Inspirasi Semangat BerbloggingPerspektif 

Inspirasi Dan Semangat Dalam Berblogging.

Sekadar berkongsi inspirasi dan semangat dalam berblogging. Inspirasi dari entri yang ditulis oleh sifu blogspot saudara Hasrul Hassan yang bertajuk Bagaimana Mahu Menjadi Seorang Blogger Dikenali Ramai?… Satu entri nasihat kepada setiap blogger untuk direnungkan dan diperhalusi bersama.
Ada yang berpendapat, penjenamaan blog lebih penting untuk dikenali atau popular dari diri penulis itu sendiri. Apa yang pasti, setiap orang ada alasan dan matlamat yang tersendiri dalam berblogging.

Blog Pencetus Inspirasi Semangat

Secara jujur, hati saya pada mulanya lebih terarah kepada kerjaya sebagai motivator pembangunan insan dari berdiri sebagai seorang blogger sepenuh masa. Hasrat saya berblog adalah untuk mengukuhkan kerjaya dalam segmen memperkasa pembangunan insan di Malaysia.
www.khirkhalid.com
Kenangan bersama Drug Free Youth Association, Malaysia

Blog Sebagai Wadah Pembangunan Insan

Menjadi motivator dan usahawan sosial bukanlah sesuatu yang menyeronokkan jika tidak disertai minat dan niat. Jika di Barat, usahawan sosial umumnya terdiri dikalangan orang-orang yang telah stabil dalam kehidupan, kerjaya atau mempunyai latar belakang keluarga yang berkemampuan. Namun ia agak berbeza di Malaysia dan kebanyakan negara Timur. Walaupun ada segelintir yang sememangnya berkemampuan, kebanyakan usahawan sosial di sini masih terdiri dari mereka yang biasa-biasa sahaja. Kalau hendak menunggu kemunculan seperti kriteria yang ada di Barat… pastinya gejala sosial yang wujud pada waktu kini berada dalam keadaan yang lebih membimbangkan.
Serius… saya sendiri pun belum mampu untuk menjadi motivator mahupun blogger tersohor. Namun dengan seruan hati dan minat, saya usahakan mengikut kemampuan. Berdasarkan pahit manis dalam kehidupan dan kerjaya saya jadikan sebagai satu perjuangan untuk kebaikan diri dan juga orang lain.
Pengalaman 22 tahun bermula awal remaja, berkecimpung dalam dunia muzik, belajar, bermastautin
dan bekerja di negara orang, mengenal dunia hitam perniagaan, pelaburan, maksud kerugian, muflis dan kembali melangkah… Alhamdulillah… Melalui minat menulis, pengalaman pahit manis aku jadikan sandaran dalam aktiviti berblog sebagai wadah motivasi kepada yang memerlukan.
www.khirkhalid.com
Sahabat antara sumber inspirasi

Identiti Blogger Sebagai Inspirasi Kerjaya

Blog memberi saya semangat dan inspirasi dalam meneruskan usaha ini. Ia juga membuka peluang untuk dijadikan sebagai tapak sebaran maklumat dan pendapat secara personal untuk rujukan dan kebaikan semua. Selain itu saya bersyukur kerana berpeluang menambah ramai kenalan yang dikenali sebagai seorang Blogger Malaysia yang berwawasan.

Selagi diizinkan Allah swt, aktiviti terluang saya penuhi dengan “blogwalking” menyambung silaturrahim dan menimba ilmu dari yang lain. Seperti mana saya di luar, begitu jugalah di sini. Cuma sebagai manusia biasa tidak semua mampu saya lakukan. Maaf sekiranya ada kekurangan dan kesilapan.

Apa pula cerita anda? Inspirasi dan semangat anda dalam berblogging mahu pun kerjaya lain? Kongsi-kongsikanlah… sekurang-kurangnya perkara yang baik dapat diteguhkan bersama dengan doa kejayaan… aamiin.
Entri-entri lain yang berkaitan :

Related posts

93 Thoughts to “Inspirasi Dan Semangat Dalam Berblogging.”

  1. AvatarYumida Huda

    tulus murni perjuangan abg khir..moga abg khir sentiada dirahmati Allah
    aah agak kurang penyertaan masyarakat dlm aktiviti sebegini
    membaca pengalaman n perkongsian abg khir mendedahkan kami semua aktiviti bermanfaat begini
    moga dipermudahkan segala urusan abg khir..

