Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji-pujian tertentu kepada Allah swt yang sesuai dengan Kebesaran dan KeagunganNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, kaum keluarganya, para sahabat serta para pengikut sahabatnya dari masa ke semasa hinggalah ke hari kiamat.

Blog KhirKhalid.com ini adalah kesinambungan daripada blog KhirKarya dan KhirWords bagi memenuhi hasrat hati agar dapat aku abadikan segala perspektif dan realiti dalam penglibatan kerjaya dan ekspresi peribadi sebagai penghargaan, portfolio dan berkongsi nilai tambah yang bermanfaat.

Mudah-mudahan ia terus menjadi sumber inspirasi, panduan serta landasan dalam melonjakkan lagi penglibatan kerjaya berdasarkan perspektif nukilan-nukilan yang ada.

Akhir kata, semoga laman ini dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan pembaca.

Salam Hormat

-Khir Khalid

One Thought to “Prakata Pembuka Langkah”

  1. Cetusan Minda

    insha Allah , niat itu akan dipermudahkan … alhamdulillah , rezeki kk . shell lovemyride festival keluar lak …

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.