Baru-baru ini aku telah dihubungi dan menerima e-mel dari rakan lama. Warga Belanda yang merupakan salah seorang aktivis Human Rights. Nampaknya, isu warga Malaysia yang ditahan di Sweden kerana memukul anak yang tidak solat seperti mendapat tempat di mata kebanyakan negara-negara Eropah kerana ianya mencabuli “Hak Asasi Kemanusiaan”.
E-mel yang diterima agak kurang menyenangkan untuk dibaca. Kandungannya mengajak aku menyertai program antarabangsa menyebarkan fahaman misi Hak Asasi Kemanusiaan mengikut acuan mereka terutama kepada remaja bermasalah, rumah perlindungan dan institusi pengajian swasta termasuk program-program pengurusan pekerjaan sektor korporat dan industri di Malaysia.
Subjek telah ditentukan, namun tidak diperjelaskan secara terperinci. Hasrat mereka adalah memasyarakatkan minda global terhadap Hak Kemanusiaan mengikut fahaman Dutch Convention dari satu segmen ke satu segmen sosio-masyarakat.
![]() |
Amsterdam, Netherlands |
Di sini ingin aku perjelaskan tentang negara Belanda (Netherlands) itu sendiri.
Dari segi permandangan, sejarah dan budaya sememangnya sangat menarik. Masyarakatnya juga bersikap terbuka serta menjadi salah satu negara tarikan perlancongan yang terbaik di Eropah.
Tetapi dari segi fahaman, kita perlu perhati lebih mendalam terhadap beberapa faktor. Tidak malu untuk aku catatkan bahawa Belanda adalah salah satu syurga dunia.
Hak Asasi Dan Kemanusiaan Acuan Belanda
Berikut beberapa faktor yang aku pelajari tentang Belanda dan Hak Kemanusiaan.
1. Pelacuran adalah salah satu kerjaya. Mereka berpendapat, pelacuran merupakan aktiviti kerjaya yang tertua di dunia dan perlu dikekal dan dimartabatkan sebagai salah satu profesyen kerjaya. Setiap pelacur perlulah memohon permit mengikut piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan.
2. Kawasan pelacuran berdaftar yang dinamakan ‘Red Light District’ diwujudkan bagi memajukan ekonomi dan mendidik usahawan yang beretika. Setiap pelacur perlu dirujuk ke hospital setiap minggu untuk ujian HIV serta mempunyai kad kesihatan untuk rujukan pelanggan bagi mengekalkan permit yang sah.
![]() |
Suasana di “The Red Light District” |
3. Ganja adalah sah disisi perundangan berdasarkan terma mereka. Ia dijual dikebanyakan kedai yang diperbuat di kilang seperti cerut. Oleh itu, adalah menjadi kebiasaan melihat orang bersantai minum-minum di ‘Coffee shop’ sambil menghisap ganja.
4. Penagih dadah perlulah ke hospital setiap minggu untuk mendapatkan jarum suntikan bersih serta menjalani pemeriksaan kesihatan dan HIV sekiranya tidak mahu ditangkap dan dipenjarakan.
![]() |
Marijuana (ganja) yang dikenali “Joints” atau “Hash” |
5. Hak asasi kebebasan bersuara untuk kanak-kanak dan remaja dimana mereka berhak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap didikan ibu bapa dan guru kepada badan-badan NGO berdaftar untuk dipanjangkan melalui perundangan.
6. Menyokong hak asasi kemanusiaan terhadap kebebasan beragama. Tiada halangan untuk berkahwin antara agama. Anak yang diperolehi hasil perkahwinan berhak memilih agama mereka sendiri. Selain itu, tiada batas perkahwinan antara jantina. Masing-masing bebas untuk berkahwin atas persetujuan bersama termasuk antara jantina yang sama.
7. Setiap pasangan yang tidak yakin untuk berkahwin tetapi memilih untuk bersekedudukan perlulah mendaftar kepada pertubuhan komuniti yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.
8. Permasalahan sosial adalah tanggungjawab seluruh masyarakat tanpa sebarang pengecualian. Adalah menjadi tuntutan kepada warga Belanda untuk membantu dan membimbing mereka yang bermasalah agar tidak terjerumus ke lembah kejahatan. Ini adalah satu sifat yang aku setuju dan sememangnya patut kita contohi.
