Hari Raya Aidilfitri 2017 Pontian
Masa berlalu pantas… bulan Ramadan 1438H telah pun meninggalkan kita. Pada malam sewaktu artikel ini ditulis, kita telah pun menjejaki 6 Syawal. Mengambil sedikit waktu terluang dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri yang masih dirai… rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan pembaca yang dihormati.
Taman Tepi Laut Pontian,

Ekspresi Hari Raya Aidilfitri 2017

Tahun ini kami sekeluarga menyambut 1 Syawal di Pontian, Johor. Cuti Hari Raya dimanfaatkan berkunjung ke rumah ahli keluarga, saudara dan sahabat handai di sekitar Pontian, Johor Bahru dan Muar. Disamping itu, berkesempatan juga singgah bergambar sekeluarga ke beberapa lokasi yang dirasakan menarik untuk diabadikan sebagai kenangan Aidilfitri di Instagram.
Teruja juga berkongsi jurnal malam Syawal ke-2 di Padang Sri Gelam Johor Bahru selepas beraya dan kebetulan team bola sepak JDT sedang berlatih. Tanpa disangka, kami disambut oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang turut sama berlatih. Fuhh.. terkesima dan teruja bila insan yang dihormati merendah diri menerpa dan bersalaman… menggigil tangan, ketar berswafoto… alhamdulillah, pengalaman berharga bersama TMJ. Salute TMJ.
TMJ, Padang Sri Gelam Johor Bahru, JDT, Johor,

Semarak Aidilfitri Dan Aspirasi Pembangunan Sosial

Aspirasi baharu juga perlu disusun atur sebaiknya selepas ini dalam aktiviti berblog bersama amanah yang perlu digalas dalam pembangunan sosial. Jika sebelum ini ada diantara jurnal melibatkan segmen motivasi kesedaran sosial, kini amanah tersebut memasuki fasa berbeza bila mana ianya lebih kepada membangunkan modul terkini kepada motivator dan perunding yang ditauliahkan.
Antara lain turut terkandung amanat menghasilkan buku rujukan institusi tentang pandangan dan fakta pengkajian pembangunan sosio-remaja di Malaysia dari aspek kesedaran sosial hasil keterlibatan dalam segmen ini selama beberapa tahun. Merupakan cabaran baru atas usaha gerak kerja serta kepercayaan yang turut terbina melalui nukilan blog sebagai sokongan kerjaya dengan izinNya.
Tanjung Piai, Pontian, Johor,
Justeru, pelbagai pengisian keusahawanan sosial akan senantiasa ditambah baik dan dikongsikan sebagai element teras di blog ini disamping aspirasi gaya hidup dan kekeluargaan agar ianya senantiasa mempunyai sentuhan peribadi dari hati diri ini untuk tatapan dan rujukan telus pembaca seluruhnya. Moga dipermudahkan demi manfaat masyarakat seluruhnya, in shaa Allah.
Akhir kata, Salam ceria Aidilfitri buat semua. Selamat Hari Raya dan Maaf zahir batin dari saya dan keluarga. Mudah-mudahan Allah swt senantiasa memberkati segala perkara yang kita semua usahakan dengan sepenuh keberkatan dan kejayaan di dunia dan akhirat… aamiin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

4 Thoughts to “Ekspresi Syawal Hari Raya Aidilfitri 2017”

  1. Selamat hari raya Khir & family.
    Maaf zahir & batin..

  2. Tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat tuan sekeluarga..

  3. Wah..TMJ dan keluarga memang humble kan.bangga jadi orang Johor. Selamat Hari Raya untuk abang Khir dan keluarga. Maaf zahir batin. Semoga blog terus sukses

  4. Selamat hari raya Aidilfiri.
    Bestnya terserempak TMJ.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.