Homoseksual Dalam Masyarakat Kita

Homoseksual Dalam Masyarakat KitaHomoseksual a.k.a HOMO
Masalah ‘kelainan’ tarikan seksual. Perempuan inginkan perempuan manakala lelaki pula bernafsu sesama
lelaki. Ia adalah permasalahan yang telah wujud dari zaman ke zaman.
Pernahkah anda mendapati gejala ini berlaku di hadapan
anda? 
Jika tidak, cubalah perhatikan dengan lebih teliti sewaktu ‘window shopping’ terutamanya di kompleks-kompleks membeli belah yang
besar. Percayalah, golongan ini bukan sahaja subur di negara Barat, tetapi juga
di Malaysia. 
Seriously.. subur! Bezanya, kegiatan mereka di sini kebanyakannya masih dijalankan secara
sembunyi-sembunyi… secara ‘lebih sopan’, jaga line dan berwaspada, tetapi subur!
Homoseksual Dalam Masyarakat Kita

Homoseksual Dan Pandangan Masyarakat

Secara umum, kita memandang isu Homoseksual sebagai penyimpangan yang serius daripada
norma kehidupan yang positif. 
Namun ianya berbeza di sesetengah negara
Barat. Homoseksual dianggap sebagai satu naluri semulajadi manusia sehinggakan masyarakat mereka berbelah bahagi dalam menyatakan keputusan…
ada yang pro dan kontra. 
Malah ia diperjuangkan
secara terang-terangan sehingga dibahaskan di parlimen
dan mendapat hak dari mahkamah untuk berkahwin. Berdasarkan kejayaan itu, ia juga mampu menjadi pencetus
dan inspirasi kepada golongan di sini untuk memperjuangkannya.
Saya berpendapat homoseksual bukan disebabkan faktor genetik. Homoseksual adalah penyakit nafsu. Sebagaimana orang yang biasa berjudi, mencuri dan berpoya-poya, homoseksual juga susah untuk mengawal nafsu mereka apabila sudah terjebak. 
Secara jujur, ada diantara sahabat lelaki yang berperwatakan ‘lembut’ dan wanita yang bersifat ‘jantan’ tetapi tidak bermakna mereka itu gay atau pun lesbian. Mereka bukan homoseks, cuma faktor sifat sahaja yang menampakan sedemikian. Malangnya, ada manusia yang nampak normal tetapi homo. Permasalahan ini memang sukar dicegah melalui perundangan semata-mata.
Homoseksual Dalam Masyarakat Kita

Homoseksual Subur Di Malaysia

Kepada anda yang sedang mengkaji atau mempelajari tentang sains sosial sama ada di universiti atau sebagainya… kajilah isu Homoseksual ini
Apa yang perlu dilakukan ialah, menghabiskan masa seharian terutamanya sewaktu hujung minggu di kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur atau di bandar-bandar besar yang lain. Luaskan langkah anda ke lorong-lorong di kawasan membeli-belah, kawasan tangga kecemasan, di ruang atas bangunan yang selalunya hampir kosong dan lepaklah di kawasan pemuda-pemudi melepak. 
Lanjutkan pemerhatian hingga sebelah malam. Berbekalkan buku nota kecil dan sebatang pen, buat catatan terhadap pemerhatian. Anda pasti terkejut dengan statistik yang akan anda perolehi.