9. Belanda kini merupakan salah satu negara Eropah contoh dan salah satu negara yang kuat pengaruhnya kepada PBB dalam memperjuangkan hak asasi dan aktivis sosial di dunia.
…. dan lagi.. dan lagi… ada yang baik, tetapi banyak yang memburukkan…
Tak percaya?… Pergi dan lihat sendiri atau selidikilah sedalam-dalamnya tentang Belanda dan Dutch Convention… Ia benar-benar wujud… itulah hak asasi terbaik acuan barat.
![]() |
Coffee shop, tempat bersantai menghisap ganja dan mabuk. |
Sesungguhnya, mereka mencari tapak untuk menyebarkan ideologi sosiolisme di Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Australia yang merupakan antara negara pengkalan NGO-NGO dunia yang memperjuangkan hak asasi manusia juga tidak bersetuju terhadap pandangan ideologi Belanda untuk dilaksanakan di benua Australasia.
Aktivis Human Rights barat ini tidak perlu berdaftar dan bertapak di Malaysia secara fizikal.
Dengan dana dan program-program yang unik, halus serta terancang, cukuplah sekadar berkerjasama dengan pendakwah sosial tempatan bagi rancangan mereka terlaksana. Ibarat kanser, subur dari dalam dan melumpuhkan dasar kepercayaan sedia ada kita terhadap agama dan budaya timur satu hari nanti.
Gejala Sosial Satu Isu Remeh Dan Tidak Intelek
Permasalahan sosial bukan isu remeh. Ada yang menjadikannya sebagai perniagaan bernilai jutaan dollar melalui ‘social events’, disamping menjadi cabang perjuangan menyerapkan ideologi sama ada berteraskan Islam, Nasrani, Yahudi, Freethinker, Scientology, Zionisme, Anarki atau sebagainya.
Kebanyakkan elemen yang dilakukan semuanya sama iaitu “buying their interest”. Ia bermaksud, menarik minat golongan sasar terhadap perkara yang digemari melalui aktiviti “social events” itu sendiri, seterusnya menyuntik fahaman tertentu kepada minda separa sedar mereka yang terlibat.
Samaada ideologi itu baik atau tidak, terserah kepada perancangnya. Itulah elemen asas dalam psikologi sains sosial yang dipraktikkan dimana-mana
semenjak zaman ibnu Sina lagi.
semenjak zaman ibnu Sina lagi.
Masyarakat kita harus sedar dan tidak meletakkan permasalahan sosial ini sekadar beban kepada satu pihak untuk dipersalahkan kerana akhirnya masyarakat seluruhnya yang sebenarnya bersalah.
Pihak kerajaan, swasta mahupun NGO kita sememangnya perlu lebih kreatif menarik perhatian subjek demi menyuntik sifat cintakan agama dan budaya kita. Ibu bapa juga perlu lebih prihatin, kreatif dan terbuka dalam mendidik anak-anak dizaman yang serba terbuka ini.
Ketahuilah, permasalahan asas gejala negatif yang lahir didalam masyarakat dan negara adalah berpunca dari kealpaan sistem institusi kekeluargaan itu sendiri.
Melentur buluh biarlah dari rebung dan itu adalah tugasan kita sebagai ibu bapa untuk melenturnya agar mereka tidak keliru. ‘Buy their interest’ dan suntikkan nilai-nilai Islam dan As sunnah kepada generasi muda kita.
Peringatan diri dan pembaca tentang Hak Asasi Kemanusiaan
Aku mungkin hanya salah seorang yang diundang untuk melaksanakan perjuangan mereka. Itu pun atas ajakan rasmi rakan yang sealiran tujuan, namun tidak diatas dasar fahaman yang sama.
Tetapi ada ramai lagi di luar sana.. mungkin ada yang bersetuju, mungkin ada yang tidak… Persoalannya, mahukah kita jadikan Malaysia sebagai satu negara bebas seperti Belanda
Semoga Allah swt sentiasa membantu kita semua untuk tidak membelakangkan hak Allah swt, demi semata-mata hendak menegakkan hak kemanusiaan yang sebenarnya adalah hak syaitan.
Bersama-samalah kita jadikan peringatan dan renungan untuk kebaikan bersama.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Betul tu khir,kdg2 manusia melebihkan segalanya dari allah.gud nite.
thanks abg khir atas nasihat utk KH really xberdaya sekarang nie i really need some to talk
perkongsian yang baik En.Khir…Perjuangan untuk Hak asasi manusia..Bunyi best tapi banyak yg bertentangan degan konsep spiritual kita sebagai seorang islam..Isu pukul anak yg tak solat actually itu dituntut oleh Islam(bukanlah sampai sakit-sakit) sekiranya usia dah capai 7 tahun untuk mendidik..
Nice info… Ilmu baru bg sy..
menakutkan je..semua bertentangan dengan ajaran islam…
Nice sharing. Mula-mula baca tak berapa faham. bila baca balik barulah faham . Terima Kasih atas info ini =)
Perkongsian yg bmakna.. Abak dulu blajar je sjarah tapi x faham..haha… bla baca dapatlah sdkit sbanyak kfahaman..haha
Banyak info menarik di sini…
Ada beberapa tentang perkara diatas yang saya sudah lama tahu, walaupun tidak pernah ke Belanda. Tapi sesetengah rakyat negara kita sendiri yang tidak mahu ambil ikhtibar dari cerita "belanda dapat tanah"
Apabila manusia semakin moden, pegangan agama semakin luntur…nilai2 kemanusian dan moral semakin terhakis. Yang haram menjadi halal… Acuan kemodenan seperti ini yang perlu kita elakkan. Kita perlu berpegang kukuh kepada agama kerana hanya dengannya kita dapat mengekalkan moral dan gaya hidup yang sihat. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.
menakutkan mcm tu encik khir..
yes Belanda memang salah satu negara terbebas di dunia..erm btw perkongsian yg baik..arigato 🙂
Semoga Malaysia tidak akan mengikut seperti negara2 luar… hebat jugak pengalaman saudara khir… fahaman dorang mmg open dan lebih kepada aliran free thinker dan fahaman seperti tu amat berbahaya kpd masyarakat kita… terima kasih diatas pengkongsian saudara khir…
….main daftar je ya….hehee… apapun ikutlah acuan hidup kita… dan tuntutan agama…selamat dunia dan akhirat…
first time dgr..dari pembacaan baru kita taw Belanda negara yg bebas sebebasnya..ngeri juga
pkongsian yg bgus bro khir.. ya belanda memang sebuah negara yg mnarik..byak destinasi pelancongan dan ada warisan dan bdaya yg tsendiri.. ya belanda salah satu wish list ngara saya nak p.. back to topic..memang ada kburukan..tambah2 ada street khas utuk placur.. industri pelacuran diiktiraf, di mana kalau di malaysia memang x sesual langsung.. kalau buat..sah2 haram. apa yg saya baca saya rasa bgus yg bab penagih dadah..bgus usaha yg dilakukan….yg lain..agak terpesong dgn bdaya kita.. anyway..terima kasih bkongsi..topik yg sangat mnarik bro 🙂
Assalamualaikum khir. sheila baca ni rasa gerun sangat. Negara unik, tapi apa yang mereka amalkan bertentangan dengan ajaran Islam. semoga kita dilindungi. takutnya >___<
pernah dengar kengkawan bercerita pasal negara belanda nie… tapi tak lah sedetail macam yang khir kongsikan.. tq khir kongsikan pengalaman menarik macam nie… melancong ke sana boleh.. tapi jgn kita 'melencong' sudah…. wallahualam….
nice sharing saudara khir..yumida baru tahu sistem diorg mcm ni..menggerunkan..terlalu terbuka
baru semalam tgk berita pasal pasangan yg tggl kat sweeden tu
Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
Banyak yang negatif dari positif…Sangat bahaya & tak baik utk kesihatan.
Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari anasir2 yg sedemikian. Info yg bagus Khir. Thanks 🙂
uikk..mmg jauh terpesong dr budaya kita bukan setakat dari segi budaya,..dari segi agama pun jauh..yg haram tetap haram..semoga kita sentiasa dilindungi dan dijauhi dr segala hasutan ya khir..thanks share info ni.. 😀
kagum dengan bro khir !!! banyak pengalaman yang menarik dalam hidup.. terima kasih kongsi ilmu
thanks sebab berkongsi keadaan kat sana bro..sebelum nie aku pernah dengar gak cerita2 pasal kat belanda nie tapi tak sedetail ini..sesungguhnya hak assasi mereka memang tak akan sesuai kalau nak digunakan kat negara ini…
Regards,
-Strider-
Agak menyedihkan..coz I like Amsterdam…people are friendly and cozy environment…kena hati-hati kan Khir..nway thanks for info…
Triple churp-churp for you!!!