    1. Alhamdulillah Yumida.. mudah2an membawa kebaikan bersama utk kita semua juga.. aamiin. T kasih.. 🙂

  2. AvatarMyCherita

    bkn semua org mempunyai semangat yg ada pd tuan khir ini..menjadi seorang aktivis memerlukan pengorbanan yg besar, dari segi kewangan, tangjungjawab keluarga, masa dan lain-lain lagi. Moga allah permudahkan segala urusan tuan dan diberkati oleh Nya.amin..

    1. Aamiin MC.. sokongan keluarga pun salah satu faktor penting juga.. in shaa Allah.. mudah2an membawa kebaikan. T kasih.. 🙂

  3. Avatar~Kak Nah Backyard (^_^)~

    moga dipermudahkan segala urusan..

    1. Aamiin.. t kasih kak Nah.. 🙂

  4. AvatarHuny eda

    pengalaman yang baik buat bro khir..semua org ada niat masing2 untuk berblog, sebab bukan senang nak menulis dan meluahkan pendapat..semoga impian dalam bidang aktivisme sosial d mudahkan lagi khir

    1. In shaa Allah eda.. mudah2an dipermudahkan segala urusan & hajat kita semua. T kasih atas doa eda. Semoga Allah sentiasa memberkati… aamiin.. 🙂

  5. AvatarFizi Zaidi

    tak ramai org seperti bro memilih untuk menjadi aktivisme sosial…semoga bro diberi ganjarang yang setimpala dengan usaha murni ini…bila sebut pasal blogger,..kita tak rasa kita blogger..orang yang lebelkan..mana yang baik kita terima, yang buruk kita berpetulakan..huhu

    1. Alhamdulillah bro Fizi.. T kasih atas doa tu.. semoga kita bersama2 beroleh kebaikan & keberkatan atas segala perkongsian yg baik… aamiin… 🙂

  6. AvatarRDZ Z

    Tahniah Khir kerana memilih untuk menjadi aktivist sosial sepenuh masa. langkah yang memerlukan komitmen yang tinggi..wish luck luck then…

    1. Alhamdulillah.. wish you all the best & good luck luck too.. Thanks Raudzah.. 🙂

  7. AvatarAniq Bukhary

    Ada juga baca baru2 nie entry HH mahu menjadi blogger dikenali ramai tu… 🙂

    1. Hahaa.. bab gambar tu yg tak larat tu.. klu gmbar sendiri kat blog sendiri mmg tak rasa apa pun.. tp bila di blog org.. blog sifu lagi, jadi segan pulak.. 😀

  8. AvatarNurfaezah Abdullah

    all the best in whatever you do 😀

    1. All the best to you too Fae.. aamiin.. T kasih.. 😀

  9. 22 tahun pengalaman.. lama dah tu..:)

    1. Alhamdulillah Inani.. terasa syng klu dibiarkan begitu shj.. semoga dpt dipanjangkan lebih lagi.. in shaa Allah.. T kasih.. 🙂

  10. bgusnya aktiviti mcm ni..teringin gk nak join mcm khir..

    1. In shaa Allah Jie.. ada rezeki mana tau kita dpt bersama2 utk kebaikan.. aamiin.. 🙂

  11. Zumal pun teringin nak aktif macam bro 🙂

    1. In shaa Allah Zumal… mudah2an Allah permudahkan segala jalan.. aamiin.. 🙂

  12. Inspirasi sy adalah kelularga sy… , yang baik2 memang tiada halangan utk dikongsikan dalam blog dan sokongan dari rakan2 adalah semangat terus berkarya. Semoga Khir maju jaya …

    1. Keluarga sememangnya penting.. tanpa mereka mmg susah kita nak maju. T kasih PCL atas doa & semangat.. semoga Allah sentiasa memberkati PCL sekeluarga.. aamiin.. 🙂

  13. AvatarAnonymous

    wah..tu andy flop poppy ker?betulkan jika kathy silap yer? semga khir berjaya dalam apa jua bidang di ceburi.

    1. Aamiin.. semoga kita semua beroleh kejayaan & mencapai segala yg dihajati.. aamiin.

      A ah.. Andy.. nak kirim salam ke hehee.. T kasih Kathy.. 🙂

    2. AvatarAnonymous

      Hehe..memang minat dengan Andy ni.suka dia nyanyi..

