GreenAcres Perumahan Premier Persaraan Pertama Malaysia – Pernahkah kita terfikir apakah perancangan terbaik bila mencecah usia persaraan. Tambahan bila anak-anak sudah menempuh haluan masing-masing. Hanya kita, sama ada bersama pasangan atau sendirian di rumah. Anak-anak hanya mampu melawat sesekali, kita pula jenis ‘independent’, tidak mahu menyusahkan walaupun berkali-kali diajak tinggal bersama.
Mungkin juga ada diantara kita yang mengharapkan kelainan dalam persekitaran gaya hidup yang lebih terjamin dan tersendiri setelah bersara. Tidak kiralah apa pun hasrat, keperluan dan keinginan yang ada, GreenAcres perumahan premier persaraan ini merupakan antara pilihan yang patut dipertimbangkan dalam memenuhi keperluan gaya hidup menjelang usia persaraan seawal 55 tahun.
GreenAcres Perumahan Premier Pesaraan
Pagi Sabtu, 7 Oktober 2017, saya telah menghadiri acara Pembukaan Rasmi GreenAcres di Meru, Ipoh. Ia merupakan taman perumahan baharu direka khas bagi memenuhi keperluan gaya hidup residen berusia 55 tahun ke atas. Konsep ‘premier retirement village’ pertama di Malaysia ini dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah Total Investment Sdn Bhd (TI Homes).
Pembukaan GreenAcres dirasmikan oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Mah Siew Keong dengan keseluruhan pembangunan bernilai RM100 juta. Menyaksikan pembukaan fasa pertama perumahan yang telah siap, menempatkan 26 unit villa satu tingkat dengan lanskap persekitaran menghijau dilengkapi taman, gazebo, laluan pejalan kaki dan tema air dalam komuniti ‘well-guarded’ sepenuhnya.
Keseluruhan projek melibatkan beberapa fasa dan dijangka siap sepenuhnya pada 2021. Fasa pertama villa GreenAcres bukan sahaja menarik minat pesara Malaysia, tetapi juga Hong Kong dan Kanada. GreenAcres Perumahan Premier Pesaraan ini juga merupakan inisiatif strategik dalam mengubah stigma pemikiran konvensional orang ramai tentang ‘old age’ dan ‘old folks home’.
Rumah kelab juga telah siap dibangunkan dengan keluasan 30,000 kaki persegi bernilai RM10 juta sebagai pusat komuniti dan pemangkin aktiviti kejiranan. Ia dilengkapi dewan utama dengan pelbagai kemudahan seperti lounge area, games room, bilik bacaan, saloon, gym, bilik karaoke dan 24 seater mini-cinema, termasuk private function room, café dan dining area. Prasarana selesa dan eksklusif ini merupakan ‘residential clubhouse’ terbesar di Ipoh.
Selesai majlis perasmian, kami bersama YB Datuk Seri Mah Siew Keong, delegasi kehormat, tetamu undangan dan warga komuniti dibawa melawat persekitaran dalaman rumah kelab ini. Kagum melihat infrastruktur dan kemudahan istimewa yang disediakan untuk kegunaan residen di sini.
GreenAcres Memenuhi Keperluan Warga Pesara
Kami juga dibawa melawat ‘villa’ yang telah siap dan sedia untuk diduduki. Terdapat 6 jenis layout dalaman dengan keluasan antara 734 kaki persegi hingga 1,105 kaki persegi. Mempunyai 2 bilik dan 2 bilik air, setiap villa dilengkapi struktur mesra residen seperti rail, ramp, handle dan kerusi khas bilik mandi termasuk ‘emergency calls button’ untuk perkara yang tidak diduga.
Villa GreenAcres cantik dan selesa, dilengkapi lampu, kipas, penghawa dingin, grill, mosquito netting, cabinet pasang siap dan sistem penggera keselamatan. Kesemua rumah di sini direka sepenuhnya bagi memudahkan warga pesara yang mendudukinya. Malah, terdapat pengurusan komuniti terlatih (first-aid trained) yang sentiasa bersedia untuk apa jua permasalahan yang dihadapi.
Selain villa dan clubhouse, GreenAcres turut menganjurkan pelbagai ‘age-friendly activities’ dari masa ke semasa yang merangkumi aktiviti riadah dan bersosial seperti movie nights, karaoke evening, senior zumba, yoga, tai chi dan ceramah kesihatan. Boleh dikatakan, residen di sini sentiasa didorong dengan gaya hidup positif dan aktiviti-aktiviti sihat yang bersesuaian dengan peringkat umur persaraan.
Dianjurkan juga siri lawatan ke tempat-tempat menarik yang berhampiran dan lokasi tarikan pelancong terkenal di Ipoh seperti Kledang Saiong Forest Eco Park yang hanya 3 minit dari GreenAcres, taman tema Lost World Of Tambun, Movie Animation Park Studios (MAPS), Kellie’s Castle dan Gua Tempurung sebagai aktiviti riadah bersiar-siar dan makan angin.
GreenAcres Pelaburan Bijak Di Usia Persaraan
Pemilikan villa GreenAcres ditawarkan kepada golongan pesara berdasarkan kaedah ‘novel lease deposit structure’ bermula dengan RM300,000. Ini bermaksud ‘lease deposits’ akan dipulangkan kepada waris sekiranya kita meninggal dunia. Kita hanya membayar yuran penyelenggaraan bulanan sepertimana di kondominium dan juga bayaran perkhidmatan housekeeping sebagai pilihan.
