Assalamualaikum w.b.t & Selamat sejahtera.
Baru-baru ini aku telah bersama beberapa sahabat
aktivis sosial mendekati permasalahan beberapa keluarga berkaitan isu gangsterisme
di sekolah
ini. Ia merupakan salah satu kaji selidik yang dibuat dari kacamata
masyarakat sendiri dalam mengenalpasti permasalahan akar umbi untuk membantu
tindakan pencegahan oleh pihak-pihak yang berwajib.

Perlindungan ‘Gangster’ Untuk Pelajar Sekolah

Gambar Hiasan – Google
Ia rentetan dari peristiwa beberapa kejadian yang
melibatkan pelajar sekolah menengah yang dipukul sehingga koma akibat tidak
mahu membayar wang perlindungan. Ada juga kejadian yang melibatkan ahli
keluarga seperti abang mangsa yang turut dipukul kerana melindungi adik dari
menunaikan wang syubahat itu dan ada juga kes yang melibatkan kematian.
Berdasarkan maklumat tidak rasmi dari keluarga-keluarga
yang terlibat, mangsa telah dipukul oleh orang-orang dewasa yang menaungi
aktiviti samseng ini dengan melantik pelajar sebagai ketua samseng di sekolah.
Ada pelajar yang terpaksa menipu ibu bapanya untuk mendapatkan wang bayaran
perlindungan yang dikatakan serendah RM 10.00 sebulan diatas nama yuran kelas
tambahan atau tabung kegiatan aktiviti kokurikulum sekolah disebabkan takut.

Gangsterisme DiKalangan Pelajar Kini Membimbangkan

Perkara sosial seperti ini sememangnya amat membimbangkan
termasuk aku sendiri. Salah satu punca ialah disebabkan ada dikalangan kita
yang terlalu bermewah dalam menyediakan wang saku persekolahan anak-anak atas
nama kasih sayang, tetapi tidak sensitif terhadap trend negatif yang mungkin
terkait dengan mereka. Dengan wang saku yang terlebih mencukupi, ia secara
tidak langsung menyuburkan budaya perlindungan samseng ini dengan dokongan
pihak dari luar sekolah.
Sekiranya didapati ada diantara anak-anak, saudara
atau sebagainya yang bersekolah berperangai pelik, muram dan sentiasa meminta
wang tambahan bulanan untuk sekolah, kelas tambahan atau sebagainya… selidiklah
dengan sebaiknya. Jika berlaku, segeralah melaporkan dan mendapatkan khidmat
nasihat di balai polis yang berdekatan atau bolehlah merujuk maklumat dibawah
untuk tindakan sebaiknya.

YAYASAN
PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA

Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Jalan Hang Tuah, 50560,
Kuala Lumpur.
Tel: 03 2260 1954
Fax: 03 2272 4325
Web site: www.mcpf.org.my   
Salam Hormat, Salam Berkat.

Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Fasilitator sosial, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

44 Comments

  1. Zaman semakin mencabar,,mangsa harus berani mengadu kpd ibu bapa atau guru2 sblm parah

  2. Risau pulak mengenangkan anak2 nnti..

  3. sekarang memang berleluasa kes kes pukul kat sekolah ni. bergaduh sesama sendiri. uguttan tu dah jadi perkara biasa. jauhkan anak anak ini dari gejala yang macam ni.

  4. bencinyerrr.. ini smua pengaruh~~ x faham knp rakyat malaysia, baik budak2 mahupun ibubapa berebut2 nk tunjuk samseng.. ie. kat jalan raya, kat restoran , kat sekolah , tmpat keje and mana2 lah… best ke jd samseng ni? rasa besar sgt ke bila org takut ngan dia? eeiii benci benci benciii!! tak sukeeee lah… ini smua poyoooo~~ (kan dh teremosi)

    1. bukan benci je Ain…tapi sakit hati ni….hehee

    2. btul tu kak… sakit hati ni.. so sickening..

  5. cerita tentang gangsterisme ni memang merisaukan mak ayah malah anak anak pun takut nak masuk asrama.. yg hairannya kenapa hal begini boleh berlaku…siapa yg kita nak salahkan… kerajaan? ibubapa? atau sememangnya yg melakukan tu kurang akalnya sehingga hilang rasa peri kemanusiaan… berdoalah untuk anak anak dan keluarga kita agar mereka tidak menjadi mangsa dan pemangsa….

