Tan Kwon Chong Nippon PaintMotivasi Portfolio 

Inspirasi Pemenang Nippon Paint Young Designer Award

Pada Isnin 11 April 2016, saya berpeluang mengenali Tan Kwon Chong, graduan Universiti Teknologi Malaysia yang telah dinobatkan sebagai pemenang senibina dalam pertandingan pereka muda Nippon Paint Young Designer Award (NPYDA) 2015. Pertandingan akhir yang telah berlangsung di Bangkok ini menyaksikan kemenangan beliau mewakili Malaysia mengalahkan 11 peserta pereka muda lain yang mewakili pelbagai negara di Asia.
Tan Kwon Chong, Nippon Paint Young Designer Award

Konsep ‘Evolving Nature : Eco-learning Market Centre’

Tema pertandingan ‘Design with Heart : For a Sustainable Future : With People in Mind’ telah menyaksikan konsep senibina ‘Evolving Nature : Eco-learning Market Centre’ rekacipta Tan Kwon Chong sebagai pemenang keseluruhan dalam kategori senibina. Melalui pertemuan, beliau berkongsi pengalaman memenangi pertandingan ini sebagai inspirasi kepada sahabat pembaca seluruhnya.
Konsep senibina ‘Evolving Nature : Eco-learning Market Centre’ diinspirasikan daripada perkampungan nelayan tempat beliau membesar di Pontian Kechil, Johor. Ia menjadi visi beliau dalam menghasilkan senibina yang mampu membawa manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar. Ia menyelaraskan elemen-elemen penting sebagai pusat interaksi masyarakat, menjaga kelestarian ekologi dan memartabatkan nilai sejarah setempat agar sentiasa dihargai oleh generasi kini dan akan datang.
Tan Kwon Chong, Nippon Paint Young Designer Award
Eco-learning Market Centre juga disasarkan sebagai sebuah pusat rekreasi masyarakat setempat yang menyumbang kepada pengukuhan elemen kekeluargaan dan pembangunan sosial dengan menyediakan kemudahan riadah awam yang mengekalkan ciri-ciri keindahan alam semulajadi. Ia juga direka agar dapat memperkenalkan tradisi dan gaya hidup komuniti perkampungan nelayan tempatan sebagai sumber informasi kepada setiap pengunjung.

NPYDA 2015NPYDA 2015NPYDA 2015

Aspirasi Tanggungjawab Sosial Dan Alam Sekitar

Tan Kwon Chong bersyukur atas kemenangan dan menyatakan apa yang beliau lakukan adalah dari hati. Ia mempengaruhi idea bagaimana beliau dapat menyumbang kepada pembangunan sosio-masyarakat dan ekosistem alam melalui senibina yang diketengahkan. Selain menghargai sentimen budaya tempatan, beliau juga menyuntik kesedaran kepada pereka-pereka muda terhadap pentingnya konsep ‘having people and environment in mind’ dalam setiap idea yang diketengahkan untuk memacu kemajuan masyarakat.
Artikel berkaitan NPYDA:

Related posts

12 Thoughts to “Inspirasi Pemenang Nippon Paint Young Designer Award”

  1. wahhhh…tenganga tgk! kagum betul dengan orang yang gigih dan ber-idea begini!

  2. Karya yg berkualiti mmg layak menangi anugerah…Tahniah kepadanya.

  3. Pembangunan…kemodenan tanpa menyisihkan kepentingan alam semulajadi dan persekitarannya itu terbaik..kerana kita saling memerlukan satu sama lain…
    Kreatif…

  4. Orang Pontian Kechil memang hebat..:D

  5. semoga kemenangannya membawa manfaat pd negara..

  6. hebat orang camni kan, tahniah kepada adik ni

  7. Muda-muda lagi dah menunjukkan bakat 🙂

  8. Semoga bertambah ramai lagi bakat bakat yang hebat seperti ini kan hehe tahniah!

  9. Saya baru perasan button subscribe email tu hhee,minta izin subscribe ya kk,mudah sy nk lihat jika ada artikel terkini

Leave a Comment

CommentLuv badge