Ilmu Pengasih
Ilmu Pengasih Pelaris Cinta – Bercerita tentang kisah percintaan sememangnya sesuatu yang indah. Namun, pasti kita juga pernah mendengar tentang ilmu pengasih, ‘manderem’, guna-guna, pukau dan pelbagai lagi ilmu hitam yang dipanggil sihir sebagai pelaris cinta. Ia sama ada kita pernah mengalaminya sendiri atau dari pengalaman orang lain. Sihir, pukau serta apa juga yang berkaitan dengan ilmu hitam dan jin juga merupakan perkara yang ada diperjelaskan di laman blog Pusat Rawatan Al-Qayyum untuk pengetahuan kita semua. Ia boleh dibaca di sini >>> www.alqayyum2u.blogspot.com

Ilmu Pengasih Pelaris Cinta

Jatuh Cinta Disebabkan Ilmu Pengasih

Saya ingin berkongsi kisah benar tentang ilmu pengasih yang berlaku kepada seorang gadis. Ia bermula sewaktu beliau menghadapi demam dan telah pergi ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan. Beliau diperiksa oleh seorang doktor lelaki yang bekerja di klinik tersebut. Namun beliau mula teringat-ingatkan doktor itu pada malam selepas pulang dari klinik. Wajah doktor itu sentiasa bermain difikiran hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. ‘Tidur tak lena, mandi tak basah’. Itulah perumpamaan yang dapat digambarkan. Perasaan rindu, sayu, suka, dan pelbagai lagi semakin hari semakin kuat dari hari ke bulan hingga hampir setahun.

Gadis tersebut yang ketika itu sudah bertunang sanggup membatalkan hasrat untuk bersanding dan memutuskan hubungan dengan teman lelakinya. Salah satu penyebab utama disebabkan perasaan cemburu dan sangsi bekas tunangnya terhadap hubungan beliau dengan doktor tersebut. Ia sungguh menghampakan bekas tunangnya dengan hubungan percintaan yang telah lama terjalin tanpa sebarang jangkaan untuk berpisah. Panjang kisahnya jika hendak diceritakan tentang hubungan percintaannya yang malang dan sungguh menyedihkan ini. Putus cinta disebabkan orang ketiga tanpa diundang…

Kesan Fizikal Dan Mental Disebabkan Ilmu Pengasih

Akibat dilamun percintaan, gadis tersebut sering menyendiri sama ada sewaktu di rumah atau di tempat kerja, mengelamun dan tersenyum sendirian. Ada kalanya beliau bercakap sendirian dan hanya ceria bergembira bila dapat berhubung dan bersama dengan doktor itu. Perubahan fizikal juga
jelas menampakkan beliau seperti orang kehilangan arah bagi yang melihat dan mengenali.
facebook.com/alqayyum2u
Akhirnya perubahan fizikal, sikap dan tingkah laku beliau mula dirasai oleh seluruh ahli keluarga. Ia membuatkan bapa gadis mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian agar anaknya dapat kembali waras. Usaha rawatan demi rawatan dilakukan, akhirnya beliau berjaya dipulihkan. Menurut maklumat, wanita itu telah terkena palitan ilmu pengasih. Seluruh kemahuan dan keinginan hati beliau sebenarnya adalah mengikut seruan sihir buatan doktor yang sebenarnya hanya mahu mengambil kesempatan semata-mata… astagfirullah.

Perlunya Kesedaran Kita Tentang Sihir Dan Sentiasa Memohon Perlindungan Allah SWT