    3. Hehee.. dia mmg sempoi.. 😀

  14. satu pengalaman yang menarik buat khir dalam dunia aktivisme. Semoga kekal berterusan. saya tak pasti apa yang membuatkan inspirasi dalam dunia blog tapi yang penting bila melihat rakan-rakan alam maya mengemas kini entri blog mereka maka aku terikut-ikut untuk update blog.

    1. Itu pastinya satu inspirasi juga kan Bahrain.. Semoga kita semua beroleh keberkatan atas perkongsian yg baik.. aamiin.. 🙂

  15. AvatarVee Sandi

    beruntung sebenarnya bila dapat adaptasikan kerjaya ke dalam penulisan . bukan sekadar berkongsi dengan pembaca malah pembaca juga dapat mempelajari sesuatu yg baru . bila pembaca memberi sokongan , itulah yg menjadikan minat menulis itu semakin mendalam . saya juga berharap , satu hari nanti saya ada peluang seperti ini … Allah akan mudahkan jalan jika ianya ke arah kebaikan … insha Allah … terklik libresse tapi ada ilmu dr inti … heheheee

    1. In shaa Allah Vee.. mudah2an membawa kebaikan bersama semua & sememangnya dgn sokongan pembaca menambah semangat utk terus aktif bergerak & juga menulis. Mudah2an dipermudahkan juga buat Vee & tercapai segala yg dihajati… aamiin. T kasih.. 🙂 🙂

  16. pengalaman bro khir lebih hebat dan salute dengan bro khir… berbangga dapat jumpa dengang pemilik blog ini.. acik pun rasa acik bukan blogger.. acik seorang penulis saje kot hehee

    1. Saya pun sesungguhnya sgt berbangga dpt berjumpa Acik.. pada saya Acik sememangnya seorang blogger yg hebat. Saya juga amat kagum dengan usaha & pencapaian Acik dlm dunia berblog. Semoga Acik terus maju & t kasih atas persahabatan.. 🙂

  17. pada pendapat aku laa plak, aktivis macam ko lagi senang nak jadi blogger sebab kebanyakkan event yang dijalan dapat dikongsikan dengan pembaca yang mungkin tak aware apa yang terjadi di sekeliling mereka…as for personal entry tu, sekali sekala update laa jugak supaya pembaca boleh mengenali abam kacak nie..hahahaha..menabung colgate sini…

    Regards.
    -Strider- –

    1. Hahaa.. kdg2 mmg suka letak gmbr sendiri… layan je lah.. 😀 😀

      In shaa Allah Strider.. mudah2an dpt terus berkongsi sesuatu utk kebaikan sendiri & juga org lain juga.. T kasih.. 🙂

  18. alhamdulillah…menjadi generasi muda yg memberi manfaat kpd org lain..tidak membuang masa dgn sia2…tahniah

    1. Alhamdulillah.. t kasih pn Kamsiah.. semoga membawa kebaikan in shaa Allah.. 🙂

  19. AvatarAkeyla Azmi

    wahh 😀 subhanallah cik khir memang terbaik ah.
    Eii kalau lah qila ni extra berani hehe memang qila punya impian nak jadi jugak cemni hehe.
    Nak yg drug youth tu, pastu aktivis hehehe 😀
    Best kan perasaan tolong tu kn cik khir? 😀 Heeee.
    Inshaallah semoga allah permudahkan urusan dunia dan akhirat cik khir 😉
    cukup! 😀 Kan? 😀

    1. Alhamdulillah qila.. mana tau satu hari nanti qila juga lebih aktif dlm bidang2 mcm ni. T kasih diatas doa qila & semoga qila juga beroleh kejayaan & dipermudahkan segala urusan.. aamiin.. 🙂 🙂

  20. Inspirasi kuat sy ialah suami sy dan kerjaya sy sendiri… Niat dan matlamat berserta minat dan bakat… Itu buatkan sy terus bersmngt nk berblog…

    1. Alhamdulillah.. keluarga mmg menjadi faktor sokongan kuat dlm apa yg kita lakukan. Semoga mencapai kejayaan & beroleh keberkatan buat pn Maria sekeluarga… aamiin.. 🙂

  21. betoi kata maria keluarga dan bff yg membakar semangat utk zie berblog…yg baik2 tidak keberatan utk berkongsi ,moga khir beroleh keberkatan di dunia dan akhirat… amiinnn… :))))

    1. Alhamdulillah… semoga bersama2 kita semua beroleh keberkatan Nya kak Mas.. aamiin. 🙂 🙂

  22. Avatarain diyana

    u r doing great abg khir.. u inspired me.. 🙂

    1. Alhamdulillah Ain.. T kasih.. 🙂 🙂

  23. AvatarWan Maruzen Wan Husain

    terbaik….terus usaha murni Khir tu..

