Dr Paul Le Blanc, Khir Khalid
Inovasi sentiasa menjadi perhatian utama dalam era informasi teknologi digital kini. Perubahan teknologi bukan sekadar meliputi pembangunan teknikal tetapi juga inovasi pendidikan sebagai persediaan modal insan dalam mendepani cabaran kemajuan.
Itulah antara yang disampaikan oleh Dr. Paul LeBlanc dalam sesi perkongsian bertajuk ‘Innovation in Education for a Dynamic 21st century’ anjuran INTI International Universiti & Colleges di Kampus Blok Selatan, Subang Jaya, Selangor.

Inovasi Pendidikan Dinamik Oleh Dr Paul LeBlanc

Pagi 4 April 2017, saya telah menghadiri sesi perkongsian oleh Dr. Paul LeBlanc, Presiden di Southern New Hampshire University (SNHU), Amerika Syarikat. SNHU telah disenaraikan di tangga ke-12 oleh Fast Company Magazines sebagai ‘World’s Fifty Most Innovative Companies’ pada 2012. Kini ia antara university paling berinovasi dan progresif di dunia.
Dr Paul LeBlanc turut mengetengahkan fakta kaji selidik berkaitan inovasi teknologi, perubahan trend pekerjaan, sumber tenaga dan industri. Antara yang membuka minda adalah fakta berkaitan impak inovasi teknologi kepada industri dan akademik. Turut membentangkan tentang 1950 Indianapolis 500, Napster dan Apple sebagai rujukan inovasi industri.

Tahun 2006 menyaksikan perubahan mendadak sebanyak 350 syarikat gergasi berasaskan kertas dan percetakan gulung tikar di Amerika Syarikat disebabkan persaingan inovasi. Malah sektor berkaitan IT, info-digital dan komputer juga ada diantaranya gagal mendepani inovasi drastik globalisasi kini.

Inovasi pendidikan bersama Dr Paul LeBlanc - Innovation in Education for a Dynamic 21st century,
Justeru, pengisian pendidikan senantiasa perlu ‘up-to-date’ menepati piawaian dan standard yang diperlukan industri merangkumi pengetahuan teknologi, informasi dan kepimpinan modal insan. Kerjasama erat antara institusi dan rakan industri memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan pendedahan dan persediaan praktikal kepada graduan kini dalam menjamin pembangunan kerjaya masa hadapan.
Kini SNHU merupakan ‘non-profit provider’ dalam pengajian tinggi online kedua terbesar di Amerika Syarikat. SNHU juga merupakan rakan kolaborasi INTI dalam menyediakan 4+0 American Degree Program yang telah menerima akreditasi daripada Association of Collegiate Business Schools and Programs (ACBSP). Ia juga ‘American Degree Program’ yang diluluskan di Malaysia sejak 2004.
Inovasi pendidikan bersama Dr Paul LeBlanc - Innovation in Education for a Dynamic 21st century,
Sesi berakhir sekitar tengah hari ini memberi input baharu untuk diketengahkan sebagai pengisian modal insan strategik dalam pembangunan intervensi akademik-industri. Info lanjut berkaitan 4+0 American Degree Program juga boleh dilayari di www.newinti.edu.my.

4 Thoughts to “Inovasi Pendidikan Bersama Dr Paul LeBlanc”

  1. Pendidikan sekarang berasaskan teknologi baru boleh maju ke depan.

  2. wahh..bagus tu. semakin maju la lepas ni

  3. Terbaik pendidikan skrg ni..maju dan bertambah maju..

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.