Inspirasi Usahawan Berjaya – Saya telah bertemu tuan Wan Nong Muzafar, seorang figura keusahawanan yang berpengaruh dalam suasana santai di pejabat beliau, ILM Legacy Sdn Bhd. Beliau merupakan pakar penasihat strategi perniagaan merangkumi pelbagai aspek dari bidang penjenamaan, pemasaran, pengurusan, operasi dan kewangan.
Profil Wan Nong Muzafar
Wan Nong Muzafar berpengalaman lebih 16 tahun dalam bidang keusahawanan dan korporat bermula dari sektor perbankan. Beliau kemudiannya mengusahakan pelbagai perniagaan disamping merangkap jawatan pengurus perancangan strategik Kumpulan Media Karangkraf.
Berkelulusan Bachelor in Corporate Finance dari New Zealand, kini beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di ILM Legacy Sdn Bhd yang diasaskan sendiri. Beliau juga seorang penulis buku perniagaan yang telah menghasilkan 3 buku ‘best seller’ iaitu buku Kuasai Formula Perniagaan, Kuasai Perniagaan Internet Siri 1 dan Kuasai Perniagaan Internet Siri 2.
Beliau telah membantu ramai usahawan dalam merealisasikan impian keusahawanan mereka melalui pengalaman yang beliau sendiri ditempuhi. Melalui pendekatan ilmiah berteraskan realiti, memperhalusi struktur kepentingan serta tujuan sesuatu perniagaan, beliau kini telah melatih lebih 2000 usahawan mencapai kejayaan.
Pengalaman Hidup Wan Nong Muzafar
Tuan Wan Nong Muzafar turut berkongsi pengalaman pahit manis dan jatuh bangun kerjaya. Kesukaran yang ditempuhi apabila terpaksa berhenti kerja tanpa sebarang simpanan disebabkan arah tuju syarikat sudah mula berbeza. Ketika itu isteri beliau sedang mengandung anak pertama.
Disebabkan tiada kerja dan simpanan kewangan, beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai kesukaran termasuk hutang. Kereta ditarik dan banyak hutang sehingga hampir muflis. Beliau juga menyatakan dalam usia sekitar 31 agak sukar mendapat kerja dalam sektor korporat disebabkan faktor ‘requirement’ umur dan kelayakan.
Justeru, beliau terpaksa berkerja bertungkus lumus dengan berniaga pagi di kedai makan, menjadi kontraktor, ukur longkang untuk melunaskan hutang sehinggalah mampu bangkit kembali menjadi usahawan yang berjaya. Kisah beliau ada dikongsikan di laman The Vocket.
Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017
Kini beliau menganjurkan Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017 pada 13 dan 14 Mei 2017 di Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC). Kelebihan program adalah penekanan kepada kandungan realistik dan praktikal. Ia terbahagi kepada elemen strategi dan aplikasi ‘real life’, disampaikan oleh ahli perniagaan yang sudah melalui pelbagai liku-liku turun naik perniagaan.
Seramai 7 ahli panel akan berkongsi pengalaman dan tips usahawan berjaya, antaranya ialah CEO Jlitasari Tuan Wan Zaki, CEO Emorra & GGL Tuan Noorizam, Pengarah Pemasaran Vidmill Faisal Badry, CEO Akademik Sinergy Tuan Fairui Ismail, selebriti Puan Fynn Jamal dan Tuan Fizo Omar. Tuan Wan Nong Muzafar adalah pembentang strategi perniagaan untuk setiap komponen seminar.
Siapa yang patut hadir Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017?
- Berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula.
- Berniaga tapi asyik tidak menguntungkan dan tiada hala tuju.
- Usahawan yang ‘STUCK’ atau berniaga yang cukup-cukup makan.
- Usahawan yang ingin memahami pengurusan dan perancangan kewangan perniagaaan.
- Usahawan yang ingin ‘UPGRADE’ perniagaan ke tahap yang lebih besar.
Info lanjut boleh anda layari di www.wannongmuzafar.com.
Sebarang pertanyaan atau penyertaan ke Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017, boleh emel ke admin@wannongmuzafar atau hubungi En. Ahmad di talian 013 610 9391.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Memulakan perniagaan mmg payah disertai bnyak rintangan sebelum berjaya moga pengalman Tuan Wan Nong memberi inspirasi kpd mrk minat berniaga apa saja bidang
kisah yang amat menarik dan bersyukur kerana sempat untuk membaca buat seketika
Memberi makna kepada kita…
semoga bertambah maju
Bagus ni…belajar dari pengalaman sebenar.
Bukan sekadar teori
Semoga pengalaman beliau menjadi inspirasi dan motivasi kepada ramai yang ingin berjaya dalam bidang yang sama.
master dah ada… kenapa masih ragu2 kan utk follow benda berfaedah?