Ulangtahun PerkahwinanEkspresi 

Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke-16

Merafak kesyukuran ke hadrat Illahi atas segala limpah kurniaNya dalam kehidupan ini. Hari Khamis (7/5/2015) merupakan antara hari yang cukup bersejarah buat saya dan isteri. Ia merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 16 tahun. Sungguh cepat masa berlalu, malah artikel sempena ulangtahun perkahwinan ke 15 dahulu dirasakan belum begitu lama diterbitkan. Rupa-rupanya artikel tersebut sudahpun menjangkau setahun usianya…
Blogger Khir Khalid sekeluarga
Kenangan Aidilfitri 2014

Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-16

Menyusuri liku-liku pahit manis berumahtangga, sesungguhnya sesuatu yang sepatutnya disyukuri. Ia mengajar erti perkongsian hidup, mengenal realiti kehidupan serta mendidik maksud tanggungjawab dan ketabahan. Ujian dan dugaan yang hadir diiringi peringatan tentang kasih yang Maha Pencipta kepada hambanya. Membuatkan diri ini menghargai nilai kekeluargaan.
Kini semua cahayamata telah memasuki dunia persekolahan. Ia juga membuka lembaran baru tentang erti pengorbanan dan harapan. Zaman persekolahan bukan sekadar jadual harian yang padat tetapi juga memerlukan keperihatinan waktu mengenali dunia generasi muda… tentang kawan, kokurikulum,
trend, gadget, minat dan kegemaran, cabaran media sosial serta pelbagai lagi pendedahan dunia tanpa sempadan yang tidak sama seperti dahulu. Sesungguhnya ada ketika memerlukan kita menjadi seperti mereka demi kebaikan bersama.
Blogger Khir Khalid dan isteri
Piiweett.. gambar romantis Aidilfitri.. 😀

Penghargaan Sempena Ulangtahun Perkahwinan

Penghargaan terima kasih yang tidak terhingga buat isteri di atas kesetiaan, sokongan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang berkongsi kehidupan ini. Sesungguhnya merupakan inspirasi dan anugerah yang tidak ternilai dengan ukuran material duniawi. Syukur Alhamdulillah… Semoga perjalanan kehidupan kami untuk hari-hari yang mendatang sentiasa disinari kebahagiaan dan diberkati dunia dan akhirat… aamiin.
Penghargaan terima kasih juga saya pahatkan kepada semua atas ucapan dan doa yang diberikan. Begitu juga doa dan harapan saya kepada semua pembaca yang dihormati sekelian. Mudah-mudahan senantiasa dikurniakan kehidupan yang diberkati serta dipermudahkan jalan kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat… aamiin aamiin ya Rabbal alaamiin.
Salam ikhlas dari saya sekeluarga buat anda sekelian… 🙂

Related posts

32 Thoughts to “Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke-16”

  1. alfun mabruk!

    barakallah…ilal jannah

  2. assalam…tahniah moga kekal bersama berbhgia selamanya…

  3. Alhamdulillah.. Tahniah.. Moga terus kekal bahagia hgga ke syurga..

  4. Alhamdulillah. Tahniah! Semoga terus berkekalan 🙂

  5. AvatarMama Niza

    cantik isteri en khir, semoga berpanjangan hubungannya hingga ke jannah..

  6. selamat hari ulangtahun perkahwinan bro khir!semoga berkekalan hingga ke Jannah, InshaAllah.. <3

  7. Tahniah.. Selamat ulang tahun perkahwinan En Khir.. Semoga terus bahagia bersama keluarga tersayang.. 🙂

  8. waa.. selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan.. sweet gitu.. hehe

  9. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 16.
    Moga berbahagia hingga ke akhirnya. Aamiin

  10. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-16 buat KK dan isteri.

  11. tahnia sir khalid , Alhamdulillah kemudi bantera dengan baik , abah dan suami penyayang… In sya Allah

  12. Tahniah tuan.. Semoga terus bahagia hingga menggapai syurga Allah bersama..

  13. Tahniah…semoga kekal bahgia hingga ke Jannah… aamiin

  14. Tahniah…semoga kekal bahgia hingga ke Jannah… aamiin

  15. tahniah… selamat menyambut ulangtahun perkahwinan… semoga berbahagia selalu… aaminnnn…

  16. Tahniah bro, 16 tahun tu mungkin bro rasa kejap, tapi saya salute pada orang yang dapat bertahan lama macam bro ni, sebab saya yakin, banyak pahit yang dah ditelan bersama-sama kan?

  17. tahniah..16 tahun tempoh yang lama..saya baru sahaja 13 tahun berkahwin..hu..hu,,

  18. tahniah..16 tahun tempoh yang lama..saya baru sahaja 13 tahun berkahwin..hu..hu,,

  19. tahniah abang Khir..semoga keluarga abang Khir bahagia sampai ke Jannah..

  20. Tahniah… Syukur kerana dikurniakan kebahagian dan rezeki yang murah. Semoga ikatan berkekalan hingga ke Jannah.

  21. Salam tahniah buat Khir dan family…semoga berkekalan selamanya 🙂

  22. Sudah 16 tahun? JM doakan agar rumah tangga terus bahagia…harungi segala cabaran bersama

  23. JM juga doakan agar bro KK akan menjadi ketua keluarga dan pemimpin yg cemerlang, daat mendidik anak dan isteri..membawa mereka ke syurga bersama aminnnn

  24. pstt : gambar di aidil fitri tu sweet seerti pengantin baru 🙂

  25. wah wah.. sweetnya. x sangka dah 16 tahun. tahniah abang KK. semoga kekal hingga ke syurga. in shaa ALLAH aamiin 🙂

  26. Tahniah KK..Alhamdulillah syukur 16 tahun sudah…

  27. Semoga perkahwinan saudara KK mendapat rahmat Ilahi dan dikurniakan kebahagiaan sehinggake syurga

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.