INTI and LinkedIn ForumPendidikan Portfolio 

Forum INTI Dan LinkedIn: Lifelong Learning Era Digital

Forum INTI Dan LinkedIn – Arus peningkatan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) dan transformasi digital telah merubah cara kita hidup dan bekerja. Ia turut menjadi kebimbangan global terhadap penggantian sumber manusia kepada mesin dan kehilangan peluang pekerjaan.

Laporan Bank Negara Malaysia pada tahun 2018, (Unlocking Malaysia’s Digital Future: Opportunities, Challenges and Policy Responses) membentangkan, 54% daripada pekerjaan di Malaysia akan diautomasikan dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang.

Selain itu, satu kajian oleh YouGov Omnibus pada awal tahun ini pula mendapati, 69% rakyat Malaysia mempercayai bahawa proses automasi akan menyebabkan kehilangan pekerjaan secara menyeluruh dalam perkembangan ekonomi digital yang kian meluas.

Forum INTI Dan LinkedIn: Memperkukuh Kemahiran Mendepani IR 4.0

Forum INTI Dan LinkedIn

Baru-baru ini saya terlibat menghadiri Forum INTI dan LinkedIn yang membincangkan tentang mempertingkatkan kemahiran serta kecekapan yang diperlukan untuk berkembang maju dalam IR 4.0 dan kekal relevan dalam dunia digital.

Panelis diwakili para pemimpin kanan pembangunan bakat dan pembelajaran iaitu Frank Koo, Ketua Bakat dan Solusi Pembelajaran LinkedIn di Asia; Monsy Siew, Pengarah Eksekutif Manusia, Prestasi & Kebudayaan, KPMG; dan Sri Vidya Nadarajah, Ketua Sumber Manusia Negara, GE Malaysia.

Frank Koo berkongsi perspektif kemunculan pekerjaan baru dan kemahiran yang semakin meningkat keperluannya di rantau ini, serta bagaimana majikan dan pendidik harus menerima pemikiran ‘lifelong learning’ dalam organisasi mereka.

Mencari individu yang cekap, seterusnya menggalakkan dan mengembangkan bakat mereka melalui latihan akan membolehkan organisasi kekal relevan dalam era digital. Apabila mereka mempunyai tujuan kerjaya, ia membantu perniagaan berkembang disamping mencapai aspirasi profesional.

Forum ini turut dihadiri seramai 30 para pemimpin industri dan profesional dari pelbagai sektor, serta lebih 70 pelajar, para fakulti dan ketua pengurusan INTI.

Forum INTI Dan LinkedIn: Memperkukuh Kemahiran Mendepani IR 4.0

Perkukuh Kemahiran Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Perbincangan panel menekankan lagi bagaimana individu dan organisasi mampu memperkasa bakat di abad ke-21 melalui pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

Dalam proses masyarakat sedang menyesuaikan diri menghadapi era digitalisasi dan globalisasi, struktur kerja telah pun berubah pantas. Jika dilihat pada 1984, jangka hayat sesuatu kepakaran perniagaan adalah 30 tahun. Kini kebanyakkan profesyen hanya bertahan selama 5 tahun sebelum perlu diubah atau diganti.

Ini menjelaskan, bakat bekerja tidak boleh lagi hanya bergantung kepada pengalaman untuk berkembang maju. Kita perlu sentiasa berubah membina diri melalui pengetahuan dan kecekapan baru dengan melakukannya secara berkala.

Panelis juga menyentuh berbagai isu berkenaan peranan organisasi bagi persediaan IR 4.0 termasuk menyelaraskan proses transformasi dan kecekapan kepada para pendidik serta graduan generasi kini memperkasa bakat kerja Malaysia.

Mendepani IR 4.0 memerlukan pembangunan modal insan melangkaui pembelajaran buku teks.

Kita perlu memupuk asas kukuh dalam ICT, keupayaan bekerja dengan data, pengetahuan teknikal, ketangkasan, keupayaan membuat keputusan dan kerja berpasukan serta mengamalkan daya fikir ‘lifelong learning’ merangkumi semua bidang kepakaran.

Berkembang Maju Dalam Revolusi Industri 4.0

Sejauh mana kita mampu mencipta semula diri kita sebagai sebuah organisasi dan ahli profesional pada hari ini akan turut merubah cara kita hidup dan bekerja.

