Hukum Kenduri Tidak Jemput Jiran – Musim cuti sekolah boleh juga dikatakan sebagai musim kenduri kahwin dan kenduri kendara. Saya pun ada menerima beberapa jemputan kenduri kahwin musim cuti ini. Namun ada beberapa jemputan yang tidak dapat hadir atas alasan tertentu walaupun berusaha mengotakannya… hhmmm… Apa pun, selagi termampu pasti akan hadir jika dijemput…
 
Blok 6, Bandar Tasik Puteri, Hukum kenduri dan majlis kahwin tak jemput jiran.
Gambar hiasan sahaja – Ihsan Google
 

Kenduri Tidak Jemput Jiran

 
Saya nak kongsikan sedikit cerita dan mengharapkan pandangan dari sesiapa yang jelas tentang hukum kenduri tidak jemput jiran. Ia berlaku kepada rakan saya ketika kami sekeluarga bercadang melawat ke rumah beliau baru-baru ini.
 
Setibanya kami, rupa-rupanya telah berlangsung majlis perkahwinan selang beberapa rumah. Maka, kami terpaksa meletakkan kereta agak jauh dan berjalan kaki seolah-olah menjadi tetamu kepada majlis perkahwinan yang sedang berlangsung. Segan jadinya bila terpaksa menyusuri khemah yang didirikan… ‘wrong timing’ lah kiranya ni…
 
Dipendekkan cerita, sewaktu bersembang sekeluarga di rumah rakan, saya tergerak bertanya “dah pergi ke kerja kahwin tu?”… Rakan menjawab yang beliau sekeluarga tidak diundang, malah terdapat beberapa jiran lain juga tidak dijemput ke majlis perkahwinan tersebut kerana tidak mengenali… wallahualam.
 

Tidak Jemput Jiran Atas Alasan Tertentu

 
Saya agak terkesan dengan jawapan tersebut. Mungkin tuan rumah majlis perkahwinan tu ada alasan tersendiri. Tetapi, bila perkara seperti ini berlaku di sebuah kejiranan boleh dikira sentap buat jiran tetangga yang tidak dijemput.
 
Saya tak pasti apa hukum tidak menjemput jiran tetangga dalam majlis keramaian, kenduri atau kenduri kahwin ini. Ada yang kata berdosa besar dan majlis tak berkat disebabkan orang terdekat tidak diundang bagi merapatkan silaturrahim. Ada sesiapa boleh perjelaskan tak?

 

Kalau kenduri biasa-biasa mungkin tak berapa terkesan. Tetapi kalau majlis perkahwinan atau open house besar-besaran dari pagi hingga ke malam, apa lah salahnya bermodal sepinggan dua nasi dan lauk untuk jiran tetangga… takkanlah tak mampu… Jemputan mulut dari tuan rumah sendiri pun sudah cukup baik untuk silaturrahim tetangga… sejuk sikit hati jiran.

Seronok Majlis Kenduri Tetapi Menyusahkan Jiran Lain
Apa pun alasan, saya berpendapat agak kurang sopan kenduri tersebut… bila bunyi lagu mengganggu kejiranan hingga ke malam. Anak-anak kecil menangis tak dapat tidur disebabkan suara emcee, muzik dan orang melalak berkaraoke. Jiran nak keluar masuk pun susah disebabkan parking tetamu majlis menyusahkan urusan jiran tetangga. Jiran nak balik pun terpaksa pusing melalui jalan yang jauh…
 
Tambahan lagi bau-bau makanan masuk ke rumah jiran yang tidak diundang. Buat orang kempunan je… Walau pun sehari, tetapi sehari itulah menggambarkan tidak prihatin dalam kejiranan. Sengal ada jiran macam tu…
 
Justeru, apa hukum kenduri tidak jemput jiran eh? Saya cuba cari tetapi tak jelas. Saya simpulkan dari pandangan masyarakat bahawa orang seperti ini memang tidak prihatin, mungkin ego dan tak tahu budi bahasa… Silaturrahim berjiran tu kan penting…
 
Semoga menjadi peringatan buat semua termasuk diri ini juga.
 
 
Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

47 Comments

  1. mungkin tuan rumah ada alasan tertentu x undang jiran2 die..

  2. salam singgah sini KK…mungkin ada sebab dan alasan mengapa kadang2 kita tak di jemput jiran..tapi sebaik2nya adalah lebih baik di jemput…hehe..