Homoseksual Bukan Isu Remeh

Homoseksual Dalam Masyarakat Kita

Kredit – Metro
Homoseksual bukan isu remeh. Kini, mereka sebenarnya dah amat-amat subur dikalangan kita… bangsa kita, kaum kita atau rakyat Malaysia. 
Malah
hubungan homoseksual ini juga sudah mendapat pengiktirafan di beberapa pelusuk
dunia. Janganlah memandang sepi isu ini hanya disebabkan kita sibuk dengan kontrak atau taksub memperjuangkan politik, pembangunan kerjaya,
kemajuan dan sebagainya, sehingga menjadikannya sekadar isu remeh, taboo dan tidak
intelek.
Kita perlu suatu usaha yang halus dari akar umbi dalam mencegahnya
dari bertapak subur di bumi kita. Bukan sekadar menentang di media tapi perlaksanaan langsung tiada… propa sahaja.
Mereka yang telah tersasar perlu dibantu untuk kembali ke pangkal jalan.
Toleransi psikologikal perlu dalam bermain dengah isu ini kerana yang buruk
adalah perlakuan bukan orangnya yang tidak luput dari kesilapan dan dosa.   
  
Homoseksual adalah haram dan tiada kompromi
terhadap perkara itu. 
Kaum seperti ini pernah dihapuskan Allah swt
seperti dinyatakan dalam Surah Al-Ar’raaf (ayat 80-84). 
Jangan biarkan penyakit
sosial ini terus menyebarkan tarikan separa sedar kepada ahli keluarga
terutamanya remaja kita untuk terjerumus dalam kehancuran. Akibatnya akan kita
semua tanggung bersama… nauzubillah. 
Peringatan dan renungan buat diri sendiri
juga.
Homoseksual dalam masyarakat kita, kalian wajib baca artikel di bawah ini juga dan pilihlah mana satu hak yang kalian mahukan;

Related posts

80 Thoughts to “Homoseksual Dalam Masyarakat Kita”

  1. betul tu Khai…mereka ini perlu dibantu…
    pernah berhadapan dengan golongan gay…
    lihat aksi manja mereka acap kali didepan mata mau nak termuntah darah dibuatnya…

    semoga perkongsian ini memberi kita kesedaran bersama…

    1. Mmg betul.. dlm menyampah tu boleh timbul kasihan juga walaupun mereka tak minta utk dikasihani. Mudah2an gejala ini tidak bertambah teruklah hendaknya… aamiin.

  2. Benda nie memang dah lama berleluasa.. Kadang2 terfikir jgk, Knapa la suka yg sama jenis. Bukankah itu berlawanan dengan fitrah manusia… hmmm

    1. Tu lah.. kdg2 pengetahuan agama ada tapi kesedaran & kefahaman terhadapnya tiada. Kita doakanlah agar mereka yg seagama dpt sedar & kembali ke pangkal jalan… aamiin..

  3. saya juga semakin risau tentang fenomena ini..

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah serta jemput baca entri popular blog saya

    1. Dalam sedar atau tak.. ia sememangnya semakin memburukkan… astagfirullah…

  4. nauzubillah… x cukup dengan maksiat merata, tmbah plak dengan golongan yg nabi x mengaku umat ni..

    1. Tu lah.. boleh ada yg kata "mind your own business".. tp bila kelaknatan turun kita pun kena sama.. nauzubillah…

      T kasih Pha Is.. 🙂

  5. Zumal pernah jumpa orang gitu, zumal boleh simpulkan orang tu 'gila' 🙂

    1. Melakukan sesuatu diluar fitrah manusia & agama.. mmg gila. Semoga mereka kembali ke pangkal jalan… aamiin.

  6. macam2 ragam manusia sekarang..

    1. Betul tu Inani.. yg tak masuk akal pun ada & ini salah satu daripadanya… nauzubillah.

  7. disekeliling saya pun dah terlalu ramai yang berperangai macam nie..tak mengendahkan lagsung orang sekeliling..makin dibuat adalah..mungkin rasa diri tu bangga bila berbuat demikian…nauzubillah

    1. Open minded & free thinker sgt lah kiranya tu kan.. bila musibah melanda dgn kita2 sekali tempias. Semoga Allah bukakan hati mereka utk menginsafi & kembali ke pangkal jln utk kehidupan yg diberkati dunia & akhirat… aamiin.