Dalam beberapa tahun lagi, berbagai peranan pekerjaan akan menjadi tidak releven dan beberapa profesyen baru hari ini pula akan menjadi pekerjaan biasa di masa hadapan.

INTI telah memulakan proses keperluan ‘Lifelong learning’ dikalangan kakitangan dengan melanggan ‘LinkedIn Learning‘. Platform ini mampu mempertingkat serta memperkukuh kemahiran kakitangan dari seluruh 6 kampus dalam persediaan menyesuaikan diri terhadap perubahan IR 4.0.

Ini antara komitmen memperkukuh persediaan kakitangan dan pelajar mendepani era digitalisasi serta terus berkembang maju melahirkan generasi pemimpin masa hadapan.

Baca lagi:

LinkedIn Local Professional (Series1): Penjenamaan Dan Profesionalisme

Related posts

13 Thoughts to “Forum INTI Dan LinkedIn: Lifelong Learning Era Digital”

  1. Dewasa ini manusia bukan lagi hanya bersaing sesama sendiri..tetapi perlu sediakan diri untuk menguasai teknologi supaya boleh diaplikkasikan dalam penawaran pekerjaan.
    Perdu Cinta recently posted…Merajuk??..Mengapa TidakMy Profile

    1. Mmg betul PC.. perubahan semakin ketara kebelakangan ni, dan akan lebih terserlah lagi tak lama lagi. Skrng mmg kita perlu alert agar tidak ketinggalan terutama demi kebaikan kerjaya dan keusahawanan, in shaa Allah.

  2. Penguasaan kemahiran bidang digitalisasi perlu diperolehi generasi kini untuk bersaing dalam ruang global justeru perubahan ilmunya amat cepat..lambat sedikit saja pasti ketinggalan
    paridahishak recently posted…GEMA KARYAWAN Pk.My Profile

    1. Sama juga dgn para usahawan dan apa2 juga kerjaya yg lain.. kita pun risau klu2 ketinggalan dlm persaingan industri, ditambah lagi dgn kemasukan bakat2 baru yg mahir. Apatah lagi pengurangan peluang yg bakal diganti dengan teknologi dan robot2 dlm IR4.0 ini.

  3. IR 4.0 mempunyai implikasi yang luarbiasa kepada kehidupan manusia..

    contoh terdekat….akses online..

    cuba pergi ke tempat out of coverage dalam masa 3 hari..

    kalau saya perku cuti kerja kerana saya bergantung terus internet untuk menjalankan tugasan harian
    mrhanafi recently posted…Afnan Rosli bakal muncul di TEDxKenyalang 2019My Profile

    1. Setuju tuan.. sbb tu juga sy mula tambahbaik penglibatan di LinkedIn utk tahu perkembangan IR4.0 dari usahawan dan profesional sebenar dlm pelbagai industri yg terlibat. Klu tuan join LinkedIn jngn lupa connect dgn saya ya 🙂

  4. AvatarMarzuki Rmn

    Good insights. Mmg tak dinafikan LinkedIn lebih membina hubungan profesionalisme berbanding platform media sosial yg lain.

    1. Setuju.. saya juga sedang menambahbaik penglibatan aktif ke LinkedIn sbb mmg terbukti lebih membina kerjaya diri. Akan terus mengukuhkan perkongsian di linkedin berbanding platform media sosial yg lain sblum lebih ramai lagi sedar potensi sebenar yg ada pada LinkedIn.

  5. dari dulu dgr psl LinkedIn tp entah kenapa tak tergerak hati lagi nk mencuba hehehe

    1. LinkedIn bagus utk membina kerjaya dan keusahawanan berbanding platform socmed yg lain. Bagi saya ia bukan sekadar media sosial tp laman profesionalisme yg baik.. mmg patut mulakan skrng hehe.

  6. Platform LinkedIn memang padu dan menepati anak muda dalam pencarian kerja.
    Otomen Taro recently posted…Lubuk Gajet Tawar Gajet Secara Murah!My Profile

    1. Bukan itu shj.. ia mmg platform yg padu utk kerjaya dan bisnes berbanding platform media sosial yg lain. Tp masih tak ramai lagi yg sedar kelebihan yg ada pada LinkedIn ni.. jom ke LinkedIn pula 🙂

  7. Zumal pun ada LinkedIn tapi tak aktif sebab kurang pasti tujuan sebenarnya

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.