Pada Sabtu (5/4/2014), saya telah telah menghadiri forum bertajuk Krisis Di Ukraine serta pengaruhnya terhadap dunia anjuran JUST International Movement di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur. Membincangkan serta memberi pencerahan terhadap krisis yang sedang berlaku di Ukraine termasuk pengaruh terhadap landskap sosio-politik dan ekonomi dunia.
Forum diwakili 3 speaker iaitu pihak kedutaan Rusia oleh H.E. Ms Lyudmilla G. Vorobyeva (Ambassador of Russia to Malaysia), Mr. Bunn Nagara (Senior Fellow, Institut Of Strategic & International Studies) dan Dr Chandra Muzaffar (President, International Movement for a Just World). Moderator forum ialah Tengku Ahmad Hazri (Research Fellow, International Institute Of Advance Islamic Studies) yang menyandang jawatan ‘Assistant Secretary-General of JUST’.
Forum Krisis Di Ukraine Serta Pengaruhnya Terhadap Dunia.

Pencerahan Krisis Ukraine Dan Crimea

Antara pengisian yang menarik perhatian adalah pandangan Rusia yang mendakwa media barat tajaan Amerika Syarikat (A.S) dan Kesatuan Eropah (E.U) dianggap berat sebelah dan tidak benar dalam pemberitaannya. Disamping itu dengan wujudnya penulis bebas termasuk blogger tajaan Barat memburukkan lagi keadaan yang berlaku di wilayah autonomi Crimea pada waktu kini. Ia juga adalah salah satu perkara yang diperakui ramai oleh peserta-peserta yang hadir dalam forum ini.

Forum Krisis Di Ukraine Serta Pengaruhnya Terhadap Dunia.
Isu sosio-politik sebenarnya merupakan sesuatu yang baru untuk saya kongsikan di sini. Oleh itu, saya perjelaskan dengan cara yang ringkas dan mudah difahami tentang apa yang berlaku di Ukraine.
Krisis di Ukraine tercetus bermula pada November 2013 apabila Presiden Victor Yanukovych enggan menandatangani perjanjian dengan Kesatuan Eropah yang dijangka dapat membantu Ukraine dalam mencapai kestabilan jangka panjang politik dan sosio-ekonomi negaranya.

Tindakan itu telah mencetuskan demonstrasi, rusuhan dan keganasan rakyat, mendesak agar presiden meletak jawatan sehingga perusuh berjaya menawan pejabat-pejabat kerajaan di Kiev yang mengakibatkan 89 orang terbunuh dan beribu-ribu yang lain cedera.

Forum Krisis Di Ukraine Serta Pengaruhnya Terhadap Dunia.
Peristiwa itu membawa kepada perlantikan Sergey Aksyonov sebagai Perdana Menteri kepada kerajaan sementara Ukraine yang telah menandatangani perjanjian “Treaty Of The Adoption” wilayah Autonomi Republik Crimea kepada Rusia. Malangnya, kebanyakan rakyat Ukraine berpendapat bahawa kerajaan sementara dan Perdana Menterinya ini adalah boneka kepada Moscow dan Rusia.
Forum Krisis Di Ukraine Serta Pengaruhnya Terhadap Dunia.
Pada 1 April 2014, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menghantar tenteranya ke wilayah Crimea, Ukraine atas tujuan keselamatan di wilayah yang majority rakyat beretnik dan berbahasa Rusia. Alasan kependudukan Rusia ini adalah disebabkan situasi tegang yang berlaku dan boleh mendatangkan ancaman kepada 46 juta rakyat Rusia di wilayah Ukraine yang merupakan tanah bekas Kesatuan Soviet itu. Selain itu, ia termasuk melindungi kepentingan armada Rusia di Laut Hitam.
A.S dan E.U menuduh Rusia mencabuli hak kedaulatan Ukraine dengan tindakan ketenteraan dan telah melanggar undang-undang antarabangsa dan Persefahaman Budapest yang telah dimaterai oleh A.S, Rusia, U.K dan Ukraine pada 1994 untuk mempertahankan Ukraine sebagai sebuah negara yang baru merdeka. Namun, ia disangkal Rusia kerana tindakan tersebut adalah untuk melindungi kepentingan penduduk Crimea yang secara majoritinya adalah etnik Rusia serta telah beroleh mandat dari kerajaan sementara Ukraine.

Percaturan Kuasa Besar Terhadap Krisis Di Ukraine

Kini, yang menjadi isu besar bukan lagi Ukraine, tetapi percaturan kuasa-kuasa besar A.S, E.U dan Rusia yang membuatkan Ukraine semakin terhimpit. Rusia juga berpandangan strategik dengan melihat A.S dan E.U tidak mampu menyekatnya secara “total” disebabkan hubungan akrab Rusia dan China yang dapat mempengaruhi Majlis Keselamatan. Sebagai kuasa ekonomi dunia, China mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas A.S yang kini sedang bertarung dengan krisis ekonominya.
Forum Krisis Di Ukraine Serta Pengaruhnya Terhadap Dunia.
Bersama salah seorang wakil kedutaan Ukraine ke Malaysia
Dalam perbualan aku secara empat mata bersama pegawai kedutaan Ukraine di Malaysia, secara berterus terang menyatakan tentangan dan kebimbangan Ukraine terhadap Rusia, termasuk percaturan politik kuasa besar dalam isu kedaulatan Ukraine. Namun apakah daya mereka… segala urusan kedutaan Ukraine kini adalah dibawah penguasaan Kedutaan Rusia sepenuhnya. Walaupun ia boleh dikatakan sebagai mandat rasmi kerajaan sementara Ukraine kepada Rusia, ia pastinya bukan sesuatu yang diinginkan oleh sebuah negara merdeka.
Melalui kedutaan Ukraine, saya berpeluang mendekati komuniti warga Ukraine di Malaysia untuk mendalami permasalahan dan pendapat mereka terhadap segala isu yang berlaku di negaranya atas nama hak kemanusiaan. Ianya juga akan menjadi salah satu perkongsian telus di blog ini dari masa ke semasa untuk pengetahuan, kesedaran dan kebaikan bersama kita semua.
Krisis Politik Di Ukraine
Bersama JUST International Movement & wakil Kedutaan Rusia
Krisis Ukraine Dan Isu Kemanusiaan Antarabangsa
Untuk saya ke Ukraine? … Buat masa ini, biarlah saya selesaikan segala urusan dan tanggungjawab keluarga terlebih dahulu. Ia juga satu perjuangan utama pentingnya. Isu-isu kesedaran sosial dan pembangunan insan di Malaysia dan pihak luar yang ada di sini juga masih tidak termampu untuk dikongsikan semuanya lagi. Belum berkemampuan lagi untuk ke arah itu.
Jika diikutkan perancangan dan cita-cita, jika diberikan umur yang panjang dan diizinkan Allah swt, teringin juga saya perluaskan pengalaman dan pandangan kepada isu sosio-politikal antarabangsa, melihat “tuju-tuju besi” sama ada ke Ukraine, Palestin, Mesir atau ke mana jua… in shaa Allah.

71 Thoughts to “Forum Krisis Ukraine Serta Pengaruh Terhadap Dunia”

  1. Nur Syuhada

    Alhamdullilah ..nice info nie..Mashaallah…

  2. acik idah

    Semoga Msia dilindungi dari mata2 dan hati2 yang jahat tu kan… ermm… dengarnya obama nak datang Msia… agak2 dia nak datang kosong jer ker??

