Siapa sangka pada zaman kemajuan era IT dan globalisasi ini, amalan-amalan mistik dan kurafat seperti sihir masih lagi mengisi ruang kehidupan manusia. Bila ada keperluan dan permintaan, maka disitulah ada penawaran. Begitu juga dengan sihir, sekalipun ternyata cara yang digunakan menyalahi hukum syarak, tetap ada segelintir manusia yang sanggup melakukannya walaupun perlu mengeluarkan ribuan ringgit agar impian yang dihajatkan tercapai dengan kepuasan nafsu duniawi.
Mengenali Ilmu Sihir Dan Kemudaratannya
Sihir adalah ilmu syaitan yang boleh dilakukan melalui apa sahaja bahan-bahan tertentu melalui perantaraan bomoh dan pawang dengan pelbagai kaedah perlaksanaannya. Kebanyakkan mangsa sihir pada awalnya tidak menyedari perkara ini berlaku sehinggalah merasai kesan yang semakin buruk
menimpa diri mereka. Malah kebanyakkan penyakit yang dihadapi oleh mangsa sihir juga pada kebiasaannya sukar mendapat sebarang penjelasan sewajarnya apabila dirujuk kepada perubatan moden.
menimpa diri mereka. Malah kebanyakkan penyakit yang dihadapi oleh mangsa sihir juga pada kebiasaannya sukar mendapat sebarang penjelasan sewajarnya apabila dirujuk kepada perubatan moden.
Berdasarkan kenyataan mereka yang pernah mengalami, sihir boleh disampaikan kepada mangsa melalui angin, makanan, minuman, sentuhan badan, berpelukan dan bersalaman, tepukan, renungan mata, termasuk melalui kaedah bahan kepunyaan individu seperti rambut, pakaian, gambar, juga melalui perbualan jarak jauh seperti telefon dan sebagainya. Tujuannya tetap sama iaitu memastikan agar hajat pelaku tercapai atau si mangsa berhadapan dengan penderitaan dan ada kalanya boleh membawa maut.
Berdasarkan pembacaan dari rujukan ulama dan ilmuan Islam ada menjelaskan mengenai sihir. Menurut Ibnu Khaldun, ilmu sihir adalah amalan ilmu yang boleh menghasilkan kesan buruk ke atas mangsa melalui anasir-anasir jahat dari kekuatan kuasa ghaib atau dikenali makhluk halus, secara tersembunyi. Justeru, sihir adalah permuafakatan kerjasama antara ahli sihir, jin dan syaitan untuk sama-sama melakukan sesuatu perkara yang memudaratkan menerusi amalan-amalan syirik dan diharamkan Allah swt.
Terdapat juga pandangan ulama seperti Fakhruddin Ar-Razi, Al-Farabi, Al-Ghazali, Ibnu Sina dan Ibnu Rushd yang sepakat menyimpulkan secara umum bahawa sihir itu adalah suatu ilmu yang dipelajari daripada guru yang mahir dengan ilmu sihir menerusi amalan kebatinan yang berlawanan dengan akidah Islam. Ia merosakkan menggunakan jampi mentera yang diajar oleh makhluk halus bagi tujuan menghasilkan satu perkara jahat yang hendak dilakukannya terhadap seseorang seperti hendak menyakitinya dengan penyakit hati atau ganguan fikiran tanpa dapat dikesan punca sebenar.
Terdapat pelbagai hasil sihir yang akhirnya membawa kemudaratan bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga kepada pelakunya. Antaranya menyebabkan mangsa menderita pelbagai bentuk trauma seperti hilang keyakinan dan fokus terhadap diri serta kerjaya, mengasihi seseorang hingga memudaratkan diri sendiri, termasuk membenci pasangan hingga bercerai-berai dan pelbagai lagi yang memudaratkan. Bagi pelaku, seringkali menunjukkan balasan di dunia dengan kejayaan sementara yang berakhir dengan pendedahan yang mengaibkan atau kematian yang menghinakan.
