Membina Establishment Pasaran Dengan Google My Business

Saya terpanggil berkongsi pengalaman tentang Google My Business dalam salah satu pertemuan dengan seorang pengusaha. Semasa perbincangan, saya sempat bertanya siapa yang sarankan untuk menghubungi saya atau dari mana beliau dapat contact saya? Jawab beliau.. dari Google, ada link appointment, profile dan info perhubungan.

Menurut beliau, lama juga pengurusan mereka meninjau maklumat sebelum mengambil keputusan menghubungi saya dan emel untuk pertemuan tersebut. Ada beberapa nama Khir Khalid yang dipaparkan di ruang carian Google, kata beliau lagi. Ada seorang makeup artist dan seorang lagi menjawat banking operations. Namun, jelas terpapar dalam Google My Business entiti yang mereka cari.. alhamdulillah, seterusnya menjadi antara pengalaman yang baik.

Sememangnya, kewujudan di enjin carian sudah menjadi antara aspek penting yang perlu dikuasai oleh setiap perniagaan agar dapat tersenarai untuk rujukan para pencari maklumat, para pelanggan dan prospek pasaran. Antara platform yang perlu dimanfaatkan adalah Google My Business atau GMB.

Google My Business

Google My Business merupakan platform sokongan pemasaran digital yang disediakan secara percuma oleh Google bagi membantu setiap perniagaan membina kewujudan maya yang lebih baik pada penelusuran enjin carian.

Ini bermaksud, perniagaan yang mendaftar akaun GMB dapat tersenarai pada kedudukan yang lebih terserlah, berserta maklumat dan paparan yang lebih berkredibiliti kepada bakal pelanggan dan prospek pasaran. Ia secara tidak langsung dapat membantu dalam menyokong reputasi perniagaan serta potensi pasaran melalui kredibiliti enjin carian Google.

Paparan Google My Business daripada hasil carian juga mempunyai penerampilan yang berbeza dari kedudukan penyenaraian biasa. Ia dipaparkan pada bahagian atas kanan untuk paparan desktop dan di kedudukan paling atas melalui peranti pintar. Maklumat perniagaan juga ditampilkan dalam satu ruangan berserta gambar, profil ringkas, pautan ke laman web atau media sosial dan peta lokasi secara teratur.

Berdasarkan kenyataan Google, peningkatan persaingan digital pada tahun 2021 dan seterusnya telah memberi kelebihan kepada Google My Business untuk menjadi salah satu platform pilihan strategik dalam memperkukuh lokaliti pasaran. Kini, ia bukan sahaja dimanfaatkan oleh syarikat multinasional, tetapi merangkumi kepentingan perusahaan kecil dan sederhana, peniaga mikro serta para freelancer dalam membina establishment digital.

Platform GMB ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada pemilik akaun untuk memaparkan profil perniagaan merangkumi nama syarikat dan aktiviti yang dijalankan, alamat, waktu beroperasi dan info perhubungan. Terdapat juga pautan yang boleh diintegrasi dengan platform digital yang lain, termasuk Google Maps bagi memudahkan pelanggan berkunjung ke premis perniagaan.

GMB juga dilengkapi dengan ruangan blog untuk pemilik akaun mencipta kandungan berkaitan produk, perkhidmatan atau aktiviti-aktiviti perniagaan dari masa ke semasa, termasuk ruangan riview dan rating pelanggan dalam membantu membina testimoni saranan pengguna terhadap syarikat, produk dan perkhidmatan kepada rujukan umum.

Mendaftar GMB Untuk Pemasaran Digital

Memiliki akaun GMB juga merupakan syarat untuk beriklan melalui Search Engine Marketing (SEM). Sekiranya anda berhasrat melaksanakan Google Ads namun masih belum memiliki laman web rasmi perniagaan, pihak Google akan mendapatkan sumber maklumat dan kandungan artikel di GMB. Ini kerana, Google Ads tidak dapat dilakukan tanpa GMB dan laman web.

Mendaftar akaun GMB mudah dan percuma. Sayang jika tidak dimanfaatkan untuk memperkukuh aset pemasaran digital perniagaan yang ada.

Justeru itu, anda boleh layari halaman rasmi Google My Business di >SINI< dan ikuti segala panduan yang telah disediakan. Ia merupakan satu lagi platform memperkukuh potensi pasaran digital yang semakin berkembang pesat.

Selain itu, anda juga boleh ikuti perspektif pemasaran terkini secara percuma melalui emel dengan mendaftar sebagai subscriber pada ruangan di bawah.

Salam sukses buat semua subscriber dan pembaca yang dihormati.

Baca lagi: 6 Asas Pemasaran Digital Untuk Peniaga Online

5 Thoughts to “Google My Business Untuk Pemasaran Digital”

  1. Salam ziarah..tahniah ya, teruskan usaha

  2. Alhamdulillah terima kasih perkonsiannya boleh cuba ni

  3. saya belum lagi mendaftar untuk akaun GMB.

    Bahkan ini perkara yang baru saya tahu.

    Nampaknya saya terkalah dengan tuan dalam bab ini
    mrhanafi recently posted…3 senaman kempiskan perut buncit yang provenMy Profile

  4. Ariff Hassan

    Sykt kami antara yg terima manfaat dari GMB ni especially bila integrate dgn SEM. Mmg betul, GMB ni actually is the 1st things every business should do beside social media and before anything else

  5. Betapa pentingnya Google My Business untuk pemilik-pemilik perniagaan sama ada kecil atau besar.
    Kerja Sendiri recently posted…Jangan Terpedaya Dengan BestproductsMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.