Nippon Paint AYDA 2019 Award Ceremony - Sharifah Binti Mohamed, Gold Winner, Interior Design category & Tien Jun Xiang, Gold Winner of the Architecture category

Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA) anjuran Nippon Paint Malaysia Group dengan kerjasama IJM Land Berhad baru-baru ini telah menobatkan 2 pelajar sebagai pemenang AYDA 2019.

Tahun ini, Tien Jun Xiang dari UCSI University and Syarifah Binti Mohamad dari City University Malaysia telah memenangi kedudukan Gold Winner dalam kategori Senibina dan Rekabentuk Dalaman. Masing-masing turut menerima wang tunai bernilai RM5,000.

Kedua-dua pemenang juga akan mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat rantau Asia dalam Asia Young Designer Summit di Vietnam pada 11 hingga 14 Mac 2020.

Forward: A Sustainable Future

AYDA 2019 bertemakan ‘Forward: A Sustainable Future’, memangkin cabaran kepada pereka generasi muda dengan konsep yang mengutamakan elemen kelestarian sosial dan masyarakat.

Pemenang AYDA 2019, Tien dan Syarifah melayakkan mereka bersaing dengan para peserta dari 15 negara rantau Asia untuk memenangi anugerah berprestij Asia Young Designer of the Year 2019/20.

Pemenang juga bakal berpeluang menyertai program Design Discovery yang ditaja sepenuhnya selama 6 minggu di Harvard Graduate School of Design di Boston, USA.

Asia Young Designer Award 2019 (AYDA)

Asia Young Designer Awards (AYDA)

AYDA merupakan platform pertandingan mencungkil bakat potensi dan pembelajaran kepada generasi muda Arkitek dan Rekabentuk Dalaman yang kini memasuki tahun ke-12.

Ia telah berkembang sebagai platform berprestij dengan sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Institut Arkitek Malaysia (PAM), Real Estate and Housing Developers’ Association Youth Malaysia (REDHA Youth), Malaysia Green Building Confederation (MGBC), Construction Industry Development Board (CIDB) dan Malaysian Institute of Interior Designers (MIID).

Info lanjut: Asia Young Designer Awards.

Baca lagi: Pelancaran Tema Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA) 2019

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.