Katun Nippon PaintPendidikan 

Graffiti Workshop Bersama Katun Dan Nippon Paint

Graffiti Workshop Bersama Katun Dan Nippon Paint – Grafiti merupakan cabang seni yang semakin berkembang di Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Kemunculan ramai peminat seni grafiti terutama dikalangan generasi kini dilihat ia semakin diterima sebagai elemen seni unik dan trendy era baharu.
Demi melahirkan bakat positif dalam memartabatkan seni grafiti, Nippon Paint Malaysia Group sekali lagi mendekati ‘graffiti enthusiast’ dalam usaha menerapkan nilai pengetahuan dalam menghargai keseniannya melalui sesi workshop bersama Katun, artis graffiti terkenal tanah air.
Graffiti Workshop Katun, Nippon Paint, Seni Grafiti,

Seni Grafiti Bersama Katun Dan Nippon Paint

Kali ini artis grafiti bernama Katun, turut mengadakan sesi workshop bersama 10 graffiti enthusiasts yang terpilih. Workshop diadakan sebagai ‘experimental platform’ buat bakat-bakat graffiti mempelajari pelbagai kaedah dalam menghasilkan seni graffiti yang terbaik.
Setiap peserta berpeluang memperolehi ‘personal coaching’ menghasilkan seni grafiti berimpak tinggi dan mempunyai keunikan mesej yang berkesan. Turut memperkenalkan barisan ‘spray paint’ PYLOX yang diperakui antarabangsa dalam menghasilkan seni graffiti bermutu tinggi.
Graffiti Workshop Katun, Nippon Paint, Seni Grafiti,
Katun merupakan artis grafiti veteran yang dikenali dikalangan peminat graffiti. Nama Katun diinspirasikan melalui impresi artistik ‘graffiti edge techniques’. Melalui penglibatan lebih 10 tahun, Katun berjaya memartabat hasil karyanya bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi ke persada antarabangsa seperti Dubai, Korea, Tahiti, Australia, Indonesia dan Singapura.
Pendekatan positif Katun dalam memberi bimbingan terbaik kepada bakat-bakat grafiti merupakan usaha terbaik melahirkan lebih ramai ‘graffiti professionals’ tempatan. Melalui workshop yang diadakan, Katun akui setiap peserta mempunyai minat ‘genuine’ mendalam dalam mengasah skill dan bakat sedia ada.
Platform pembelajaran terancang seperti ini merupakan langkah terbaik melahirkan generasi seni grafiti professional, dan memartabatkan mutu seni graffiti tempatan setaraf antarabangsa. Secara tidak langsung, workshop ini membuka peluang bakat artis tempatan mengasah kemahiran dan kreativiti intelek melalui saluran yang terjamin.
Graffiti Workshop Katun, Nippon Paint, Seni Grafiti,

Inisiatif Mengasah Bakat Seni Grafiti Generasi Kreatif

Peserta workshop terdiri daripada 10 ‘graffiti enthusiast’ yang terpilih memenangi Nippon Paint’s Instagram Contest. Ia merupakan inisiatif terkini Nippon Paint dalam menarik minat individu berbakat besar melalui workshop seperti ini dalam membina komuniti kreatif yang mampu memberi inspirasi dan menghargai nilai kesenian dikalangan masyarakat Malaysia.
Justeru sekiranya anda atau ada dikalangan ahli keluarga dan rakan yang meminati seni graffiti dan mempunyai bakat yang boleh diasah. Anda boleh layari instragram @pyloxofficial untuk mengikuti perkembangan semasa dan peluang terkini seni grafiti tempatan juga antarabangsa.
Baca lagi Artikel membina; Aspirasi Graffiti Bersama Kenji Chai

Related posts

12 Thoughts to “Graffiti Workshop Bersama Katun Dan Nippon Paint”

  1. Grafiti suatu masa dulu sesuatu yang tidak dipandang..tetapi sekarang ianya boleh menjadi kerjaya yang mendatangkan pendapatan..alhamdulillah.

  2. Aktiviti graffiti telah bermula di zaman primitif sebagai seni komunikasi untuk perburuan. Di zaman Mesir Kuno aktiviti ini dapat dilihat pada coretan dinding piramid. Di zaman Rom ia sebagai satu unsur untuk memperlihatkan perasaan samada sindiran, ketidak puas hati dan sebagainya. Seni ini memang menarik dan nippon paint lantas meraih peluang ini.

  3. dulu org x pandang pun grafiti ni. ada yg menyangka grafiti ni tak lbh drpd vandalisme

  4. tak sangka seni graffiti dah jadi bidang pro.

  5. Boleh buat duit ya

    Dulu kalau lukis grafiti boleh kena tangkap

    Vandalism

  6. Bagus pengkongsian ni.. Adanya program ni xde org suka conteng bangunan2 tepi jln hihihihi

  7. Dulu benda ni vandalisme… Skrg jadi seni yg mahal

  8. memang kreatif mereka nie.

    hasil pun cantik.

  9. Hebat buat lakaran secara free hand sahaja. Perlukan imaginasi yang tinggi mengunakan spray tanpa lakaran.

  10. Satu peluang untuk ketengahkan bakat..

Leave a Comment

CommentLuv badge