Dadah Konsert Dan HiburanGaya Hidup Perspektif 

Dadah, Konsert Dan Hiburan

Dadah, konsert dan hiburan. Baru-baru ini kita digemparkan dengan kematian akibat penyalahgunaan dadah dalam satu konsert hiburan yang diadakan. Perkara ini menambahkan lagi kekusutan yang melanda negara kita pada masa kini.

Bagi aku, isu penyalahgunaan dadah dalam konsert dan hiburan ini bukanlah perkara yang baharu. Ia sebenarnya telah pun berlaku secara serius sejak di era 70an lagi. Tahu atau tak tahu, kantoi atau tak kantoi sahaja persoalan yang ada.

Penyalahgunaan Dadah Dalam Konsert Dan Hiburan

Pendek kata, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku sendiri tentang hiburan… konsert, gigs dan yang sewaktu dengannya… sama ada konsert ‘grand’ besar-besaran bertaraf antarabangsa atau pun konsert ‘funfare’ sekalipun, isu dadah memang ada berlaku. Ia bukan permasalahan di negara kita sahaja, malah di seluruh dunia.
Apa yang membezakan hiburan dahulu dan sekarang?
Jika di era 70, 80 dan awal 90an, isu dadah dan konsert agak berbeza dari segi penggunaan jenis dadah yang ada ketika itu. Tidak keterlaluan untuk aku katakan bahawa jenis dadah seperti ganja dan heroin menjadi pilihan pada sekitar era tersebut. Ia dikategorikan sebagai jenis dadah ‘original’…
Dadah, Konsert Dan Hiburan
Ganja diambil seperti menghisap rokok dengan membancuhnya bersama-sama tembakau di dalam rokok atau rokok daun. Ada juga yang menggunakan kaedah peralatan dari botol atau baldi yang dipanggil ‘bong’, ‘dapur’, ‘kapal selam’, ‘submarine’ dan bermacam-macam nama glamornya.
Sungguh pun begitu, ganja tidak praktikal disebabkan baunya yang kuat dan kebiasaannya diambil di tempat-tempat yang dirasakan selamat sebelum konsert.
Tetapi berbeza dengan heroin. Kaedah suntikan biasanya untuk mereka-mereka yang dah teruk.. ‘hardcore addict’, tetapi untuk berhibur bagi mereka yang berperingkat ‘novice’ atau kononnya ‘profesional’… kaedah ‘chase’ menjadi pilihan. Kaedah ini adalah dengan menghidu wap bakaran heroin melalui kaedah tertentu. Ia boleh dilakukan di tandas-tandas awam sewaktu konsert sedang berlangsung kerana ia tiada bau dan tiada kesan… ‘line clear’…
Perlulah kita ketahui bahawa kaedah-kaedah tersebut masih digunapakai sehingga ke hari ini. Bezanya cuma, penawaran terhadap jenis-jenis dadah adalah lebih banyak pada era millennium ini. Dadah kini
boleh diketorikan pula kepada 2 bahagian iaitu dadah jenis ‘original’ atau sintetik. Hah.. bukan baju atau handphone je yang ada clone dan tiruan… dadah pun ada…
Dadah, Konsert Dan Hiburan
Menarik dengan pelbagai corak, logo dan warna…

Dadah Dengan Nama-Nama Glamor

Dadah sintetik dengan nama-nama glamornya seperti ‘fun snack’, ‘ice’, ‘ice baby’, ‘syabu’, ‘kristal’ dan pelbagai lagi memburukkan lagi keadaan pada masa kini. Simtom penagihannya juga tidak cepat berlaku seperti heroin yang agak sukar untuk pulih jika sudah jatuh cinta.

Dadah sintetik adalah jenis dadah yang digunakan untuk tujuan hiburan, malah ada juga yang menggunakan untuk tujuan jahat yang lain seperti menyamun atau bergaduh agar lebih bersemangat dan berani.

