Inspirasi Kejayaan Pereka Muda AYDA Summit 2018/19Pendidikan 

Inspirasi Kejayaan Pereka Muda AYDA Summit 2018/19

Inspirasi Kejayaan Pereka Muda AYDA Summit 2018/19 – Bagi subscriber blog ini pasti ada mengikuti perkongsian Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA) sejak beberapa tahun lalu.

Asia Young Designers of the Year Award 2018/19 yang diadakan sempena AYDA International Summit edisi ke-11 kali ini menyaksikan 2 bakat pereka muda Malaysia yang telah diiktiraf sebagai pemenang ‘Best Design Impact’ dalam kategori Senibina dan Rekabentuk Dalaman.

Berteraskan tema FORWARD: Challenging Design Boundries, pemenang dinilai berdasarkan kriteria ‘peranan dan fungsi’ dalam aspek layout serta rekabentuk pelan yang ‘forward-thinking’ dan memberi impak kepada komuniti. Selain itu, ia juga berteraskan idea yang inovatif dan asli.

Inspirasi Kejayaan Bakat Pereka Muda AYDA Summit 2018/19
Loo Yi, pemenang Best Design Impact (Kategori Senibina)

Inspirasi Kejayaan Pereka Muda AYDA Summit 2018/19

Anugerah ‘Best Design Impact’ telah dimenangi oleh Loo Yi berusia 26 tahun dari Universiti Malaya (Kategori Senibina) dan Zachary Khaw Lit Siang dari Taylor’s University (Kategori Rekabentuk Dalaman).

Mereka berdua telah berjaya mengalahkan 14 pesaing yang mewakili pelbagai negara di rantau Asia dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai USD1,000.

Menurut Loo Yi, sebab utama menyertai AYDA kerana ia satu platform persaingan antarabangsa yang memberi pendedahan dalam mengasah bakat serta pengalaman bagi pereka muda seperti beliau.

Motif beliau adalah menjadi pereka yang dapat menyediakan dunia yang lebih baik untuk kehidupan.

Oleh itu, Loo Yi mengetengahkan projek Mangrove Charcoal Living Museum yang mengintegrasikan sebuah kilang arang kayu, kemudiannya ditransformasikan sebagai lokasi tarikan pelancongan yang dikelilingi hutan paya bakau semulajadi.

Rekabentuk tersebut mengetengahkan mesej beliau tentang pembangunan mampan yang menghargai nilai budaya dan mengekalkan kesejahteraan ekosistem alam sekitar.

Pengalaman menyertai AYDA juga telah membuka peluang untuk beliau berusaha membangunkan idea dalam rekabentuk yang diiktiraf oleh para profesional dan peneraju industri.

Zachary Khaw Lit Siang pemenang Best Design Impact (Kategori Rekabentuk Dalaman)

Keluar Dari Zon Selesa Demi Pembangunan Diri

Bagi Zachary, pembangunan diri memerlukan kita keluar dari zon selesa dan belajar dari pemimpin industri. AYDA telah mendedahkan beliau kepada ramai pakar disamping bakat pelbagai negara.

Beliau menghasilkan projek ‘The Weave’ yang diinspirasikan melalui keperihatinan beliau tentang situasi pengangguran yang kritikal di Malaysia. Menurut beliau, negara kerugian sekitar USD1 billion disebabkan ‘brain drain’ setiap tahun.

Atas faktor itu, Malaysia memerlukan hub inkubator seperti ‘The Weave’ dalam menyokong pembangunan bakat-bakat muda. Ia menggabungkan 2 elemen melalui rekabentuk dalaman yang mencipta sinergi antara kreativiti, kerjasama dan keusahawanan.

Cabaran menyertai AYDA antaranya beliau perlu mengetengahkan pelbagai maklumat dalam tempoh pembentangan yang singkat. Namun melalui coaching oleh para juri, dapat pelajari cara terbaik mengenalpasti dan mengendali maklumat penting.

“AYDA bukan sekadar platform pertandingan tetapi satu peluang pembelajaran terbaik dalam usaha memperkasa aspirasi sebagai seorang pereka dalaman berwibawa.” – Zachary.

Justeru, AYDA 2019 bertemakan FORWARD: A Sustainable Future dimana para pemenang Asia Young Designer of the Year 2019/20 dari kategori senibina dan rekabentuk dalaman bakal mendapat tajaan penuh 6 minggu penempatan Design Discovery Programme di Harvard Graduate School of Design.

Bagi yang berminat, tarikh akhir penyertaan AYDA 2019 adalah pada 9 Oktober 2019.

Info lanjut proses pendaftaran boleh layari www.asiayoungdesignerawards.com.

Baca lagi info berkaitan;

Pelancaran Tema Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA) 2019

Related posts

4 Thoughts to “Inspirasi Kejayaan Pereka Muda AYDA Summit 2018/19”

  1. Tahniah ntuk kedua-duanya.Melalui pertandingan bukan semata mahukan kemenangan..tetapi sebenarnya membuka mata banyak pihak agar sedar akan bakan dan kebolehan yang ada pada diri.Secara tidak langsung mempromosikan diri dan membuka banyak permintaan serta penawaran perkhidmatan.Syabas.Moga menjadi inspirasi.
    Perdu Cinta recently posted…Lepas Kepala .. Menjerat Kaki PulaMy Profile

  2. AvatarMarzuki Rmn

    Untuk memajukan diri kita mmg patut keluar dari zon selesa, terus belajar dan dptkan panduan dgn mereka yg benar2 layak dlm bidangnya.. syabas!

  3. Satu platform yang baik untuk mencungkil bakat2 baru.

  4. tahniah kpd yg berjaya moga jadi inspirasi kpd yg lain utk lbh berjaya

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.