  8. semoga mereka ditunjukkan jln yg benar. Amin…

    1. Aamiin aamiin ya Rabbal alamiin..

  9. Zaman dulu memang dah ada aktiviti ini…cuma kurang didedahkan…zaman sekarang ni makin berleluasa… macam perkara biasa saja..
    Bagi sesetengah masyarakat atau ibu bapa sendiri yang kurang mengenali sikap2 mereka yang terjebak hal ni memang tak menyedari lah …

    Nauzubillah…

    1. Mmg betul tu Bunda.. mmg ramai ibu bapa yg kurang sensitif terhadap isu ni. Di rumah lain & di luar lain. Mmg kena tau dgn siapa anak kita berkawan & mcm mana percampuran mereka dari pandangan org lain. Mmg zaman ni kena jadi ibu bapa yg "busy body" sikit. Bukan bergossip tetapi utk perhati hal anak2. Peringatan kpd saya juga tu Bunda. Mmg sgt2 merisaukan bila mata ni bnyk menyerap pemerhatian yg mcm tu…Nauzubillah.

  10. Tak pahamlah dengan puak ni….semoga balik lah ke pangkal jalan…

    1. Aamiin Wan.. semoga mereka sedar & kembali ke pangkal jalan… aamiin.

  11. Memang ramai Khir..then dia orang ni ada club-club yang special untuk dia orang. kat Malaysia ni banyak..Moga Allah beri petunjuk untuk dia orang kembali ke pangkal jalan…

    1. 2X Libresse for you. salam hujung minggu..

    2. A ah.. mmg betul sgt! Bukan cerita tipu ni.. mmg ada underground society lagi. Mmg cukup2 merisaukan. Semoga Allah jua yg membuka hati mereka utk kembali ke pangkal jalan & melindungi kita semua dari perkara2 yg memburukkan.. aamiin.

  12. erm.. besar isu ni..kadang yg nampak normal tu la gay,,, senang sangat nak kenal skrg… etul tu bro khir..cuba luangkan masa seharian dan lakukan analisis.. btw tambahan jgn lupa pergi ke tasik2 dan taman port popular gay 😛
    intix3

    1. Mmg perkara ni aku ibaratkan mcm api dlm sekam.. tak nampak tapi merbahaya. T kasih atas tambahan cadangan tu bro Sobri.. mmg "hot spot" juga tu.. nauzubillah.

  13. risau pulak bila memikirkannya…agaknya beginilah dunia tanpa sempadan, cepat2 istiqhfar…

    1. Astagfirullah.. semoga di beri kesedaran kpd mereka utk kembali ke pangkal jalan & semoga kita semua dilindungi dari keburukan ini & segala musibahnya… aamiin.

  14. penyakit nafsu
    yg pernah yumida tengok pengkid..suka sesama pompuan
    klo x dibendung, pasti beri masalah utk generasi akan dtg…budaya terbawa-bawa..or terikut2

    1. Mmg betul tu Yumida.. ada yg disebabkan kecewa, ada yg disebabkan trend.. lama2 jatuh cinta.. nauzubillah.

  15. mmg byk kes mcm gini…kadang2 kita yg malu nak tgk perangai depa tu,
    motivasi jati diri yg perlu kita laku kan,cuba menasihati mereka supaya
    balik ke pangkal jln….

    1. Mmg bnyk & mmg membimbangkan Haslinda.. Semoga dibukakan hati mereka utk kembali ke pangkal jalan… aamiin.

  16. niesa ada 2 org kwn yg homoseksual..tp bkn perempuan, lelaki…nk nasihat pn mcm xde kesan..xtau la nk buat apa..hanya mampu berdoa dorg diberi hidayah dan kembali ke pangkal jalan..

    1. Perkara yg sedap & seronok mmg sukar nak dinasihati mcm tu shj… lebih2 lagi bila syaitan ada bersama.. Kita teruskan berdoa utk kebaikan diri, keluarga & juga kpd insan2 tersasar spt mereka ini. Mudah2an Allah bukakan hati mereka utk sedar & kembali ke pangkal jalan Niesa.. aamiin.