    1. In shaa Allah.. aamiin. T kasih Wan.. 🙂

  24. AvatarMohd Selim Zainal

    Assalammualaikum…khir,

    secara keseluruhan mselim3 suka dengan aktiviti khir sebagai aktivitis sosial bagus.. rasanyer mselim3 pun tak mampu nak buat macam khir… dengan komitmen kerjaya,sosialis, dan berblog di satukan menjadi menarik sangat.. teruskan usaha khir moga ada keberkatanNya dibelakang hari k..

    mselim3

    1. Waalaikummussalam MSelim3;
      Alhamdulillah.. setiap dari kita pastinya ada perkara yg baik yg kita ingin kongsikan utk kebaikan diri & org lain. Kita lakukanlah dgn cara yg termampu.. mudah2an membawa keberkatan kpd kita semua.. in shaa Allah. T kasih MSelim3.. 🙂 🙂

  25. terima kasih, berkongsi perkara yg baik2 akan
    dibalas dgn perkara yg baik2 juga…saya pun bukanlah blogger atau penulis,
    sekadar ingin meluahkan apa yg tersirat jer dan suka membaca
    entry kwn2 blogger yg lain…
    semuga kita semua berjaya insyaallah.

    1. Alhamdulillah Haslinda.. semoga kita semua beroleh kebaikan & keberkatan atas segala perkara yg baik yg kita kongsikan. Semoga kita semua berjaya… aamiin. T kasih kembali.. 🙂

  26. moga terus maju jaya khir..aktivis sosial ye..mencabar

    1. In shaa Allah.. aamiin. T kasih Mar.. 🙂

  27. AvatarNurul Hidayah

    Tulusnya niat Khir.. semoga Allah turunkan rahmat dan berkat, permudahkan segala apa yang dicita-citakan. In shaa Allah

    1. Alhamdulillah Nurul.. Semoga kita semua sentiasa dipermudahkan segala urusan & beroleh keberkatan dari Allah swt.. aamiin. T kasih.. 🙂

    2. AvatarNurul Hidayah

      Aamiin… Sama2 kasih Khir 😀 😀

  28. mcm noe…mmg x ada niat nk jadi fofular..nk dptkan ramai follower pun x juga…sbb tujuan menaip dalam blogspot ni…sekadar berkongsi cerita .. berkongsi ilmu…blogger ke?? ish malu je nak ngaku blogger…sbb x ada yg menarik sgt nk dkongsi…tapi bila baca n3 dari kawan2 alam maya…seronok…sbb mcm2 cerita ada…mcm2 bentuk penulisan ada…ada yang bahasa teratur…ada yg tunggang langgang bahasanya mcm noe ni…hehehe…apa2 pun apa yg Khir tulis..kongsi pengalaman sbg aktivis sepenuh masa…memang bagus sbb tak ramai yg ingin jadi seperti Khir…perlukan komitmen yg banyak…teruskan usaha…insyaAllah…pasti akan dirahmati apa yg dilakukan…

    1. Alhamdulillah… tak kisahlah apa cara sekali pun kan.. yg penting ianya pasti utk kebaikan. Mudah2an perkongsian kita semua dpt membawa manfaat & kebaikan buat kita & juga org lain. T kasih Noe.. 🙂 🙂

  29. wahhh..aktivis sosial..pernah berangan nk jd aktivis tp mcm xconfident je..hehehe..blogging ni pun xtau la dtg dr mana minat..semoga terus berjaya ya khir..

