Dua Kosong Satu Tiga

Dua Kosong Satu Tiga
Ku atur siasah rangkaian nyawa
Ku himpun jejak karya cipta
Menyatu rumpun jiwa dan raga

Dua Kosong Satu Tiga
Antara kerjaya dan penglipur lara
Semarak hasrat mengasah cita
Luahan kasih semesta maya

Dua Kosong Satu Tiga
Detik berganti deras berlari
Muncul pergi tiada dirasa
Hanya memori setia disisi 

Dua Kosong Satu Tiga
Lembaran baru suara tinta
Moga tiada timbul sengketa
Agar hidup bertambah jaya

Dua Kosong Satu Tiga
Rentak irama rona dan warna
Moga usaha terlewat tiada
Kehadrat Illahi ku serah segalanya

-Khir Khalid

Related posts

6 Thoughts to “Dua Kosong Satu Tiga”

  1. Ilham inspirasi dan harapan #2013

    1. Moga cita & hajat tercapai.. amin

  2. Avatarkopi pasta

    tak faham…puitis sangat. aku main agak ni mesti berkaitan dgn azam kan?

    1. Ya.. Keazaman dengan penuh harapan. Moga #2013 menjadi tahun yg lebih gemilang serta penuh keberkatan. Tq

  3. bagus..sumber inspirasi..nie poet terbaik nie..:-)

  4. Moga inspirasi mmberi kekuatan jasad & jiwa.. amin. Tq

Leave a Comment

CommentLuv badge