GE Leaders of Tomorrow, merupakan program kepimpinan pelajar pertama seumpamanya di Malaysia. Ia dianjurkan oleh General Electric (GE), sebuah konglomerat multinasional Amerika yang menyatukan dunia fizikal dan digital, dengan kolaborasi INTI International University and Colleges (INTI) ke arah mencapai matlamat membimbing barisan pemimpin masa hadapan.
Pada 9 Jun 2016, saya telah terlibat menyertai majlis pelancaran GE Leaders of Tomorrow ini yang diadakan di INTI International University & Colleges, kampus Subang Jaya.
![]() |
Pelancaran GE Leaders of Tomorrow |
Program Kepimpinan Pelajar GE Leaders Of Tomorrow
Ia bertujuan menyediakan pilihan terbaik kepada mahasiswa berkemahiran dan berkeazaman untuk mengikuti pengajian dalam bidang kepakaran dan akademik yang berbeza.
![]() |
Keynote adress daripada Vikram Cardozo |
![]() |
Sesi Pelancaran GE Leaders of Tomorrow |
![]() |
Lima pelajar terbaik menerima ipad dan layak ke peringkat akhir untuk menjadi duta program |
Program Kepimpinan Pelajar Kolaborasi GE Dan INTI
Bermula 18 Mei sehingga 9 Jun 2016, peserta program telah menjalani saringan sebanyak tiga peringkat antaranya melalui cabaran kajian kes dan tugasan berasaskan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Kesemua aktiviti bertujuan menyediakan para peserta untuk menghadapi persekitaran perniagaan sebenar.
![]() |
Sesi bergambar sempena pelancaran GE Leaders of Tomorrow |
Mereka ini telah dinobatkan sebagai GE’s Leaders of Tomorrow dengan misi tanggungjawab tertentu pada acara yang bakal diadakan ini. Ia merupakan satu langkah strategik dalam melahirkan bakal pemimpin industri masa hadapan yang berdaya maju selaras era digital dan globalisasi.

SIC PARVIS MAGNA ~”Greatness from small beginnings”
I’m into e-commerce, content writing and motovlogging.
My Bio > PROFILE & BIO
Alhamdulillah..melahirkan generasi yang bijak pandai sebagai pemangkin pembangunan negara bermula daripada sekarang..merekalah pelapis bagi yang sedia ada..syabas 🙂
PEMIMPIN MASA DEPAN SEDANG DIBENTUK MEWARISI ILMU PENTING UTK KEJAYAAN NEGARA ..INSYA ALLAH PASTI SUKSES RENCANANYA…
tuan kelihatan hebat dan menarik
perghh tgk yang hadir merasmikannya pun bkan calang2..
bagus juga program macam ni sbb masa depan adalah lebih kepada kemahiran sebenarnya
Belia hari ini adalah bakal pemimpin di masa hadapan
Sebut pasal GE,masa mak muda2 dulu pernah kerja kat kilang dia…
selamat berjaya tuan..
plh 5 je? mmg hebat laa yg 5x org tu!!
bertuah yang 5 tu 🙂
anak2 yg bijak sentiasa ada peluang untuk memajukan diri mrk…tahniah.
diharap program sebegini dpat memberi movitasi serta daya saing dikalangan student2 kita…
Regards,
-Strider-