Sejujurnya pengalaman ke GreenAcres ini telah membuka mata saya bahawa usia persaraan bukanlah penghujung kehidupan tetapi permulaan kepada fasa kehidupan baru. GreenAcres merupakan lokasi kediaman persaraan yang selamat, selesa dan lebih terjamin dari mana-mana taman perumahan biasa. Kehidupan sejahtera, tenang, ceria dan damai sebagai ‘reward’ menghargai usia persaraan.
Info lanjut GreenAcres boleh layari di www.greenacres.com.my

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Selalunya kawasan yang penuh dengan pesara ni suraunya hidup
kalau kawasan rumah mewah macam ni
Moga moga surau dan masjidnya hidup
biasalah dunia.. hehehe..
Ada masjid terletak berhampiran yg dah terbina sebelum kawasan perumahan GreenAcres ni dibuka. Pasti komuniti setempat pun aktif dan lokasi ni pun strategik dgn area persekitaran. Mudah2an meeriahkan lg masjid sedia ada dgn sokongan warga pesara yg berkemampuan nanti, in shaa Allah.
menarik juga konsep begini..
kalau dah ditakdirkan umur panjang dan banyak duit..
itulah tempat berehat sebentar sebelum dihantar ke alam kubur hehehe
Betul juga sbb kemudahan utk warga seusia lengkap. Memudahkan klu apa2 dan boleh bertenang fokus pada ukhwah komuniti dan ibadah, in shaa Allah.
Sesuai dengan golongan pesara yang lazimnya mahukan kehidupan lebih santai dan fokus pada ibadah selepas persaraan.
Yup betul tu.. saya pun bersetuju sbb kemudahan yg ada pun dan membantu utk hidup lebih fokus pada ibadah dan sebagainya yg baik.
Perumahan yg selesa untuk dihuni di usia persaraan.
Yup.. mmg selesa dan cantik 🙂
cantikla.. interior lawa, neighborhood pun cun.. kalau dok sini lepas bersara mesti syok
Yup betul.. saya pun rasa seronok juga tengok kawasan ni. Mana la tau kita nak berjiran ke nanti hehe 🙂
idea tu style dah..
Option yg terbaik dari duduk sorang2 atau berdua dlm taman perumahan biasa. Mudah nak mengurus diri dan mantain style di usia persaraan 🙂
Terbaik la konsep ni…
A ah.. mmg terbaik, creatif, prihatin dan menarik 🙂
best juga concept ni
Best.. mmg menarik konsep ni. Kreatif n prihatin 🙂
Terbaiklah konsep rumah ni.Nak bersara lamabat lagi tapi dah boleh fikir apa target kita dari sekrang. Suka konsep perumahan macam nih. Memang cantik
kalau bukan kita yang bersara..kita boleh hadiahkan kepada ibu bapa terlebih dahulu.
Betul tu.. mmg menarik konsep ni. Klu belum buat kita, dan klu ibu bapa suka, apa salahnya.. janji hati mereka gembira dan kehidupan mereka terjaga sebaiknya 🙂
bila time raya meriah kawasan ni nanti dgn anak2 pesara pulang ke 'kampung' 😉
A ah.. clubhouse tu pun pasti akan buat majlis2 perayaan bersama komuniti.. meriah 🙂
cantiklah rumah ni
penuh kehijauan
dapur dia cun hahaha
A ah.. dapur dia tu selesa nak memasak. Susun atur kemas dan memudahkan 🙂
Konsep yang sangat menarik…
Suasana kehijauan dan kedamaian pasti membuatkan pesara tenang dan santai.
Mohon juga agar pesara muslim menghidupkan aktiviti sosial islamik dgn lebih baik.
Betul tu.. tenang dan santai. Pastinya aktiviti keagamaan ni hidup sbb kebiasaannya warga emas ni lebih spritual, in shaa Allah.
Menarik sgt konsep perumahan ni..pelaburan yg bijak juga
A ah menarik.. mmg pelaburan yg bijak kan 🙂
konsep perumahan sekarang memang harus dekat dengan alam,…tentu saja dengan pertimbangan asupan udara yang bersih dan suasana yang asri, di dekat tempat saya juga banyak berdiri perumahan dengan konsep yang sama, cuman istilah di sini, ada harga ada kualitas,..maka tentu saja untuk satu unit perumahan itu pasti harganya mahal, tapi kata orang apalah artinya nilai uang di banding dengan segala fasilitas dan kenyaman yang akan di dapatkan, karena seperti kita tau, di zaman hirup pikuk seperti sekarang ini, yang namanya rasa aman itu sulit di dapat,…salam sukses brow…
Benar.. saya setuju sgt. Teringat saya ttg satu ungkapan.. "jika rasa harga kesihatan itu mahal, cubalah kesakitan".. ini pun termasuk dalam ungkapan tu. Trimas bro.. Salam sukses juga 🙂
konsep yang menarik
Ya tuan.. konsep menrik, prihatin dan kreatif 🙂
Keluasan dan kemeriahan begitu menyerlah di taman perumahan pesara Green Acres. Kemudahan yang pelbagai termasuk laluan pejalan kaki menyusuri kehijauan taman amat sesuai dengan mood yang diinginkan warga emas. Tahniah di atas usaha yang prihatin dan kreatif.
sangat menarik, dengan landskapnya, interiornya.. Sangat sesuai untuk mereka berehat dan hidup dalam keadaan tenang dan harmoni. hijauuu..