ECER Terus Pacu Pertumbuhan Inklusif, ECERDC,Keusahawanan 

ECER Terus Pacu Pertumbuhan Saksama Dan Inklusif

ECER Terus Pacu Pertumbuhan Saksama Dan Inklusif – Baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menegaskan komitmen dalam pelaksanaan pelbagai projek dan program di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Ia bagi mengekalkan pertumbuhan sosioekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di wilayah ini selaras aspirasi Malaysia dalam pembangunan saksama, inklusif dan mampan di seluruh negara.

Strategi ECERDC diteruskan berdasarkan keberkesanan projek-projek dan program-program dalam meningkatkan tahap pendapatan serta status sosioekonomi, khususnya menerusi program pembangunan modal insan. Ia setakat ini telah memberi manfaat kepada lebih 90,000 individu, sekaligus membantu memastikan pembangunan wilayah seimbang dan agihan kekayaan yang saksama. Pada masa yang sama, program-program ini juga akan menyokong pelaburan swasta menerusi pembangunan pekerja mahir dan usahawan.

ECER Terus Pacu Pertumbuhan Inklusif, ECERDC,

ECER Terus Pacu Pertumbuhan Saksama Dan Inklusif

ECERDC telah mengadakan mesyuarat Majlis di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Sempena mesyuarat, Majlis telah meluluskan pelbagai program dan projek infrastruktur utama bagi memastikan negeri-negeri Pantai Timur akan terus mengekalkan pertumbuhan sosioekonomi.

Turut hadir, Menteri Kewangan Tuan Lim Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Kelantan Dato’ Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Terengganu Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar dan Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Menurut En. Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC; “Dengan memanfaatkan pertumbuhan sosioekonomi positif yang berjaya dicapai setakat ini, ECERDC akan terus meneraju pembangunan sosioekonomi Wilayah ini ke fasa seterusnya sebagaimana digariskan dibawah Pelan Induk ECER 2.0. Kami akan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi memudahkan pelaksanaan projek infrastruktur pemangkin, meningkatkan usaha menarik dan merealisasikan pelaburan swasta serta melaksanakan program pembangunan modal insan yang holistik di ECER.”

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa ECERDC atas nasihat dan bimbingan mengenai hala tuju strategik pertumbuhan sosioekonomi yang saksama dan inklusif di ECER. Projek dan program yang digariskan dibawah Pelan Induk 2.0 akan memastikan pembangunan wilayah yang seimbang, selaras Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11” – En. Baidzawi Che Mat.

empower ECER, Program Pembangunan Modal Insan,

Pembangunan Modal Insan ECER Selaras Pelan Induk 2.0

Pembangunan modal insan kekal salah satu program utama sebagai sebahagian strategi mencegah kemiskinan di ECER. Dalam tempoh 2 tahun akan datang, program-program ECERDC yang dilaksanakan khusus bagi rakyat dijangka akan memberi manfaat kepada 43,900 individu terutamanya isi rumah B40 dan luar bandar.

Ini termasuk 18,900 pelajar berprestasi rendah dari keluarga berpendapatan rendah, 6,000 dewasa dan belia dari kumpulan B40, 600 graduan menganggur dan 4,800 usahawan mikro dan kecil menerusi program yang direka khusus seperti empower ECER, entrepreneur ECER serta Program Peningkatan Graduan ECER (ETEP).

Antara tahun 2019 dan 2020, ECERDC menyasarkan menarik pelaburan swasta tambahan RM17 billion dan merealisasikan sebanyak RM15 billion bagi mewujudkan 31,000 peluang pekerjaan baru untuk warga tempatan. Pertumbuhan pelaburan yang disokong program pembangunan usahawan dan bakat dibawah ECERDC juga dijangka mewujudkan peluang perniagaan bagi 11,000 usahawan tempatan.

Pada akhir tahun 2018, ECER telah berjaya menarik pelaburan swasta sebanyak RM113.5 billion, melebihi sasaran pelaburan tahun 2020. Hasilnya, lebih 111,703 peluang pekerjaan dan 9,888 peluang perniagaan telah berjaya diwujudkan untuk penduduk tempatan daripada pelaburan komited dan daripada jumlah yang telah dibawa masuk, sebanyak 52% telah direalisasikan.

