Tower Bridge London
Ada satu kisah yang ingin saya kongsikan sewaktu menetap di Illford, East London pada tahun 1997. Ketika itu saya baru tamat pengajian di University Of Wolverhampton dan berhijrah ke London mencari pekerjaan. Sewaktu itu usia saya baru mencecah 21 tahun. Kisah gadis punk rock ini bernokhtah beberapa minggu sebelum Puteri Diana menemui ajal kemalangan jalan raya di Paris. Saya kongsikan kisah ini sebagai peringatan buat semua.
Tower Bridge, London

Alternative Punk Dan Gaya Hidup Remaja London

Sejak awal remaja saya merupakan penggemar muzik dan meminati gitar sebagai instrument pilihan. Disebabkan sedikit kebolehan bermain gitar, saya mudah dapat bergaul dengan pelajar antarabangsa yang meminati muzik terutamanya genre Grunge dan Punk Rock di kampus. Pelajaran tetap diutamakan dan selebihnya sekadar aktiviti kehidupan sosial remaja sewaktu pengajian.
Setelah berpindah, ada diantara rakan kampus yang berasal dari London, mengajak saya menyertai kumpulan ‘jamming’ di Seven Kings yang tidak jauh dari kediaman. Boleh dikatakan hampir setiap petang kami berjamming. Saya dikenalkan dengan beberapa kenalan lain yang pandai bermain gitar, bass dan drum. Mereka ‘sporting’ dan turut menyertai kami berjamming silih berganti. Muzik Alternative Punk Rock telah merapatkan perkenalan kami antara satu sama lain.

Gitar elektrik pertama
Kenangan gitar elektrik pertama… gambar pun sudah mulai pudar…
Hari berganti minggu, salah seorang gadis diantara rakan jamming bernama Jez mula rapat dengan saya. Gadis London berusia 18 tahun yang meminati muzik alternative punk rock dan pandai bermain gitar. Kami bertukar pelbagai kod gitar lagu-lagu yang dimain bersama rakan-rakan yang lain. Jez seorang gadis Inggeris yang cantik dengan penerampilan simple, Britlook dan sedikit ‘gothic’ gaya Donna Matthews, Elastica. Saya tertarik dengannya.
Geng Alternatif Punk Rock
Gelagat buruk rakan sekampus yang juga geng jamming di Seven Kings…

Gadis London Bernama Jez

Pada satu petang, kami berjamming sehingga lewat jam 9:30 malam. Ketika itu Jez beritahu telah berlaku pertengkaran antara beliau dan ibunya. Jez tidak mahu pulang ke rumah dan berharap menumpang tinggal bersama saya buat sementara… ahh berat… Saya menyewa bersama 5 orang rakan senegara. Ketua rumah adalah bekas pelajar kejuruteraan yang disegani, alim dan telah 8 tahun berkerja di London. Membawa Jez adalah satu permasalahan saya kepada mereka semua.
Setelah diperjelaskan, Jez dibenarkan tinggal di bilik yang dikosongkan. Secara jujur, iman siapa yang tidak tergoda… darah muda… nyaris terjerat bisikan syaitan. Namun syukurlah mempunyai rakan serumah yang tegas. Pesan ibu bapa juga masih tersemat walaupun jiwa ‘rebel’ memberontak. Jez tinggal selama 3 hari sebelum pergi sebagai kenangan. Barangkali Jez beranggapan saya tidak ‘gentlemen’ seperti kebanyakkan lelaki di London… Astagfirullah… Sejak kejadian itu, saya meninggalkan kumpulan jamming sehinggalah pulang ke tanah air tercinta.

Realiti sosial remaja Eropah di era 90an… pasti lebih hebat sekarang…
Pengalaman Dan Pengajaran Di Kota London
Pengalaman mengenali Jez… tiada gambar… hanya istigfar dan ingatan pengajaran yang tersimpan dalam lipatan kehidupan di United Kingdom. Bila kenang kembali, saya bersyukur kerana terselamat dari tergelincir ke arah yang tidak sepatutnya. Kesyukuran yang tidak terhingga juga saya panjatkan ke hadrat Illahi kerana kini dikurniakan isteri dan anak-anak yang setia menempuh cabaran kehidupan bersama… Subhanallah walhamdulillah. Ampunkanlah dosa-dosa ku ya Allah…
Kisah Gadis Alternative Punk Rock London ini bukanlah sesuatu yang dibanggakan. Saya kongsikan sebagai iktibar peringatan dari kelemahan sendiri. Ia juga antara cebisan pengalaman silam yang mendorong saya berkecimpung memperkasa pembangunan sosio-remaja di Malaysia.

