Dugaan Itu Pintu Kejayaan

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Di sebalik setiap dugaan yang kita semua hadapi, sebenarnya terselit kejayaan yang bakal kita perolehi sekiranya kita menanganinya dengan baik, sepenuh pengharapan dan penyerahan dengan doa kepada Allah swt. Doa, usaha, tawakkal dan istiqamah kepada Nya.

Dugaan menjadikan seseorang itu tabah dan dewasa akalnya untuk menempuh kehidupan. Menjadikan seseorang itu sentiasa bermuhasabah dan mengenal pasti kelemahan diri seterusnya menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan.

Kredit gambar – motivasi-islami.com

Ingatlah, apabila kita melalui setiap dugaan yang diberikan dengan sabar dan redha, itulah kejayaan sebenar yang tidak ternilai. Satu kejayaan yang telah mengembalikan kita kepada Pencipta.

Dugaan itu satu pintu kejayaan. Janganlah kita berputus asa dan terjerumus dengan tipu daya syaitan… Allahuakbar.

Salam Hormat, Salam Berkat.

posted from Bloggeroid

Related posts

50 Thoughts to “Dugaan Itu Pintu Kejayaan”

  1. terfikirkan permasalahan ika dan keluarga bila baca entri khir ni, semuanya ika dah fikirkan dah buat seperti yang khir nyatakan dalam entri ni, tapi satu je, redha. Ika masih tak mampu redhakan apa yang mereka2 buat pada keluarga ika. Berdosakah diri ni tak redha?? hmmm

    1. Dugaan tu menandakan yg Allah sentiasa sayangkan kita.. redha dari diri kita ttg sesuatu masalah itu mmg penting. Kdg kala ia diakui mmg amat sukar… sbg contoh, mmg kdg2 sukar utk kita terima kematian seseorang yg kita syng.. disitu letaknya redha. Redha ni mmg perlu didik.. peringatan buat diri saya juga. Semoga dikurniakan Allah pertolongan & jalan kejayaan buat ika.. aamiin.

    2. )mungkin bukan sekarang, mungkin akan datang, semuanya bergantung pada masa, mungkin 🙂 terima kasih khir!

  2. tak pernah kenal erti putus asa..kita akan brusaha selagi termampu..salam Jumaat en.khir.klik2 jumaat 😉

  3. hasbunallah wanikmal wakeel…

  4. alhamdulilah.. satu perkongsian di pagi jumaat yang sgt bagus tuan..

  5. selalu minta pada Allah untuk diberikan kesabaran.. kerana kadang-kadang yer lah manusia ni kan,, tak semuanya perkara boleh sabar.. tapi bila kit sabar.. kita rasa nikmat tu..

  6. xde hidup yg xde dugaan..dugaan semua org xsama..salam jumaat KK 🙂

  7. Salam Jumaat En.Khir, hidup tu mmg perlu ada dugaan..sbb dugaan tu yg mematangkan kita.. nice sharing utk hari jumaat yg mulia ini:)

  8. betul tu khir.. hadapilah dugaan dengan hati yang redha.. hanya kepada Allah tempat kita meminta.. selagi kita diuji, itulah sebenarnya menunjukkan Allah menyayangi kita kerana kita hanya diuji setakat mana yang kita mampu tanggung.. bagus perkongsian ini khir.. salam jumaat.. isi tabung semua churp2, nanti aiza datang lagi..

  9. AvatarAnonymous

    dugaan juga ujian..terima dengan tabah,kerana Dia tak akan menduga sesuatu lebih dari kemampuan kita..

  10. sabar kena ada, sebab itulah yang mematangkan kita, sentiasa redha dengan stp apa yang berlaku, sperti kata khir setiap kesulitan itu pasti ada terselit satu kejayaan..salam jumaat khir.~

  11. demi Allah aku x kuat.. tapi kerana Allah aku harus kuat 🙂

  12. terima kasih abg khir. betu kata @ain diyana, SEsungguhnya aku tak kuat tapi aku harus kuat kerana allah, suamiku dan keluarga. terima kasih atas motivasi ini memberi saya nafas untuk berkata " ya allah ..terima kasih atas ujian ini, sesungguhnya pengorbanan suami ku terllau besar untuk ku"

  13. semoga kita sentiasa memperolehi pertolongan dariNya.. amiinn.. salam jumaat en.khir.. 🙂

  14. Dalam hidup…dugaan itu adalah satu semangat

  15. harini saya kurang bersemangat di ofis gara-gara seorang pekerja yang berlagak seperti samseng kampung dusun..sabor ajelaa..

