Ekspresi Norma Baharu Aidilfitri 2020 – Tahun 2020 ini kita semua mula merasai pengalaman yang berbeza dari sebelumnya. Setiap cabaran serta perubahan yang berlaku ini menjadi sebahagaian norma baharu dalam kehidupan kita semua.
Setiap tahun apabila menjelang Aidilfitri, sudah menjadi kebiasaan bagi saya untuk mencoretkan serba sedikit ekspresi peribadi buat para subscribers dan pembaca blog seluruhnya. Namun kali ini, ia turut merasai perubahan norma baharu tersebut.
Secara umumnya, kita semua masih dalam tempoh PKPB semasa artikel ini ditulis. Kemeriahan menyambut Hari Raya juga tidak seperti kebiasaan. Kita pasti merasai pengalaman berbeza dari tradisi.

Norma Baharu Aidilfitri 2020
Pengalaman 1 Syawal di beberapa negara adalah antara norma baharu yang pernah dirasai satu masa dahulu. Begitu juga tradisi beraya di KL selama hampir 10 tahun dahulu disebabkan krisis kerjaya dan semasa menjaga arwah bapa sakit.
Syukurlah ahli keluarga dan saudara mara pun ramai di sini selain Johor. Rumah induk berkumpul saudara pun di KL. Maka perubahan menyambut 1 Syawal semakin tahun menjadi satu kebiasaan. Namun tahun ini tetap berbeza walaupun beraya di rumah.
Sepanjang Ramadan tahun ini, kami sekeluarga berpeluang bersama di rumah. Tiada undangan iftar mahupun buka puasa di luar. Anak pun tidak berbuka di kampus, tiada juga berbuka di rumah saudara, rakan mahupun di ‘R&R’ lebuhraya.
Tahun ini jimat ‘shopping raya’ selain belian online. Baju raya sama tahun lepas, hanya pakai pada pagi raya, solat sunat Aidilfitri dan bergambar… tengah hari, meetup video call saudara mara… makan pula semua ada, alhamdulillah.
Maka lengkaplah aktiviti 1 Syawal bagi tahun 2020 ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
Setiap yang baharu pasti ada cabarannya. Sama ada bermula dari ‘zero’ atau memulakan semula usaha dari negatif, jatuh bangun, untung rugi, ratusan atau jutaan ringgit… pasti ada jalan jika terus berusaha dan berharap kepadaNya.
Penghargaan terima kasih kepada semua klien, subscriber dan pembaca serta rakan industri atas kepercayaan dan sokongan. Norma baharu ini turut membuka lagi pelbagai ruang mengalas amanah untuk sama-sama terus menempuh cabaran.
Akhir kata, moga kita sentiasa dilindungai serta dipermudahkan apa jua aspirasi yang diusahakan dalam dugaan wabak dan kehidupan norma baharu. Stay safe!
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Baca lagi: Salam Ceria Hari Raya Aidilfitri 2019

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DIK KK N FAMILI….maaf zahir batin pengalaman beraya norma baru PKPB tetap terasa indahnya walau sederhana saja segalanya.
Betul tu kak.. yg penting silaturrahim dapat terus terjalin. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat kak PI sekeluarga. Maaf zahir dan batin 🙂
Melalui norma baharu ini suatu yang sangat besar dan berat dampaknya kepada kita semua.Boleh diiaratkan beli buku baru dan setiap halaman cuma perlu dicatat catatan khusus sahaja.Begitulah situasi sekarang.
Salam Lebaran 1441H.Maaf zahir danbatin untuk Tn sekeluarga.
Moga sentiasa diberi kemudahan dan dilancarkan setiap urusan kita semua mendepani norma baharu ini, in shaa Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga PC. Maaf zahir dan batin 🙂
Selamat Hari Raya Aidilfitri utk Khir & keluarga.
Maaf zahir & batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat Fidah sekeluarga. Maaf zahir dan batin 🙂
selamat hari raya Tuan dan keluarga..
Hari Raya Puasa pada tahun ini amat berbeza pada tahun-tahun yang sebelumnya
Mudah2an ada kebaikan berterusan buat kita semua.. aamiin. Selamat hari raya dan maaf zahir batin buat tuan juga 🙂
Puasa dan raya tahun ni memang berbezalah dari puasa dan raya tahun-tahun sebelum ni.
selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat tuan sekeluarga..
mmg rasa pelik je raya kali ni tp x de laa ketara sgt… ttp raya mcm biasa… yg penting dpt mkn hehehehe