INTI - Baiko Gakuin UniversityPendidikan 

Memupuk Hubungan Pendidikan Dasar Pandang Ke Timur 2.0

Memupuk Hubungan Pendidikan Dasar Pandang Ke Timur 2.0 – Hubungan Malaysia dengan Jepun telah mula terjalin kembali dan mengimarahkan aspirasi Dasar Pandang Ke Timur 2.0 negara. Antara elemen kerjasama transnasional ini termasuk mengintegrasi sistem pendidikan Jepun ke Malaysia.

Perbualan antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Shinzo Abe beberapa bulan terdahulu telah membawa kepada perancangan bagi menempatkan 3 cawangan kampus Jepun di Malaysia. Ia juga merupakan perancangan kerjasama pertama buat negara Jepun.

Memupuk Hubungan Pendidikan Dasar Pandang Ke Timur 2.0, INTI - Baiko Gakuin University,

Memupuk Hubungan Pendidikan Dasar Pandang Ke Timur 2.0

Selaras usaha memupuk hubungan pendidikan dengan negara paling maju di Asia ini, INTI International University & Colleges telah memateri satu perjanjian bersama Baiko Gakuin University (BGU) dalam menyediakan latihan pendidikan Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Jepun melalui INTI Intensive English Programme (IEP).

Majlis disempurnakan oleh Mr Hiroyuki Orikasa, Minister Counsellor and Deputy Chief of Mission dari Kedutaan Jepun bersama YBhg Dato’ Dr Ibrahim Ahmad Bajunid, Pengerusi, National Education Policy Review Committee dan Profesor Emeritus, INTI International University & Colleges.

Menurut Tim Johnson, Senior Vice President, Marketing, Products & Partnership INTI, menyatakan bahawa majlis rasmi ini terjalin atas hubungan kerjasama dalam pemerkasaan pendidikan bahasa, komunikasi dan kemahiran ‘problem solving’. Walaupun kemajuan teknologi menjadi elemen perkembangan ekonomi baru dan pembangunan masyarakat kini, kemahiran modal insan juga menjadi tunjang penting dalam memenuhi tuntutan persaingan global.

Memupuk Hubungan Pendidikan Dasar Pandang Ke Timur 2.0, INTI - Baiko Gakuin University,

BGU merupakan sebuah institusi pendidikan Seni Liberal swasta bertempat di Shimonoseki, Honshu, Jepun yang memulakan asas pendidikan pada 1872. Beroperasi sebagai sebuah kolej sejak 1967, BGU kini merupakan university yang menumpukan kepakaran dalam jurusan Bahasa, Kesusasteraan & Kebudayaan, Perniagaan Antarabangsa & Komunikasi, dan Pembangunan Kanak-Kanak.

Pada tahun 2018, seramai 32 tenaga pengajar trainee telah menyertai IEP dan kursus unik Design Thinking INTI, yang mendidik tenaga pengajar tentang ‘problem solving’ dan skill berkomunikasi berlandaskan United Nations Sustainable Development Goals (UNSDG).

Selain pembelajaran di kelas, setiap pelajar berpeluang saling mengenali bersama warga kerja INTI dan pelajar dari 80 negara di kampus disamping mempelajari keunikan kepelbagaian budaya dan tradisi di Malaysia. Pada kunjungan 2018, pelajar turut melawati Petaling Street, KLCC, Dataran Merdeka, Putrajaya, Melaka dan Mah Meri Cultural Village di Pulau Carey, Selangor.

Memupuk Hubungan Pendidikan Dasar Pandang Ke Timur 2.0, INTI - Baiko Gakuin University,

Memperkasa Pendidikan Dan Kemahiran Modal Insan

Ms Noriko Higuci selaku Presiden BGU juga menyatakan, peluang belajar dan mengenali warga Malaysia serta antarabangsa dalam persekitaran universiti yang diiktiraf dan selamat merupakan platform terbaik pelajar memperoleh pengalaman budaya baru dan silaturrahim. Pada masa kini, pendedahan awal pergaulan antarabangsa juga menjadi advantage pasaran kerja global.

Ia dijelaskan lagi melalui perucapan Mr Hiroyuki Orikasa, Minister Councellor & Deputy Chief of Mission, Embassy of Japan; “Ketika inovasi dan data-data besar sedang mengubah masa hadapan ekonomi dan masyarakat Jepun dan Malaysia, pemerkasaan pembangunan modal insan generasi profesional muda juga menjadi aspek penting dalam membangun ke arah negara maju”.

Justeru, kerjasama akrab hubungan akademik, pentadbiran dan industri antara INTI dan BGU ini secara tidak langsung telah membuka ruang hubungan universiti dan negara dalam memanfaatkan sumber menyuntik pendidikan individu dalam konteks kemakmuran masyarakat seluruhnya.

Baca lagi pengisian membina;

INTICHANGE 05 Serlahkan Potensi Bakat Pelajar Fesyen.

Related posts

3 Thoughts to “Memupuk Hubungan Pendidikan Dasar Pandang Ke Timur 2.0”

  1. Tahniah sekali lagi INTI atas kerjasama yang terjalin dgn BGU. Semoga lebih banyak manfaat dapat dilebarkan antara pelajar dan meningkatkan modal insan yang lebih berkualiti.

  2. peluang timba pengalaman tu yg paling berharga..

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.