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang jenis-jenis sihir, KK ada menyediakan link untuk perkongsian kita bersama. >>> Jenis-jenis sihir
Justeru, sekiranya anda atau ahli keluarga anda yang ada menghadapi permasalah yang terkait dengan ilmu sihir. Jalan penyelesaiannya tetap ada dengan usaha, doa dan tawakkal kepada Allah SWT. Silalah menghubungi Pusat Rawatan Al-Qayyum untuk mendapatkan rawatan dari perawat yang bertauliah serta berpengalaman. Maklumat perhubungan saya sediakan dibawah untuk kemudahan anda.
Pusat Rawatan Al-Qayyum
B3—1-K10, Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara, 52200
Kuala Lumpur
Emel: alqayyum.holistik@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/alqayyum2u
Laman Blog: www.alqayyum2u.blogspot.com
Ilmu Pengasih Pelaris Cinta
Anda juga boleh menempah sesi rawatan secara online yang boleh dirujuk di sini:
http://alqayyum2u.blogspot.com/2014/10/tempah-sesi-rawatan-anda-secara-online.html
Jihad menentang kejahatan dan kezaliman
manusia, jin, syaitan dan iblis laknatullah
EKSKLUSIF . MENYELURUH . SISTEMATIK . TERBUKTI
Pusat Rawatan Al-Qayyum

72 Thoughts to “Ilmu Pengasih Pelaris Cinta”

  1. Ija Rased

    sekarang ni banyak betul yang kena ilmu pengasih ni. hurm…manusia kian pupus iman. moga kita semua dipelihara allah

    1. Itulah salah satu tujuannya.. mudah2an menjadi rujukan kpd yg memerlukan. Semoga kita semua dijauhi & dipelihara Allah dari tergolong dlm golongan yg sesat.. aamiin.

  2. Belog Santai

    Dugaannnn…Nasib baik dapat detect kan..ada orang merana sampai akhir hayat coz of benda-benda macam ni..Mohon dijauhkan Allah…

    1. Tulah.. mmg risaulah benda2 mcm ni. Mohon dijauhkanlah… aamiin.

  3. Yumida Huda

    memang kesian pd yg jd mangsa ilmu pengasih ni. pernah tgk dlm tv je. perbuatan syirik, moga kita semua dijauhi drpd benda sebegini.

    1. Mmg kesian Yumida.. mohon dijauhkanlah… aamiin..

  4. saya tengah khusyuk baca, scroll ke bawah sikit
    ada benda buat saya terkejut
    kussss semangat! lupa dah baca sampai kat mana tadi
    tak habis baca entry arini, terus komen

    1. Ehehee adehh.. terkejut pulak eh.. 😀

  5. Ehh ada gmbr hantu trkejut beruk hhaha..

    1. Hehee.. jngn pengsan sudah.. 😀

  6. Sekarang ni ramai yang terpengaruh dengan drama dan filem. Sebab tu suka sangat sihir-menyihir ni. Sedangkan perbuatan tu berdosa. Memang sengsara mangsa yang kena sihir ni.

    1. Tulah yg risau. Org yg suka ambil jln mudah & jahat hati.. Nauzubillah. Mohon dijauhkanlah kita semua… aamiin.

  7. Syukurlah ada cara untuk melepaskan sihir macam ni kan. Kesian insan-insan yang dianiaya..

    1. Tulah.. dgn izin Allah yg disertakan usaha, doa & tawakkal. Semoga kita semua dijauhi dari musibah spt ini.. aamiin.

  8. skrg dh byk pusat perubatan islam dh ada.. ilmu hitam pon semakin byk org dok amal…

    1. Hasutan syaitan tu sentiasa berterusan selagi kita hidup kan.. semoga dijauhkanlah dari terlibat atau berhadapan dgn perkara2 mcm ni… aamiin.

  9. ~Kak Nah Backyard (^_^)~

    KK.dah la kak nah singgah sini malam2..baca2..smpai hujung terjumpa hantuu..aduiii.. minta2 jngan nampak dalam mata masa nak tidor nanti..huhu..

    1. Ehehee.. teringat2 pulak nanti eh kak Nah.. 😀

  10. acik idah

    Adooiii… memalam nie tertengok lak gambar tu… buat terbayang2 jerr malam nie tau…
    Alhamdulillah ada pilihan untuk mereka2 yang memerlukan khidmat ini.

    1. Ehehee.. suspen kan gambar tu. Betul tu Idah, mudah2an membantu kpd yg memerlukan.. 🙂

  11. terkejut saya baca entry abang KK. hee.. ayah saya x kena ilmu pengasih ni. tapi dia selalu kena sihir dengan sorang laki yang x puas hati atas sebab tertentu. hmmm… macam-macam betul orang Melayu ni, ada je benda khurafat dia nak buat.

    terima kasih abang KK share info ni.