Secara terbuka jujur aku katakan bahawa pengguna fun drugs ini bukan sahaja dikalangan remaja tetapi juga segelintir dikalangan doktor, peguam, arkitek, remiser, ahli perniagaan dan lain-lain professional. Kebanyakan alasan disebabkan haramnya arak… “fun drug oklah sikit-sikit.. baru ada feel enjoy…”. Malahan bagi kebanyakan remaja juga ada yang menganggap bahawa dadah “original’ itu merbahaya, tak ‘up to date’ dan ketinggalan zaman. Tetapi memilih fun drugs sebagai sesuatu yang ‘cool’ dan trendy untuk masa kini.
Kenapa… tak percaya? Kalau tak percaya apa yang aku sampaikan… jangan hanya duduk mengkaji teori sahaja. Turun padang… jadi burung hantu malam dan masuk ke kelab-kelab terpilih yang banyak penawaran-penawaran GRO tu… kajilah sehabis-habisnya. Boleh juga hubungi dan ajak aku sekali.. 😀
Dadah, Konsert Dan Hiburan
Ice / syabu atau nama saintifiknya : methamphetamines

Dadah, Hiburan Dan Penguatkuasaan

Fun drugs… masalah kita masa kini. Bukan bermakna penguatkuasaan tidak bijak, tetapi mereka-mereka yang mengaut keuntungan atas barangan larangan dan haram ini juga mempunyai kebijaksanaan mereka sendiri. Penguatkuasaan berfikir, mereka juga berfikir. Perang minda yang berterusan selagi masyarakat tidak sama-sama membantu dalam mencegahnya.

Masyarakat terutamanya ibu bapa perlu tahu tentang permasalahan ini agar dapat membimbing generasi muda kita dengan lebih berkesan sesuai dengan keadaan dunia maklumat yang serba terbuka zaman kini. Fahami ragam, pengaruh dan tekanan generasi muda kita. Fahami trend bahasa-bahasa mereka agar kita tahu tahap percampuran mereka.  Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati…
Sesungguhnya peringatan ini adalah untuk diri aku
juga. Wallahualam.
Salam Hormat, Salam Berkat.
Khir Khalid

Related posts

86 Thoughts to “Dadah, Konsert Dan Hiburan”

  1. Avatarikhwan yusuff

    mmg tak pernah berakhir penyalahgunaan dadah ini…dari dulu kan..in yg baik En.khir..

    #persoalan adakah dadah itu dikira satu jenayah skop untuk org yang mengambil?????

    1. Avatarikhwan yusuff

      ooo…thanks En.Khir…..mmg susah nak halangan..walaupun dipanggil seluruh golongan bijaksana untuk selesaikan kes dadah ni..tapi satu je yang mampu….dengan meletakkan AGAMA yang paling tinggi……..

    2. Yg mengambilnya dikategorikan dibawah kes penyalahgunaan dadah… hukumannya pun bnyk seksyen2nya bergantung kpd keadaan sewaktu ditangkap… mmg susah nak berakhir jika difikirkan secara praktikal jika tiada kesedaran menyeluruh… wallahualam…

    3. Betul tu Ikhwan… kesedaran melalui pendidikan agama mmg sgt perlu bermula dari institusi kekeluargaan itu sendiri… in shaa Allah.. pasti akan dpt dihalang…

  2. AvatarDhia Dirham

    pernah tengok orang amik ice. berhari hari tak tido. kesian…

    1. Mmg betul tu… ada yg boleh berhalusinasi juga sbb saraf otak tak tahan & tertidur, tetapi badan tak tidur.. sampai mimpi pun boleh dtg ke dunia nyata…

  3. AvatarAyu Zan

    dgr citer budak study ada yg ambil ice. moga jauh dari kita dan keturunan serta org2 kesayangan kita..

    1. Mmg betul.. ice & ganja mmg jadi pilihan.. kononnya utk tambah feel belajar & buat kerja.. hasil yg tak genuine. Mudah2an dijauhkanlah… aamiin..

  4. AvatarLynn Munir

    Say no to drug. X kisah la apa jenis sekali pun. Sekali masuk perangkap, harspan nk dpt keluar dan mulakan hidup baru tu tipis.

