Fatwa Jakim ISISPendidikan 

Fatwa JAKIM Perjuangan ISIS Umat Islam Malaysia

Semalam saya telah membaca satu artikel berkenaan fatwa rasmi perjuangan umat Islam Malaysia atas nama Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) atau Islamic State of Iraq and Levant (ISIL). Ia dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan boleh juga dirujuk melalui Portal Rasmi Fatwa Malaysia (e-fatwa) di >> SINI. Justeru, saya terpanggil untuk memanjangkan penjelasan fatwa tersebut untuk peringatan dan pengetahuan bersama.

Penubuhan Perjuangan ISIS Atau ISIL

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-106 pada 21-22 Oktober 2014 telah membincangkan isu perjuangan umat Islam Malaysia atas nama ISIS dan ISIL ini. Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah diperakukan oleh Panel Pakar Akidah JAKIM dan kertas kerja yang disediakan beserta fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan diperjelaskan seperti berikut;
ISIS atau ISIL merupakan rentetan daripada gerakan Salafi Jahidi di Iraq, pada asalnya terdiri dari tiga organisasi jihad yang berbeza. Pertama adalah Ansar al-Islam yang terdiri dari kelompok Salafi Jihadi, warga Iraq yang membentuk kawasan ‘pemerintahan Islam’ tersendiri yang mengamalkan kehidupan Islami ortodoks dan radikal.
Kedua adalah kumpulan Mujahidin berasal dari Jordan di Iraq yang mengistiharkan diri mereka sebagai ‘Jamaah al-Tawhid wa al-Jihad’ di bawah pimpinan Abu Mus’ab al-Zarqawi yang berhijrah ke Iraq untuk melancarkan jihad memerangi pendudukan tentera Amerika Syarikat ke atas Iraq.
Ketiga adalah kumpulan mujahidin al-Qaeda yang berhijrah dari Afganistan akibat serangan Amerika Syarikat ke atas Afganistan selepas peristiwa 11 September 2001.
Fatwa Jakim Tentang ISIS

ISIS Atau ISIL Adalah Bercanggah Dengan Islam

Kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL ini kerana ideologi keganasan dan pendirian mengkafirkan dan menghalalkan darah sesiapa yang tidak sehaluan. Mereka telah membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan kezaliman. Para Ulama Ahli Sunnah seluruh dunia melabelkan ISIS atau ISIL ini sebagai Khawarji di zaman moden. Jumhur Ulama Ahli Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan penyelewengan serta memperingatkan umat Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda ISIS dan ISIL ini.
Sehubungan itu, berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan dan selaras dengan nas-nas syarak, Muzakarah berpandangan bahawa kecenderungan dan kegairahan umat Islam untuk berjihad atas nama ISIS dan ISIL ini adalah berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid mengikut Hukum Syarak. Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana menghalalkan darah sesama umat Islam.
Fatwa Jakim tentang ISIS

Fatwa Perjuangan Umat Islam Malaysia Atas Nama ISIS Atau ISIL

Oleh itu, Muzakarah menegaskan bahawa tindakan umat Islam dari Malaysia yang telah ataupun yang ingin berjuang atas nama jihad bagi menyokong golongan ISIS atau ISIL adalah sia-sia kerana perjuangan mereka tidak tergolong sebagai jihad dan kematian mereka juga tidak dikategorikan syahid mengikut kerangka Hukum Syarak. Muzakarah menasihatkan seluruh umat Islam di Malaysia supaya menginsafi diri dan tidak mudah terpengaruh atau terjebak dengan propaganda kumpulan ISIS atau ISIL ini.
Semoga Fatwa Majlis Kebangsaan mengenai perjuangan ISIS dan ISIL masyarakat Islam Malaysia ini menjadi panduan peringatan yang bermanfaat buat kita semua, in shaa Allah.
Artikel berkaitan:

Related posts

25 Thoughts to “Fatwa JAKIM Perjuangan ISIS Umat Islam Malaysia”

  1. sy smpi hari ni masih x fhm apa n siapa ISIS/ISIL ni…kalu google pasti dpt jawapan merapu/jawapan bersifat propaganda

  2. Salam KK ..Terima kasih banyak ya KK atas pencerahan yang cukup baik ini..Dulu2 pon selalu gak cakap dan fikir apa faedah la diaorang ni nak join benda2 gini kalau ianya bercanggah dengan cara ISLAM..Tapi bila dah baca semua kita faham sesetengah orang ni dia tak ambil pedulu apa dan bagaimana disebalik tabir sesuatu ..Yang dia tahu apa yang orang warwarkan ..Benda tu betul jom ikut..Padahal yg sebaliknya diaorg ni tak ambik cakna pon ttg benda2 gini..Sama2 kita menginsafi diri dan tidak mudah terpengaruh atau terjebak dengan propaganda kumpulan ISIS atau ISIL ini.Sama2ambl tahu sama2 ambil peranan membanteraskegiatan sebigini dari terus menular dikalangan masyarakat malaysia..

