Ekspresi Khir KhalidEkspresi 

Ekspresi Hujung Tahun Dan Arah Tuju 2019

Ekspresi Hujung Tahun Dan Arah Tuju 2019 – Sedar tak sedar, kita sudah berada dipenghujung tahun 2018. Tahun baru bakal muncul dan artikel ini menjadi penutup ekspresi peribadi tahun ini.

Artikel ini juga ditulis bersempena tarikh istimewa ulangtahun kelahiran. Justeru, saya mengambil masa petang yang terluang di lobi tatkala menunggu trafik reda untuk pulang. Tarikh 20 Disember 2018, bertambah lagi usia… syukur atas segala limpah kurnia Illahi. Terima kasih juga atas ucapan rakan-rakan di semua rangkaian… subhanallah walhamdulillah.

Biodata Khir Khalid, Blogger Malaysia,

Ekspresi Penghargaan Hujung Tahun 2018

Tahun 2018 meninggalkan kenangan dan pengajaran tersendiri. Sepertimana yang kita sedia maklum, aspirasi Malaysia Baru adalah salah satu ‘major event’ yang tercatat dalam sejarah tanah air tercinta.

Bagi diri ini dalam konteks pembangunan modal insan dan dunia digital juga perlu sentiasa ditambahbaik selaras kemampuan dalam memanfaatkan peluang industri yang tersedia.

Alhamdulillah, tahun 2018 juga menyaksikan portfolio baru bersama British Council Malaysia sebagai pengisian pemerkasaan modal insan. Selain itu, pengukuhan kerjasama institusi dan agensi sedia ada terus ditambahbaik walaupun ada antaranya perlu melalui proses penilian semula hasil perubahan Malaysia Baru. Semoga terus lancar dan dipermudahkan segalanya, in shaa Allah.

CEFR British Council Malaysia

Tidak ketinggalan juga dalam hubungan online sebagai platform perkongsian ilmu, pengukuhan kerjaya dan ukhwah maya. Setiap tahun pasti bertambah kenalan dan tahun ini juga tidak terkecuali.

Terima kasih buat rakan industri, rakan blogger, media online dan media mainstream atas pengalaman kerjasama dan ukhwah. Tidak lupa juga buat agensi dan institusi serta semua pihak terlibat atas kepercayaan yang berterusan. Semakin hari ia mendidik profesionaliti diri dalam menambahbaik realiti kerjaya dan industri digital.

Cenderahati blogger > https://aniesandyou.blogspot.com. Terima kasih! 🙂

Gerak Langkah Dan Arah Tuju 2019

Penghujung 2018 juga menjadi starting point bagi blog ini menaiktaraf kepada platform WordPress Self-Hosted demi komitmen kerjaya. Setelah lebih 2 tahun memerhati kaedah paling sesuai, ini adalah waktu terbaik selaras tuntutan industri.

Setiap sesuatu ada permulaannya, malah yang lama pun bermula dari ‘tidak tahu’ dan titik baru. Tahun ini adalah tahun mendalami pengetahuan digital dan memanfaatkan peluang sedia ada dalam memperkasa aspirasi keusahawanan dan pembangunan insan.

Btw… 2019, Kak Long bakal tamat Asasi Sains dan jika ada rezeki bakal melanjutkan pengajian selepas bekerja beberapa bulan. Abang Ngah bakal menduduki SPM dan Kak Cik pula PT3… Ucu je relax, tapi tak bermakna boleh leka dalam study.

Tahun 2019, seperti biasa… tanggungjawab sebagai bapa, suami, usahawan sosial dan seorang rakyat marhain perlu diteruskan.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan semua!

Related posts

9 Thoughts to “Ekspresi Hujung Tahun Dan Arah Tuju 2019”

  1. happy belated birthday… semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmatiNya selalu aminnn

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Terima kasih Anies.. aamiin 🙂

  2. semoga lebih maju jaya di tahun 2019 nanti..

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      In shaa Allah, sama2lah kita semua hendaknya. Terima kasih Pha Is.. aamiin 🙂

  3. AvatarZumal

    Selamat hari lahir sahabat. Semoga terus maju jaya yer.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Terima kasih sahabat.. aamiin 🙂

  4. Semoga 2019 ni membawa lebih kejayaan buat tuan sekeluarga. Dan semoga kejayaan tersebut memberi inspirasi pada semua. InsyaAllah.

  5. semoga yg baik2 sahaja utk 2019 ini…

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.