    1. Betul tu.. sama2lah kita berdoa & berpesan2 sesama kita utk kebaikan bersama…

  5. Avatarkacang buncis

    salam en khir..Sihat?wah lama nie xdatang jenguk…msti banyak entri sue dah tertinggal….sue ada juga dengar tentang info nie….sue harap sue sentisa dilindungi oleh perkara perkara mcm nie….sian mak ayah… 🙂

    1. Waalaikummusalam Sue.. apa khabar & harap Sue sihat walafiat.. sama2lah kita berdoa agar seluruh keluarga kita dilindungi sentiasa… aamiin.. 🙂

  6. Semoga anak2 kita dilindungi dari diperdaya untuk mengambil dadah2 ni secara tak disedari kan…Nauzubillah. Mungkin kita juga kena dedahkan mereka dengan gambar2 atau info2 akibat mengambil dadah ni…

    1. Betul tu Linda.. kena dedahkan & selalu dibimbing agar tak tersasar bila bercampur2 dgn rakan sebaya atau bila dah dewasa kelak…

  7. Kita kena perangi dadah secara menyeluruh…

    1. Mmg betul Zumal… masing2 kena main peranan.. kita usahalah dari keluarga kita dahulu kan…

  8. niesa xtau sebenarnya konsert apa yg berkaitan ni..cuma tahu ada org meninggal sbb dadah je..hemm..nk salahkan mak ayah pun susah jgak..harap perkara ni jdi pengajaran utk kta semua..

    1. Konsert Future Music Festival Asia… asal tujuan utk menghargai & menyatukan pemusik2 dari seluruh asia… genre pun bnyk utk aliran jiwa muda mudi… tapi dah jadi menyeman sgg ada yg mati.. klu tiada hal kematian, mungkin ramai yg tak rasa benda2 ni wujud dlm kalangan org2 biasa… Mmg pengajaran utk peringatan kita semua juga..

  9. isu dadah nie tak pernah habis..mari kita perangi dadah

    1. Barang sedap mmg susah nak dibentras klu tiada kesedaran dari pembeli & pengguna itu sendiri kan…

  10. tanggungjawab tergalas di bahu penguasa yang memberikan kelulusan untuk acara terlarang sebegini. Kenit sendiri tak pernah dengar sebarang promosi mengenainya sehinggalah khbar tentang orang mati di konsert tu tersiar. Sungguh Allah Maha Adil jika Dia ingin menurunkan musibah ke atas kita di atas kepincangan akhlak yang sedang kita hadapi sekarang ni. Allahurobbi ….. kami lemah tanpaMu T___T. Jangan murka akan kami ya Allah, jangan murka akan kami …. T__T

    1. Asalnya konsert ni adalah utk menghargai & menyatukan bakat2 musik dari seluruh asia.. terutama kpd genre2 musik yg bersifat muda-mudi… promosinya mmg kebiasaan dibuat melalu kelab2 muzik tertentu kpd ahli2nya diserata Asia. Tp, konsert ni tersebar dari mulut ke mulut & mmg tiada promosi melalui media perdana.. ada juga yg nak mengkomersilkan band2 underground.. tapi lain pula jadinya.. jadi menyeman & melampau… wallahualam.. mmg peringatan buat semua… 🙂

  11. AvatarRDZ Z

    Wah comelnya dadah sintetik tu khir…Nway tadi kita tengok news stating that dadah yang menyebabkan kematian tu adalah dadah jenis baru yang still dalam ujian. so kiranya dia orang tu jadi bahan ujikaji sebelum dijual secara besar-besaran…Hmm..What a plan..