Selain itu, pelbagai projek infrastruktur dan jalan raya juga telah diluluskan. Projek-projek utama bakal disiapkan tahun ini termasuk jambatan angkat ikonik di Pusat Bandar Kuala Terengganu, Menara Teruntum dan peluasan Pelabuhan Kuantan di Pahang.

Sektor Perniagaan Tani ECER

Selain sektor pembuatan dan pelancongan, sektor Perniagaan Tani di ECER turut memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi luar bandar sebagai salah satu pemacu ekonomi utama ECER. Sektor ini berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM145.3 juta setakat tahun 2018 dan memberi manfaat kepada warga tempatan terutamanya masyarakat Orang Asli dan para peladang dengan mewujudkan lebih 426 peluang pekerjaan serta melahirkan seramai 189 usahawan tani.

Kejayaan sektor perniagaan tani di ECER berkait rapat dengan Model Syarikat Induk ECER yang dipacu sektor swasta. Para pelabur berkelayakan dilantik oleh ECERDC untuk membuat pelaburan, mengendali dan menguruskan keseluruhan rantaian nilai bermula daripada pengurusan ladang hingga pemprosesan, pengagihan dan pemasaran.

ECERDC pula menyediakan infrastruktur asas dan kemudahan insentif cukai, manakala pihak Kerajaan serta agensi-agensi Persekutuan dan Negeri membantu menguruskan peruntukan tanah untuk projek-projek yang diusahakan.

Baca lagi, jurnal lawatan kerja;

Jambatan Angkat KTCC Mercu Tanda Ikonik Baru Terengganu.

Related posts

11 Thoughts to “ECER Terus Pacu Pertumbuhan Saksama Dan Inklusif”

  1. AvatarPerdu Cinta

    Moga apa yang dirancang demi kebaikkan rakyat tersasar dan negara dipermudahkan dan membuahkan hasil sebaiknya.InshaAllah.aamiin.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      In shaa Allah mudah2an.. itulah yg diharapkan dan terus dilaksanakan.

  2. Projek yg memberi manfaat kpd rakyat eloklh diteruskan demi kebaikannya

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul tu.. lebih ramai rakyat yg beroleh manfaat dan berjaya, lebih sejahtera negara, in shaa Allah.

  3. tertarik dengan penutup ini “agensi-agensi Persekutuan dan Negeri membantu menguruskan peruntukan tanah untuk projek-projek yang diusahakan.” Isu tanah selalunya sedikit sebanyak mengganggu kelancaran perjalanan atau pelaksanaan sesuatu program atau projek pembangunan. Kerjasama padu Persekutuan dan Negeri amat perlu dalam hal ini kerana akhirnya yang paling penting adalah manfaat sampai dan berjaya dinikmati oleh golongan sasar.

    Tahniah bang khir atas penerbitan artikel ini.
    (p/s: bila tukar wordpress? nampak sangat saya lama tak berkunjung ke sini..he he)

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Alhamdulillah.. baru je sekitar hujung tahun lepas sy bertukar wordpress hehe.

      Betul tu Ct.. isu tanah ni selalu jadi isu perbualan juga dan mudah2an dgn kerjasama sebegini dpt memudahkan lagi segala perancangan dpt direalisasikan dan tercapai matlamat yg disasarkan.

  4. tp mcm mn plak dgn pembatalan ECRL tu? kalau diteruskan pasti lbh rancak ECER ni

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Klu dilihat perkembangan terkini lebih bnyk difokuskan kpd pemerkasaan modal insan dikalangan rakyat berbanding projek-projek mega infrarakyat.. tp klu diteruskan bagus juga kan.

  5. semoga negeri2 di pantai timur semakin maju dan masalah jurang ekonomi dan kemiskinan dapat dikurangkan.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Itulah yg diharapkan, in shaa Allah mudah2an… btw, bila baca terasa juga nak pindah terengganu, kot2 ada bisnes baik leh join partner hehe 🙂

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.