    1. Masing2 nak minta dunia sokong mereka… masing2 nak jadi taiko dunia tu Idah.. 😀

  3. Yobert Parai

    artikelnya sanagat menarik untuk di simak 🙂

    1. T kasih Yobert Parai.. semoga bermanfaat.. 🙂

  4. Yumida Huda

    thanks atas penjelasan buat kami abg khir
    yumida pun baru memahami isu ukraine dgn rusia ni..tu la bila dgr tentera rusia ke sana, gerun gak, ingat nak berperang ke apa..nanti klo ada info tambahan blh sharing dgn kte orang

    1. In shaa Allah Yumida… mmg menggerunkan bila tentera sibuk menceroboh negara lain kan.. T kasih.. 🙂

  5. Vee Sandi

    utk mempertahankan hak asasi perlu merentas politik dan budaya mereka . sudah tentu bkn satu perkara yg mudah … demi kebaikan , pasti ada jalannya .

    1. Betul tu Vee.. mudah2an bermanfaat & membawa kebaikan bersama.. T kasih.. 🙂

  6. tingginya orang dia kan…dapatlah ilmu baru tentang Ukraine tu Khir…Moga khir terus success dalam dunia blogging dan juga kerja-kerja sosial yang khir buat..insyallah,sama-sama dapat hasilnya

    1. In shaa Allah Aida.. mudah2an bermanfaat kpd semua.. 🙂

  7. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    selamat maju jaya untuk khir.. semoga segala perancangan dan impian khir akan menjadi kenyataan.. insya-Allah.. menabung 3kali digi.. 😀

    1. In shaa Allah Aiza.. aamiin. T kasih.. 😀

  8. menarik ni Khir..kena baca dengan teliti..

    1. Saya dah cuba permudahkan penjelasannya Mar.. in shaa Allah, mudah.. 🙂

  9. wahh baru acik tahu, moga hajat itu tercapai dan di kongsikan di blog ini ^_^

    1. In shaa Allah.. aamiin. T kasih Acik.. 🙂

  10. Perkongsian berguna, baru zumal tahu….

  11. Selamat meneruskan perjuangan. Salam kejayaan selalu.

    1. T kasih sahabat… salam kejayaan selalu juga buat anda.. 🙂

  12. Saudara Khir, anda sangat bertuah kerana mempunyai banyak peluang untuk menimba ilmu dalam isu kemanusiaan. Kini bukan sahaja didalam negeri malah sudah terbuka ruang untuk keluar negara pula. Syabas saya ucapkan…Gunakan peluang yg ada sebaik mungkin. Teruskan berkongsi pengalaman dan pandangan anda demi kebaikan bersama! Semoga segala urusan anda dipermudahkan dan selamat maju jaya!

    1. Alhamdulillah BM.. aamiin. Mudah2an bermanfaat buat diri dan semua juga. In shaa Allah, akan diguna sebaik2nya.. t kasih.. 🙂

  13. entri ini memang sarat dengan fakta dan ilmu yang bukan mudah untuk diperolehi begitu sahaja..

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO

    1. Alhamdulillah… t kasih Hanafi.. 🙂

  14. good sharing bro khir..actually saya pun x berapa paham dgn krisis yg dihadapi oleh diorg….at lease bila saya dah baca..boleh la memahami sedikit sbanyak situasi yg dihadapi..bukan senang nak dpatkan kemanan dan bukan susah nak hancurkanya.. dlm skelip mata

    1. Mmg betul tu bro Sobri.. mmg mudah utk menghancurkan dari membina sesuatu tu.. Mudah2an menjadi peringatan bersama.. T kasih.

  15. Satu perkongsian yang sangat bermakna…ramai juga yang hadir dalam forum tu, nampak dari berbagai bangsa pun ada…semoga KK teruskan dalam khidmat sosial ini dan semoga sukses…

    1. In shaa Allah, Bunda.. aamiin.. T kasih.. 🙂

  16. RDZ Z

    Inilah salah satu isu yang dikaitkan dengan kehilngan misteri MH370 kan. Bila difikirkan ada logiknya. perebutan kuasa besar yang menjadikan negra-negara kecil sebagai mangsa..Bukannya ini antara tanda akhir zaman ke? Hmmm..Thanks for simplified chronology ya!!!