  6. di peringkat remaja yang sepatutnya waktu untuk menuntut ilmu disalahgunakan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermoral seperti ini.. sungguh mengecewakan jika ianya tidak dibendung.. menabung 3kalichurp2.. 😀

  7. Kalau zaman ika dulu takde pun case2 macam ni, kalau ada pun buli, pau sikit2 minta belanja kat kantin, itu jela, sekarang ni dah sampai kena bayar wang perlindungan, samseng etc pula kat sekolah. Macam mana boleh jadi sampai tahap ini agaknya ya?? Atau zaman ika bersekolah dulu hal begini tak didedahkan??

    Somehow, ika rasa hal macam ni berleluasa sekarang juga atas pengaruh media massa. Termasuk filem atau drama yang berunsur ganas (samseng, gangster etc). Hanya buah fikiran. Terfikir juga di mana punca semua gejala sosial ni berlaku.

  8. ika singgah klik2 tabung 🙂

  9. macam macam hal yang berlaku pada pelajar2 kita…perkara nie perlu di pandang serius kerana,pelaja2 sekarang lebih cenderung kepada gangsterisme nie..

  10. thanks for sharing this very good info…agak menakutkan sekarang ni…dan lebih membimbangkan bagaimana agaknya nasib anak2 kita nanti…nauzubillah minzalik…semoga dijauhkan…

  11. kesian sbnrnya mangsa buli ni…boleh trauma woo..zmn makin maju makin canggih tp akhlak makin merudum..emm ibu bapa kena pantau lebih tntg aktiviti anak-anak mereka..jgn harapkan guru sj..tak mencukupi..kan? 🙂

  12. isshh.. sampai ke budak sekolahpun dia kacau.. betol tu budak sekolah sekarang sgt mewah..mungkin juga disebabkan faktor 'zaman sudah berubah'.. semoga gejala seperti ini dapat dibendung. nice info, thanks for sharing.. 🙂

  13. sedih..semakin maju negara semakin meluas gejala sosial..niesa takut bila baca/tgk bab2 gangsterisme ni..

  14. mmg berlaku juga disekolah sy cuma tak teruk la… masih blh dikawal… tapi gejala ni byk faktor dan punca, selain faktor lemah iman dan kurg kawalan ibu bapa, faktor media massa juga mnybabkan gejala ni berlaku… tgk aje lah filem2 tempatan skrg byk ganaz2 kan…

  15. zaman makin canggin, zaman makin mewah dgn poket saku pelajar, zaman makin kejam n jenayah berleluasa
    tugas pendidik semakin mencabar
    tingkah laku anak2 tidak terkawal oleh penjaga
    ada juga yg nampak baik dirumah, tp di sekolah sebaliknya
    huhuhu..compare dgn zaman yumida sekolah menengah dulu, garangnya guru2
    asal bw rotan je gerun

  16. macam2 masalah sosial sekarang….Mungkin bagi sayalah kan pendidikan awal anak2 patut diterap di rumah sejak kecil..ibu bapa memainkan peranan utama disamping memberi didikan agama yg sempurna…

  17. Assalammualaikum… khir,

    wahh.. budaya samseng di sekolah ini adalah bukan perkara biasa lagi di zaman nie. Ia memerlukan kerjasama semua pihak mauun ibu,sekolah dan rakan sekolah.

    mselim3

  18. Budaya gangsterism ni semakin parah rasanya…adik-adik sekarang ni lagi brutal..boys or girls lebih kurang sama aje..masing-masing nak jadi hero…

  19. Doulbe churp-churp for you!!!

  20. akak saya ada pengalaman dgn pelajar gangster . kakak saya ditugaskan mengajar di kelas yg ada ketua gangster berbangsa india di sekolahnya . Kakak saya lawan jer apa yg dia cakap . bahasa pun guna bahasa mrk lah . ko n aku . ibarat kakak saya berada di dunia mereka . akhirnya mrk anggap kakak saya mcm kwn . tak tau la apa aura kaka saya tu … alhamdulillah , x ada gangguan di luar sekolah . dan hampir setiap thn kakak saya perlu berhadapan pelajar seperti itu . dah mcm kebal jer akak saya tuh …

