Gotong Royong Kejiranan.

Pagi Sabtu 16 November 2013, penduduk taman
perumahan Blok 6, Bandar Tasik Puteri, Rawang telah mengadakan aktiviti gotong royong kepada tetangga yang
berkelapangan. Aktiviti ini bertujuan
untuk bersama memastikan kawasan persekitaran selamat, bersih dari sarang
pembiakan nyamuk dan sebagainya disamping merapatkan ukhwah kejiranan.

Gotong Royong Blok 6, Bandar Tasik Puteri

Blok 6, Indah Height, Bandar Tasik Puteri, Rawang
Bersiap untuk memulakan operasi
Seawal jam 8 pagi, kami sudah berkumpul di rumah
persatuan penduduk Indah Height, Bandar Tasik Puteri, Rawang
untuk sarapan pagi
dan mendengar taklimat aktiviti dari ketua penduduk.  Kumpulan kerja pembersihan dibahagikan kepada
beberapa kumpulan.
Ada kumpulan yang ditugaskan membaiki prasarana taman
riadah termasuk mengecat garisan
gelanggang badminton untuk kemudahan penduduk. Kumpulan menebas rumput pula disasarkan kepada setiap rumah kosong yang tidak berpenghuni. Segala rumput dan
lalang ditebas dan pokok-pokok yang mengganggu persekitaran ditebang. Takungan
air, pasu-pasu terbiar dikumpulkan bagi mengelakkan pembiakan nyamuk.

Mengagih Tugasan Gotong-Royong Sesama Kejiranan

Selain itu, ada juga kumpulan yang ditugaskan
membersihkan aliran longkang disetiap kawasan kejiranan. Membersihkan setiap
longkang yang tersumbat dengan sampah sarap, batu, pasir, dedaun, ranting dan
dahan pokok. Aku menyertai kumpulan β€œGeng Longkang” ini… yeah.. J
Blok 6 Bandar Tasik Puteri, Rawang
Blok 6 Bandar Tasik Puteri, Rawang
Operasi “Geng Longkang”.. πŸ˜€

Inisiatif mengumpul dana juga dilakukan dengan
kesepakatan penduduk mengumpulkan barang-barang lusuh untuk dijual. Pendapatan
yang diperolehi dari hasil jualan ini disalurkan terus kepada tabung persatuan
penduduk Blok 6, Bandar Tasik Puteri
untuk kegunaan aktiviti-aktiviti kejiranan nanti.

Blok 6 Bandar Tasik Puteri, Rawang
Blok 6 Bandar Tasik Puteri, Rawang
Blok 6 Bandar Tasik Puteri, Rawang
Mali-mali sulat khabar lame.. hehee πŸ˜€
Setelah selesai, bubur lambuk dan pengat ubi
menjadi juadah sajian sesama jiran tetangga blok 6, Bandar Tasik Puteri ini.
Mudah-mudahan aktiviti yang diadakan beroleh keberkatan demi keharmonian
bersama… aamiin.

Salam Hormat.
Khir Khalid  

Related posts

46 Thoughts to “Gotong Royong Kejiranan.”

  1. AvatarAnonymous

    dah lama kat taman perumahan kathy ni tak ada aktiviti gotong royong.bagus juga aktiviti ni,dapat jalin ukhuwah di samping tu keluarkan peluh…

    1. Alhamdulillah.. x cukup peluh nk keluar hehee.. mmg betul tu Kathy, mudah2an keselamatan kejiranan juga lebih terjaga.. πŸ™‚

  2. Bagus xtvt sbegini..dpt erqtkn silaturrahim dan berkenal2an… xtvt yg jrang sgt dilakukn dlm klngn msyrakat kita..

    1. Mmg betul tu pn Maria.. syukur sbb dpt kaw kejiranan yg boleh berpakat utk perkara2 spt ini.. alhamdulillah

  3. Jiran sepakat membawa berkat…dah lama x ada aktiviti ni di taman perumahan saya..

    1. Alhamdulillah.. syukur juga dpt kejiranan yg suka ttg perkara2 spt ini.. mudah2an berkat.. aamiin

  4. Aktiviti yg membawa banyak manfaat.. πŸ™‚

    1. Alhamdulillah.. mudah2an membawa berkat.. aamiin.

  5. Alhamdulillah,rupa-rupanya duduk di rawang.

  6. bagusnya aktiviti sebegitu.. di kejiranan aiza duduk sekarang ini semuanya buat hal masing-masing..

    1. Mmg bersyukur dpt jiran2 yg suka hal2 mcm ni.. alhamdulillah.. mudah2an berkat.. aamiin.. πŸ™‚

  7. Seronoknya! Bergotong-royong ramai-ramai. jarang nak tengok suasana dan aktiviti-aktiviti macam ni sekarang.

    1. Alhamdulillah.. mmg seronok.. πŸ™‚

  8. aktiviti sepert ini memang seharusnya selalu di adakan selain dapat mengeratkan silaturahim di kejiranan πŸ™‚

    1. Mmg sepatutnya diterapkan di mana2 kejiranan Acik.. ini pun alhamdulillah dpt yg boleh sama2 sepakat.. syukur sgt.. πŸ™‚

  9. Menarik dan berfaedah. Banyak tempat yg tak amalkan budaya gotong royong ni sedangkan benda macam nilah yg eratkan lagi semangat kejiranan..

    1. Mmg betul tu IM, alhamdulillah jiran2 semua suka nk sepakat dgn hal2 mcm ni.. mudah2an berkekalanlah sehingga bila2… πŸ™‚

  10. Bagusnya buat aktiviti macam ni, dapat mengeratkan silaturrahim antara kejiranan. Dulu kat sekolah selalu buat gotong royong macam ni.

    1. Seronok klu ada gotong royong di sekolah tu.. sy pun suka menyertai dulu.. mmg best.. πŸ™‚

  11. bagus ada aktiviti mcm ni πŸ™‚

    1. Alhamdulillah Mun dpt sepakat.. mudah2an membawa berkat.. πŸ™‚

  12. Seronoknya dpt join aktiviti macam ni..dapat jumpak dengan jiran2..dan kaw umh pun bersih..geng longkang pun byk menyumbng jgk kn en khir..nnti longkang dah x tersumbat ngee.hehe πŸ˜€

    1. Hehee.. betul tu yana.. geng longkang pun longkang lah πŸ˜€ πŸ˜€

  13. bagus bila ada aktiviti macam ni.. gotong royong yg dapat mengeratkan silaturrahim.. muafakat membawa berkat πŸ™‚

    1. Alhamdulillah.. mudah2an berpanjangan.. aamiin.. πŸ™‚

  14. Wah..bgusnya..x pernah nmpk lg gotong royong mcm ni

    1. Alhamdulillah.. mudah2an dpt menjadi aktiviti kebiasaan nnti.. πŸ™‚

  15. kalau selalu buat aktiviti gotong roong mesti kawasan perumahan kita bersih je kan khir πŸ™‚

    1. Betul tu Nina, tambahan lagi suasana kejiranan bertambah mesra.. πŸ™‚

  16. salam bro khir..
    bak kata org tua2 muafakat membawa berkat..
    kawasan pun bersih..
    bebas drpda penyakit πŸ™‚

    1. Wkmslm Sobri.. mmg betul, silaturrahim pun bertambah erat, in shaa Allah.. πŸ™‚

  17. amalan yg dapt mengeratkan silaturahim..:)

    1. Mudah2an bersama bertambah berkat.. πŸ™‚

  18. sepakat membawa berkat
    wah seronok je tgk pic ni..semangat kejiranan
    aah kan, bila bersih kita terhindar dr ancaman penyakit

    1. betul tu Yumida.. semoga jalinan ukhwah kejiranan juga bertambah erat.. πŸ™‚

  19. bagusnyer.. semua masih ada semangat kejiranan… jeles..

    1. hehee.. alhamdulillah.. semoga ianya berterusan.. πŸ™‚

  20. Aktiviti kejiranan yang baik Khir…Tahniah!!!!

    1. Mudah2an membawa berkat.. t kasih Raudzah.. πŸ™‚

  21. muafakat membawa berkat.. bagus betol kejiranan dinisi..

    1. Alhamdulillah Pha Is.. mudah2an terus berpanjangan.. πŸ™‚

  22. Baguslah begini. Bukan senang nak kumpul penduduk untuk bergotong royong bersama-sama.

    Oh, mula baca notis yang di bawah tu suratkhabar lame (x), suratkhabar lama (/). Tapi surat khabar tu kena jarak ya. hehehehe

    1. Hahaa.. betul tu cikgu Helmi.. kononnya betul, tp masih salah juga huhu.. πŸ˜€

    1. Mudah2an beroleh berkat, in shaa Allah.. πŸ™‚

Leave a Comment

CommentLuv badge