Fashion For LovePendidikan 

Fashion For Love – Aspirasi Pendidikan Bantu Kanak-Kanak Ke Sekolah

Ilmu pelita hidup, landasan penting yang mampu mengubah perjalanan kehidupan ke arah kejayaan. Atas aspirasi tersebut, satu ‘community education fund raising project’ bertemakan Fashion for Love dengan slogan ‘Supporting Childern to School’ telah diadakan bagi menggalakkan penglibatan orang ramai membantu kanak-kanak kurang berkemampuan agar dapat ke sekolah dan menimba ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
The Giving Bank, Fashion for Love, Supporting Children To School,

Fashion for Love – Supporting Children to School

Fashion for Love – Supporting Children to School merupakan projek tidak berasaskan keuntungan anjuran The Giving Bank bersama Creight Event & Services dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu pembelajaran kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan pada sesi persekolahan 2018.
Sesi media telah diadakan pada 21 September 2017 bagi menjelaskan hasrat murni ini kepada masyarakat. Inisiatif utama adalah untuk membantu seramai 300 kanak-kanak kurang berkemampuan dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama memperolehi pendidikan persekolahan melalui sokongan dana daripada orang ramai. Ia secara langsung memberi pendedahan dan peluang bermakna dalam kehidupan mereka seperti kanak-kanak lain.
Menurut Dr. Janson Ang, Pengasas The Giving Bank; pendidikan merupakan asas penting kejayaan. Membantu mereka yang memerlukan melalui pendidikan adalah asas penting kepada pengukuhan pembangunan masyarakat yang stabil, harmoni dan makmur.
The Giving Bank, Fashion for Love, Supporting Children To School,
Menerusi Fashion for Love – Supporting Childern to School ini, segala sumbangan dana akan melalui acara penyerahan rasmi dengan pemantauan sekolah-sekolah terlibat, guru besar dan guru-guru termasuk komiti PIBG. Ia bakal digunakan untuk menampung pembiayaan yuran sekolah, buku-buku, uniform, beg dan kasut serta pelbagai lagi keperluan persekolahan.
Terdapat sebanyak 12 sekolah yang terlibat dalam inisiatif Fashion for Love iaitu;
1. SKJC Bukit Tangga
2. SKJT Bukit Beruntung
3. SK Bukit Beruntung
4. SJKC Kalumpang
5. SKJC Kerling
6. SKJC Serendah
7. SKJC Bukit Fraser
8. SJKC Batang Kali
9. SJKT Ladang Sg. Choh
10. SK Taman Bunga Raya
11. SKJC Choong Wen
12. SJKC Mun Chong
Projek komuniti ini turut membantu rumah-rumah anak yatim yang memerlukan bagi memastikan pengurusan bulanan dan pembangunan pendidikan sentiasa terbela. Terdapat 7 buah rumah anak-anak yatim yang terlibat untuk dibantu iaitu;
1. Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Anak Yatim
Dan Miskin Raudhatul Nurr Jannah
2. Persatuan Kebajikan Sweet Care Selangor &
Kuala Lumpur
3. Persatuan Kebajikan Damai Cempaka Kuala Lumpur
& Selangor
4. Lighthouse Children Welfare Home Association
5. Rumah Victory Children Home
6. Persatuan Kebajikan Ti-Ratana Kuala Lumpur
7. Rumah Kanak-Kanak Angels Kuala Lumpur
Selain itu, The Fashion for Love turut menjalin perjanjian persefahaman dengan Octopreneur College. Ia menawarkan 100 biasiswa kepada lepasan SPM yang berpotensi namun tidak mampu meneruskan pelajaran. Jurusan yang ditawarkan adalah Diploma in Business Studies berdasarkan kriteria dan syarat kelayakan melalui proses temuduga.
The Giving Bank, Fashion for Love, Supporting Children To School,

The Giving Bank – Platform Kebajikan Online

Justeru, ini merupakan platform yang baik untuk kita bersama-sama terlibat membantu dengan menghulurkan sumbangan dan sokongan. The Giving Bank Foundation merupakan organisasi tidak berasaskan keuntungan (NGO) dan ‘online fundraising platform’ dengan misi menyatukan ruang kebajikan dan orang ramai melalui kelestarian teknologi.
Setiap dana yang diperolehi akan diagihkan demi memperkasa 3 aspek utama sosio-masyarakat iaitu kesihatan, pendidikan dan kebudayaan. Berteraskan tagline ‘The Bank That Gives’, ia menjadi aspirasi utama The Giving Bank dalam memberi galakan kepada orang ramai untuk menyumbang membantu golongan yang memerlukan sebagai masyarakat prihatin.
Info lanjut dan sumbangan boleh dirujuk melalui maklumat yang disediakan;
THE GIVING BANK ORGANISATION (PPM-008-14-12082016)
11-3 Jalan Radin Bagus 7, 57000, Sri Petaling,
Kuala Lumpur.
Tel: +603 9054 1383 Emel: we@thegivingbank.com

Related posts

15 Thoughts to “Fashion For Love – Aspirasi Pendidikan Bantu Kanak-Kanak Ke Sekolah”

  1. Selamat menyambut maal hirah kepada tuan dan sekeluarga

  2. bagus kutip dana mcm ni. setiap kanak2 berhak dpt pendidikan dan kelengkapan yg sewajarnya

  3. Alhamdulillah bagus…mengurangkan dan mengecilkan jurang sifar ilmu..

  4. Alhamdulillah. Moga-moga ianya satu program yang berjaya agar dapat bantu kanak-kanak yang memerlukan pendidikan dan sebarang keperluan.

  5. Moga dapat membantu mereka yang memerlukan…
    Salam Maal Hijrah utk Khir and family

  6. bagusnya usaha ni. supportive

  7. hrp usaha seperti ini akan berterusan smpi bla2

  8. Tahniah. Program Fashion For Love sangat dialu-alukan untuk terus menyumbang bakti membantu anak-anak yang kurang berkemampuan untuk menerima pendidikan yang lebih baik. Semoga NGO lain juga turut sama mewujudkan wadah sebagaimana aktiviti berkebajikan ini.

  9. Alhamdulillah… Moga program seperti ini sering diadakan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

  10. semoga perancangan berjalan dengan sempurna.. terbaik bohh

  11. Moga dana ini berterusan buat mereka yang memerlukan bagi jaminan pendidikan terbaik..

  12. Moga dana ini berterusan buat mereka yang memerlukan bagi jaminan pendidikan terbaik..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.