e-commerce dan marketplace, mana lagi bagus

eCommerce Dan Marketplace – Pemasaran digital sudah menjadi antara landasan penting bagi perniagaan, merangkumi pelbagai aspek komunikasi pemasaran digital dan media sosial, kempen dan promosi sehinggalah transaksi serta logistik pelanggan. Atas faktor tersebut, setiap perniagaan kini perlu memastikan kaedah yang kos efektif dan strategik agar selaras dengan tuntutan pasaran.

Membangunkan ‘kedai online’ juga sudah menjadi antara faktor penting sebagai landasan mencapai potensi pasaran terutamanya bagi pengusaha dan organisasi yang terlibat dalam pemasaran dan penjenamaan produk kepada pasaran pengguna. Malah kepentingan tersebut juga merangkumi para peniaga mikro, ejen jualan, mahu pun individu yang memulakan perniagaan secara sambilan sebagai sumber pendapatan tambahan untuk memiliki ‘kedai online’ sendiri.

Implikasi tersebut telah menyaksikan perkembangan pesat bisnes online. Kesan krisis pandemik juga menjadi faktor yang mempengaruhi keterbukaan masyarakat kini yang semakin sinonim dengan membeli belah secara online sebagai gaya hidup. Ia secara tidak langsung telah mengimarahkan lagi landasan digital dengan pengguna dan pelanggan yang semakin meningkat setiap hari sehingga hari ini.

eCommerce Dan Marketplace

Terdapat persoalan dikalangan pengusaha, organisasi perniagaan dan para peniaga online dalam memilih kesesuaian platform ‘kedai online’ tersebut agar ianya selaras dengan aspirasi perniagaan dan sasaran prospek pasaran. Oleh itu, artikel ini menjelaskan secara ringkas tentang potensi platform eCommerce dan Marketplace bagi membantu pilihan yang terbaik untuk perniagaan.

eCommerce (eDagang) merupakan pengembangan website yang boleh dibangunkan dan dimiliki oleh setiap perniagaan sebagai landasan rasmi. Melalui e-commerce, pengusaha boleh memaparkan barisan produk yang dipasarkan secara terus kepada prospek pelanggan yang berkunjung ke laman e-commerce tersebut. Ini bermaksud, setiap bakal pelanggan boleh meninjau setiap produk dan informasi yang dipaparkan, memilih serta melakukan transaksi pembelian diantara syarikat dan pelanggan secara terus tanpa melibatkan pihak lain.

Sesebuah laman e-commerce dimiliki oleh syarikat perniagaan itu sendiri. Maka ia melibatkan kos pembangunan dan penyelengaraan, sehinggalah pengurusan transaksi dan logistik dibawah pengusaha sepenuhnya. Bagi sesetengah peniaga online, laman e-commerce masih lagi dilihat sebagai bebanan menyelenggara dan mengurus sekiranya hasil pendapatan jualan masih belum di tahap yang utuh dengan pasaran yang masih tidak menentu.

Maka untuk terus bersaing menerobos potensi pasaran digital, Marketplace menjadi pilihan terbaik. Ia merupakan platform yang mengumpulkan para peniaga untuk berniaga kepada pasaran pelanggan sedia ada. Antara Marketplace yang menjadi pilihan di Malaysia adalah Shopee, Lazada, Carousell, Mudah.My serta beberapa lagi yang mempunyai kredibiliti pengguna dan pelanggan dalam talian.

Oleh itu, melalui video ini saya mengupas lebih lanjut tentang eCommerce dan Marketplace dalam konteks pemasaran dan potensi perniagaan era digital kini.

Marketplace menyediakan peluang kepada para peniaga mikro sehinggalah organisasi perniagaan untuk membina ‘kedai online’ secara percuma dalam menerobos potensi pasaran digital. Caj komisyen hanya akan dikenakan kepada ‘seller’ bagi setiap produk yang berjaya dijual.

Justeru, mengenali potensi eCommerce dan Marketplace dapat membantu setiap perniagaan memilih platform yang bersesuaian atau membangunkan kedua-duanya dalam memperkukuh capaian pelanggan. Ia juga amat membantu dalam memperkukuh kredibiliti perniagaan dan penjenamaan dalam arus persaingan digitalisasi era Internet Kebendaan kini. 

Baca lagi: Strategi Pemasaran Digital Yang Perlu Anda Tahu 

One Thought to “eCommerce Dan Marketplace, Platform Mana Lagi Bagus?”

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.