    1. Itulah yg takutkan.. perkara2 kurafat tu makin berleluasa bila dunia ni bertambah maju. Semoga kita semua dilindungi… aamiin.

    1. Ehehee.. gambar triller tu.. special effect.. 😀

  12. entri KK ni mengingatkan saya pada filem 'minyak dagu'..
    pengamal perubatan seperti inilah yang orang akan cari..zaman sekarang ni pon banyak kes yang bukan2

    1. Mmg merisaukanlah benda2 mcm ni kan Mar. Semoga dilindungilah kita semua… aamiin.

  13. mak saya pernah kena tau benda2 gini..dah la yang buat tu lelaki tua..dah ada bini pulak tu..Bini dia dah tua dok kejar mak orang pulak.sampai sakit2 la mak saya.Mujur ada sorang tua yang ubatkan..orang yang ubatkan tu buta..

    1. Huh.. pening bila benda2 mcm ni terjadi kan Diana. Syukurlah dpt pulih. Semoga kita semua dilindungi… aamiin.

  14. terkejut CN tengok gambo hantu tu..huhu

    1. Hehee.. bukan movie je ada special effect CN, blog KK pun ader.. 😀

  15. zumal pernah jumpa dengar orang yang amalkan ilmu pengasih nie… Kerana perkara tu habis pecah belah keluarga gadis tu… Kesian zumal tengok tunangnya yang akhirnya putus jua…

    1. Mmg kesian Zumal.. tak sampai hati bila pikir kejadian mcm ni. Muhon dijauhkanlah… aamiin.

  16. terkejut gn gmbo antu tu..mohon share bro khir.. kawan acik pernah jd mangsa ..boleh dia berubat

    1. Sila je Acik.. mudah2an membawa kebaikan bersama semua… aamiin.

  17. alamak…ngeri tengok gambar tu…

    1. Saya pun jadi ngeri juga Aida huhu.. mmg betul ngeri..

  18. Mardiah Diana

    Salam singgah pagi KK…kesian kat mangsa yang terkena dengan ilmu pengasih ni…mohon kita di jauhkan darinya…terima kasih KK atas peekongsian ini…

  19. Mardiah Diana

    Salam singgah pagi KK…kesian kat mangsa yang terkena dengan ilmu pengasih ni…mohon kita di jauhkan darinya…terima kasih KK atas peekongsian ini…

  20. Mardiah Diana

    Salam singgah pagi KK…kesian kat mangsa yang terkena dengan ilmu pengasih ni…mohon kita di jauhkan darinya…terima kasih KK atas peekongsian ini…

    1. Wkmmsslm Diana.. mmg kesian. Semoga membantu kpd yg memerlukan & mudah2an kita semua sentiasa dilindungi Allah swt… aamiin.

  21. Mohd Selim Zainal

    Assalammualaikum… KK,

    ini adalah salah satu pusat perubatan islamik buat mereka yang terkena ilmu pengasih… bagus hebahan nie… thanks khir…

    mselim3

    1. Waalaikummussalam MSelim… alhamdulillah.. mudah2an membantu & menyebarkan kebaikan utk manfaat semua.. 🙂

  22. Nurul Hidayah

    Kadang pelik memikirkan.. benda kecik remeh temeh pun nak kenakan orang, sama macam mak Nurul meniaga kuih sambilan depan rumah petang2 sebab bosan takde buat ape kat umah, itupun orang kenakan.. tak tau la ape sebab.. kita tak kacau orang pun..

    1. Itulah bila manusia tu ada hasad dengki dlm diri.. mmg susah nak cakap kan org2 mcm ni. Hanya Allah jualah yg melindungi… aamiin.

  23. bahaya betul..dan penangan ilmu pengasih memang cukup kuat kerana ada bantuan syaitan…dengan izin Allah SWT jua laah.

