Himpunan Usahawan Bumiputera, HUB2018,
Kepada rakan-rakan usahawan dan para pembaca yang berhasrat menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pastinya tidak mahu melepaskan peluang ini.
Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB 2018) buat julung kalinya bakal diadakan sebagai komitmen memperkasa potensi dan prospek para usahawan bumiputera di Malaysia. HUB 2018 akan diadakan di Axiata Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 dan 31 Mac 2018.

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 – HUB 2018

HUB 2018 merupakan program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) melalui agensinya SME Corp. Malaysia, dengan sokongan Unit Peneraju Bumiputera (TERAJU).

Mengumpulkan 14,000 PKS Bumiputera yang terdiri daripada ahli-ahli dibawah naungan pelbagai persatuan, dewan, pertubuhan atau majlis berkaitan keusahawanan dan PKS dari seluruh negara.

Terdapat pelbagai aktiviti yang bakal diadakan sepanjang HUB 2018 iaitu;
  • Sembang Usahawan Selebriti – dihadiri Fara Fauzana (Moderator) dan para panelis, Shuib Sepahtu, Sarah Raisuddin, Caprice & Majdi Ramlee – (30 Mac 2018 – 3 petang)
  • Sembang Petang bersama YAB Perdana Menteri – diserikan lagi dengan majlis MoU dan Penyampaian Anugerah Usahawan Bumiputera Terbaik (30 Mac 2018 – 4:30 petang).
  • Young CEO Summit (30 & 31 Mac 2018 – 8 pagi hingga 6 petang).
  • Karnival Jom Niaga 2018 (30 & 31 Mac 2018 – 9 pagi hingga 10 malam).
  • Bengkel Digital MDEC
  • Food Truck (30 & 31 Mac 2018 – 9 pagi hingga 10 malam).
  • Sembang Santai Usahawan Selebriti
  • Kapsul Kementerian (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan; Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan).
  • Majlis Penutup TUBE Mega 5.0 (31 Mac 2018 – 3 petang).
Himpunan Usahawan Bumiputera 2018, HUB 2018,

Sertai Fizo Omar Dalam Young CEO Summit HUB 2018

HUB 2018 dipadatkan dengan Young CEO Summit 2018 (30 & 31 Mac 2018 – 8 pagi hingga 6 petang) sebagai platform mendalami strategi keusahawanan yang disampaikan oleh pakar industri, mentor dan usahawan berjaya, berkaitan ilmu ‘street smart’ dan ‘book smart’ sebagai keseimbangan kualiti pengetahuan (IQ) dalam segala aspek keusahawanan.
Terdapat 4 modul pengisian Young CEO Summit 2018;
  • Modul 1: Millenial Mindset Mapping 2018 oleh Fizo Omar.
  • Modul 2: Mekanik Wang oleh Abang Abu.
  • Modul 3: Transformasi Minda oleh Prof Datuk Dr Muhaya
  • Modul 4: Marketing & Branding oleh Fizo Omar
Fizo Omar, individu yang tidak asing lagi dalam pengalaman jatuh bangun keusahawanan akan menyampaikan 2 modul perkongsian iaitu Millennial Mindset Mapping dan Marketing & Branding. Ia merupakan aset penting dalam memajukan perniagaan, bersama pengisian ilmu kewangan oleh pakar kewangan Abang Abu dan transformasi minda oleh pakar motivasi Prof Datuk Dr Muhaya.
Young CEO Summit merupakan peluang terbaik buat para usahawan memperkasa modal insan dan jati diri disamping sokongan motivasi dan tauladan dalam membangkitkan semangat keusahawanan.
Himpunan Usahawan Bumiputera 2018, HUB 2018,Himpunan Usahawan Bumiputera 2018, HUB 2018,
Karnival Jom Niaga 2018 @ HUB 2018
HUB 2018 turut dimeriahkan lagi dengan Karnival Jom Niaga 2018 pada 30 dan 31 Mac (9 pagi – 10 malam), dengan menyediakan platform kepada PKS menjual produk dan perkhidmatan, selain membolehkan usahawan mendapatkan maklumat, meneroka peluang perniagaan dan menjalin jaringan kerja baharu.
Karnival Jom Niaga 2018 menyasarkan seramai 20,000 pengunjung dengan menyediakan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik kepada pengunjung seperti;
  • Pameran Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) oleh MITI.
  • Gerai Buah-Buahan FAMA.
  • Street Soccer @ Jom Niaga.
  • Peraduan Mewarna bersama Bank Rakyat.
  • Pertandingan Gubahan Bunga.
  • Pertandingan Teh Tarik Challenge.
  • Pertandingan Karaoke Gegar Jom Niaga (Karaoke).
  • Penempilan dan Persembahan Selebriti.
  • Pertandingan Kostum Kanak-Kanak.
  • Demonstrasi Hair Styling oleh Joe’s Barbershop.
  • Demonstrasi Hijab bersama Nabilah Razali.
  • Demonstrasi Makeup bersama Syed Dewa.
  • Pertunjukan Fesyen.
  • Cabutan Bertuah – Kereta, motorsikal, basikal, handphone, barang-barang eletrik.
  • Penampilan maskot Transformers (Optimus Prime & Bumblebee) dan Ejen Ali.
  • Kids @ Jom Niaga – Bouncing Castle, face painting, clown appearence & sand art.
  • Booth Tonton dan Boost.
  • e-wallet oleh Boost sebanyak RM20 sehari.
  • RM5 diskaun oleh Grab setiap perjalanan – GrabHUB2018.
  • Masuk adalah percuma.
Himpunan Usahawan Bumiputera 2018, HUB 2018,
HUB 2018 pasti menjadi platform yang membantu melonjakkan lagi peluang dan kredibiliti keusahawanan anda sebagai kerjaya mampan.
Aplikasi HUB 2018 boleh dimuat turun di HUB2018, manakala pendaftaran secara online boleh dibuat terus di sini> http://bit.ly/HUB2018REG.
Justeru, sebarang pertanyaan lanjut Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB2018) boleh hubungi talian 03-2775 6269 / 03- 2775 6208, atau email ke hub2018@smecorp.gov.my.