Merawat Sihir Melalui Kaedah Perawatan Islam
Bagi kita umat Islam yang berpegang kepada akidah Islamiah sentiasalah kita saling ingat mengingati agar menjauhi perbuatan yang menyuburkan sihir. Bersama-samalah juga kita hindarkan dengan sentiasa berwaspada dalam menjalani kehidupan ini dengan sentiasa memperkukuh dan memperbaiki amalah yang diperintahkan Allah swt serta meninggalkan segala laranganNYA.
Bagi mereka yang menghadapi permasalahan dengan perkara berkaitan sihir hendaklah merujuk kepada yang pakar dalam kaedah Perawatan Islam. Paling penting, janganlah mudah mempercayai mereka yang mengakui mengamalkan kaedah Perawatan Islam tanpa menyelidikinya terlebih dahulu. Kenalpasti ciri-ciri Perawat Islam sebenar berdasarkan informasi yang pernah saya kongsikan pada artikel berkaitan sebelum ini.
Begitulah aspirasi Pusat Rawatan Al-Qayyum membantu ummah dari kezaliman manusia, jin dan syaitan dengan perkhidmatan perawatan yang berlandaskan syariah Islamiah. Justeru, kepada pembaca yang berhasrat mendapatkan khidmat Perawatan Islam, boleh dapatkan maklumat lanjut melalui rujukan di bawah:
Pusat Rawatan Al-Qayyum
B3-1-K10, Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur
E-mel: alqayyum.holistik@gmail.com
Hubungi talian
017-211 4745 / 017 – 765 1747 / 03 – 6263 7007
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sesi
rawatan
rawatan
Blog
Facebook

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
nasib la masih ada yang mengamalkan rawatan cara islam. kalau tidak ada lagi, pasti shir menguasai 🙁
Betul tu Uncle Zuan… cuma menjadi sebahagian tanggungjawab kita utk suburkan rawatan cara Islam dengan menyokong sebaiknya dan yg termampu, in shaa Allah.
Assalammualaikum Bro KK..sihir..pelakunya berasa sangat puas bila melihat mangsa cukup menderita..tapi sayangnya kepuasan itu sekadar di dunia..seketika cuma..tidak terhitung pun amalan baiknya semua menjadi sia-sia sehinggalah dia berhenti,bertaubat dan meminta maaf kepada orang yang dianiaya..nauzubiillahhiminzaliq..
Waalaikumussalam PC… itulah sesetengan org mahukan jalan pintas. Paling memburukkan bila mereka anggap ia satu usaha juga. Semoga kita semua dijauhkan dari perasaan nafsu dan sifat yg sia2 itu, nauzubillah…
Moga kita semua dijauhkan dari segala perbuatan keji dan mungkar
Aamiin.. sama2lah kita sentiasa berdoa agar dijauhkan dan dilindungi dari segala bentuk kejahatan syaitan, jin dan manusia, in shaa Allah.
tak suka la dengan ilmu hitam macam ni.family saya antara salah satu yang terkena dengan sihir orang. gara-gara mak saya x pilih lelaki tu as a husband. entah papelah. dah orang xnak tu xnakla
Tulah kdg2 susah nak ckp apa yg sesetengah sanggup buat walaupun kdg2 dah tau tak baik dari segi diri dan hukum agama, wallahualam… takut jadinya klu difikirkan perkara2 mcm tu berlaku kan…
Zaman serba maju sekarang, "ilmu sihir" mula berovelusi.
Dulu, hantar jin / setan bagi menghantui hidup seseorang.
Sekarang, just viral je dekat laman sosial. Kesannya lagi dasyat dan sukar untuk diubati.
Tulah… semakin maju semakin itulah mcm2 perkara semakin bijak org lakukan. Kalau yg baik tu baguslah, tapi yg tak baik tu memudaratkan tak pasal2 menganiaya org, wallahualam.