    1. Nauzubillah… semoga kita semua dilindungi… aamiin.

  17. penyakit yang tak pernah hilang dari muka bumi..nauzubillah..

    1. Mmg betul… semoga kita semua dilindungi dari tergolong dikalangan mereka.. aamiin.

  18. AvatarAnonymous

    semoga kita di lindungi..moga kita tidak di timpa musibah spertimana umat nabi Luth ataupun kota Pompeii.. 🙁

    1. Aamiin.. mmg itu yg dirisaukan bila ia dilihat & dpt dikira di hadapan mata.. nauzubillah..

  19. nauzubillah.. lindungilah dari penyakit ini.. sekarang makin menjadi-jadi

    1. Aamiin.. semoga Allah turunkan hidayah pertolngan kpd mereka & melindungi kita semua dari musibah disebabkannya.. aamiin..

  20. betul tu bro..bagi aku gejala2 macam nie kita tak boleh salah genetik 100%..aku pernah kenal ngan seorang pengkid yang menyatakan antara reason kenapa dia jadi pengkid adalah kerana dia sudah tak mempercayai insan bernama lelaki..pergghh, aku ingtkan tu ayat drama petang2 jer rupanya ianya realiti..

    Regards,
    -Strider-

    1. Mmg betul sgt tu.. mmg mcm drama pulak ttp ia mmg realiti kan.. Bila kecewa terubat & keseronokan dtg, bertukar jadi gian… nauzubillah…

  21. Bukan sst yg baru..bahkan pd zaman Nabi Luth pun dh ada penyakit nafsu ni..dan telah menerima azab Allah sbg pngajaran umat selepasnya…

    1. Mmg betul tu pm Maria.. itu yg lebih ditakutkan… dulu kaum Nabi Luth.. skrng kaum kita sendiri.. rating semakin hari semakin naik.. Adakah kita sanggup menerima azabnya sekali sebagai satu kaum?.. Nauzubillah…

  22. Golongan seperti ni kita tak dapat jangka sebab dari segi luaran nampak normal tapi kita tidak tahu yang hakikatnya dia adalah dari golongan Homoseksual. Itu yang kita kena berhati-hati.

    Perkara ni pun semakin bertambah dari tahun ke tahun dan terlalu banyak faktor yang menyebabkan mereka menjadi sebegitu.

    1. Mmg betul tu Bahrain.. mmg merisaukan lebih2 lagi jika ia melibatkan org yg kita kenal atau ahli keluarga… nauzubillah. Kena juga fikir2kan apa faktor yg meransang pertumbuhannya tu…

  23. aku setuju dengan ianya sebagai penyakit nafsu.. sebab ada juga yang terjebak dek rakan serumah.. yang membuatkan mereka lebih intim.. berbeza dengan keadaan sebelumnya…

    1. Itulah antara faktor yg amat merisaukan.. bila rakan serumah, mula2 geli-geleman.. bila dicuci otak hari ke hari jadi geli2 sedap.. huh.. nauzubillah.. semoga kita semua dilindungi dari keburukan ini… aamiin..

  24. Terima kasih bro khir sudi menulis ttg gejala ni. Nampaknya..dah tiba masanya kita semua mula bergerak bersama2 mmbantu sedaya upaya…menyampah tu mmg ade..tp dlm masa yg sama..kesian dan takut..takut sbb balasan Allah mungkin juga terkena kpd kita semua lantaran tidak peduli kita ttg amar makruf cegah mungkar…