31 Thoughts to “Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 – HUB 2018”

  1. Wahhh…satu aktiviti yang menarik kepada usahawan bumiputera..

  2. syok dpt join sekali…semua usahawan yg hebat2

  3. nk sggh laa nnt lps blk keje

  4. Wahhh banyak jugak aktiviti nanti. Siap ada food truck, kalau sempat boleh lah singgah nanti.

  5. Sudah tentu banyak yang dikongsikan dan boleh dipelajari…

  6. AvatarFaezatul Atiqah

    platform utuk para usahawan berkongsi tips dan pengalaman . sememagnya mantap !

  7. Wah menariknya aktiviti dia. Modul pengisian yang padat. All in event

  8. Peluang utk usahawan bumiputera.. Untuk pengunjung pn byk juga aktiviti bole dilakukn.. Skarang pn mmg kj melibatkn usahawan bumiputera tp utk Pemborong beras.. Pernh juga bekerjasama dgn sme Corp and teraju

  9. Wahhh hebat2 ye selebriti yg diundang ke acara ini. Semuanya hebat dlm berniaga. Suka lah inisiatif seperti ini. Dpt membantu ramai org utk berniaga dan terus berniaga walaupon suram

  10. Wow, bersama usahawan² hebat belaka. Dah dekat dengan rumah..boleh bawa family ni..banyak juga aktivitinya

  11. Kalau dapat join best ni sebab ada juga hadiah yang ditawarkan. Kawan la inform. Fizo Omar bagi talk baru ni…Tak pernah dengar dia bagi talk.

  12. Pelbagai aktiviti telah di aturkan ya. Bagus sangat program sebegini. Moga mendapat pendedahan dan sampai ke golongan yang disasarkan.

  13. Tak selalu ada event macam ni, lubuk nak timba ilmu tentang keusahawanan ni…

  14. perkongsian yg baik untuk mereka yang sedang atau akan ceburi bidangh usahawan ni..

  15. This is a great event, I'll love to learn from these usahawan because the greatest lesson is learning from mistakes!

  16. Amboi..bagus aktiviti ini untuk membuka mata orang ramai tentang bagusnya dunia usahawan..sekurang-kurangnya ilmu keusahawanan dapat di kondi kongsi bersama mereka yang baru menceburkan diri

  17. 14 ribu usahawan! ini mmg terbaik…platform yg paling mudah untuk mengetengahkan usahan muda dan yg lama kepada umum..tapi mesti ramai gila manusia ni..hahaha

  18. Program yang menarik untuk para usahawan menimba ilmu berkenaan perniagaan. Program ini juga bagus untuk melahirkan ramai usahawan yang berjaya.

  19. terbaik. ini adalah platform yang mampu membawa usahawan muda untuk pergi lebih jauh. terutama dari segi pasaran barangan mereka di pasaran tempatan dan seterusnya antarabangsa

  20. Tak sangka kerajaan skrg semakin prihatin utk usahawan ni..bukan mudah nak dpt tips dr yg dah berjaya..

  21. Bagusnya platform macam ni, himpunan untuk usahawan ni adalah usaha murni membantu kita semua berniaga walaupun ada pekerjaan tetap… seronok tengok masing masing berniaga untuk membantu memantapkan ekonomi Malaysia ni

  22. bestnya aktiviti bermanfaat macam ni dalam masa berhiburan dapat jugak pelbagai input positif

  23. untungla usahawan yang pergi program ni. speaker jemputan tu semua ada pengalaman. boleh cedok banyak ilmu nanti

  24. Is a good effort that they have the himpunan usahawan to help small business or those that interest to start up business. I do hope they open opportunity to non bumiputra too.

  25. Program ini bukan sahaja untuk para usahawan menimba ilmu bisnes tetapi semua orang boleh bergembira dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan penganjur. Siapa ada selebriti dan cabutan bertuah lagi! Must Go!

  26. Program yang bagus untuk para usahawan dan orang ramai. Byk aktiviti disediakn dan ilmu dapat ditimba di sini..

  27. Tazabar nak pegi. Ingat nk pegi jumaat la. Tajut weekend jammed nnti. Kompom2 ramai org trun memeriahkan #hub2018 nnti

  28. PELBAGAI PROGRAM MNARIK TU WAJAR DIHADIRI

  29. wahhhh tak sabar nak datang sini ..

  30. Program yang bagus buat mereka yang nak menjadi usahawan..yg dah jadi usahawan boleh tambahkan lagi ilmu. Tapi sayang seribu kali sayang..sis tak dapat join..huhuhu

  31. Ok la tu. This is a good platform to get together, exchange knowledge and business. Sure gempak one.

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.