Dialog Penjara Sejahtera RTM 1
Dialog Penjara Sejahtera RTM 1 – Pada 29 Januari 2014, saya telah dijemput hadir dalam rancangan Dialog TV1 yang membincangkan tentang Konsep Penjara Sejahtera. Ia bersiaran secara langsung pada jam 10:00 malam di Wisma Angkasapuri RTM.
Dialog Penjara Sejahtera di RTM1, Jabatan Penjara Malaysia

Matlamat Dialog Penjara Sejahtera Di RTM 1

Matlamat Dialog RTM 1 ini bertujuan memberi penjelasan kepada masyarakat tentang hasrat dan matlamat Jabatan Penjara Malaysia dalam merealisasikan konsep Penjara Sejahtera ke arah kesejahteraan masyarakat dan negara. Acara yang berlangsung selama 1 jam ini memaparkan interaksi dari pelbagai pihak yang menyuarakan pandangan terhadap isu tersebut. Saya juga bersyukur kerana tidak terkecuali berpeluang memberi pandangan berdasarkan persepsi peribadi.

Adalah perlu untuk semua memahami bahawa konsep Penjara Sejahtera ini adalah usaha kebaikan, kebajikan dan penerapan modal insan kepada penghuni penjara agar mereka insaf dan dapat kembali ke pangkuan masyarakat menjadi insan yang berguna apabila dibebaskan. Ia juga merangkumi aspek kebajikan, disiplin serta integriti kakitangan seluruh anggota Jabatan Penjara Malaysia agar dapat melaksanakan amanah tugasan dengan lebih berkesan. Selain itu, penerimaan masyarakat juga memainkan peranan penting dalam memberi ruang serta peluang kedua selepas penghuni itu dibebaskan agar matlamat ini dapat dijayakan sepenuhnya.

Suasana Sewaktu Dialog Penjara Sejahtera Sedang Bersiaran

Dialog Penjara Sejahtera di RTM1, Jabatan Penjara Malaysia
Suasana sebelum Dialog bermula
Dialog Penjara Sejahtera di RTM1, Jabatan Penjara Malaysia
Antara para tetamu yang hadir dari Maktab Penjara Malaysia
Dialog Penjara Sejahtera di RTM1, Jabatan Penjara Malaysia
Gambar yang dirakam oleh sepupu aku… seriusnya huhu.. 😀

Pandangan Terhadap Konsep Penjara Sejahtera

Saya berpendapat, konsep Penjara Sejahtera sememangnya perlu difahami dan diterima oleh seluruh lapisan masyarakat. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan jenayah atau kadar residivis iaitu kemasukan semula bekas penghuni ke penjara kerana keterlibatan kembali dalam kancah salahlaku jenayah atau dadah disebabkan tekanan kehidupan atau stigma masyarakat yang negatif.

Dialog Penjara Sejahtera di RTM1, Jabatan Penjara Malaysia

Gambar kenangan bersama pegawai Jabatan Penjara Malaysia,
pengacara Dialog dan blogger Nur Misnan
Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak langsung mahu memandang isu ini kerana dirasakan tidak releven dengan kehidupan serta kejayaan yang sedang dikecapi. Sememangnya berhati-hati itu perlu, namun memberi peluang kedua itu juga satu amalan yang amat mulia. Bayangkanlah jika keburukan atau musibah seperti ini menimpa diri sendiri atau ahli keluarga yang dicintai. Sesungguhnya, qada’ dan qadar serta ujian kehidupan ini hanya Allah s.w.t yang menentukan… fikir-fikirkanlah…
Artikel berkaitan :

46 Thoughts to “Dialog Penjara Sejahtera RTM 1”

  1. Fizi Zaidi

    masyarakat memandang serong kepada bekas banduan..ada sesetengah tu terus dilebel penjenayah, walaupun dah lama keluar dari penjara…

    apa pun syabah buat bro khir,..terusakan usaha ini.