    1. Mmg menyampah klu ikutkan hati sbg manusia yg lemah ni.. tp bila difikirkan secara mendalam mmg kesian.. kesian sbb mereka ada ibu bapa & kehidupan.. ada perasaan, hati & jiwa mcm kita.. ttp takut sbb perbuatan tu mengundang bencana kpd kita juga. Selemah2 iman seseorang adalah mereka yg melihat kemungkaran & tidak mengikutinya.. tp tak mampu utk menghalang atau mencegah… Astagfirullah…
      Terima kasih kembali bro Hafiz.. 🙂

  25. Salam. kalau tak keberatan, saya nak berkongsi satu entry yang pernah saya publish satu masa dulu dan Alhamdulillah, entry ni berjaya menarik ramai gay kembali ke pangkal jalan. sy harap pihak penulis dapat share dengan pembaca supaya lebih ramai yang punya idea bagaimana ingin mentarbiah atau menasihati kaum ini

    http://www.coklateyes.my/2012/05/satu-malam-dengan-gay.html

    1. Subhanallah walhamdulillah.. T kasih Innanie. Semoga dpt membantu lebih ramai lagi utk kembali ke pangkal jalan.. in shaa Allah… aamiin. T kasih atas perkongsian.. 🙂

  26. Semua kerana nafsu, ikut2an dan kedangkalan ilmu

    1. Mmg betul tu Ieta.. semoga kita semua dijauhi dari keburukan ini juga musibah akibat dari perlakuan mereka.. aamiin..

  27. makin menjadi sekarang ni…kalau tengok dalam youtube..dh perkara biasa sangat …. diaorg ni siap ada kelab masing2… penubuhan kelab seperti ini akan merancakkan lagi aktiviti mereka…pihak yang berwajib mesti lah melakukan pemantauan….dan untuk menyedarkan mereka bukan lah perkara yg mudah…

    1. Mmg betul tu Noe.. ia adalah perkara yg merisaukan kita semua. Semoga ada jalan yg baik agar mereka ini dibukakan hati utk kembali ke pangkal jalan… aamiin…

  28. ramai juga yg nampak normal tapi sebenarnya homoseksual . selain kurang iman aka pendidikan agama yg tak mantap , faktor pendidikan awal dirumah , pergaulan , pengaruh budaya serta teknologi juga menyumbang kepada gejala ini … sumbang ford di sini .

    1. Itulah yg merisaukan.. menjadi peringatan kpd diri sendiri juga. Semoga kita semua sentiasa ttp diatas jln yg lurus & diberkati Allah swt… aamiin.

  29. yang haram tetap haram. Tiada manusia boleh mengubahnya.

    1. Mmg betul tu Kenit.. betul2 mencabar fitrah & hukum lah.. Nauzubillah…

  30. gejala homoseksual ni memang makin membimbangkan…. semoga kita semua dijauhkan dari semua ni…..

    1. Aamiin.. semoga kita semua dijauhkan deno… aamiin..

  31. jika di rumah sendiri ibubapa seolah tak peduli tentang perubahan drastik atau sudah dibentuk macam itu acuannya ; anak lelaki dimanja bagai anak perempuan dan sebaliknya…; bagaimana mereka itu akan menjurus kearah kelakuan songsang yg diharamkan agama Islam.. Sebagai orang terdekat ..berikan mereka petunjuk serta dorongan +ve bukan sebaliknya seperti menggalakkkan perkara tersebut berlakut tanpa ada rasa bersalah.

    1. Betul tu PCL.. peranan ibu bapa mmg besar dlm membentuk anak2 kan.. Bila kurang sensitif atau terlalu dimanjakan berlawanan dgn sebenarnya boleh mendorong kpd perlakuan spt ni satu hari nanti.. nauzubillah.. Semoga mereka yg terjebak diberi petunjuk & dpt kembali ke pangkal jalan dgn sebaik2nya… aamiin…

  32. wow tak sangka benda ni dah jadi barah dalam masyarakat kita
    mungkin betul juga bila saudara khir kata dia penyakit nafsu
    sebab bila difikirkan secara normal dan agama dijadikan sandaran
    benda camni tak sepatutnya wujud kan?