  3. Yg sy tahu hukum x memenuhi jemputan je

  4. dijadikan sempadan buat kita semua

    1. apakah hukum buat kenduri tak jemput jiran?

  5. kalau kenduri bebesaran2 tu kalau boleh wajiblah di jemput…tapi kalau kenduri kecilan dan hanya keluarga jer yang di jemput…mungkin tak apa kot…hehe…tapi seeloknya tu jemputlah sebab rezeki yang ada harus di kongsi…

  6. Rasa lain plak kan klau x d jemput lgi2 jiran tetangga. Mayb da alaasan sndiri lot kan yg kita x taw

  7. Maybe tuan rumah ada alasan tertentu kann…. – Dayang Deno –

  8. selalu terjadi dkt meraka yang tinggl di kawasan perumahan, bygkan selang beberapa rumah jer, tapi jiran tak tahu orang tu buat kenduri, dgn alasan tak kenal..

    Jemput join segmen CN yer 😉

    http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

  9. Morning khir…Baca sambil tersenyum..untuk peringatan diri sendiri…

  10. Mungkin tuan rumah ada alasan tertentu tapi ia suatu yg tak logik sebab kalau majlis kenduri kajwin besar -besaran, menumpang jalan yang sama, mencemarkan buntyi-bunyian yg sama, menyebarka aroma yg sama, dan dia tidak rasa bersalah.jika tidam dpt jumpe, tak salah meletakkan kad jemputan di peti surat.jika terlupa,tidak salah meminta maaf sesudah majlis..

  11. Hukum tu Nurul pun tak pasti, tapi secara masyarakatnya tu, tak prihatin, tidak menghormati jiran, ego , orang baru tidak bole dijadikan alasan, malah ia bole membantu merapatkan dan mengenali jiran2 setempat..

  12. Seelok-eloknya perlu menjemput jiran yang paling dekat walaupun hanya kenduri kecil-kecilan.

  13. Pasal hukum saya tak pasti..tapi kalau tak jemput….macam tak best aje…jiran kot…huhu..

  14. Zumal belum buat kenduri lagi… Nanti zumal jemput semua ^-^

  15. Hmmm…mmg sengal..apatahlagi bila jiran buat mjlis smpai depan rumah dan menyukarkan laluan kita.

  16. Nak kata salah tak katapon salah ..Kalau kata tak cukup bajet sebab tu la tak jemput mana boleh..Sebab siap buat khemah bagai ..Jemput la yang terdekat tepi kiri kanan kita tu sebab jiran terdekat ni diaorg nampak apa berlaku kat rumah kita ..Tak baik la kan kalau tak jemput ..Lain la kita panggil adik beradik mak ayah ,mertua dan ipar duai jer dan majlis kat dalam rumah takpe la tak nak jemput pon sebab kita buat tuk TERDEKAT jer ..Tapi tak tahu la nak cakap apa ..org sekarang ni macam2 peel perangai mereka ,..

  17. susah nak cakap ni..takde bajet kot?huhu..tapi saya setuju dengan abang Khir.alang-alang dah 'menyusahkan' jiran, apa salahnya menjemput mereka

  18. kalau kawasan kampung mcm kampung saya ni..memang wajib paggil kalau x. xda la org dtg nk tlg.

  19. Jemput menjemput ni ikutkan perkara kecil je. Tapi, dalam suasana kehidupan hari ni yang semakin kurang komunikasi secara bersemuka, membuatkan ianya menjadi sukar. Manakan tidak, sibuk dengan kerjaya hinggakan waktu untuk bertegur sapa dengan jiran pun semakin jarang.

  20. tak berani juga pasal hukum hakam ni…takut tersilap.
    tapi memang agak pelik bila buat kenduri tapi jiran tidak dijemput

  21. ada sebab la kot kenapa tak diajak. tapi x manis lah… sebab kot2 jiran lain ternampak jiran lain dijemput tapi dia x dijemput, macam2 boleh terjadi karang. salah sangka semua…

  22. Apa matlamat kenduri diadakan didalam Islam… Jika matlamat itu tidak sampai, mengundang masalah, fitnah dan perkara buruk yg lain berlaku, sudah tentu hukum yang harus ini menjadi sebaliknya.
    Kita yang tidak tahu perkara sebenar… cukuplah sekadar bersangka baik dan ingatlah… setiap perkara yg baik itu kita jadikan teladan, yg buruk itu jadikan sempadan dan dicaci jangan!

  23. kesian kat jiran tu. dapat bau jek. tak rugi kan kalau kita mengeratkan ukhwah sesama jiran. jiran ija seorang nenk cina yang tinggal dgn cucunya yang umur 11 tahun. tiap kali ija balik keje, mesti dia cucu dia akan bagi salam assalamualaikum…

  24. kalau qila hm jemput semorang hihi

    Tp betull lah uncle.
    Part yang bising tu sampai ke malam hmm hm

  25. setahu saya berdosa . tafsir jiran tu 40 rumah di sebelah kiri , kanan , depan dan belakang , kalau tak silap . lagi lah klu bau masakan jiran tu sampai ke hidung tetangga , wajib beri makanan tu pada jiran … nak juga saya cari maklumat ni selengkapnya … 2x inti .

  26. Tapi kalau kenduri jiran sebelah rumah pun tak jemput memang tak baik la amalkan sifat kejiranan gitu

  27. Tak tau nak kata apa, sombong kot..

  28. Tak tau nak komen apa…bunda jarang sangat buat kenduri/majlis…tetapi pernah tak dijemput oleh jiran walau sepelaung jer jaraknya…

  29. saya ingatka benda ni hanya terjadi kepada saya
    rupanya orang lain pun kena juga
    inilah realiti zaman sekarang KK
    kita hanya memberi salam dengan orang yang kita kenal
    sedangkan jiran yang bersebelahan kita tak kenal
    realiti yang sangat menyakitkan =)

  30. Jiran juga ada hak mereka terhadap kita… walaupun dia bukan beragama islam…

  31. Walaupun tidak kenal jiran tapi perlulah menjemput biarpun jiran tidak dapat hadir…. dah ler menyusahkan jiran yg lain pastu tak jemput dorang… apa punya naya tuuuu!!!….

  32. tak tau la betul ke tak..ramai cakap kalau tak dijemput tak boleh dtang takut makanan kita makan tak halal

  33. sama la kat sini… jiran satu lorong selalu je ada majlis perkahwinan… tapi kami tak pernah dijemput pun….. senyumkan jela… amik bau je 🙂

  34. JM kurang ilmu berkenaan perkara ini..mari kita bertanya pada yg lebih arif

  35. Tak sure plak hukumnya kalau tak jemput jiran kenduri. Tapi kalau dah jiran takkan lupa nak jemput kot. Bersangka baik jer lah KK.

  36. terjadi juga di taman perumahan saya baru² ini..
    buat kenduri tahlil arwah, hanya panggil geng² surau..
    jiran sebelah umah pun tidak dijemputnya..sedangkan jiran² datang ziarah masa hari kematian, solat jenazah di masjid hingga ke kubur..malam buat majlis tahlil tak jemput pun jiran² tadi 🙂

  37. Yak patut, tak patut…. Saya pernah dengar ceramah agama, jiran kita adalah yang berada di depan, di belakang, di kiri, di kanang dan di atas. Selagi kita nampak rumah mereka, itulah jira kita.

    Tak ajak ke majlis keraian adalah tidak mencerminkan kejiranan dalam masyarakat.

    Kalau bab hukum-hakam, mungin juga berdoasa(dosa kecil). Salaturahim itukan amat digalakkan agar dapat merapatkan ukhwah sedama masyarakat.

  38. Aku ingat aku saorang kena, jilake, rumah aku dgn rumah kenduri bukan jauh sangat pun, 20 langkah je, pun tak dapat surat, ke sebab keluarga aku tak berapa kaya, mungkin sebab aku tak penah bertegur dgn jiran aku ni kut dia pun tak penah tegur aku… hahahahahha…

  39. Pd hemah sy, afdhal skali menjemput jiran2 sekeliling. Ni lah adab sesama manusia walaupun pd non muslim. Islam adalah agama yg murni dan indah sesangat.

  40. Asalam KK..kesian sungguh jiran tu. Terasa jg..kesedihan tu lepas baca. Jika kita anggap bukan rezeki pun, jiran..ni lah masa nya kenal mengenal siapa jiran..diharap kita tak amalkan perkara ni..

  41. Sy pun sama pernah berjiran dgn jiran yg lbh kurang sama lah peel nya ni.. padahal sy ni, next door je kott. Huhu.. zaman mmg makin moden, tp usahlah dipinggir adab dlm berjiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.