    1. Secara jujur, saya pun ada juga terfikir yg sedemikian.. mmg ada logiknya walaupun ia hanya sekadar spekulasi… wallahualam..

  17. RDZ Z

    2 DIGIs for you!!!

  18. fayreen mizan

    Tq for the info, Khir… dapat juga saya tau apa yg sebenarnya berlaku di dunia sebelah sana dari prespektif yg berbeza… selalunya kita cuma dapat info2 ni dari media barat je so coverage mmg berat sebelah…

    1. Mmg betul tu Fayreen… mudah2an bermanfaat buat renungan kita semua.. t kasih.. 🙂

  19. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    amin.. nuff semua churp2.. menabung 3kali lazada..

  20. Mohd Selim Zainal

    Assalammualaikum… khir,

    mselim3 baca artikel nie… sarat dengan maklumat2 baru bagi mselim3 agak sukar nak memahaminya sebab tak folow daripada awal pape kalu ada info baru sharing kat blog nie k…

    mselim3

    pls: mselim3 tak berapa percaya sangat dengan kebaikan barat kat "Malaysia".

    1. Waalaikummussalam MSelim;
      Info ni mmg agak baru, rentetan dari peristiwa yg lama.. in shaa Allah.. akan dikongsikan lagi utk kebaikan bersama..

      p/s: mmg kena hati2 dgn Barat & kuasa2 besar.. mereka tidak beri kebaikan dgn percuma…

  21. Perkongsian yg bagus…thanks Khir

    1. Your welcome Fidah.. 🙂

  22. Hafiz Mohd

    Alhamdulillah. Memamg mudah faham. Alhamdulillah.

    Kesian Ukraine..terhimpit dengan negara kuasa besar yg gila kuasa.

    Teruskan menulis bro Khir. Memang seronok membacanya…lebih-lebih lagi diolah dengan gaya bahasa sebegini… =)

    1. Alhamdulillah.. semoga bermanfaat buat renungan kita bersama.. in shaa Allah akan terus menulis.. T kasih Hafiz.. 🙂

  23. Fizi Zaidi

    x der orang nk berlaku perusuhan di negara sendiri..apa pun semoga forum ini mampu mencetuskan idea penyelesaian terhadap apa yang sedang berlaku..

    1. Betul tu Fizi.. takde angin masakan pokok bergoyang.. mudah2an beroleh jln penyelesaian…

  24. Mekasih atas perkongsian. Kena amik masa untuk faham betul2.

    Smoga impian menjadi kenyataan.

    1. In shaa Allah… aamiin. T kasih Fiza.. 🙂

  25. ikhwan yusuff

    perkongsian yg menarik…TQ….moga Allah membantu segalanya,,,

    1. In shaa Allah Ikhwan.. aamiin. T kasih.. 🙂

  26. Anonymous

    bestnyer tugas khir ni..moga Malaysia di lindungi selalu..inshaAllah..

  27. Aamiin.. Kathy.. aamiin…

  28. ada juga ikut krisis ukraine ni…yg menariknya sbb kuasa2 besar ada involved…kenapa agaknya mereka sungguh berminat?? betul ke Rusia datang sana hanya disebabkan untuk menjaga kepentingan rakyat dan aset dia?? bila ada kuasa2 besar involved…diaorg mesti ada kepentingan kan…

    bila sentuh bab media & blog…inilah kebebasan media yg mereka banggakan..info betul tak betul itu sudah tak penting…keuntungan lebih diutamakan…

    1. Mmg betul tu Noe.. Crimea tu tanah autonomi bawah ukrain, tp majoriti org2nya adalah beretnik Rusia… memegang ideologi Rusia.. itu yg dia org nak sgt tanah tu balik. Negara2 EU skrng pula bergantung sumber gas dari Rusia & ini peluang utk Rusia meluaskan pengaruhnya. AS khuatir bila perkara ini berlaku… wallahualam… media pun menjadi senjata mereka sbg propaganda utk menghuru harakan dunia..

    2. itu yg sebenarnya…sekiranya Rusia ambil alih…ianya memberi impak besar pada negara2 EU & AS…apa akan jadi bila sumber gas tu dihentikan? rakyat sudah pasti tak ingin perkara ni berlaku…takkan mereka ingin berada dalam cengkaman Rusia lagi? simpati dengan mereka…

      tengok pada isu MH370…macam mana media memainkan peranan…kdg2 rasa macam x masuk akal apa yg diberitakan…

    3. Mmg betul.. mmg mcm tak masuk akal juga kan.. wallahualam. Bila gajah bergaduh, inilah nasibnya semut.. kita pun semut juga…

  29. isu di Ukraine nie sebenarnya bukan satu isu yang kecil, sewaktu rusahan sedang hangat berlaku di sana aku ada menonton bberapa video clip keganasan peruh disana..ternyata mereka benar-benar marah dengan apa yang terjadi…

    Regards,
    -Strider-

    1. Mmg betul Strider.. hampir tiap2 minggu ada demonstrasi besar2an & rusuhan.. mmg ganas…

  30. MyCherita

    kebanyakan media barat banyak berat sebelah, tgk saja isu MH370, mcm cerita diputar belitkan…apa2 pun moga krisis di ukraine selesai dgn cara yg baik…amin..

    1. Mmg betul tu MC.. semoga diselesaikan dgn sebaik2nya… aamiin.

  31. menarik info ni..semoga terus menjadi sumber dlm menyampaikan ilmu/info tentang kesedaran sosial buat semua… ^^,

    1. Alhamdulillah.. in shaa Allah Niesa.. aamiin. T kasih.. 🙂

  32. kebelakangan ni memang ada terbaca krisis di ukraine
    en khir nak tanya, ukraine ni negara islam ke?

    1. Ukraine bukan negara Islam.. Setakat ini hak msykt Islam Ukraine dilindungi sebaiknya. Dlm kedutaan pun ada yg beragama Islam.. apa yg merisaukan ialah bila pihak luar mengambilalih kuasa, msykt Islam mereka kuathir hak mereka dinafikan… Satu faktor lagi, isi Ukraine ni membawa kpd masalah yg boleh merubah lanskap politik & sosio-ekonomi dunia. Kita juga akan terasa kesannya nanti…

  33. Saya masih menanti artikel pertama Tuan Khir terbit di media cetak. Isu yang dibawakan Tuan Khir sememangnya menarik dan boleh dikembangkan.

    1. Hehee.. Harap2 dipermudahkanlah nanti.. saya pun mempunyai harapan ke arah tu juga, tp belum nampak jln & cara yg bersesuaianlah cikgu.. keyakinan pun masih kurang. In shaa Allah, nnti kena juga minta pandangan cikgu dlm bab penulisan media ni. T kasih.. 🙂

  34. FAIRUS ISMAIL

    HARIMAU MALAYA KERUGIAN!!

    Peminat bola sepak Malaysia mungkin sudah terlupa atau sedang asyik menikmati kerancakan Liga Super Malaysia.FAM buat masa hari ini ternyata masih lagi gagal menamakan calon Pengendali pasukan Kebangsaan Malaysia BACA SELANJUTNYA >>> http://cantikpermainan.blogspot.com/

  35. Wan Maruzen Wan Husain

    terbaik…

  36. Nurul Hidayah

    Terimakasih Khir mempermudahkan pemahaman.. Respek dengan kebolehan Khir.. semoga terus sukses dalam semua lapangan.. Aamiin.

    1. In shaa Allah Nurul… semoga kita semua berjaya dlm setiap perkara yg kita lakukan… aamiin.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.