Tan Sri Jeffrey Cheah, Sunway,
Pasti ramai terinspirasi dan termotivasi bila ada dikalangan pemimpin korporat yang disegani bertaraf ‘industry’s tycoon’ sanggup meluangkan masa berperanan sebagai guru sekolah.
Itulah yang dilakukan oleh peneraju pemimpin korporat, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, Founding Trustee, Jeffrey Cheah Foundation (JCF), juga Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway yang menjadi guru kepada seramai 35 pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong.
Melalui sesi setengah hari, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah berkongsi ‘passion’ terhadap pelajaran termasuk pengalaman hidup dan cabaran kerjaya dalam mentransformasikan Bandar Sunway dari sebuah tanah lombong terbiar menjadi pusat bandar berdaya maju yang kita lihat hari ini.

Sesi Pembelajaran Teach For Malaysia Week

Sesi pembelajaran ini merupakan sebahagian daripada pengisian Teach For Malaysia (TFM) Week. TFM merupakan organisasi bebas, tidak berasaskan keuntungan yang menyenaraikan pemimpin industri masa hadapan berkaliber (Malaysia’s most promising future leaders) dalam membasmi ketidaksamaan pendidikan dikalangan masyarakat Malaysia.
TFM Week merupakan program paling signifikan, dimana ‘key influencers’ seperti tokoh pemimpin korporat, selebriti dan penjawat awam meluangkan masa sebagai seorang guru . Ia menjadi platform meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam memperkasa minda generasi kini.
Teach For Malaysia Week, Inspirasi 2 Pemimpin Korporat Berperanan Sebagai Guru Sekolah,
Pada hari sebelumnya, Trustee JCF dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sunway, Tan Sri Razman M. Hashim turut hadir menjadi guru kepada sekumpulan 29 pelajar tingkatan 1 di SMK Puchong Perdana.
Sebagai pemimpin korporat, Tan Sri Cheah dan Tan Sri Razman berkongsi kepercayaan bahawa pendidikan berperanan penting dalam memperbaiki taraf hidup lebih-lebih lagi jika ia disuntik dengan betul dari usia muda. Kejayaan mereka menjadi dorongan inspirasi para pelajar untuk berjaya.
Membesar di sebuah bandar bekas lombong timah di Pusing, Perak, Tan Sri Cheah juga antara yang merasai kesan kemiskinan yang dihadapi keluarga. Dari situlah lahirnya kepercayaan utuh beliau bahawa pelajaran mampu menyediakan jalan paling optimum demi kehidupan yang lebih baik.
Tan Sri Razman pula berkongsi pengalaman hidup sewaktu belajar ‘boarding school’ di Australia seawal usia 15 tahun. Pengalaman tersebut membolehkan beliau mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris walaupun tidak mahir sebelumnya. Beliau turut menekankan kepentingan mempelajari bahasa Inggeris kerana ia adalah ‘lingua franca’ atau bahasa kebiasaan dalam komunikasi di seluruh dunia.
Teach For Malaysia Week, Inspirasi 2 Pemimpin Korporat Berperanan Sebagai Guru Sekolah,

Memperkasa Pendidikan Berkualiti Kepada Pelajar Malaysia

Penglibatan JCF bersama TFM timbul dari kesefahaman kepentingan pendidikan yang berkualiti. Jeffrey Cheah Foundation turut menambah RM150,000 kepada TFM yang menjadikan jumlah sumbangan kepada RM600,000 sejak inisiatif kerjasama ini dimulakan pada 2012.
Selain itu, Sunway Education Group turut menyediakan biasiswa RM1 juta kepada pelajar kurang berkemampuan yang layak dibawah TFM dalam membuka peluang pendidikan ke institusi pengajian tinggi. Ia membantu TFM mendepani misi pembangunan sosial dalam mengurangkan taraf perbezaan antara sekolah luar bandar dan bandar dengan lebih berkesan.
Fakta juga menunjukkan lebih 2/3 pelajar di majoriti sekolah kurang cemerlang adalah dari latarbelakang sosioekonomi yang mencabar. Hampir separuh pelajar berusia 15 tahun tidak menepati kadar minimum kemahiran membaca, dan 1 dari 5 pelajar Malaysia tidak tamat sekolah menengah.
Justeru, tenaga pengajar TFM akan mengajar selama 2 tahun di sekolah yang dikenalpasti bagi membentras permasalahan ini di seluruh Malaysia. Mereka akan bekerjasama erat bersama para pendidik, komuniti dan sektor swasta dalam menambahbaik kehidupan pelajar di sekolah serta landasan masa hadapan mereka.

11 Thoughts to “Inspirasi 2 Tokoh Pemimpin Korporat Sebagai Guru Sekolah”

  1. Bagus ada inisiatif macam ni. Semoga pelajar kurang berkemampuan dapat terus dibantu.

  2. semoga pendidikan kita terus cemerlang

  3. Merangsang senangat pelajar agar lebih berinspirasi dan sentiasa bermotivasi untuk menuntut ilmu.

  4. AvatarIdziani

    Pendekatan yang bagus. Selain peroleh ilmu, anak-anak terdedah kepada pengalaman-pengalaman berharga mereka dalam menaikkan nama negara.

    Tips Hindari Anak-anak dari HFMD di Taska

  5. Seronoknya kalau zumal dapat jadi pelajar kepada tokoh hebat ni

  6. bagus juga ada sesi sebegini sesuai pendekatannya untuk generasi sekarang yang lebih suka main hp, saya dulu ambil inspirasi daripada membaca buku je.

  7. sangat menarik dan mengujakan kejayaan dua tokoh tersebut.

    mudah mudahan ada pelajar yang akan menurut jejak mereka

  8. kenapa laaa zaman sy belajar dulu x de org korporat dtg ke sekolah… mn laa tau kn tetiba terinspirasi nk jd tokoh korporat bla dah besar nnt 😉

  9. Bagusnyaa macam ni. Memang betul pun, kadang kadang faktor ekonomi keluarga yang kurang stabil menyebabkan ada yang terpaksa berhenti belajar.

  10. Mantap Tuan Khir.. . 👍👍👍

  11. inspirasi yang bagus ni , semoga ada pelajar yang akan turut jejak dua tokoh ni

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.