Ramadan Khir Khalid
Ahlan wa sahlan ya Ramadan Al-Mubarak!
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan kepada Illahi atas kesempatan menimba keberkatan Ramadan kali ini setelah hampir setahun lalu meninggalkan kita. Mudah-mudahan Ramadan pada tahun ini membuahkan keberkatan yang lebih baik dan membersihkan hati kita agar dapat menghayati serta mensyukuri limpahan rahmatNya.
Menyingkap Hikmah Keberkatan Ramadan Al Mubarak

Berpuasa Memperkasa Fitrah Insani

Seperti yang kita ketahui, berpuasa merupakan satu ibadah yang terkandung pelbagai rahsia dan hikmah yang besar dalam mendidik nafsu manusia. Ia merupakan jihad untuk mengembalikan fitrah manusia dalam mempertingkatkan rasa kehambaan kepada Allah swt.
Memetik kata-kata Ibn Kathir dalam tafsirnya menyatakan; “Allah swt telah berbicara dengan orang Mukmin dalam kalangan umat ini dan memerintahkan mereka agar berpuasa. Sesungguhnya puasa yang telah diwajibkan atas umat terdahulu juga mengandungi pengajaran dan hikmah yang besar. Maka hendaklah umat kini menjalankan ibadat ini dengan bersungguh-sungguh melebihi jihad mereka yang terdahulu”.
Kata-kata Ibn Kathir ini jika kita selami sebenarnya menjelaskan seruan dan peringatan bahawa, puasa merupakan landasan terbaik dalam mendidik diri terhadap nafsu, juga antidot mengawal diri daripada terjerumus atau tersasar jauh daripada fitrah Islam.
Ia membenarkan hadis Rasulullah saw yang bermaksud; “Wahai pemuda, sesiapa daripada kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Dan yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menjadi pengawal peribadinya (daripada nafsu syahwatnya)” – Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud.

Hikmah Berpuasa Dibulan Ramadan

Terpanggil juga untuk saya catatkan perkongsian ustaz sekadar peringatan dan motivasi bersama, yang antaranya memetik sabda Rasulullah saw tentang hikmah berpuasa dibulan Ramadan.

“Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah swt berfirman, ‘Kecuali puasa, sungguh ia bahagianKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya kerana (orang yang berpuasa) dia telah meninggalkan syahwat dan makan kerana Aku’. Bagi orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan; gembira ketika berbuka puasa dan gembira ketika berjumpa Tuhannya dengan puasanya. Dan sesungguhnya bau tidak sedap mulutnya lebih wangi di sisi Allah daripada bau minyak kasturi”. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Bersamalah kita hidupkan Ramadan dengan amal ibadah dan jariah. Justeru, pada kesempatan artikel ini juga, saya memohon ampun dan maaf atas segala khilaf dan kelemahan diri. Semoga Ramadan tahun ini membawa lebih kebaikan dan keberkatan buat kita semua… aamiin.
Selamat berpuasa dan salam Ramadan Al-Mubarak buat semua.

Artikel terkait;
> Ramadan Bulan Al-Quran Diturunkan.

8 Thoughts to “Menyingkap Hikmah Keberkatan Ramadan Al-Mubarak”

  1. Selamat berpuasa Tn KK sekeluarga..maaf zahir batin..moga ibadah kita semua diterima oleh-NYA…..amin.

    1. Selamat berpuasa dan maaf zahir batin juga PC.. in shaa Allah, aamiin ya Rabb.

  2. Salam Ramadan kareem sslmt bribadah di bulan berkah

    1. Salam Ramadan juga kak PI.. aamiin ya Rabb.

    1. In shaa Allah, sama2lah kita doa dan usahakan.. aamiin.

  3. selamat berpuasa utk en khir sekeluarga…

  4. Salam Ramadhan Al Mubarak buat Abg Khir sekeluarga…

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.