    1. Hehee.. yg penting perkongsian kita tu membewa kebaikan ye tak.. Semoga Niesa juga terus berjaya… aamiin. T kasih.. 🙂

  30. alhamdulillah lama tu dah 22 thn..moga apa yg en.khir impikan akan trlaksana

    1. In shaa Allah Lya.. aamiin. T kasih.. 🙂

  31. pengalaman lah yg paling berharga. licha sokong usaha khir untuk blog mengenai aktiviti sukarelawan dan sebagainya. usaha yg bagus 🙂

    1. Alhamdulillah… mudah2an membawa kebaikan bersama semua. T kasih Licha.. 🙂

  32. sungguh abg khir bertuah menjadi aktivis dan berkongsi pengalaman serta aktiviti bersama blogger di sini. Pastinya kami dan pembaca dapat menfaat dari penulisan abg khir, Teruskan perjuangan ye 🙂

    1. Alhamdulillah kenit.. mudah2an bersama2 kita semua beroleh manfaat & kebaikan dari perkongsian yg baik, in shaa Allah.. T kasih kenit.. 🙂

  33. teruskan menulis dan mencurah idea.. ada rezeki juga dari berblogging ni…

    1. In shaa Allah bro Kid.. T kasih juga atas ukhwah & persahabatan.. 🙂 🙂

  34. Tanpa blog…sudah pasti kita tidak berkenalan. Pasti saya tidak tahu siapa saudara Khir, apa yang anda lakukan, apa kerjaya anda dan segala=galanya tentang diri anda. Melalui penulisan di blog Khir Karya ini jugalah ilmu dan pendedahan mengenai aktiviti aktivis sosial dan penjara saya ketahui.
    Oleh itu…betapa besarnya peranan blog ini dan penulisnya dalam menjalinkan ikatan ukhwah dan memberi dan berkongsi ilmu. Masih mengharapkan pulangan keuntungan dari blog? Rasanya segalanya tadi masih tidak ternilai harganya….

    1. Alhamdulillah.. mmmg betul tu BM. Peranan blog mmg besar dlm menyebarkan ilmu & menjalin silaturrahim antara kita. Samalah saya, dengan izinNya melalui Relakss Minda membantu saya merenung dunia & kehidupan, senyum & ketawa beramah mesra dgn BM walaupun muka nampak setengah shj hehee.. Mmg tak ternilai.. Semoga ikatan berkekalan dgn sepenuh keberkatan.. aamiin. T kasih BM.. 🙂 🙂

  35. Subhanallah.. sungguh murni dan mulia hati bro khir… :')
    Semoga setiap niat, impian dan usaha bro khir dipermudahkan…. insyaallah.. 🙂

    1. In shaa Allah… semoga segala niat, impian dan usaha kita semua dipermudahkan Allah swt.. aamiin. T kasih deno.. 🙂

  36. bagus2.. at least dah nampak niche blog kearah mana.. blog saya masih lagi kurang 'tumpuan' pada mana2 bidang. just sekadar blog peribadi sebagai seorang studen farmasi.. hehehe..
    menabung libresse sini.. 🙂

    1. In shaa Allah.. pasti akan ada juga kejayaannya tu kan Pha Is.. yg penting ilmu yg kita dpt, tak lokek utk kita kongsikan. Mudah2an membawa berkat utk kita & semua. T kasih Pha Is.. 🙂

  37. Avatarhazman fadzil

    Bila kita ada minat mendalam pasti kita aku luangkan masa dan wang untuk meneruskan segala aktiviti yang berkaitan perkara yang kita suka tu…..sebab tu tak ramai blogger melayu jadikan foodblogging sebagai niche utama blog mereka….

    1. Mmg betul kan… dgn minat, lagi seronok kita buat sesuatu tu dgn lebih tekun. In shaa Allah.. mudah2an bro Hazman terus berjaya dlm mengejar impian & berkongsi maklumat info makanan yg menarik bermanfaat kepada semua & juga sentiasa membuat org spt saya ni lapar hehee.. T kasih.. 😀

  38. AvatarCheq Eem

    saya juga bukan lah blogger.. saya menggunakan dunia blogging a.k.a medium internet untuk mencari pendapatan sampingan.. pada mulanya segan untuk berkongsi kisah peribadi.. tapi bila difikirkan balik rugi tak berkongsi pengalaman yang kita ada dengan orang lain…

    lepas setahun berlalu rasa seronok berkongsi cerita dalam dunia blog.. dan bila ber'blogwalking' pula, dapat tambah kenalan… dan menerusi blog khirkhalid.com sy dapat tahu banyak benda tentang aktivis sosial…

    teruskan berkarya khir…. 🙂

    1. Alhamdulillah Cheq Eem… mmg betul, peluang yg baik rugi klu kita lepaskan. Dgn berkongsi cerita pun menambah semangat buat kita utk terus berusaha disamping bersahabat & meluaskan networking. Satu usaha yg baik utk kehidupan. Saya pun suka juga perkongsian pengalaman dari Cheq Eem & bro Sham.. mmg adventurous.. meletops hehee.. Mmg seronok. Info produk pun bnyk maklumat yg baik & bermanfaat tu.
      T kasih atas perkongsian. Semoga bersama kita semua terus maju dlm mengejar tujuan & cita2.. Semoga silaturrahim berkekalan dgn keberkatan.. aamiin. All the best Cheq Eem… 🙂