    1. Hmmm.. jadi mcm tikus guinea pig tu… ujian yg mudah & tiada kerugian.. untung lagi adalah kan..

  12. Assalamualaikum khir. sheila singgah sambil menabung sini ~~~

    1. Waalaikummussalam… T kasih Sheila… 😀

  13. xtahu pon konsert nie setiap tahun di adakan di negeri kita,bila ada yg meninggal akibat dadah baru tahu… kalau pun utk menarik pelancong ke dalam negara,konsert sebegini hanya utk meruntuh akhlak ana2k muda melayu khasnya dan melariskan penjualan dadah yg dihasilkan oleh bangsa lain,umum sedia maklum apa faedah konsert ni kpd masyarakat…

    1. Golongan muda mudi & peminat musik2 yang tak bercorak terlalu komersil pasti tahu sbb event2 mcm ni mmg popular dikalangan ahli2nya… mmg bnyk sebenarnya konsert2 yg bercorak anti establishment juga tak disebarkan melalui media perdana… Mmg meruntuhkan akhlak utk msykt Islam khususnya & utk mengubatinya bukannya boleh dengan cara nasihat semata2… wallahualam kak Mas.. 🙂

  14. masalah dadah ni dari dulu sampai sekarang tak selesai2..macam tak de penyelesaian nya.

    1. Mmg susah Diana jika masih ada pembeli… tiada kesedaran dari msykt seluruhnya mmg susah sebenarnya…

  15. Kenapa lah tak gunakan akal untuk berfikir.
    Semoga kita sentiasa dilindungi.

    1. Itulah masalahnya… semoga kita sentiasa dilindungi… aamiin…

  16. kalau tak berlaku kematian,agaknya konsert masih diteruskan…

    1. Mmg mcm tulah… biasanya org2 yg menyalahgunakan dadah ni mmg jenis yg pandai cover line… sbb tu klu setakan org2 biasa2 mmg tak perasan kewujudannya… wallahualam…

  17. penyalahgunaan dadah memang dari dulu…. sebenrnya atas diri kita sendiri nak pilih yg baik dan buruk.. kita pun tak boleh nak salahkan penganjur, kita dah dewasa, allah dah bagi akal nak pilih baik dan buruk… bila jadi amcam ni, sesal pun dah tak guna dah.. yg memalukan melayu pun ada dalam penyalahgunaan dadah ni,,,,,,

    1. Betul tu deno.. org asia bukan semuanya Islam.. sbg Muslim, kita sendiri kenalah berusaha utk diri sendiri dan membimbing yg lain agar dpt memikirkan buruk dan baiknya sesuatu tu berdasarkan perspektif Islam itu sendiri kan… mmg memalukan lah…

  18. dadah baik yang original atau fun drug langsung tiada kebaikan..kecuali untuk tujuan perubatan..pengambilan dadah oleh penagih kerana keseronokan yang terpedaya

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari PORTAL ILMU

    1. Mmg betul tu saudara Hanafi.. buruk lagi memburukkan… t kasih & salam ukhwah ye.. 🙂

  19. biar sedar sikit..
    org duk sibuk macam musibah..sedap je dia kat konsert

    1. Mmg betul tu… peringatan buat mereka2 yg leka & kita semua… astagfirullah…

    1. Mmg menyedihkan & memalukan negara juga…

  20. masalah ini dari dulu lagi tak di selesaikan… semoga anak muda sedar ianya tidak berfaedah

    1. Betul tu Acik.. bila anak2 muda ni merasai keluarga tak menghargai bakat atau minat mereka, mulalah mereka cari golongan yg dirasakan dpt mendengar impian mereka… akhirnya takut2 terjebak dgn kumpulan sokongan yg salah.. nauzubillah…

  21. Mmg sedih apa yg terjadi.. Mslh ni mslh msyrkat bersama… Kna tgni bersama.. Bkn kutuk atau cari salah siapa..

    1. Betul tu pn Maria… kita usahalah menanganinya bermula dari konteks institusi kekeluargaan kan… wallahualam…

  22. masalah dadah dari dulu tak pernah habis…selagi ianya memberi pendapatan lumayan..selagi itulah masalah ini takkan habis….semuanya terpulang pada individu…sikap ingin mencuba….tersalah pilih kawan…tidak mampu berfikir panjang…inginkan keseronokan…menyebabkan ramai yg terperangkap dengan dadah…

    1. Setuju sgt.. barang sedap & hasil lumayan… klu tiada kesedaran & tak dididik dari awal mmg buruk jadinya.. Nauzubillah…

  23. bab penyalahgunaan dadah ni sedikit sebanyak student farmasi kena belajar jugak.. tapi dah banyak yang lupa.. hehehe..

    1. Yg penting kita semua tahukan yg benda2 ni tak bagus & memburukkan… merbahaya kan… 🙂

  24. setuju dgn apa bro khir katakan.. pesta hiburan secara besar-besaran mcm ni memang sudah lama wujud.. tapi yg menjadi bezanya sikap dan pemikiran yg semakin extrem .. contonya pemilihan barangan terlarang yg digunakan utk berkhayal… terlalu modifate kononya utk kpuasan maksima.. terjerat diri sendiri 🙁

    1. Betul tu bro Sobri… kesedaran tu mmg penting kan… klu kita tanamkan dlm jiwa sbg seorang muslim, sedikit sebanyak kita tetap akan rasa tak sesuai utk buat perkara2 yg tak baik… in shaa Allah.. aamiin. 🙂

    2. insaallah..yang penting kesedaran kita sendiri…

      inti n visa 😛

  25. Negara byk dirimpa bala….kasihannya.

    1. Peringatan buat kita semua juga kan…

  26. Avatarain diyana

    masalah dadah ni rasanya mmg beban negara sejak dulu lagi… mereka2 yg terjebak ni bukannya ambil kat konsert je.. tp dimana2… jauhilah dadah.. kuatkan iman.. kawan dgn mereka2 yg bersih.. insyaAllah selamat..

    1. Betul tu Ain… memilih kawan ni mmg perlu.. bukan dasar 'memilih bulu' tetapi memilih kawan yg dpt menjauhkan dari perkara2 yg tak elok ni mmg perlu…

  27. AvatarMizz Aiza (Dunia Kecil)

    antara dadah jenis sintetik dan original, mana yang lebih merbahaya khir? sekarang ni mereka yang terlibat tanpa segan silu mengambil dadah di konsert dan tempat-tempat hiburan.. dadah seolah-olah sudah menjadi barangan mampu milik bagi kebanyakan individu yang mengambilnya.. nuff semua churp2 dan klik exabyte juga..

    1. Dua2 bahaya.. tetapi sintetik lebih memudaratkan & lebih bahaya.. mudah nak mengambilnya.. cuma hanya telan atau kesip spt gula2 tanpa org sedari, tetapi mmg lebih memudaratkan sbb bancuhannya adalah dari bahan2 sintetik dan kotor.. ia adalah racun.
      Berbeza dgn yg ori.. asasnya adalah dadah utk tujuan perubatan yg terdapat di mana2 hospital sbg bahan kawalan.. tetapi ramuannya dibuat oleh mereka2 yg tahu tetapi tak bertanggungjawab secara haram dan disalahgunakan utk keuntungan… t kasih Aiza.. 🙂

    1. Your welcome Fidah… 🙂

  28. Perkara buruk kalau disorok, akhirnya akan terbongkar juga. Satu lagi kisah gempar yg memalukan negara disaat kesedihan kehilangan MH370. Pihak penganjur dan pihak berkuasa yg meluluskan konsert ini sewajarnya sensetif dgn isu semasa. Konsert spt ini tidak patut dilangsungkan. Nasi sudah jadi bubur…
    Kini pihak berwajib dan ibu bapa perlu bekerjasama untuk mengawal penularan penggunaan dadah. Sedih dan sayang melihat generasi muda yg penting utk masa depan negara tumpas sia-sia…

    1. Mmg betul.. dlm keadaan negara sy sedang menghadapi sesuatu perkara yg serius sepatutnya konsert spt ini dihentikan demi menghormati sensitiviti msykt seluruhnya… kesedaran mmg perlu dari setiap lapisan msykt terutamanya institusi kekeluargaan dan badan2 yg berwajib dlm menangani isu2 sosial agar ianya tidak lagi memburukkan situasi msykt kita…

    2. … dlm keadaan negara yang… maaf, typo.. 🙂

  29. dadah musuh negara….sayangi nyawa anda jauhi dadah,
    info yg bernas ..