  2. memmet lenggeng

    Memang tidak ada manusia yg mahu jadi banduan. Sukarnya menjalani kehidupan selepas itu. Semoga selepas menjalani hukuman mereka akan berubah

  3. Anonymous

    bekas banduan juga layak mendapat tempat dalam masyarakat,tambahan sepanjang dalam tahanan bertahun-tahun,banyak kemahiran yang para banduan tersebut belajar .

  4. setuju.perkara macam ni sepatutnya perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat 🙂

  5. Akeyla Azmi

    Wow!!!!
    Piwitttt 😀
    hehehehe. Betul, orang ramai buat dek je. Tapi cik khir mueheheheh 😀
    Congrats and inshaallah 🙂
    Betul sangat2 dah tu. Jgn ah bersangka buruk je kan? Hehe. Berilah mereka peluang kedua 😉

  6. Syabas saudara Khir…usaha mcm mmg patut di ketengahkan utk pengetahuan umum…

  7. Mardiah Diana

    Assalamualaikum dan salam singgah ahad…tahniah atas usaha yang laksanakan…semoga akan terus berusaha dan berjaya…

  8. Smartan Dad

    This is a good effort and should be published to all media.

  9. x semestinya dia jahat selamanya ,masyarakat terima la dgn baik bekas banduan..

    insya-Allah, dia rasa lebih bersemangat untuk berubah 🙂

  10. Raudzah Z

    kenapa tak bagitau awal program ni khir..kalau tak boleh tonton and bagi komen..he..he..Nway sesuatu yang berbeza memerlukan waktu. So kalau ramai yang tak dapat terima usah berputus asa. Kita semuakan dah dibiasakan diri dengan watak banduan dan implikasi..so its not easykan..

  11. wahhhh sweetnya… moga maju jaya ya khir. terbaik lah ni. pendedahan yang cukup mencerahkan pandangan orang sekeliling tentang banduan.

  12. Norhasniza Khalid

    waahh.. hebat sahabat blogger daku, mama tumpang sekaki nih.. hihi 🙂

  13. salam en.khir.. lama tak mengomen disini.. waahh.. tahniah ye.. sayangnya terlepas menonton.. :))

  14. Muhammad Taufiq

    Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com 🙂

  15. Cheq Eem

    usaha yang bagus saudara khir.. dah melangkah setapak di media elektronik pula sekarang nie… hehe… harap usaha ini dapat diperluaskan lagi… semoga berjaya…!!

    p/s: dah boleh jadi artis blogger sebab keluar tv… 😀

  16. bagus sekali.. seharusnya di perbanyakkan lagi

  17. Perlu diperluaskan lagi maklumat pasal pnjara sejahtera ni dlm klgn msyrkt…

  18. Terlepas nak tengok. Tp program macam ni dapat buka mata banyak pihak (Y)

  19. baik program mcamni. Kalau tanya saya, memang saya takut nk dekat dengan banduan. Tapi, sebagai masyarakat, mereka juga seperti kita. Ada hati, ada perasaan. Manusia yang sentiasa khilaf. Jangan kita buang mereka. Terbaiklah program macamni. Tahniah abg khir

  20. yang penting bro khir msuk tv ya..pkara yg bermanfaat harus dkongsikan bsama 🙂 hebat bloggger !!

  21. Suatu usaha murni tuan…tahniah 😉

  22. * OZIE MAHSA

    setiap perkara yang membawa kebaikan, harus diteruskan. usaha yg baik dan iklas, insyaallah….akan dipermudahkan oleh Allah….

  23. Persepsi masyarakat terhadap banduan masih belum banyak berubah. Mereka tersisih dan dihina…ini membuatkan mereka kembali terjebak kedalam masalah sosial dan jenayah. Kempen, dialog dan penerangan sebegini perlu selalu diadakan agar dapat menyedarkan dan merubah pandangan masyarakat. Semoga ianya berjaya dan berhasil mencapai matlamat suatu hari nanti.

    p/s: segak bergaya tuan…tahniah!