  21. nasib baiklah di sek anak saya tidak ada perkara sebegini…

  22. takut sangat bila ada kes macam ni kat sekolah… alhamdulillah deno tak pernah kena…

  23. alhamdulilah pada zaman saya skolah x ada kes macam ini..kemungkinan sbab saya bskolah di kawasan kampung..jadi gejala ganster di kalangan plajar x bgitu myerlah.. ya kesian siapa yg menjadi mangsa..memng akan meninggalkan kesan trauma yg berpanjangan..

    byangkanlah kecil2 dah jadi mcmni..kalau dah bsar..mungkin boleh jadi bapak segala ganster agaknya..langkah awal kena diambil sbelum benda smkin parah..

    klik2 di sin bro khir 🙂

  24. Takut bila tgk kes2 macam ni…selain guru, ibu bapa menainkan peranan penting utk memastikan anak2 tak terlibat dlm kes2 gangsterisme ini….baik yg di buli apatah lagi yg membuli…

  25. ishh..bdk2 skolah ni makin gnas..

  26. dulu pun ada jugak kes buli, tapi x de la sampai tahap budak2 zaman sekarang.. hmm.. apa nk jadi la..

  27. ini satu kes yang harus dipandang serius…sebenarnya gejala bukan bukan bermula di sekolah tapi diluar sekolah..sebagai masyarakat aku rasa ia menjai tanggungjawab kita untuk memantau aktiviti remaja nie..mereka mudah terpengaruh dengan kuasa (yang konon-konon diberikan olah big bro) dan sanggup membuat apa saja untuk nama..nice sharing session bro..klik nuffy sini…

    Regards,
    -Strider-

  28. Astagfirullah…Itulah sebabnya saya marah dengan penerbitan drama berbentuk gansterism ni, mak ayahpun satua hal juga kadang-kadang, terlampau manjakan anak. Semoga anak-anak kita semua tak terlibat dengan aktiviti yang macam ni

  29. bahaya betul macam ni..harap2 ada langkah di ambil untuk membendung..

  30. semua org kene mainkan peranan untuk mslh gangster.. ibu bapa, guru, rakan sebaya, masyarakat… harap2 kes gangsterisme nie dpt dikurangkan…

  31. kesiannye… bhaya betul skrg ni..

  32. Macam-macam jadi sekarang. Paling menakutkan jenayah macam ini buat mangsa jadi trauma dan tertekan. Moga dapat dibendung.

  33. gangsterisme ni merisaukan..huhuhuhu

  34. budak2 dh takut nk pergi skolah kalau mcm ni

  35. bukan nak cakap pe la, kalau mak bapak cikgu ajar benda baik pun tapi kalau dah pengaruh tv tu kuat, game main pun perang2 agak-agak siapa lah yg tak ikut kan. Cerita ganas2 ni berlambak saban masa jadi tontonan mereka. yg pasti, nak melentur buluh mmg kena dr rebung. kalau dah besar, benda tu dah sebati buatlah camne pun, sikit pun tak terkesan kat hati deme kan. Kecuali mungkin bila seseorang yang mereka saya mati, cedera mungkin tu akan menyentap hati mereka. mungkin

  36. Media massa yang bebas sekarang ni dengan memaparkan adegan pergaduhan melalui tayangan filem tanpa bimbingan ibu bapa sangat merisaukan.

  37. Zaman sekarang macma-macam boleh berlaku..

  38. Gejala ni sudah lama sebenarnya tapi hari ini nampaknya semakin parah.

  39. Gangsterism wajib di hapuskan ini kerana jenayah boleh berlaku dalam apa jua bentuk,kalau dari usia muda dan masih bersekolah pun sudah nak jadi gangster apatah lagi lepas habis sekolah,saya memang pantang lihat ada budak sekolah yang ponteng atau membuli,memang saya akan naik hantu hehe,.xkira lah anak siapa sbb saya tak nak bangsa saya sendiri lahirkan banyak penjenayah..bila penjenayah banyak maka xaman lah kehidupan kita ni kan KK,.good sharing i love this article 🙂

  40. Seriously mama sangat-sangatlah risau isu ini. Semoga anak-anak mama dilindungiNya. Terima kasih atas perkongsian yang sungguh berguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.