Kita semua pasti sedar tentang hakikat bahaya jerebu, toksik dalam udara dan jangkitan bakteria berbahaya apabila keluar rumah. Namun tahukah anda bahawa sekitar 60% rakyat Malaysia tidak sedar yang kita juga terdedah kepada udara dalaman yang kurang berkualiti.

Fakta tinjauan ini telah diketengahkan dalam input perkongsian sempena pelancaran Indoor Wellness Programme anjuran Nippon Paint Malaysia (Nippon Paint) yang saya hadiri baru-baru ini.

Ia merupakan kempen pendidikan yang bertujuan memperkasa kesedaran dan pengetahuan kepada para pemilik kediaman serta seluruh rakyat Malaysia agar dapat memperbaiki kualiti udara dalam persekitaran rumah ke arah kesejahteraan hidup yang lebih menyeluruh.

Nippon Paint Indoor Wellness Programme

Pelancaran Nippon Paint Indoor Wellness Programme

Pelancaran Indoor Wellness Programme telah disempurnakan oleh Dr Amir Hamzah Dato’ Abdul Latiff, Presiden Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI).

Ia terdiri daripada 2 fasa iaitu – Indoor Wellness Survey dan Indoor Wellness Guideline.

Indoor Wellness Survey merupakan satu tinjauan yang disertai seramai 511 peserta bagi menilai tabiat para pemilik rumah di Malaysia berhubung tahap kebersihan terhadap 4 ruang utama iaitu ruang tamu, bilik tidur, bilik mandi dan dapur, mengikut skor Sihat, Tidak Sihat dan Sangat Tidak Sihat.

Manakala Indoor Wellness Guideline dilancarkan dengan kerjasama Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI), bertujuan memberi garis panduan kepada orang ramai tentang kepentingan kesejahteraan ruang dalaman serta langkah-langkah praktikal dan nasihat pakar bagaimana kita boleh mengurangkan dan menghapuskan pencemaran udara dalaman.

Turut diadakan sesi perbincangan bertajuk ‘Healthy Homes Vs Sick Homes’ yang diwakili panelis Dr Amir Hamzah Dato’ Abdul Latiff, Presiden MSAI; Dato’ Dr Rajbans Singh, Presiden Malaysian Wellness Society (MWS) dan Ms Gladys Goh, Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint Malaysia.

Nippon Paint Indoor Wellness Programme

Tinjauan Kesejahteraan Ruang Dalaman Di Malaysia

Berdasarkan Indoor Wellness Survey, dianggarkan sejumlah 60% warga Malaysia yang menyertai tinjauan (6 daripada 10 responden) mengalami udara dalaman yang kurang berkualiti. Hampir 70% daripada mereka masih belum berkahwin dan selebihnya sudah berkeluarga.

Kumpulan responden paling sihat terdiri daripada mereka yang berusia antara 25 hingga 34 tahun (37% daripada kategori skor Sihat). Manakala kumpulan responden paling tidak sihat adalah lebih muda dengan usia antara 18 hingga 24 tahun (45% daripada kategori skor Sangat Tidak Sihat).

Daripada tinjauan yang sama, sejumlah 75% responden tinggal di kawasan bandar memiliki kediaman yang tidak sihat, manakala hanya baki 25% responden mengamalkan tabiat sihat yang membawa kepada kualiti udara dalaman lebih sihat.

Membandingkan semua ruangan, dapur dinilai sebagai ruang paling bersih manakala ruang paling tidak sihat ialah ruang tamu dan bilik tidur kerana dinding dan lantai tidak dibersihkan cukup kerap.

Hanya 25% responden membersihkan dinding ruang tamu setiap minggu, manakala kurang separuh (45%) membersihkan dinding bilik tidur sekali setahun atau tidak langsung. Ia membimbangkan kerana dinding merupakan permukaan terbesar yang menjadi perantara aktif penyebaran virus dan bakteria.

Hakikatnya, kualiti ruangan udara dalaman memberi kesan kepada penjagaan kesihatan, khususnya penyakit alahan dan berkaitan pernafasan, selain kesan terhadap perubahan iklim.

Nippon Paint Indoor Wellness Programme

Komitmen Berterusan Kesejahteraan Ruang Dalaman

Selain itu, 31% responden menyatakan mereka membersihkan lantai bilik mandi sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu, walaupun 55% responden mengaku menemui kulapuk di kawasan tersebut. Lebih 60% responden pula menggunakan produk pewangi di ruang tamu, bilik mandi dan bilik tidur, yang boleh melepaskan bahan kimia dan bahan cemar di dalam rumah.

Justeru, tinjauan menunjukkan terdapat keperluan mendidik dan memperkasa rakyat Malaysia terhadap kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh termasuk ruang dalam kediaman.