Non muslim mungkin tidak memahami cara kita mendidik anak yang tidak mahu solat. Anak beliau berumur 12 tahun dan dikatakan dipukul (bukan sampai mendera) kerna tak mahu solat. Namun, mereka (orang sana) melihat ia satu bentuk penderaan kerana mereka tidak faham. Semoga Allah melindungi keluarga ini dan dijauhkan dari orang2 yang mempunyai kepentingan tertentu.
suka baca entri khir yang ini, pendedahan mendalam mengenai realiti sebenar mereka.. banyak yang aiza baru tahu.. mereka sibuk hendak membetulkan orang lain, sedangkan realitinya masyarakat mereka perlu diperbetulkan terlebih dahulu.. ikea, ikea dan churp2.. 😀
mcm tu ker…nasib tggl kat malaysia
menakutkan…islam agama ku
info sgt berguna ni…thanks for sharing…
=)
takut juga..nice sharing
nasihat yg berguna.. jauh perjalanan luas pengalaman..
perkongsian yg sangat bermanfaat. selama ni hanya mengenali budaya tapi tidak mengenali aktiviti sosial mereka yang memartbatkan sesuatu yang bukan amalan yg baik.
satu perkongsian penuh informasi… 🙂 membuka mata dan minda kepada para pembaca
yg peliknya.. segala yg melawan arus dibenarkan oleh mereka.. kononya sexual orientation yg berbeza perlu dihormati.. abih tu alang2 nk terpesong n open minded sgt kenapa pedhopile masih ditentang? mengapa x halal kan je perkawinan adik beradik? yg tu tau plak dorang nk kata x baik lah itu lah ini lah… i just cant tolerate the way pemikiran mereka… so sickening.
ooo..gitu..mun baru tahu..nice shared..info yg sangat berguna..
info yang bagus khir buat semua pembaca.
Hak asasi pada pandangan Barat lebih kepada acuan hedonis. Lebih kepada keseronokan melulu tanpa batasan. Hidup kita perlu bersederhana tanpa perlu mengorbankan hak orang lain. Islam mempunyai garis panduan yang tepat dalam menjalani kehidupan sosial yang syumul dan membahagiakan masyarakat sekeliling.
Namun begitu, amat malang apabila umat Islam itu sendiri majoritinya sukar menterjemahkan syariat Islam di dalam kehidupan masing-masing. Masih ramai lagi yang gagal membantu umat secara sosial sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran dan sunnah.
Rasanya, masyarakat Jepun lebih terkehadapan dalam soal ini berbanding majoriti masyarakat Islam di seluruh dunia.
Terkejut saya dengan info ini.Rupa-rupanya Belanda lebih bobrok dari apa yang saya kenal.
Assalammualaikum…khir,
wahh..teruk masalah kat belanda nie..rupanyer. Mselim3 kenal belanda pun hanya kerana bola sepaknya.. kalau tak kerana bola tak tahu negara belanda nie..
mselim3
pls: xper Malaysia terkenal dengan hoki dan badminton nyer..heheh
ya allah :O
gila ah….
belanda cemni rupa2nya? qila tak tahu :(((
thanks cik khir 🙂
hm astaghfirullahal'azim. amin 😀
Ya Allah "Selamatkan lah Negara Ku .. Malaysia" dari perosak perosak Agama, Bangsa dan Negara…
info yang baru kathy tahu tentang belanda..bestnyer khir..dah sampai sana..
Itulah sebabnya tiada demokrasi dalam islam… demokrasi yang membabi buta membuatkan umat islam itu hanyut…
Semuga negara kita Msia ini dilindungi dari mata2 dan hati2 yang jahat diluar sana…
satu pengetahuan baharu buat saya .. terima kasih berkongsi maklumat. keadaan tersebut sgt berbeza dgn negara kita. mintak dijauhkan. amin, in shaa Allah.
Saya masih menanti dan ingin melihat tulisan Tuan Khir terbit di media cetak. Gunakan kelebihan dan pengetahuan yang Tuan Khir ada untuk menggarap satu tulisan yang bermanfaat untuk pembaca semua.
Terlalu bebas. Daripada yang disenaraikan memang ternyata keburukan lebih banyak.Ramai kena tahu tentang kenyataan ni..
Bahaya jika menular ke Malaysia. Hak asasi bagi barat ialah kebebasan untuk melakukan apa saja..