  39. AvatarLynn Munir

    Pengamatan saya apa yang dah Khir kongsikan di sini sentiasa sarat dengan info,pengajaran dan dakwah yang halus dan berseni. Bagi saya Khir memang dah punya jenama atau tapak yang tersendiri walau pun mungkin masih baru dalam blogging tapi cukup sarat dengan pengalaman dan ilmu untuk dikongsikan dengan kami ( blogger-blogger lain ). Teruskan berwacana Khir mudah-mudahan hebat natijahnya.

    1. Alhamdulillah kak Lynn.. t kasih atas semangat & inspirasi yg diberikan. Semoga kita semua beroleh kejayaan & dipermudahkan dlm setiap usaha yg dilakukan… aamiin.

  40. Avatarfayreen mizan

    Niat yg sangat baik tu, Khir… semoga segala usaha Khir dipermudahkan… aamiin….

    1. In shaa Allah Fayreen… Semoga segala usaha kita semua dipermudahkan… aamiin.. T kasih.. 🙂

  41. blogger tu bukan satu profession tapi lebih kepada minat yang mendalam untuk menulis…semoga makin maju sebagai aktivis dan juga blogger ye khir! 🙂

    1. Betul tu Sally… in shaa Allah.. semoga bersama kita semua terus maju dlm apa jua pekerjaan yg kita lakukan… aamiin. T kasih.. 🙂 🙂

  42. 22 tahun pengalaman tu. lama sungguh pengalaman tu
    keep it up ye
    macam saya menulis blog lebih kepada kepuasan peribadi
    mengasah balik bakat menulis yang dah lama tumpul…hehe

    saya pun tak minat kejar populariti, cukuplah apa yang ada
    lagipun niat asal hanya kepuasan peribadi =)

    1. Alhamdulillah Yana.. mmg betul pun kan.. mengasah bakat atas minat & bukan nak mengejar populariti. Kepuasan tu yg lebih penting… biar org kenal sbb nak berkawan & biarlah diri saya di blog ini sama juga dgn di luar… Semoga persahabatan kita semua membawa kebaikan & keberkatan… aamiin.. 🙂

  43. Sebelum saya baca entri ini, saya ada baca entri di blog HH. Terpampang gambar Tuan Khir di situ. Bukan mudah sebenarnya nak terbitkan entri yang berkualiti. Pengalaman dan rujukan yang mantap dapat meningkatkan mutu tulisan entri tersebut. Tuan Khir ke arah tersebut. Tahniah!

    1. Alhamdulillah cikgu Helmi… mudah2an apa yg saya kongsikan membawa kebaikan utk diri sendiri dan juga kpd yg sudi membacanya. Cikgu Helmi juga sebenarnya adalah inspirasi saya dlm bidang penulisan..mmg lain dari yg kebanyakan. T kasih cikgu Helmi.. 🙂

  44. Wah…lama tu 22 tahun. Smoga usaha menjadi aktivis akan berterusan.

    Macam saya asal ber blog hanya sekadar suka². Tapi bila sampai satu tahap dah boleh buat income even tak seberapa, semangat tu jadi lain. Lebih2 lagi bila dapat kawan baru di alam maya ni. Sampai lah berjumpa di alam nyata. Dan paling best, bila dapat job dari blogging.

    1. Alhamdulillah Fiza.. saya pun asalnya suka2 juga hinggalah nampak apa yg sebaiknya berblogging ni kan… in shaa Allah… semoga dipermudahkan segala urusan & tercapai segala yg dihajati… aamiin… 🙂

  45. tahniah bro….semoga berjaya selalu.

  46. AvatarEshamz Halim

    Semoga segala usaha murni bro Khir selalu dipermudahkan dan diberkati olehNya…. bukan perkara yang mudah untuk berbakti kepada masyarakat dan bro Khir telah berjaya melakukan… 😀

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.