    1. Semoga Allah jua yg melindungi & menurunkan pertolonganNya. Allahuakbar.

  24. Salam KK ..Lya pon pelik ngan manusia zaman sekarang ni ..MODEN tapi macam duk ZAMAN PURBA pulak gayanya ..Macam tak bertamadun la pulak main limu pengasih pelaris bagai ..Yang kesiannya pada yang terkena sedih kan bila kena camtu ..Tak tahu apa2 tup2 dah jatuh cinta ngan org yang diaorg tak suka..Tapi syukurlah sekarang dah banyak pusat rawatan islam yang blh membantu dalam menyelesaikan masalah ini..Alhamdulillah ,.

    1. Waalaikummussalam.. mmg betul tu. Risau dgn org yg penuh hasad dengki dan menggunakan kaedah2 syaitan spt ni. Mudah2an artikel ini membantu kpd yg memerlukan agar ttp berada atas landasan yg dirahmati… aamiin.

  25. alahai seramnye..
    minta2 dijauhkan perkara sebegini…
    iya lah kan cinta itu buta…

    1. Tulah.. cinta buta satu hal.. yg buat ia semakin buta tu yg merisaukan.. nauzubillah.. mohon dijauhkanlah kita semua…

  26. sy selalu amalkan sepotong ayat quran yg diberi oleh ustaz sharhan safie utk mengelakkan fitnah dan sihir…

    surah hud ayat 57

    1. T kasih atas perkongsian Anies. Semoga kita semua sentiasa dibawah perlindungan & rahmat Allah swt… aamiin.

  27. Lynn Munir

    macam-macam baca kisah ilmu pengasih. Entahlah….pada saya yang paling mujarab sekali
    ialah basmallah dan selawat.Itulah tanda kasih dan sayang.

  28. Allahu Akbar.. Semoga diri kita semua terlindung dari segala niat jahat manusia terhadap kita.. Amin..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    1. Aamiin… semoga kita semua sentiasa dilindungi dari segala kejahatan manusia, jin, syaitan dan segala makhluk Allah yg lain… aamiin.

  29. Moga dijauhkan..
    Semoga kita semua dijauhkan dari perkara2 buruk..aamiin

    1. Aamiin.. semoga dijauhkan dari segala musibah kejahatan… aamiin.

  30. TunSha Ayunie

    alhamdulillah hasben sha pun ada belajar rawatan alternatif ni, memang kalau sha kena apa2 yang tak sedap, mintak tolong dia…. baru lepas kawin, orang hantar santau angin, nasib baik baru lagi…

    emm… macam2 sekarang…. tapi kelakar orang terdesak guna ilmu pengasih ni, sebab yang bercinta dengan dia bukan roh sekali, tapi jasad semata2….

  31. Vee Sandi

    semoga dijauhkan dari saya perkara2 sebegini . 3x education uk .

  32. saya dah follow dan join blog ini
    saya join blogger area mega give away

  33. Terkejut gambo hantu! heee/.. semoga kita dijauhkan dari sihir…. aminnn

  34. Moga dijauhkan dari sihir manusia iblis yang iri hati..

  35. Nasib baik AA baca entry ni siang hari.kalau malam mau terus masuk selimut tau

  36. fayreen mizan

    Sihir2 ni memang menakutkan. Kalau ada orang terdekat yang perasan perubahan kita, Alhamdulilah sangat. Takut jenis yang makan dalam n orang tak aware tu. Tq Khir for the info.

  37. Eshamz Halim

    Perkara-perkara beginilah yang cukup merisaukan di dalam masyarakat kita sekarang ni…. ada pihak yang sanggup belajar ilmu2 ni dah mengambil kesempatan.. Moga2 dijauhkan di dalam kehidupan seharian kita…

  38. pernah dgr ilmu pengasih utk tundukkan suami

  39. Assalam KK…

    kebanyakan dikalangan masyarakat yang kurang pekerti ni…untuk menjerumuskan diri dalam mencari ilmu bermanfaat susah sangat….
    Tetapi untuk menuntut ilmu bukan2 yang menentang akidah ni..berleluasa..

  40. uishhh baca malam2 plak cm ni tiba2 ada gambar seram kt bwh tu…

  41. inilah akibat daripada kemaruk cinta..

    logik akal tidak berfungsi.

    sanggup buat perkara yang ditegah dalam agama

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.