Gaya Hidup 

empower ECER Tingkatkan Taraf Hidup 400 Keluarga B40 Maran, Pahang

 
 
Program pembangunan modal insan empower ECER yang dilaksanakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) untuk mentransformasi dan meningkatkan taraf hidup Rakyat di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), telah memberi manfaat kepada 400 peserta di Maran. Seramai 90% adalah golongan wanita dari komuniti isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40).
 
 
Program pembangunan modal insan yang inklusif ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk mengikuti kelas-kelas vokasional seperti kelas bakeri, masakan, jahitan, hospitaliti dan solekan sebagai platform merubah hidup sebagai usahawan sebaik tamat kursus. Malah, peserta empower ECER Maran telah berjaya meningkatkan pendapatan sebanyak RM800 secara purata setiap bulan.
 
empower ECER Tingkatkan Taraf Hidup 400 Keluarga B40 Di Maran, Pahang,

empower ECER Program Pembangunan Modal Insan

 
empower ECER merupakan salah satu program pembangunan modal insan serampang dua mata oleh ECERDC, yang terdiri daripada Latihan Akademik bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam utama seperti UPSR, PT3 dan SPM; dan Latihan Kemahiran dan Keusahawanan untuk golongan dewasa, bertujuan meningkatkan pendapatan para peserta dari bandar dan luar bandar.
 
Melalui program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER, lebih 600 peserta di Maran telah diberi peluang untuk meningkatkan kemahiran masing-masing dan memulakan perniagaan sendiri. Sementara itu, lebih 1,400 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di Maran turut diberi tuisyen program Latihan Akademik empower ECER.
 
Melalui program Latihan Akademik empower ECER pula, ramai pelajar telah mencatatkan keputusan akademik yang lebih baik sekaligus menjanjikan masa depan yang cerah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Di Pahang sahaja, seramai 240,000 isi rumah telah mendapat manfaat secara langsung dan tidak langsung daripada program ini.Sewaktu majlis konvokesyen dan penyampaian anugerah, 4 usahawan telah menerima anugerah Usahawan Gemilang, Usahawan Transformasi, Usahawan Muda dan Usahawan Mithali sebagai pengiktirafan pencapaian yang amat membanggakan dalam merubah hidup. Disamping itu, seramai 15 pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) turut menerima anugerah Juara empower ECER Maran atas kecemerlangan mereka.

 

empower ECER Tingkatkan Taraf Hidup 400 Keluarga B40 Di Maran, Pahang,
 
Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Dato’ Sri Hajjah Rohani Binti Abdul Karim, dalam majlis yang turut dihadiri lebih 800 hadirin. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Ismail Abd Muttalib dan Pengurus Besar Program Pembangunan Insan ECERDC, Encik Zulkifli Ya’acob turut hadir di majlis tersebut.
 

“Program-program pembangunan modal insan ECERDC mencerminkan pendekatan inklusif Kerajaan untuk meningkatkan tahap pendapatan, pendidikan dan sosio-ekonomi golongan B40, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Program empower ECER ini direka untuk memberi manfaat kepada Rakyat dengan menyediakan kemahiran, pendidikan dan peluang bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk mereka” – YBhg. Datuk Seri Jebasingam Issace John, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC.

 
 
Sehingga kini program empower ECER telah diperluas ke 29 lokasi seluruh ECER, termasuk Maran. empower ECER melibatkan kerjasama agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan pihak berkuasa tempatan, universiti-universiti tempatan, sektor swasta, dan rakan kerjasama strategik di ECER dengan menggabungkan sumber, pengalaman dan kepakaran. Pendekatan inklusif ini bertujuan memastikan tiada Rakyat yang ketinggalan dalam menikmati transformasi sosio-ekonomi, terutama golongan isi rumah B40.
 

empower ECER Bawa Manfaat Kepada Rakyat

 
Salah seorang peserta empower ECER Maran, Puan Marhaini binti Mohd Hasbollah, telah berjaya mentransformasikan kehidupan dan meningkatkan taraf hidup dengan menjana pendapatan lebih tinggi sekitar RM3,500 sebulan. Sebelum menyertai program tersebut, beliau merupakan suri rumah yang menjana perniagaan kecil-kecilan dari rumah dengan menjual popiah.
 
Komitmen beliau untuk membina kehidupan yang lebih baik membolehkannya menghasilkan pelbagai jenis produk makanan secara komersil seperti dodol, kerisik dan kerepek pisang yang dijual di sekitar Maran dan di luar daerah tersebut. Di samping itu, dengan perniagaan beliau yang semakin berkembang, beliau juga berjaya mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.
 
Sementara itu, Puan Marina binti Tumiran yang mengalami kecatatan kekal akibat kemalangan, tidak pernah menjadikan ketidakupayaannya sebagai penghalang dalam mencapai impian untuk membuka perniagaan sendiri. Setelah menyertai empower ECER, beliau bukan sahaja mampu memiliki sebuah bakeri, malah turut mengembangkan premis perniagaannya hingga ke 3 lot kedai untuk menampung jumlah pelanggan yang semakin bertambah.
empower ECER Tingkatkan Taraf Hidup 400 Keluarga B40 Di Maran, Pahang
 
Dalam bidang akademik, 2 pelajar UPSR iaitu Nur Ijah Nabihah binti Islah dan Lim Yu Xuan, telah diumumkan sebagai Juara empower ECER Maran setelah mencatatkan keputusan 5A tahun lalu. Kedua-dua tidak pernah menyangka mereka mampu mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang pendidikan, lebih-lebih lagi dengan kepayahan hidup yang dihadapi. Namun dengan bimbingan dan sokongan padu tenaga pengajar program Latihan Akademik empower ECER, kedua-kedua pelajar tersebut berjaya meningkatkan prestasi pelajaran dan lulus UPSR dengan cemerlang.
 
Selain empower ECER, ECERDC turut melaksanakan pelbagai program pembangunan modal insan di Pahang seperti entrepreneur ECER yang bertujuan membangunkan usahawan mikro, kecil dan sederhana, Program Peningkatan Graduan ECER (ETEP) serta program Agropolitan untuk graduan-graduan tempatan dan golongan B40.
 
Program-program pembangunan modal insan yang inklusif dan holistic diperkenalkan di ECER untuk memperkasa Rakyat dengan membolehkan merebut peluang hasil daripada transformasi sosioekonomi Wilayah ini. Setelah melihat impak agenda transformasi ini, pihak kami semakin bersemangat untuk membawa inisiatif-inisiatif ini ke tahap yang lebih tinggi, selaras dengan Agenda Transformasi Nasional.
 

Related posts

9 Thoughts to “empower ECER Tingkatkan Taraf Hidup 400 Keluarga B40 Maran, Pahang”

  1. moga akan dtg akan lbh ramai lg yg cemerlang

  2. Hebat! Semoga peluang-peluang baik sebegini terus diperluaskan. Syabas kepada yang telah berjaya

  3. Empower ni memang bagus, at least dapat jugak membantu mereka yang baru nak ceburi mana mana bidang.

  4. AvatarGja

    Good info ni. Get something new today. Thanks

  5. Program yg membawa manfaat kepada masyarakat setempat tahniah Acer

  6. kalau bukan penduduk maran boleh ke hehehe…btw nice program

  7. semoga ramai yang dapat manfaat 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge