CSR Nutrition Innovation, Central Sugars Refinery, Malaysia,Gaya Hidup 

CSR Dan Nutrition Innovation Menyediakan Pilihan Gula Lebih Sihat Di Malaysia

CSR Dan Nutrition Innovation Menyediakan Pilihan Gula Lebih Sihat Di Malaysia – Syarikat gula dan ramuan makanan terkemuka di Malaysia, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR), telah menandatangani perjanjian kerjasama eksklusif bersama syarikat teknologi makanan, Nutrition Innovation, bagi menyediakan gula yang lebih sihat untuk manfaat masyarakat di Malaysia.

Inisiatif ini merupakan susulan daripada pelancaran Better Brown Low G Sugar, gula rendah glisemik pada November 2018 oleh CSR. Produk inovatif ini merupakan yang pertama di Malaysia, diwujudkan bagi membantu mengekalkan kadar gula dalam badan pada paras normal dan memanfaatkan teknologi Nucane™ dari Nutrition Innovation.

CSR Nutrition Innovation, Central Sugars Refinery, Malaysia,

CSR Dan Nutrition Innovation Jalin Kerjasama Eksklusif

Menurut Hishammudin Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif CSR, “Visi CSR adalah menghasilkan pelbagai ramuan makanan inovatif dan lebih sihat bagi pasaran Malaysia. Di serata Malaysia, rakyat berhadapan dengan risiko obesiti dan diabetes. Oleh itu, kami ia sebagai satu tanggungjawab yang harus kami laksanakan untuk menyediakan penyelesaian berkualiti dan berpatutan kepada pengguna mahupun syarikat pengeluar bagi membantu mereka menghadapi cabaran ini”.

Katanya lagi, “Teknologi dan sains daripada Nutrition Innovation akan memainkan peranan yang utama dalam membantu CSR dalam merealisasikan visi ini pada masa akan datang”.

Nutrition Innovation ialah sebuah syarikat berpengkalan di Singapura yang diasaskan oleh saintis Australia terkemuka, Dr David Kannar. Ia ditubuhkan bagi menggalakkan amalan hidup sihat dengan mewujudkan teknologi gula yang berskala, efisyen dan efektif untuk pengeluar di seluruh dunia.

Menurut Dr Kannar, “Penduduk dunia kini berhadapan risiko epidemik obesiti dan diabetes yang boleh meragut nyawa dan mengakibatkan perbelanjaan besar. Dengan kerjasama CSR, kami boleh menyediakan sumber karbohidrat rendah dan lebih baik. Ia bukan sahaja alternatif bagi sukrosa yang diproses, malah pilihan lebih sihat dengan khasiat yang bermanfaat. Kepimpinan, kekuatan dan visi CSR sememangnya menjadikan mereka rakan kolaborasi di Malaysia yang sangat tepat”.

CSR Better Brown Low G, Versi Gula Lebih Sihat Di Malaysia

Better Brown Low G Sugar yang baharu ini memenuhi permintaan bagi pilihan yang lebih sihat untuk menggantikan gula putih. Glisemik indeks (GI) pada gula biasa kira-kira 69 ± 5, manakala Better Brown mengandungi kurang daripada 55 atau lebih rendah. Namun, Better Brown masih memberikan nikmat rasa dan kualiti yang sama. Dengan ini, Rakyat Malaysia mempunyai versi gula yang lebih sihat.

Ia juga merupakan tanggungjawab yang diterajui kedua-dua syarikat ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan kesedaran dikalangan rakyat Malaysia dalam membuat pilihan yang lebih sihat termasuklah mengambil gula dengan bertanggungjawab dan gaya hidup yang aktif.

Baca lagi artikel terkait:

CSR Lancar Gula Rendah Glisemik Pertama Di Malaysia Dan Asia.

Related posts

7 Thoughts to “CSR Dan Nutrition Innovation Menyediakan Pilihan Gula Lebih Sihat Di Malaysia”

  1. AvatarPerdu Cinta

    Alhamdulillah,moga dengan bertukarnya gula putih ke gula rendah glisemik ini meningkatkan kadar kesihatan rakyat Malaysia.Murunkan kadar peratusan obesiti dan diabetis serta hiperaktif dikalangan kanak-kanak.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Setuju.. kita ada pilihan yg lebih baik utk gaya hidup lebih sihat.

  2. kena cari laa nmpk nya gula tu

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Ya Anies.. kami pun dah guna brown sugar je.

  3. Pilihan terbaik utk diet demi kesihatan

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul kak.. pilihan terbaik utk kesihatan.

  4. kalau tengok statistik diabetes kat malaysia ni, mmg patut la kena ada pilihan gula nih..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.