  24. Yumida Huda

    sokong senagat..setiap org perlu diberi peluang ke-2..pengalaman pertama pastinya memberikan pengajaran buat kita..dgn adanya peluang ke-2, kita blh mempersembahkan yg terbaik dri diri kita

  25. Wah..Alhamdulillah..skong sangat usaha sebgini…moga ianya lbih dpndang serius..Amin.. tahniah2

  26. Anonymous

    Wah… dah femes skrg ni…. Tahniah saudara Khir..teruskan usaha murni anda untuk mengubah pandangan masyarakat… 😀

  27. Anonymous

    hensem la khir..rugi tak dapat tengok khir di tv..betul,masyarakat tolonglah berikan mereka peluang dan ruang..jangan hukum mereka berterusan..

  28. keep it up bro khir!kalau bukan kita yg bg mereka peluang siapa lg kan?entah2 mereka jadi lebih baik dr kita sekarang ni… 🙂

  29. salam. banduan yg nak berubah tu patut kita bantu. sekali tersalah langkah x akan selama2nya berada di jln yg salah…

  30. As-Salam;

    Hebat saudara Khir. Harapan saya apa yg dihasratkan oleh kerajaan dalam Dasar Penjara Sejahtera akan membuahkan hasil yang positif. Walau bagaimanapun, aspirasi Penjara Selamat perlu penambaikan terutama para kakitangan penjara iaitu bagaimana mereka berhadapan dgn para banduan. Pengalaman peribadi kawan2 saya dalam bidang psikologi jenayah ketika melakukan latihan praktikal di penjara, menunjukkan para banduan di brain wash dan diasak dalam fikiran bahawa "saya salah" dan tidak ada pihak yg akan menyebelahi mereka. Tanpa psikologi menyentuh dan membaiki hati nurani, perkara ini menyebabkan berlaku jenayah berulang dalam kalangan banduan.

  31. ain diyana

    alamak… ada siaran ulangan tak.. hehe

  32. Nur Syuhada

    Alhamdullilah..tahniah khir khalid bukan senang nak masuk tv tau…teruskan usaha murni awak,semoga ALLAH permudahkan segala urusan…Aminn…

  33. ikhwan yusuff

    wah2xxx.tahniah En.Khir…tak berkesempatan nak tgk…. 🙁

  34. nampak kacak bro dalam tv..hehehe..sebenarnya aku amat menyokong penjara sejahtera ini sebab bagi aku bukan semua banduan kat malaysia terdiri daripada banduan tegar..aku juga yakin penjara sejahtera ini ini mampu melahirkan bekas banduan yang bukan sahaja insaf tetapi mempunyai skills tersendiri..

    p/s: aku juga mempunyai kawan yang merupakan bekas banduan..

    Regards,
    -Strider-

  35. Wah…kluar tv tu. Napa tak inform awal². Klo tak bley tgk.

  36. tak berkesempatan menonton hari tu
    terima kasih sharing

  37. atien zuraidah

    X tgk pon..kalau dapat tahu lebih awal,mungkin berkesempatan menonton.:D

  38. acik idah

    Tak tengok lak siaran nie… ermm..
    Bagaimanapun Tahniah ye Khir…! glamer la masuk tv… hik3x…

  39. wahh…. satu usaha yg bagus!!^^

  40. Rugi pula terlepas nak menonton. Bagaimanapun, tahniah Tuan Khir yang begitu komited dengan misi perjuangan untuk membela nasib sesetengah golongan ini.

  41. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    aiza pun terlepas untuk menontonnya.. tahniah ya khir.. 😀

  42. T kasih semua diatas sokongan & doa.. semoga ukhwah yg terjalin membawa keberkatan bersama.. aamiin.. 🙂

  43. Vee Sandi

    kebanyakan banduan x ada arah tuju bila keluar .jadi kemahiran dan sikap positif tu ptg utk mrk … blh pm alamat surat menyurat di ruang contact saya tak … oldtown coffee ni setia betul menemani .

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.