Indoor Wellness Programme ini juga merupakan kesinambungan kepada Child Wellness Programme (CWP) Nippon Paint yang dimulakan pada tahun 2017 dalam memperkasa ibu bapa, pusat penjagaan kanak-kanak serta tadika ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih sejahtera.

Sempena pelancaran, Gladys Goh turut menyatakan, “Kami sentiasa meletakkan keperluan pengguna sebagai keutamaan. Kesejahteraan ruang dalaman adalah satu elemen yang tidak kelihatan namun mendatangkan bahaya jika tidak diberi perhatian. Kami berharap rakyat Malaysia akan lebih peka, bijak dan sedar pentingnya kesejahteraan ruang dalaman dan berusaha menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk mereka dan orang tersayang.”

Indoor Wellness Guideline boleh dimuat turun di www.nipponpaint.com.my/indoorwellness.

Artikel terdahulu:

Kempen Kesedaran Nippon Paint Child Wellness Programme

Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

22 Comments

  1. Selama ni mmg tak terfikir bab dinding boleh jadi punca penyakit. Mmg jarang org nak bersihkan dinding sekerap lantai, malah ada yg tak pernah langsung walau bnyk mana pun tangan2 yg sentuh.

    1. Betul tu tuan.. kdg2 sbb kita rasa dinding tu bukan tempat yg dipijak sbb tu mcm tak perlu dibersihkan sekerap lantai. Tapi dlm pada tu kita kena jaga juga bhgn dinding yg selalu disentuh kan.. kdg2 ada kulat dan spora disebabkan lembab.. bahaya juga tu.

  2. Produk yg pentingkan keselematan pengguna tentu menjadi pilihan ramai

    1. Nippon paint ni mmg tak dinafikan qualitinya juga jenama yg dipercayai.

  3. Kalau rumah Zumal mesti skor negatif ni

    1. Hehee.. lepas2 ni kenalah sambil2 perhati bahagian dinding dan persekitaran dalaman juga Zumal.. mngkin sbb tu pun boleh buat kita kena penyakit kan.

      1. Ya, betul tu. Lepas ni kena jaga sebaiknya

        1. In shaa Allah, sama2lah kita jaga ruang dalam rumah kita.

  4. Di mana pun berada baik di luar rumah..atau di dalam rumah perlu sentiasa memilih,menyediakan suasana yang terbaik.Apatah lagi PC rasa zaman sekarang lebih ramai yang memilih berada di dalam rumah lebih lama berbanding di luar rumah atas beberapa faktor.

    1. Betul tu PC, apatah lagi bila udara luar terus mcm jerebu baru2 ni. Duduk dalam rumah pun tanpa kita sedar, ada ancaman yg boleh mengganggu kesihatan.

  5. pernah terbaca kekotoran dalam rumah lbh tinggi berbanding di luar… ye lah kann… kita kemas, bila nmpk bersih dah puas hati pd hal masih byk kekotoran yg x nmpk

    1. Kotoran yg tak nampak tu yg kdg2 jadi bahaya kan.. especially klu kuman2 tu membiak.. tiba2 gatal je kulit sbb alahan atau hal2 yg lebih teruk lagi

  6. Bagus apabila adanya program macam ni untuk membangkitkan kesedaran umum mengenai kebersihan ruang dalaman rumah .

    1. Betul tu.. ramai yg kurang perasan faktor2 kesihatan dalaman rumah ni, saya sendiri pun tak terkecuali.

  7. jujur tak banyak yang ambil kisah dengan kualiti udara dalam ruangan ini yang penting ada AC je dah pikir cukup
    jalan dan makan recently posted…Bolu Kukus Gula ArenMy Profile

    1. Ya betul tu.. kdg2 AC tu yg buat keadaan lagi lembab dan membiak bakteria2 dlm rumah kita.

  8. byk2 cat memang,
    nippon paint jadi pilihan
    tahan lama

    1. Mmg tahan lama dan terbukti cat yg bagus

  9. ujian berat yang biasa kita hadapi apabila bergaul dengan si perokok..

    kebetulan perokok kawan baik dan rasanya tukar status..

    jangan kawan dengan si perokok terutama mereka yang suka merokok dalam rumah..atau bilik

    pencemaran sudah menjadi 90 peratus
    mrhanafi recently posted…Rungutan pemandu Grab yang menyentuh hatiMy Profile

    1. Tulah kan.. tambahan lagi, kandungan chemical asap rokok tu melekat kat dinding rumah utk jangka masa yg lama. Jadi pasif smoker ni lagilah terkesan.

      1. inilah ujian sebagai perosok pasif..

        mungkin ada yang tidak tahan iman dan fikiran singkat..maka bertukar pula jadi perokok pasif
        mrhanafi recently posted…Zikir harian yang mudah hafal tapi sukar nak amalMy Profile

        1. Silap2 mmg dah dikira perokok pasif juga sbb kesan bahan2 kimia rokok yg melekat kt dinding sentiasa kena pada tubuh badan, wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.