    macamana nak kenal pasti diorang ni ye sebab secara zahir normal

    1. Mmg betul Yana.. dgn didikan agama adalah jalan mencegah & juga penyelesaiannya.. tp utk menyelesaikan yg dah berlaku ni perlukan strategi yg betul2 halus.. Semoga Allah jua lay yg membantu… aamiin.
      Klu di khalayak ramai mmg susah sikit nak dikenalpasti. Tp boleh perhatikan character mereka.. klu lelaki biasanya berbadan 'macho' tp pandangannya akan terarah kpd lelaki bila ada yg berkenan.. klu perempuan (level1) senang je.. klu jln berdua2an pasangannya wanita juga.. sorang berpakaian mcm lelaki dgn gaya & rambut pun mcm lelaki.. pasangannya mmg feminin abis & slalu jln pegang2 tangan.
      Utk level 2 lelaki & perempuan mmg susah sikit nak kenal pasti kecuali bila dia nak goda kita sbb berkenan hmm.. tu yg problem.. nauzubillah…

  33. Dalam menyampah timbul juga perasaan kasihan.. namun yang haram tetap haram.. dimana2 bole dilihat keadaan ini..

    1. Mmg perasaan menyampah tu akan ada kan.. tp kesian bila memikirkan ia mengheret mereka ke lembah yg menghinakan.. astagfirullah…

  34. Semoga mereka kembali ke jalan benar…

    1. Sama2lah kita doakan, moga kita semua juga beroleh rahmatNya

  35. Benda ni dah lama berleluasa. Kalau dulu aktiviti mereka msh byk yg sorok². Tapi sekarang mereka tanpa segan silu dedahkan. Tindakan dari akar umbi masih belum mampu tangani masalah ni.

    1. Betul tu.. bila tiada tindakan khusus menangani perkara ni secara berterusan, semakin lama semakin berkembang hingalah satu masa ia naik ke mainstream. Semoga Allah kurniakan jln terbaik serta perlindungan buat semua.. aamiin.

  36. salam, hanya yang menderita penyakit ini sahaja tahu betapa sukarnya hidup dalam kejian dan penghinaan masyarakat. bukan semua yang bernaluri songsang itu pengamal homoseks dan kami tidak minta dilahirkan begitu. bertahun tahun berdoa agar Allah perbetulkan naluri songsang ini sehingga adakalanya putus asa dan minta dicepatka ajal supaya tidak lagi hidup terseksa dengan ujian yang maha berat ini. selalu saya terfikir apa dosa saya diuji dengan naluri songsang yang mengaibkan ini. tanpa sedar dari dari kecil lagi telah menghidap penyakit yang sukar untuk sembuh. makin berusia makin rasa tertekan dan depress. hidup sebatang kara tanpa pasangan yang boleh dikahwini apatah lagi memiliki keluarga. jangan lah mengecam semua golongan songsang ini kerana bukan semua mengamalkan gaya hidup songsang. bantulah kami dan kasihanilah kami. doakan supaya kami sembuh seperti kalian yang normal. terima kasih
    insan hina recently posted…Promosi Gaya Hidup Sihat Cegah Diabetes Di KlangMy Profile

    1. Waalaikumussalam.. pertamanya, saya ucapkan terima kasih atas kesudian menyatakan hasrat diruang komen ini. Sesungguhnya ia satu keberanian yg tak semua mampu meluahkannya. Saya pernah kenal beberapa kenalan yg pernah meluahkan perasaan spt itu kerana cemuhan msykt.. atas faktor itu juga terpanggil berkongsi pandangan di artikel picisan ini agar timbul kesedaran pembaca utk mendekati dan membantu sebaiknya, in shaa Allah. Semoga Allah permudahkan jln dan memakbulkan segala doa utk kebaikan.. aamiin.

Leave a Comment

CommentLuv badge