Berilah peringatan jika ada ahli keluarga yang melanjutkan pelajaran ke luar negara agar tidak tersasar. Semoga masyarakat kita terutamanya remaja terhindar dari gejala sosial dan konflik jiwa sepertimana kebanyakkan yang dialami remaja di Barat… in shaa Allah.

24 Thoughts to “Gadis Punk Rock London”

  1. AvatarSylarius Yusof

    Itu jam, scene punk rock memang tengah naik. Tak lama lepas tu, tahun 2001 Avril Lavigne dari Canada masuk mainstream dengan imej punk rockernya. Haha

  2. Perkongsian yang baik abg khir, moga memberi kesedaran dan pengajaran buat kita semua terutama anak-anak muda yang di luar sana. Hati kena cekal iman kena kuat bila duduk merantau ni … alhamdulillah Allah masih sayangkan abg khir.

  3. ermm..kalau iman yang rtapuh habis dah diri dan jiwa..syabas..

  4. Syukurlah KK seorang yang kuat iman… Apa pun setiap pengalaman mematangkan kita kan…

  5. AvatarLynn Munir

    Ini hanya sebahagian dari coretan dan warna warni hidup KK, tak de yg memalukan pun di situ.
    Yang penting KK dah berjaya menghindarkan diri dari berbuat yang tidak sepatutnya. Itu satu kejayaan sebenarnya.
    Bagi saya mudah, yang penting bukannya ' siapa kita yang dahulu', terlebih penting SIAPA KITA YANG SEKARANG.
    Selamat berkarya KK.

  6. supaya memberi kesedaran para remaja lain yang belajar di luar negara supaya tidak cepat terpengaruh dengan dunia barat.Bila dah melangkah,berpatah la balik ke bumi asal kita..Supaya kita tidak leka dengan apa yang dihidangkan di sana..Alhamdulillah..abg khir menjadi satu contoh yang baik apabila meninggalkan kumpulan jamming tu sebelum terlambatkan…

  7. Budaya barat ni memang merbahaya buat generasi kita di sini kan KK,bukan setakat punk rock saja malah ada bnyk lagi..
    Yang penting hati kena kuat walaupun kita terpaksa bergaul dengan macam macam manusia..

  8. Harap KK boleh kongsikan lagi pengalaman sewaktu menuntut ilmu di negara orang ya hehe request ni KK,Maklum lah xpernah merasai hidup di negara orang..

  9. budaya kuning menular ke alam remaja…hi3.

  10. KK nampak macho dikalangan mat salleh..apa-apapun yang berlalu biarlah berlalun tuan..

  11. Walau di mana kita berada tak kira dalam atau luar negara iman harus kuat. Apa sahaja yang hendak buat ingat wajah ibu & bapa pasti kita akan fikir dulu sebelum melakukannya..

  12. Menjadi secebis kenangan dan pengalaman ta KK…
    Tiba2 terkenang zaman muda….ehhhh

  13. Itu kt luar negara…kalu kt negra sendiri pn ramai yg tergelincir kn?…sapa yg harus d perslh kn?

    Btw gmbr2 ni betul2 old skool 😉

  14. Kk, kat malaysia pn dh byk kes mcm ni,..siapa yg patut dipersalahkan?

    Btw, smart kk masa zaman muda remaja 😉

  15. Satu perkongsian yang jujur..Susah kan bila seseorang dahula hidup jauh dari keluarga..Kena pandai bawa diri agar tak terikut2 dgn budaya mereka di sana..Paling penting jangan lupa Allah..

  16. Agaknya mana laaa Jez sekarang ni ya…

  17. AvatarIja Rased

    nice sharing..nak kenal jez tu..hihi

  18. Pengalaman itulah guru terbaik dalam kehidupan.
    Alhamdulillah masih terpelihara daripada terjerumus ke lembah yang kelam. Sebab tu peranan kawan dan keluarga sangat penting dalam kehidupan kita.

  19. AvatarAnonymous

    Kisah dari pengalaman sebenar tentu sekali lebih berkesan.

    P/s : wah,hensem nyer khir kat dlm gambar tu.

  20. yeayy..JM boleh guess berapa umur bro KK tahun ih hehehe

  21. alhamdulillah kerana Bro KK kuat iman nya kerana ramai pelajar yg belajar d luar negara 'terikut' denga budaya sana…tak pe itu semua pengalaman berharga

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.