    1. Hehee.. peminat Shariff Dol tu dia.. Sabar je lah.. 😀

  16. In shaa Allah.. cuba dan terus mencuba.. segala Allah masih mengurniakan kudrat ini

  17. Alhamdulillah..betul tu En.khir..Tq atas perkongsian yg bermanfaat ini..

  18. betul tu kir..untuk berjaya kita kena menjalani ujian dan dugaan tu merupakan sebahagian daripada ujian..andaikata kita mampu mengharunginya dengan baik insyallah kita akan berjaya…

    Regards,
    -Strider-

  19. setuju sangat …. dugaan itu pintu kejayaan…..

  20. harapnya macam tu lah. kena tabah je sekarang ini.. 🙂

  21. In Shaa Allah.. ujian dan dugaan krana kasih sayang Allah maka jangn pnah bputus harap darpda rahmatNya,,

  22. Terima kasih perkongsian ni bro Khir. Peringatan untuk diri. 🙂

  23. terima kasih Khir, bila baca entri khir ni, seperti merenung diri sendiri.. hope teman pun kuat diatas dugaan yang datang.. yea! kita kena kuat kan! jangan mengalah.. =)

  24. Setuju dengan Saudara Khir…… tanpa dugaan manusia akan jadi alpa….. salam jumaat … 😀

  25. Thanks Khir..saling ingat mengingati. Setiap manusia di dunia ini x sunyi dari dugaan hidup. Hanya iman menjadi pedoman.

  26. pelbagai dugaan yg allah turunkan.. utuk menguji hambanya.. pelbagai cara syaitan cuba utk memujuk rayu spaya manusia sesat..semoga kita dijauhkan dgn dugaan sebegitu..terima kasih ats pkongsian bro khir 🙂

  27. Hidup tanpa dugaan…itu bukan manusia namanya. Tanpa dugaan kita akan tersesat dan terlalai. Bersyukurlah bila ditimpa dugaan…kerana itu tandanya Allah sayang kita. Bersabar, berusaha dan berdoa…

  28. bersyukurlah kerana kita diuji oleh Allah.. itu bukti kasih sayang-Nya kepada kita.. menabung 2 kali ikea..

  29. suka sharing abg nie thanks yea

  30. sampai sekarang masih belum berhenti dugaanNya pada deno… tp deno tahu setiap dugaan ada hikmah di sebalikNya 🙂

  31. "Di setiap kesusahan ada kemudahan, Di setiap kesusahan ada kemudahan"…semoga kita sentiasa bersabar menghadapi segala dugaan…

  32. Moga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat…Kalau takde dugaan dalam hidup,kita tidak akan kenal apa itu kejayaan..

  33. Datang bw sini berbalas kunjungan, siap follow, slm knal..

    1. T kasih Asmar.. Salam ukhwah.. 🙂

  34. So true Khir…salam sabtu!!!

  35. Hidup tanpa dugaan pun tak best jugak,boleh buat kita leka dan malas berusaha ye tak.bila dtg dugaan tu mulalah berusaha utk yg terbaik,ketika tu juga kita mula kembali berdoa dan mengingati pencipta.bg yg lemah imannya akan anggap dugaan tu tidak adil kpdanya,mulalah cuba nk bunuh diri pulak.sedar dgn tdk je,dugaan tu tanda kasih allah pada hambanya.allah tdk akan menguji hambanya di luar kemampuan kita.sabar,berusaha dan bertawakal kpdanya kunci utama menempuhi dugaan yg tiba.

  36. kehidupan tanpa dugaan ibarat makanan tanpa garam..kdg2 dugaan ni la buat kita jadi kuat..sentiasa istiqamah..thanks share khir.. 🙂

  37. apabila kita gagal jangan terus mengalah.. sebaliknya jadikan ia sebagai kekuatan untuk kita bangun semula.. dan pada ketika itulah kita akan merasai betapa manisnya kejayaan 🙂

  38. stiap dugaan tu Allah beri sbb Dia sygkan kita..InsyaAllah, setiap ujian yg diberikanNya boleh dilalui oleh kita..

  39. Ya, Allah SWT menurunkan dugaan itu sebagai ujian untuk menguji kesabaran dan ketaatan hamba-Nya kepada-Nya.

  40. kita mintak Allah jadikan kita kuat, dan Dia turunkan ujian, spaya bila kita melepasi ujian tu, kita bertambah kuat..

  41. ada kemanisan dari ujian yang di hadirkan

  42. dugaan tanda Allah syg… 🙂

  43. Allahuakbar… Terima kasih atas peringatan.. 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge