Gambar Kaabah dari lensa beberapa zaman – Setiap kali musim haji pastinya perhatian umat Islam seluruh dunia tertumpu ke Baitullah. Ada yang menunaikan rukun Islam ke-5 tahun ini dan ada juga yang belum berkemampuan.
Tidak kurang juga yang mengimbau saat-saat menunaikannya pada tahun-tahun sebelumnya dengan harapan dapat melaksanakannya lagi. Sesungguhnya saya juga tidak terkecuali mencurah harapan mudah-mudahan dapat menunaikannya lagi sekeluarga nanti, in shaa Allah.
Gambar Kaabah Dulu Dan Kini
Terdapat perkongsian gambar Kaabah dari lensa beberapa zaman yang sangat menarik perhatian saya. Lantas terpanggil untuk mengabadikannya di blog ini buat tatapan sendiri juga pembaca yang dihormati sekelian. Sumber diperolehi dari FB Saudi Gazette.
Fb page ini juga menyiarkan banyak info terkini berkenaan haji dan umrah yang amat bermanfaat buat semua. Seronok dapat melihat perbezaan kaabah dan suasana persekitarannya dari zaman ke zaman.. subhanallah walhamdulillah… Allahuakbar.
Salam Aidil Adha 2015 / 1436 H
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua sahabat pembaca yang dihormati sekelian. Kepada yang mengerjakan haji, saya doakan semoga segala urusan berjalan lancar dan beroleh haji yang mabrur… aamiin.
Tidak ketinggalan juga diucapkan selamat melaksanakan ibadah qurban kepada seluruh muslimin dan muslimat di serata dunia. Semoga Allah swt sentiasa memberkati segala usaha, dikurniakan perlindungan serta dipermudahkan jalan kejayaan buat kita semua di dunia dan akhirat… aamiin.
Artikel berkaitan :
P/s: Kesempatan ini saya mengucapkan takziah atas kemalangan yang berlaku di Mina. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang telah meninggal dunia dan menempatkan mereka dikalangan insan-insan yang soleh… Al Fatihah.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Terkesima!
P/s esok 10.30am kt tv alhijrah ada live pertukaran kiswah
walaupun zaman berubah, kaabah tetap sama.. selamat hari raya aidiladha kepada khir sekeluarga..
Salam singgah sini KK…Zaman berubah tetapi Baitullah tetap sama dan sentiasa di kunjungi oleh umat seluruh dunia….Salam aidiladha KK sekeluarga…
subhanallah.. Kaabah tetap teguh berdiri walaupun telah sekian lama terbina…. Salam aidiladha untuk En.Khir sekeluarga..
SUBHANALLAH…SALAM IDIL ADHA MAAF ZAHIR BATIN…SEMOGA SETIAP PENGORBANAN YG DILAKUKAN DITERIMA ALLAH IBADAHNYA…INSYA ALLAH.
Masih berdoa agar dipilih oleh Allah untuk menjadi salah seorang tetamuNya kelak. Selamat Hari Raya Aidiladha dari Nani 🙂
Masih berdoa agar dipilih oleh Allah untuk menjadi salah seorang tetamuNya kelak. Selamat Hari Raya Aidiladha dari Nani 🙂
subhanallah bagus mas 🙂
Kalau dulu pun sudah kelihatan begitu mengegumkan, apatah lagi dizaman ini dengan prasarana yang dibina menggunakan teknologi yang begitu canggih kan KK.
*SalamAidiladha buat KK dan keluarga.
Sayu hati bila tengok. Moga di permudahkan segala urusan untuk ke sana nanti.
Salam aidil adha untuk Khir sekeluarga 🙂
Asalam..rasa sangat sejuk melihat..semoga kita semua mmapu ke Mekah..impian semua umat beriman..terima kasih KK sekurang2nya dapat melihat merenung perubahan ..
Selamat menyambut hari raya Qurban tuan KK
Salam Aidiladha buat saudara KK sekeluarga.
Sudah pelbagai perubahan berlaku namun belum dapt lagi melihat Kaabah di depan mata. Semoga kita semua diberi kesempatan untuk menatapnya… InsyaAllah.
salam aidiladha buat Tuan KK.. semoga Allah menerima segala amalan baik kita bersama.. semoga satu hari nanti saya dan tuan dapat kesana juga.. aminn..
SubhanaAllah,sejuk hati melihat foto foto Kaabah ini,Moga kita semua dapat ke sini suatu masa kelak,Semoga Allah swt me
Semoga Allah Swt mpermudahkan untuk kita semua ke sana kelak Inshaallah,Ameen,.Maaf KK blm hbs komen dah ter send td..
allahu.. sejuk mata memandang melihat Ka'abah yg teguh berdiri.. semoga suatu masa nanti, kita akan ke sana kelak.. amiinn, in shaa Allah.
Salam Aidiladha saudara KK, semoga Allah menerima ibadah qurban yang kita lakukan
Wow! Gambar2 yg hebat!
Subhanallah.. tiap kali tgk gmbr Ka'abah rasa tersentuh hati… sambil tu doa juga moga satu hari dapat jejak kaki di sana… insyaAllah…
54 dan 88 sudah jauh perbezaannya.. apatah lagi sekarang.. alhamdulillah..
klu dapat g sana mmg cantik…amin
Subhanallah…Sayu jer rasa hati ini bila melihat gambar2 kaabah ni…
masa saya terlibat dengan pameran 50 tahun Tabung Haji dulu memang terkesima tengok gambar-gambar lama suasana di kota Mekah..
turut bersimpati dengan tragedi kren dan rempuhan di Mina