Hikmah Perkongsian Ilmu

Hasil perkongsian ilmu dari seorang pendakwah didalam satu majlis ilmu,
cukup terkesan untuk aku kongsikan bersama di sini. Ianya berkenaan hakikat dan
hikmah perkongsian ilmu
Sebagai mukmin, ilmu yang baik adalah pengukuh amal dan ibadah. Kita
bukan sahaja dituntut supaya menuntut ilmu, malahan dapat memperolehi ganjaran pahala yang besar dengan menyebarkannya berdasarkan pembelajaran atau pengalaman kepada yang lain. Berpesan-pesan kepada
kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan ikhlas..

 Hikmah ilmu dan perkongsian sesama
insan

1.   Mendapat dunia dan akhirat. Ibarat kata Imam Al
Syafie, “ Jika kamu inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu, jika kamu inginkan
akhirat, hendaklah dengan ilmu dan jika seandainya kamu hendakkan kedua-duanya,
maka hendaklah dengan ilmu.”
2.   Merupakan jalan menuju kepada Allah.
Imam Al Ghazali di dalam Minhaj Al Abidin menyatakan, dalam
perjalanan seorang hamba menuju kepada Allah swt ialah tahap ilmu, kemudian
barulah menyusul dengan tahap taubat.
3.   Dengan
perkongsian ilmu, akan tersingkaplah tabir kejahilan yang membelenggu akal dan
jiwa manusia daripada mengenal Allah swt.
4.   Ilmu
yang bermanafaat dan dimanafaatkan melalui perkongsian sesama insan dapat
membantu membentuk jiwa raga menjadi hamba Allah yang baik, disamping dapat
menjalankan seruan sebagai khalifah Allah yang sebenarnya.
5.   Dengan
berkongsi ilmu, dapat melindungi kehidupan dan memelihara dari sebarang
kemusnahan berbanding harta yang terpaksa dilindungi dan dijaga setiap masa.
Dengan perkongsian ilmu sesama umat sama ada melalui sumber bacaan,
kajian atau pun pengalaman, sudah pastinya dapat membantu mempertingkatkan
hidayah kesedaran diri dan memperbaiki 
iman, amal serta ketaqwaan kita
semua.
Hikmah perkongsian ilmu
Kenangan Instagram ; Suasana majlis ilmu
Masjid Al Khairiyah, Taman Sri Gombak, Selangor
Sebarkanlah ilmu kebaikan yang ada walaupun sebesar zarah sekalipun
kerana dengan apa yang kita kongsikan itu bukan sekadar beroleh berkat, malah
kita akan didatangkan dengan lebih banyak ilmu sebagai ganti apa yang telah
kita beri. Hanya dengan cara inilah sahaja, umat Islam akan terbangun akalnya,
emosi, rohani dan jasmaninya. Inilah hikmah disebalik perkongsian ilmu. 
Mempelajari satu ilmu dan mengajarkan (perkongsian) kepada seorang 
Muslim itu lebih aku cintai daripada mempunyai seluruh dunia dan
menginfakkannya demi Allah
Semoga bersama-sama kita beroleh kebaikan.. amin.  

Related posts

One Thought to “Hikmah Perkongsian Ilmu”

  1. Assalam.. saya telah menukar kembali kepada kotak komen yang asal. Maaf diatas komen-komen yg telah hilang. Segala kesulitan amatlah saya kesali.

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.