ECERDC ERLPendidikan 

ECERDC Dan MRL Jalin Kerjasama Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar ECER

Penguasaan Bahasa Inggeris merupakan medium komunikasi penting dalam memperkasa kemajuan dan pembangunan sosioekonomi negara yang mampan dalam era globalisasi kini.
Atas aspirasi tersebut, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah menjalinkan kerjasama dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) untuk membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menerusi satu inisiatif yang akan memberi manfaat kepada lebih 1,350 pelajar di 49 buah sekolah di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada tahun 2018.
Kerjasama ECERDC dan ERL tingkat penguasaan Bahasa Inggeris ECER,

Kerjasama ECERDC Dan ERL Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris ECER

Inisiatif penggunaan Bahasa Inggeris ini akan bermula pada Mac tahun ini di sekolah-sekolah rendah yang menyertai Program Latihan Akademik empower ECER yang dilaksanakan oleh ECERDC.
ECERDC dan MRL akan bekerjasama menganjurkan pelbagai aktiviti seperti ‘Boot Camp’ Bahasa Inggeris bagi membolehkan murid-murid menguasai Bahasa Inggeris dengan cara pendekatan yang menyeronokkan serta interaktif, terutamanya kepada mereka yang lemah dari segi akademik dan datang daripada keluarga kurang berkemampuan.
Agensi-agensi terbabit ini juga akan menaiktaraf kemudahan di sekolah-sekolah terpilih melalui penyediaan projector LCD dan bahan bacaan, serta kerja-kerja menaiktaraf bilik darjah.
Negeri Terengganu akan menjadi penerima manfaat terbesar bagi inisiatif ini, dengan penglibatan 23 buah sekolah berdekatan stesen ECRL yang bakal dibina di Kampung Raja, Telaga Papan, Kuala Terengganu, Pengkalan Berangan, Dungun, Kemasik dan Chukai. Negeri Pahang dan Kelantan pula
masing-masing mempunyai 13 sekolah yang menyertai program ini.
MoU ECERDC dan MRL tingkat penguasaan Bahasa Inggeris pelajar ECER,
Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, YBhg Datuk Seri Jebasingam Issace John dan Ketua Pegawai Eksekutif MRL, YBhg Dato’ Sri Darwis Abdul Razak,  telah diadakan di Dataran Shahbandar semasa Majlis Penutupan Ekspo Terengganu 2018.
Majlis Turut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman sempena lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke Terengganu.

Komitmen ECERDC Memperkasa Pembangunan Sosioekonomi ECER

Program Latihan Akademik empower ECER telah dilaksanakan oleh ECERDC dengan kerjasama rakan-rakan strategik sejak 2010 di 29 lokasi di ECER. Inisiatif pembangunan modal insan ini menyasarkan pelajar berprestasi rendah daripada keluarga berpendapatan rendah.
Ia memberi tumpuan kepada subjek akademik teras, kursus motivasi dan kepimpinan dan telah memberi manfaat kepada lebih daripada 51,400 pelajar di ECER setakat akhir tahun 2017.
Pada majlis yang sama, ECERDC turut menyerahkan Surat Komitmen (Letter of Commitment) kepada Menteri Besar Incorporated (MB Inc.), pemaju induk Lembah Silika (Silica Valley) untuk membuat kerja-kerja infrastruktur bagi pembangunan taman ekoperindustrian.
Kerjasama ECERDC dan MRL tingkat penguasaan Inggeris pelajar ECER,
Sebanyak 15 pelabur akan terlibat dalam pembangunan Lembah Silika, kawasan pembangunan baru seluas 4,000 hektar di daerah Marang yang akan memberi tumpuan kepada industri mineral dan tenaga boleh diperbaharui, serta projek perumahan dan komersil yang akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Terengganu.
Tumpuan saksama yang diberkan ECER kepada Ekonomi Modal (Capital Economy), seperti yang dapat disaksikan melalui lonjakan pelaburan swasta dan peningkatan kesejahteraan rakyat, telah menjadi ‘game changer’ kepada Wilayah ini dalam tempoh 10 tahun.
Sebagai tanda simbolik memperingati sambutan ulang tahun ke-10 ECERDC tahun ini, Dato’ Sri Najib telah menyertai upacara memotong pulut kuning di Ekspo Terengganu 2018.
Kerjasama ECERDC dan ERL tingkat penguasaan Bahasa Inggeris ECER,
ECERDC telah mengambil bahagian dalam EKSPO Terengganu 2018 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu selama seminggu untuk mempamerkan projek dan program ECER sepanjang sedekat yang lalu termasuk Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) dan Akuapolitan Kuala Nerus.
Antara tumpuan utama termasuk kisah kejayaan peserta program empower ECER, entrepreneur ECER dan TERAJU@ECER, serta pameran produk makanan, minuman dan kraftangan.
Pelbagai aktiviti lain dan sesi penerangan ringkas (pocket talks) telah dianjurkan oleh rakan strategic ECERDC seperti SIRIM, Maybank dan Agrobank untuk bakal usahawan yang berminat mempelajari lebih lanjut mengenai bimbingan dan latihan yang disediakan, serta bantuan kewangan dan pembangunan produk yang ditawarkan melalui program entrepreneur ECER.
Pada masa yang sama, lebih daripada 10 peserta program pembangunan modal insan ECERDC dari kawasan sekitar turut membuka gerai dan menjalankan aktiviti seperti demonstrasi memasak dan menghias kek.
Baca lagi:

Related posts

5 Thoughts to “ECERDC Dan MRL Jalin Kerjasama Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar ECER”

  1. Meningkatkan sosioekonomi dan menambah baik kualiti modal insan dengan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

  2. ada yg penah ckp, jepun tu xperlu pn BI tp boleh je ekonomi diorg berjaya? aiiiiknape nk bandingkn dgn yg lain sedangkn yg dpn mata belum betul sepenuhnya…

  3. Tahniah ! Semoga penguasaan bshssa inggeris dalam kalngan rakyat pnatai timur
    Bertmbah selepas ini. Visit https://www.ketamkecil.com/kurangkan-sakit-senggugut-supaya-tak-perlu-ambil-mc-setiap-bulan/

  4. Bukanlah nak kata Bahasa kita tidak penting, tapi penguasaan Bahasa Inggeris juga perlu untuk terus melangkah maju.

  5. Kuasai Bahasa Inggeris sememangnya memberikan extra kelebihan untuk berjaya terutamanya di dalam bidang ekonomi peringkat antarabangsa.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.