  3. jika juhmur ulamak sepakat,,maka terang-terangan ia sudah haram..

    lagi pun Islam ambil pendekatan 'peace' berbanding 'terrorist'..

    kedamaian dan keamanan adalah teras dalam Islam

  4. Bagi saya IS ni Suatu kezaliman,Penipuan,.mereka ini sungguh bahaya,.Islam itu Indah,.Islam bukan Seperti IS,..

  5. Pencerahan yg sangat bagus. Memang sebagai umat Islam semangat sentiasa berkobar kobar untuk mempertahankan maruah agama. Namun harus barhati hati dan mendapat sumber maklumat yg betul.

  6. perjuangan yg sia2..agak gerun tgk diorg ni kat tv
    jauh terpesong dri akidah sebenar islam
    keganasan melibatkan org awam pun selalu dtg dri mereka, pembunuhan secara rambang
    harap rakyat malaysia n negara lain x terpengaruh dgn isis ni
    pencerahan yg bgs buat pembaca mcm kami, selalu update psl hal hiburan, dunia, sesekala ada peringatan macam ni, mengingatkan tggjwb kita sbg khalifah kat muka bumi ni.

  7. perjuangan mereka kabur.tak jelas dan jauh dari islam

  8. Terima kasih atas pencerahan KK tentang IS nie…

  9. islam agama yg suci..
    saya sayang islam..

  10. risau jgk kawan2 yang dekat dengan kita join isis/isil ni..

  11. Strategi mereka sungguh halus dalam menggoda rakyat negara ini mengikut perjuangan mereka. Namun ancaman kesesatan oleh mereka ini amat kecil berbanding ancaman kesesatan yg dibawa oleh dunia barat yang selalunya kita buat-buat tak pandang jer…

  12. jangan lupa..ia mungkin juga didalangi oleh pihak barat yang suka nak melagakan umat islam secara licik…

  13. terima kasih perkongsian yang benar2 bermafaat En.Khir.. Sekrg tgk ramai remajaa yang terjatuh dlm lembah ISIS ni…Mungkin niat nak berjihad tapi tak faham erti sebenar jihad.. Moga kita semua dilindungi..Amin..

  14. pencerahan yang baik… keterlibatan rakyat malaysia dgn propaganda isi ni agak membimbangkan.. mmg spatutnya jakim ambil tindakan…

  15. ISIS, ISIL hanyalah ciptaan US yang akhirnya cuba makan tuan sendiri. Percaturan berjalan dan ISIS kini
    dihalakan ke Yemen.

  16. blur juga sebenarnya dengan perjuangan diorang ni.. macam mengarut n extreme sngt pun iya..
    tapi sebab tak berapa faham jadi malas buat any statement.. CT rasa ni game kafir laknatullah je ni..

  17. sblm ni sy sendiri tertanya-tanya…mana yg betul atau salah pasal ISIS..bila keluar fatwa ni baru la jelas..btw, info yg bagus! 😉

  18. terima kasih atas perkongsian khir …

  19. Perjuangan mereka ni bukan saja sia2 ekstrim, bahkan suatu perjuangan yang boleh dikatakan perjuangan berani mati…"mati sia2"…

    1. sungguh gerun dan menakutkan..

  20. AvatarAnonymous

    Yang menggelar diri mereka ISIS ini selalu menutup keseluruhan wajah mereka hingga hanya terlihat mata saja. Kita tidak tahu siapa di sebalik penutup muka tersebut. Jangan saja ada pihak yg menangguk di air keruh,ingin merosakkan nama Islam di mata dunia. Jika benar² muslim yang kononnya berjihad,memang amatlah rugi dan sia² perjuangan sebegini.

  21. oh, itu rupanya Al Qaeda. tadi saya baru layan cerita Castle.. pastu x ingat apa maksud al qaeda

  22. nasib baik kongsi artikel ni baru lah JM tahu…semoga tak de yg terjebak

  23. X perlu soalan kn sape 2 isis..p betol kn menteri2 bodoh dlm malaysis dulu….baru nk persoalan kn isis….menteri bodoh2 sapu harta rakyat

  24. Negara Malaysia ada bnyk disko dan arak dihalalkan.sbb 2 imam mahdi nk bom malaysia 🙂 sapa yg sesat? Is atau Malaysia? -master-

Leave a Comment

CommentLuv badge