungnya kita masih ada lagi institusi raja….

  14. bagus perkongsian ni khir.dulu masa belajar cuma nak harap lulus jadi tak amik berat sangat pon.

  15. Macam baca catatan sejarah pula… Menarik sekali kupasan anda.
    Institusi beraja adalah lambang perpaduan dan ketua agama. Ya! Sewajarnya kita hormat kpd institusi ini. Namun raja yang kita hormat jgn pula meruntuhkan institusi ini dengan hilangnya rasa hormat dan kepercayaan keatas mereka. Sudah ditakdirkan mereka menjadi raja maka jagalah akhlak dan jadilah raja yg berilmu dan teguh pegangan agama.
    Jangan sampai menang tapi kampung tergadai…kami rakyat jelata juga yg menanggung susahnya.

  16. Salam Khir..lya singgah sini ..membaca sikit2 ttg sejarah institusi beraja..syukurlah Malaysia masih mengambil serius ttg institusi beraja..semoga kita semua bersyukur dpt hidup dlm suasana aman damai di bawah pemerintahan beraja

  17. Belog Santai

    Agreed Khir. Even ada perkara yang kita kurang setuju dengan sesetengah tindakan mereka-mereka yang berada dalam golongan ni, kita percaya institusi Raja merupakan tunggak kepimpinan yang perlu dipertahankan. 4 Fungsi mereka yang kat atas memang relevan. Rasa hormat perlu ada kerana kita pasti mereka adalah antara insan yang di pilih Allah SWT.

    1. Belog Santai

      Promoted content untuk breakfast..

  18. tak silap cn, ada topik sejarah tingkatan 4 ttg raja berpelembagaan..hehe

  19. nice sharing..betul kata CN..mmg ada topik sejarah..tp niesa kurang berminat dgn subjek sejarah..biasalah budak2..hehe

  20. acik idah

    Institusi beraja memang perlu dikekalkan… cumanya bila raja jadi Ketua Agama tu yang… errmmm… faham2 jerk laaa… 😀

  21. Lynn Munir

    Rakyat Malaysia dan semakin kehilangan hormat dan setia pada raja.
    Kita semakin keliru dan kehilangan.

  22. wow, menarik kupasan en khor mengenai institusi diraja ni
    betul, saya amat setuju dengan apa yang en khir kupaskan
    intitusi beraja itu sebenarnya penting terutama dalam melangsungkan
    hak melayu itu sendiri
    ramai yang kata saya racist bila saya menegaskan hak melayu
    tapi peduli apa saya, mereka yang kononnya bercakap atas dasar hak asasi manusia
    ni sebenarnya makin melampau, dah bagi betis nak peha
    cubalah meruntuhkan sistem ni, mereka cuba masuk kandang harimau

  23. fayreen mizan

    Dari hari tu nak komen tapi tak boleh sebab asyik error je. Sedih dan terkejut bila ada pihak-pihak yang terlalu berani pertikaikan institusi diraja ni. Memang patut pun sejarah dijadikan subjek wajib lulus SPM sekarang. Ramai generasi muda tak berapa kenal sejarah negara… tak berapa kaji aspect impact sesuatu incident.

  24. kalau mereka faham akan RUKUN NEGARA mesti tiada isu yg di hebohkan sekarang ni kan

  25. Raja adalah tonggak negara. Taat la mereka menurut prinsip rukun negara ^_^

  26. satu perkongsian yang menarik….

  27. Eshamz Halim

    Perkongsi yang padat dan menarik bro… memang skrg ni beberapa tokoh politik kita seperti tidak menghormati institusi raja dgn pelbagai isu politik yang timbul… rata2nya seperti memperjuangkan kepentingan sendiri dan bukan untuk negara… sedih gak sebenarnya… raja mmg memainkan peranan yg penting kepada negara dan ketua agama rasmi kita… nescaya jika tiada institusi raja ni kemungkinan melayu sudah lama ditindas dan agama rasmi kemungkinan akan ditukarkan….

  28. Kalau tgk skg org dh tak pndg raja sgt dh..

  29. Kedaulatan raja2 adalah tunjang kehormatan negara kita…

  30. Tidak dinafikan istitusi Raja sangat penting, apatahlagi bagi kita masyarakat Melayu. Kalau kita kembali melihat sejarah, sebelum dari penjajahan kuasa asing ke atas Tanah Melayu, Raja mempunyai kuasa tertinggi untuk membuat apa sahaja keputusan.

    Tetapi, tahukah kita bahawa hakikat sebenar Raja Berpelembagaan? Raja Berpelembagaan itu sendiri sebenarnya adalah satu penghinaan kepada Raja-Raja yang berjaya dilakukan oleh penjajah.

    Kerana maksud Raja Berpelembagaan itu sebenarnya Raja tidak ada kuasa. Kuasanya hanyalah di atas kertas dan hanya merangkumi hal-hal berkaitan dengan keagamaan sahaja. Tak percaya cakap saya, lihatlah sendiri di Malaysia, siapa yang paling berkuasa? Raja ke?

    Bukan. Raja sebenarnya dikawal oleh pemerintah. Sedangkan zaman dahulu Raja sangat berkuasa. Ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Realitinya, penjajah sudah berjaya merubah sistem di Malaysia dan ianya diamalkan oleh kita, walaupun kemerdekaan dilaungkan setiap tahun.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.