    1. Hidup bahagia tanpa dadah.. t kasih Haslinda.. 🙂

  30. fuuuhhh… ngeri je bila tengok apa yang dah terjadi baru-baru ini.. moga kita semua dalam lindunganNya.. ameen…

    1. Mmg mengerikan.. tak pasal2 je kan mati gitu.. nauzubillah.. semoga kita semua dilindungiNya… aamiin..

  31. Mekasih atas perkongsian. banyak betul jenis2 dadah yer. Tapi sedih lah. Kita tgh bersedih dgn musibah kat msia ni, dorang bley plak buat konsert tak senonoh sampai meragut nyawa. Rosak anak2 muda zaman skang.

    1. Mmg banyak Fiza & mmg menyedihkan bila sessitiviti seluruh msykt yg sedang bersedih ttg masalah MH370 di langgar dgn konsert2 spt ini… stesyen tv pun tahu nak hentikan beberapa siaran hiburan.. peringatan buat kita semua… wallahualam…

  32. risaunya kejadian seumpama ini terlalu banyak dalam masyarakat kita.walau pun dilarang..Tidak boleh berfikir di mana keburukkan tentang sesuatu perkara yang boleh membawa kematian..

    1. Itulas sifat sesetengahnya yg tidah menghiraukan larangan disebabkan keseronokan… wallahualam…

  33. Di harap perkara ini tidak berulang. Dadah pemusnah kehidupan.

    1. Mmg betul tu.. harap2 tak berulang.. in shaa Allah… Dadah mmg merosakkan..

    2. Mmg betul tu.. harap2 tak berulang.. in shaa Allah… Dadah mmg merosakkan..

  34. sedih melihat generasi muda yg sudah lali n lupakan Allah. Hanya mahu nak berhibur aje..

    1. Betul tu Abe Kie.. mmg sedih bila kebanyakkannya melibatkan masykt kita…

  35. AvatarEshamz Halim

    Ermmmmm…. masalah ni sudah lama berlaku…kadang2 yang sedihnya kebanyakkannya daripada masyarakat melayu… musnah bangsa kita… dulu zaman sekolah selalu gak lepak2 dgn puak2 ni tapi duk borak jer ..tak pernah try pon… sbb kite boleh berfikir sendiri baik dan buruknya tp kesian tgk kawan2.. sampai yg jadi tak betul pun ada…ada kawan yg eksiden sbb bwk motor dan tgh khayal…. ermmmm… ada yg dah masuk jail…jumpa kawan2 jer semua dah kurus kering… sedih biler tgk kawan2 aku yg sama2 membesar dulu… tp apakan daya…drg tgh mencari jalan yg salah…biler ditegur kita yg dimarahi nyer…. 🙁 .

    1. Mmg betul tu bro Sham… mmg generasi kita bnyk menempuh kehidupan yg mcm2 kan.. ada yg lepas, ada yg kecundang.. mmg bnyk dugaan terutama bila bersama2 kawan2 ni.. Alhamdulillah.. berkat didikan & doa ibu bapa juga yg buat kita tak terkandas mcm tu shj.. subhanallah walhamdulillah…

  36. Isu yang sangat memalukan ini tidak sepatutnya berlaku di negara agama rasminya Islam seperti Malaysia ni.

    1. Betul tu… setuju sgt cikgu Helmi.. satu peringatan buat semua ni… astagfirullah…

  37. AvatarAnonymous

    menarik pula warna dan bentuk pil² tu yer..kalau budak² pasti ingat tu gula² ..

  38. saya dah mengambil ubatan sejak dari zaman sekolah rendah
    ada sekali tu kita di secondary school, saya bawa ubat jenis propranolol
    untuk masalah kesihatan yang saya hidapi
    ubat tu berwarna merah jambu. hampir sama warna dengan ecstasy
    ubat tu saya letakkan di bawah meja dan kebetulan ada pertukaran kelas
    untuk pendidikan jasmani, budak lelaki duduk kelas saya

    tahu apa jadi? diorang telan habis ubat saya mungkin diorang ingat ecstacy
    kelakar pun ada bila teringat =)

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.